- SeLaMaT hArI iBu -

Salam buat semua. Em... sejak kebelakangan ni, aku ni kira rajin benar menulis n3 kt blog ni. Kenapa? Mungkin aku suka nak menulis kot sekarang ni walaupun hari ni aku rasa hari yang paling letih. Dr pagi aku siap2 kan keje2 yg ada [minit mesyuarat, bayaran, blurb, online bahan, semak ejaan manuskrip dan macam2 lagi]. Bukannya ape, nanti kalau aku x ada susah pulak orang lain nak buat ape2 yg patut. Lagipun ada beberapa keje yg pttnya aku siapkan lama dulu, cuma aku ni suka bertangguh. Jadi x bolehlah nak marah sesape. Memang sendiri salah pun. Tapi... rasanya ni n3 aku yang terakhir sebelum aku pergi kursus selama 2 minggu. Alahai... sapelah nak jaga rumah aku yang x seberapa ni? Habis bersawangla nanti nampaknya... hehe... Tapi, 2 minggu kan kejap jer.

Dalam pada tak boleh angkat muka tadi, sempat juga aku dengan sorg kawan pergi merayap masa rehat. Bukannya nak merayap sangat pun tapi dah terpaksa sebab aku kena cari baju putih untuk BTN. Manalah aku ada baju kaler putih. Akhirnya aku beli baju kurung sekolah yg dah lama aku tak pakai 2. Kelakar pulak bila kenang2 yg aku nak sarungkan balik baju macam 2. Buat aku ingat zaman sekolah2 dulu. Kata kawan aku, 'Bila lagi nak pakai baju sekolah macam dulu'. Betullah kata dia 2. Teme kaseh ye Diana...

Jadi... kalau sesape dtg sini dan aku x balas mesej aku minta maaf awal2. Nanti dah balik kursus aku balas ye. Kalau pun aku x ada, sesape pun boleh datang kalau mahu. Dan, terlanjur ni aku pun nak ucapkan, "SELAMAT HARI IBU" kat mak aku kat kampung. "Terima kasih atas segala-galanya. Ami sayang sangat kat mak dan doa ami, moga2 mak akan tetap dilindungi ALLAH sampai bila2. Amin!" Untuk Kak Long, Ila, Kak Azie, Kak Lily, Kak Rose, Diana dan semua ibu2 yg ada di dunia ini, "SELAMAT HARI IBU". Moga pengorbanan kalian akan dibalas dengan keredaan ALLAH. Amin!

Dan untuk semua, moga2 kita semua dilindungi dan berada dalam rahmat dan kasih sayang-NYA. Sekian, jumpa lagi...

- HaNyA kErAnA wAhId -

Selamat hari Khamis untuk semua. Aku harap hari ini lebih ceria daripada semalam. Hem... semalam aku didatangi seorang kawan. Kawan aku ni dah pindah jabatan walaupun masih kerja di DBP. Masa keluar novel "KASIH ANTARA KITA" dulu, aku x bagi dia novel 2 walaupun dia duduk depan aku, sebabnya dah habis member2 lain sambar dulu. Untuk pujuk hati dia, aku janji akan bagi dia bila novel baru aku keluar nanti. Jadi, baru2 ni aku tunaikan janji bila aku bagi novel "JANJIKU BERSAMAMU". Dia punya seronok sampai aku pun seronok sangat sebab gelakkan dia. Aku cakap kat dia bacalah dulu, kalau ada yang rasa x puas hati boleh bgtau aku sebab aku manalah nampak sangat kelemahan sendiri. Perlukan orang lain untuk suluhkan. Dan, tiba2 semalam dia turun tempat aku. Macam biasa aku mengusik dia. Pas 2 aku tanya dia,

"Dah abis baca?"
Tiba2 aje mata dia bulat tengok aku. Aku pelik sangat. Aku tanya, "Kenapa, x best ke novel 2?" Dalam hati berdebar-debar semacam. Buruk benarkah novel "JANJIKU BERSAMAMU'?
Dia geleng-gelang. Pas tu dia jegilkan biji mata dia kat aku, dia kata "Kenapa jahatkan ayah akak?"
Jahatkan ayah akak? Alahai, dia cakap ape ni? Bila masa pulak aku jahatkan ayah dia? Lagipun, buat ape aku menjahatkan org yang tak buat jahat kat aku? Huh... pening sekejap kepala rasa dek tingkah kakak 2. Tapi aku senyum juga.
"Kenapa awak jadikan Wahid orang jahat? Kenapa awak tak jadikan Wahab aje orang jahat?" Dia tersenyum-senyum kat aku.

Dan, aku terus gelak besar kat situ juga sampai ada yang terpinga-pinga. Barulah aku faham ape maksud kakak 2, nama ayah dia kan Wahid? Wahid dalam novel "JANJIKU BERSAMAMU" pulak, datuk DHAMIRA yang teruk. Wahab pulak, abah aku... sebab 2 dia tanya kenapa aku x jahatkan Wahab. Hahaha... ada2 aje kakak 2. Takkanlah aku nak jahatkan abah sendiri. Tak mungkin! Lagipun aku main hentam aje nama tu, aku rasa okey terus aje buat. Langsung tak terfikirkan sesiapa. Kalau ada yang terkena, janganlah marah ye, itukan cuma cerita rekaan aku je. X ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Sekian... salam sayang untuk semua.

- HiLaNg TaK bErGaNtI -

Rasa macam tak percaya masa dapat SMS daripada Bikash pukul 9.30 malam semalam, tapi memang itulah hakikatnya. Penulis novel Alaf 21, Fazie Hanna memang benar2 sudah meninggalkan alam ini. Sedih dan sayu sangat rasa masa dapat tahu berita itu walaupun aku memang tak pernah kenal siapa dia sebab aku tak pernah jumpa dia. Cuma kedua-dua buah novel arwah, "Rindu Yang Pergi" dan "Badai Di Hati" aje yang aku kenal. Dua buah novel yang cukup meninggalkan kesan buat aku dan pembaca lain, pastinya. Dan, daripada Bikash juga aku tahu kalau arwah selama ini memang sakit. Patutlah aku tak pernah nampak arwah sebelum ni.

Tapi... bila baca apa yang tertulis di web site Alaf 21 tentang arwah, aku rasa kagum dan terharu dengan semangat dan tekad arwah yang begitu jitu berusaha walau dalam keadaan serba kepayahan. Kalau aku di tempatnya, aku sangat pasti yang aku tak akan mampu melakukannya. Tapi, apa yang berlaku menginsafkan aku, 'muda memang bukan jaminan untuk tidak meninggalkan alam indah ini'. Itulah kenyataannya! Yang pasti, pemergiannya tentunya meninggalkan sejuta kenangan buat keluarga tersayang dan kita yang pernah membaca novel2 arwah. Namun yang pasti, nama arwah pasti akan tersemat sampai bila2 di hati kita semua. Buat keluarga arwah, aku harap dan berdoa semoga mereka terus tabah menerima apa yang berlaku. Dan, semoga arwah akan ditempatkan dalam kalangan mereka2 yang beriman. Al-Fatihah!

- SaJa MeRaPu -

Apa yang aku nak buat hari ni @ malam ni...

@Tengok TV pukul 8-9@
@Tengok TV pukul 9-10@
@Habiskan novel Kak Meen yang ada dalam 200 m/s lagi. Semalam nak habiskan
tapi tak sempat sebab dah pukul 3.00 pagi@
@Tido... tido... dan tido sampai pagi esok, mata macam dah tak boleh nak angkat
lagi ni sebab kurang tido@

So... salam sayang untuk semua...

- Pesta Buku (1&2 Mei 2007) -

Pesta buku lagi! Dan, 2 hari 2 aku pergi PWTC dengan Bikash naik LRT. Sampai kat sana dah tengah hari sebab memang sengaja nak datang lambat sikit. Aku duduk sekejap kat atas sebab ada novel kat sana. Tapi sekejap aje, lepas 2 turun kat booth Alaf 21. Em... macam biasalah, aku kan selalu lambat so mana ada tempat untuk orang lambat cm aku sebab dah penuh dengan kawan2 yg sampai awal. Nasib baik Kak Wan ambikkan kerusi. Dia letakkan aku antara Damya dan Kak Anis. Aduh... mati kutu aku sebab diorg 2 org ni buku masih panas jadi aku x leh nak berbual2, sibuk memanjang. Jadi mulalah aku merayap tempat Kak Lynn, Kak Rose, Kak Lily dan Kak Zara. Lagipun aku x tahanlah tengok Kak Lynn dan Kak Rose gelak2, rasa nak gelak sama.

Pas Kak Zara bangun sekejap aku pun ambik tempat dia, yg best dia siap pesan duduk kejap aje. Tapi... pas 2 aku terus bawa kerusi, duduk sekali ngan diorg. Dan, bila dah duduk sekali 2 lagilah aku rasa seronok. Tapi yang paling best 2, Kak Lynn belikan Pizza Hut 2. Cumanya masa 2 aku dah kenyang. Bila dah reda sikit, balunlah juga sampai Kak Laila kata kat aku, asyik makan aje. Aku apalagi, gelak ajelah. Tq ye Kak Lynn... lain kali belanjalah lagi.

Hem... mmg seronok sangat dapat duduk2 cm 2. Tapi ada yang buat aku rasa geram, ada ke patut diaorg menyakat aku teruk2. Mentang2lah aku sorang2, uwaaaa... Geramnye, rasa cam nak cubit2 aje. Lebih2 Kak Lynn 2, baik aje dia antar SMS kat aku, dahlah aku mula2 x tau no phone dia ape. Tapi rasanya aku dah pukul lengan dia 2. Aku sebenarnya x marah, tau mereka cuma gurau. Org kata, gurau2 kan boleh buat kita makin rapat. Betul ke Kak Lynn? Kira ye ajelah kan? Apapun aku harap boleh jumpa diaorng lagi esok dan lusa. Bukannya senang nak jumpa macam ni, setahun mungkin sekali aje... isyh, cm rayalah pulak. Sekian, assalamualaikum...