- SeLaMaT hArI lAhIr AdIk -

Inilah gambar2 masa hari jadi 2 yang sempat aku ambil. Ada banyak lagi tapi yang ni semua antara koleksi yang aku sayang, jadi aku masukkan kat sini. Ada kenangan terindah yang aku nak simpan.

Inilah kek yang aku ambik 2. Ada nama Adik Nana & Nasir. Tapi yang nama Nasir 2, ayah dia tapi dah Kak Long suruh letak nama husband dia, aku ikut jer sebab birthday dia pun baru jer lepas. 2 dalam 1, okeylah tu kan?

Yang inilah dia yang beria-ia nak meniup lilin, macamlah sebelum2 ni tak pernah tiup. Siap bagi jelingan maut lagi kat aku sebab tak ada lilin.

Yang ni pun dia juga, cuma tudung di kepala entah terbang ke mana, nama dia Nurul Hannah, tapi family aku panggil Adik Nana. Dia selalu kata x suka aku sebab garang, tapi bila susah aku juga yang dicari.

Yang ni pula, 3 anak buah aku, 1 anak sepupu aku, Nurul Arien Azlina, kira anak buah juga dan yang baju putih 2, sepupu aku Siti Nurfarhana.

Dan... yang ini pula 3 orang anak angkat doraemon yang mengamuk sebab tak kena beri main ps2, lepas selesai majlis kecil 2. Tapi yg paling best, diaorng main game lumba kereta. Si Kakak, doraemon coklat, terpilih kereta buruk. Kteorg ketawakan dia ramai2 dan dia pun nangis sebab rasa org ejek dia. Masa dia nangis2 dia tunjuk2 tangan kat aku. Kenapa? Rupanya dia marahkan aku sebab aku yg ketawa paling kuat. Lo... aku pulak yang kena? Padahal ramai lagi yang ketawa sama. Lagipun sape suruh dia pilih kereta buruk. Sahlah memang diaorg x sukakan aku. Hem... x kisahlah, janji aku suka diaorng.

Doraemon biru pula, asyik dia aje yang nak main, x nak kasi orang lain kalau boleh. Abang aku dah bengang gila kat dia. Dan, doraemon hijau pula, perasan... dia pegang joystick (betul ke?) 2 mcm dia yg main padahal bukannya berfungsi pun. Agaknya dia tau sebab pas 2 dia suruh masukkan game bola sepak. Kesian dia, mentang2 kecik senang aje kena tipu. Hem... memang macam2 klu dah berkumpul...

- CeRiTa CuTi -

Em... cepatnya masa berlalu, sedar2 esok dah hari Sabtu balik. Rasa macam baru aje semalam aku kat kampung. Cuti lagi, hehe... kira perasan sendiri aku ni. Atau lebih tepat lagi cuti kali ni aku rasa betul2 gembira, mungkin. 4 hari 4 malam, tak macam selalu kalau cuti aku cuma melepak kt rumah, makan, baca novel dan tidur puas2. Kali ni aku langsung tak dapat buat rutin tu.

Sabtu Siang – Lepas habis sesi tandatangan kt Plaza Angsana, sebelum balik aku singgah kedai kek, ambil balik kek yang aku tempah. Kek 2 x adalah cantik mana, Kak Long pesan nak kek strawberry tapi x ada, terpaksalah aku beli blueberry, janji ada perkataan ‘berry’ 2 kira okeylah tu. Sebenar kami nak sambut birthday anak buah aku yang ke-6 tahun.

Sabtu Malam – Aku sampai rumah dah agak lewat, balik2 tengok dah siap, bapa saudara aku dah mula nak baca doa kenduri selamat. Nasib sempat. Aku pergi dapat budak2 yang dah berkumpul, yang bestnya aku tengok bibir diaorang merah2. Tapi yang paling merah yang nak tiup lilin, aku tanya kenapa bibir adik merah, dia kata sebab dia nak sambut hari jadi, kenalah dia lebih sikit. Hilang kata2 sekejap aku macam mana nak balas. Pandainya dia menjawab. Pas 2 aku pun katalah yang muka dia buruk sebab lipstik dia merah benar. Dia percaya kot, terus dia suruh aku bersihkan.

Dah siap semuanya, tinggal nak tiup lilin. Tapi... masalahnya aku lupa nak minta lilin dan adik kt kedai 2 pun lupa nak bagi agaknya. Macam mana ni? Adik aku kata, ambik aje lilin yang besar, yg selalu orang guna bila x ada elektrik 2. Ada ke patut? Muka anak buah aku dah masam, yelah org dah beria-ia nak tiup lilinlah katakan. Semua dah tengok aku, aku senyum ajelah. Dah lupa nak buat macam mana. Mujur juga mak ada simpan lilin yg lepas2. Ada 3 batang, hah... itu pun dah cukup baik. Akhirnya selesai juga majlis kecil kami tu.

Ahad Siang – Balik dari Plaza Angsana, aku g hospital tengok kakak ipar abang yang baru lepas operation kaki yang patah. Keluarkan balik besi dari kaki. Alhamdulillah, keadaan Kak Amy pun dah elok. Masa sampai rumah hari dah agak petang. Adik aku ajak g pantai. Aku apalagi, terus setuju. Kami berempat, aku, adik aku, isteri dia dan kakak ipar aku pun cabut masa anak2 buah aku sibuk main kat laman rumah. Sorang pun tak perasan kteorg hilang. Kalau x mesti x jadi pergi. Kami ambik kupang, nak buat jemput2 untuk makan petang. Seronok gila lepak kat pantai yang dah lama aku x pergi. Ingat zaman sekolah dulu, 2lah tempat favourite aku.

Ahad Malam – Entah, aku x tau idea dtg dr mana dan siapa, tiba2 ada yg bg cadangan nak buat BBQ. Aku kata, aku ikut jer dan mmg jadi sungguh, malam 2 memang ada aktiviti panggang-memanggang. Idea kilat! Tapi aku tetap rasa seronok dapat duduk kat luar rumah 2, main dengan asap lagi. Hampir pukul 11.00 mlm, Kak Long dan keluarga dia balik sebab esok nak kerja. Tapi family abang dan adik aku masih ada. Diaorg g kerja daripada rumah mak.

Isnin – Semua orang dah balik dan pergi kerja, tinggal aku dan mak kat rumah. Tapi hajat nak melepak x dapat diteruskan bila sepupu aku minta teman dia pergi wisma, ambik I/C. Cis... rasa macam nak marah aje. Pergilah juga dan yg x bestnya, masa tunggu mak sedara aku ambik I/C 2, x ada tempat parking, pusing punya pusing rupanya sesat dah. Isyh, kt tempat sendiri pun boleh sesat ke? Tapi memang itulah yang jadi, pusing banyak kali barulah jumpa banyak kali. Petang, masa berbuka puasa, abang aku yg dah balik rumah dia paginya, datang balik. Sabar ajelah, mentang2lah rumah x jauh mana, senang aje pergi ngn balik ye.

Selasa – Mahu x mahu aku kena balik juga. Malasnya, masa nak naik bas sempat lagi aku cakap kat mak yang aku x puas cuti kali ni. Mak kata sebab x lekat kat rumah sangat. Ye... memang betullah 2, mak...

- PlAzA aNgSaNa, KeNaNgAn -

Salam buat semua. Harap-harap semuanya ceria-ceria selalu. Akhirnya jualan buku di Badan Cemerlang pada hujung minggu lepas berjalan dengan lancar. Aku yang memang plan nak balik kampung minggu tu terus setuju bila dapat tepon daripada pihak Alaf 21. Dah dekat, apa salahnya luangkan sikit masa, tentu tak rugi ape2 punya. Kiranya ni kali kedua aku disuruh pergi ke Plaza Angsana tu.

Masa tu aku cuma diberitahu yang datang cuma Abang Ramlee, Kak Aisya dan Kak Lily Haslina aje. Tapi bila aku sampai aku tengok Kak Eka pun ada sama. Kiranya aku datang terlambat sikit sebab sibuk dengan Mi Rebus Haji Wahid yang dah lama aku tak makan kat Plaza Angsana tu. Terperanjat sekejap sebab aku tak tahu Kak Eka ada sama. Apalagi, riuhlah mulut kami bertanya khabar, maklumlah dah setahun lebih tak jumpa. Macam-macam yang Kak Eka tanya dan macam-macam juga andaian yang dibuat tentang aku. Aku cuma ketawa aje, nak jawab no komen, aku bukan artis. Dah lama x jumpa kot sebab tu Kak Eka nampak aku lain sikit. Tapi Kak Sa'adi pulak, rasanya baru 2 bulan lepas aku jumpa, x kan nampak aku lain juga kot? Rasanya x ada yang lain, semuanya sama aje bagi aku.

Sepanjang 2 hari 2, aku rasa agak seronok sangat. Pertama, sebab aku dapat jumpa kawan2 penulis. Kedua, aku dapat jumpa dengan Kak Azie dan Zaima @ Epok2, Alyze @ Angah dan kakak dia, diaorg berdua ni kawan baru aku. Gembira sangat dapat jumpa diaorg berempat. Walaupun mula2 aku malu gaklah jumpa kawan2 baru, lepas 2 entah ke mana hilang agaknya rasa malu 2. Ketiga, aku dapat jumpa kawan rapat aku yang dah lama x jumpa, yang sama2 belajar di Sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) dan UPM. Walaupun dekat, aku pun tak faham kenapa kami jarang2 benar jumpa. Betullah agaknya, masa dan keadaan selalu memisahkan manusia. Tapi aku rasa lega sebab dah lama benar nak jumpa dia, baru hari 2 niat aku jadi kenyataan.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada yang datang hari 2, gembira tengok org ramai kat kedai buku 2, x kiralah diaorg beli novel atau pun x. Sekurang-kurangnya, ramai lagi penduduk Malaysia yang suka membaca. Rasanya cukup sampai sini dulu, kat bawah ni ada gambar2 yang boleh diintai. Wassalam...




- PuAsA bUlAn rEjAb -

Salam buat semua. Tadi dapat e-mel daripada seorang kawan. Jadi... aku masukkan e-mel 2 sebagai n3 di sini, sekadar nak kongsi dengan kawan-kawan semua walaupun mesti ramai yang dah tahu tentang ni. Hari ni 11 Julai 2007 dan ini bermakna, hari Isnin, 16 Julai 2007 kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu...

*Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka...”

~Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka ia pasti akan mendapat keredaan yang besar dari ALLAH SWT.
~Barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/ Israk Mikraj iaitu Sabtu, 11 Ogos 2007, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
~Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
~Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab bersamaan 16,17,18 Julai 2007, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
~Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insya-Allah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. Insya-Allah.
~Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga buatnya.
~Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH AWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah hari puasa, maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya.

*Sabda Rasulullah SAW lagi, "Pada malam Mikraj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibrail as, "Wahai Jibrail untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrail as, "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau pada bulan Rejab ini."

*Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita, "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda, "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan seksaan ke atas mereka." Sabda baginda lagi, "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab, nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksaan kubur?" Sabda beliau, "Wahai Tsauban, demi ALLAH, Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang Muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

So, marilah kita sama rebut 5 perkara tersebut sebelum datang 5 perkara. Salam sayang buat semua. Wassalam...

- KeNaNgAn -

Salam buat semua. Hem, semalam dah cerita apa yang berlaku masa aku pergi ke Pesta Buku, Alaf 21. Hari ni, saja nak masukkan gambar2 kat sama pulak. Nak kongsi dengan sesiapa yang masuk ke sini. Jom tengok...




Opsss... ni bukan gambar kat Pesta Buku, Alaf 21 sebab x mungkin budak sekecil ini minat baca novel kan. Kalau aku beri novel aku kat dia pun mesti dia jadikan bola dan sepak sebab dia tengah gila bola sekarang ni. Cuma, saja nak selitkan gambar Si Danish Hakim ni, anak buah aku yang paling kecil, nakal dan keletah.

- PeStA bUkU aLaF 21 -

Hari ni lif rosak, jadi terpaksalah turun tangga. Dari tingkat 7 turun ke bawah, bolehlah... pagi lagi, tenaga pun masih banyak lagi rasanya. Masa turun tangga tu nampaklah sekolah rendah yang letaknya di sebelah tempat aku tinggal dan jelas budak2 yang berpakaian seragam berjalan-jalan sekitar kelas. Leka sekejap aku. Teringat masa aku sekolah dulu. Macam tu juga keadaan aku dan kawan2 yang tak tahu duduk diam. Huh... rindunya nak balik ke zaman tu. Tapi... aku memang suka pikirkan benda2 yg x mungkin jadi tu. Alah, sesekali ingat zaman kecik2 tu seronok juga.

Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku nak ceritakan pasal Pesta Buku Alaf 21 yang diadakan pada 30/6/2007 hari 2. Itulah first time aku datang ke Alaf 21 semata2 sebab Pesta Buku. Tak tau mcm mana sambutan sebelum ni, tapi aku agak hari Sabtu 2, agak meriah. Ramai yang datang dan diaorg beli buku dalam kuantiti yang banyak. 30%, siapa yang x nakkan? Kalau aku kat tempat diaorg pun aku borong habis2an. Kata orang peluang kan x datang banyak kali. Kalau datang pun mungkin dalam keadaan yang berbeza. Betul x? Kira betul ajelah kan? Lagipun Kak Wan Rohana cakap, sambutan kali ni memang agak menggalakkan.

Masa aku sampai Bonda (Illlani Mysara) dah lama sampai. Lepas sesi bersalaman, kami berborak aje. Banyak yang Bonda ceritakan kat aku dan banyak benda yang kami kongsi. Maklumlah... selama ini kalau jumpa pun cuma bual2 sikit aje. Selalu saja x sempat, cuma hari 2... masa agak panjang. Banyak nasihat berguna Bonda beri pada aku dan aku akan simpan sampai bila-bila. Sambil tu ada jugalah yang datang bertanya khabar. Masa 2 gak muncul Violet (Kak Mar) menyapa, hem... rasa hepi sangat sebab disapa. Sekurang-kurangnya aku dah kenal bakal penulis Alaf 21. Lepas ni kalau jumpa x adalah aku malu2 kucing. Bolehlah saling tegur-menegur kalau terjumpa di mana-mana. Tq ye.. Kak Mar sebab sudi sapa saya dan Bonda. Kehadiran Kak Laila pula buat aku rasa lebih seronok walaupun Kak Laila datang agak lewat. Biar lewat drpd langsung x jumpa kan.

Hari 2 juga aku jumpa dengan Fad yang baik hati dan peramah. Cute pun cute gak. Kali kedua aku jumpa dia lepas Pesta Buku kat PWTC hari 2. Yang paling aku seronok... Fad ni sudi temankan kakak angkat dan kakak ipar aku sepanjang aku kat premis Alaf 21. Tq Fad, jasa Fad akak kenang sampai bila2. Sori ye, akak ngn Kak Ila selalu gaduh2 sayang depan Fad. saja nak tengok Fad seronok. Lepas 2 masa nak balik jumpa pulak dengan Kak Lara. Hem... seronok sangat dapat kenal dengan Kak Lara, yelah... ari tu dia cakap segan dengan aku sebab aku penulis Alaf 21. Dah kenal baru dia tau siapa aku yang sebenarnya. Tq ye Kak Lara... cute sangat pemberian Kak Lara 2. Cuma terkilan sebab sekejap aje kita jumpa kan?

Rasanya itu ajelah yang boleh dikongsi dengan kawan hari ni. Semoga hari ini kita hadapi dengan seribu ketabahan. Salam sayang, wassalam...