-Tahniah-

January 29, 2008

Hari ni jadual agak padat. Pukul 8.45 pagi, dah bergegas ke Dewan Seminar sebab nak mengikuti ceramah 'Akta Mesin Cetak dan Penerbitan'. Satu ceramah yang rasanya memang perlu bagi semua editor untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada, apalagi aku yang masih baru dan terlalu cetek pengetahuan dalam bidang ini. Selama ini memang aku tahu ada banyak garis panduan yang harus dipatuhi. Cumanya, ada beberapa garis panduan yang hanya aku ikut secara membuta tuli tanpa tahu sebab-sebab yang jelas. Tidaklah pulak aku hendak bertanya, mulut terlalu berat rasanya. Tapi tadi barulah segala persoalan yang hanya ada dalam mindaku terjawab sudah. Jadi tak perlulah aku bertanya-tanya lagi kerana jawapannya sudah kuperoleh walaupun bukan semuanya. Dan, seperti yang dijanjikan, ceramah tu habis pukul 12.30 tengah hari. Majlis berakhir dengan makan tengah hari yang disediakan. Alhamdulillah... dapat makan free lagi hari ni...

Petang, pukul 2.30, pergi pula ke Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka dan Pelancaran Buku Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Dua acara yang disatukan dalam satu majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Syed Hamid Albar. Macam majlis2 yang lain, ada ucapan oleh Ketua Pengarah dan juga YAB Dato'.

Melihat seorang demi seorang melangkah ke pentas mengambil hadiah masing2, aku hanya senyum. Tumpang gembira bagi pihak mereka kerana aku tahu bukannya mudah mahu menghasilkan satu-satu karya itu. Banyak masa dan fikiran yang diperlukan. Apalagi karya yang ditulis adalah untuk pertandingan dan punya tema khas yang harus dipatuhi. Persaingan pula bukannya sedikit. Aku pun belum tentu mampu melakukan apa yang pemenang-pemenang dan peserta-peserta lain buat walaupun sebelum ini tak pernah cuba. Bekerja dengan 'due date' yang agak rigid ni, aku memang agak payah sedikit. Lemah seluruh badan rasanya sebab selama ini aku menulis ikut suka dan masa sendiri, tak ada paksaan dan tak boleh ada paksaan sebab paksaan akan membunuh keinginan. Tapi satu hari nanti siapa tahu aku boleh buat kan?

Seperti biasa, majlis2 macam ni selalu menemukan aku dengan kawan2 seangkatan. Hari ni aku jumpa dengan Kak Durrah yang datang bersama-sama anaknya. Tapi hanya sembang sekejap aje sebab masing-masing mengejar masa. Lepas tu jumpa pulak Kak Amaruszati. Kak Zati merupakan salah seorang pemenang sagu hati untuk menulis novel. Geli hati dengar cerita di sebalik novel dia tu. Akhir sekali, jumpa pulak Kak Ramlah Rashid. Sempat juga bertanya-tanya dan merisik-risik tentang kerjaya novel masing-masing. Kak Ramlah hadir sebab novel remajanya terlibat dalam majlis pelancaran tadi dan dia juga jadi pemenang sagu hati hati untuk kategori novel. Itu pun kami hanya sembang sekejap aje. Masa selalu cemburu dengan manusia rasanya. Tapi tak apelah, ada umur dan rezeki pasti dapat jumpa lagi.

-Bila Sampai Akhirnya?-

January 25, 2008

Hem... itu lagi. Masih benda yang sama. Lagi-lagi isu lapok itu juga yang hendak dibahaskan oleh orang yang bijak pandai. Lagi-lagi benda basi yang dah berkulat tu juga yang hendak diperkatakan. Seolah-olah mereka saja yang tahu segala-galanya dalam dunia ini. Sudah tidak ada lagikah isu lain yang lebih penting untuk diperkatakan? Sedangkan aku kira, ada begitu banyak benda yang boleh didebatkan selain isu remeh-temeh itu. Tapi kenapa masih isu yang sama jadi perhatian?

Bosan... aku betul-betul bosan dengan apa yang aku dengar akhir-akhir ini. Rasa menyampah dalam hati hanya TUHAN saja yang tahu. Kadang-kadang rasa nak give up pun ada juga daripada terus menulis. Kenapa tidak dalam dunia ini, manusia buat hal masing-masing saja? Kau adalah kau dan aku adalah aku, bermakna kau dengan cara kau dan aku dengan cara aku, tapi yang pasti jalan hidup masing-masing berbeza kerana tak ada manusia dalam dunia ini yang sama perjalanan hidupnya seratus peratus, kalau pun ada yang sama, tentu ada yang tak serupa di mana-mana. Itu lumrah kejadian manusia di muka bumi ini. Sedangkan rambut manusia saja sudah lain-lain jenis dan warnanya. Inikan pula hati?

Lagipun sama ada berat atau ringan sesuatu karya itu, siapa yang peduli? Selagi tidak ada kesalahan yang dilakukan, kenapa ada yang perlu bercakap itu dan ini tanpa sedar dalam diam sudah menggores hati orang lain? Orang bijak pandai tentu tahu bagaimana hendak menjaga hati orang, setahu aku. Dan, bagi aku pula... yang rasa lebih cenderung hendak menulis karya berat, silakan dengan senang hati melakukannya dan begitu juga sebaliknya. Begitu juga dengan kelompok pembaca. Terpulang pada mereka untuk membaca karya yang bagaimana untuk santapan jiwa. Tidak perlu sampai mengatakan kalau karya popular itu adalah karya picisan yang terlalu rendah nilainya hingga boleh disamakan dengan nilai '0'. Teruk sangatkan hingga dilabelkan serendah itu?

Kenapa tidak, diberikan semangat atau dorongan kepada golongan seperti aku ini supaya tergerak hati untuk keluar daripada kebiasaan suatu hari nanti? Tapi ini juga bukan janji kerana, untuk apa menjanjikan sesuatu yang masih belum pasti. Dan, kenapa perlu disekat minat yang wujud di hati orang lain kalau rasa tidak puas hati? Rezeki... bukannya manusia yang menentukan. Hanya boleh berusaha semata-mata. Selebihnya tergantung kepada ALLAH sama ada mahu memberi atau menarik kembali. Jadi kenapa mesti ada yang saling menuding jari dan menyalahkan orang lain? Kenapa tidak difikirkan jalan untuk mengatasi masalah yang ada? Bukankah itu lebih manis kelihatannya? Bukannya itu lebih elok daripada memandang rendah pada orang lain.

Aku tak tahu orang lain bagaimana, cuma bagi aku bukannya mudah untuk menghasilkan sebaris ayat, apalagi hingga menjadi muka surat yang tebalnya mencecah ratusan muka. Jadi... kalau pun tidak mahu menghargai, apa salahnya jika tidak dicemuh sesedap rasa? Penting sangatkan semua itu, kenapa berat atau ringan itu tidak ditimbang dengan neraca keadilan dan kemanusiaan? Sebab, aku tetap berpegang pada satu prinisp, macam mana karya itu dihasilkan sekalipun, pentingnya tentu ada nilai pengajaran di dalamnya yang ingin disampaikan. Kalau pun tidak banyak mana, sedikit tentu ada. Kalau pun ada keburukan, bukankah kita ada akal untuk menolak keburukan itu? Dah tahu buruk, mengapa masih mahu mengikut? Dan bagi aku lagi, aku menulis kerana aku suka dan aku minat. Lain-lain aku tak peduli. Yang penting hati aku puas walau sesekali aku terpaksa mengakui kalau hati aku agak goyang juga. Biasalah... aku hanya manusia biasa yang tahu marah dan sedih.

-Selamat Datang-

January 22, 2008

Hari ni, macam semalam... sekali lagi aku rasa berat hati sangat nak pergi kerja. Rasa kaki macam kena gam kat lantai rumah. Padahal kalau duduk rumah pun bukannya ada benda yang aku buat. Kawan serumah pun dah berapa hari tak ada kat rumah, tinggalkan aku sorang2 jadi penunggu. TV macam dah jadi kawan paling setia aku sejak minggu lepas. Laptop pulak aku dah tinggalkan sepi tak berteman kat kampung. Dan PC, cuma jadi sahabat paling kamceng untuk aku main game. Jenuh juga jadi batu depan PC, konon-kononnya nak menulis tapi hampeh. Makin lama aku makin dah diserang wabak 'M' yang agak serius juga. Sebaris ayat pun jari aku tak tertaip rasanya.

Teruk betul... aku rasa betul-betul teruk sekarang ni, balik-balik game gambar-gambar kartun tu juga yang aku kejar, kadang-kadang macam tak menyempat-nyempat nak balik rumah daripada kerja. Asyik nak teringat-ingat. Kadang-kadang pejam mata pun, aku nampak gambar-gambar kartun tu. Sekali fikir pulak aku dah jadi macam orang gian, gian kat game merapu tu. Tapi memang aneh pulak, selagi tak menang selagi itu aku tak berhenti. Sampai berjam-jam lamanya. Takkah aku sedang membuang masa dan mensia-siakan masa yang aku patut gunakan untuk menulis atau melakukan kerja-kerja yang berfaedah?

Akhir-akhir ni pulak rasa susah benar nak tidur. Golek kanan, golek kiri semuanya tak menjadi. Dahlah aku memang jenis payah nak tidur. Ada sekali tu aku SMS dengan Bikash, kata kat dia aku nak tidur sebab malam tadi aku tak dapat tidur, rupa-rupanya dia pun tak tidur juga. Apa dah jadi dengan kami-kami ni? Tak tahulah, rasa macam ada banyak benda main bola dalam kepala ni. Sepak sana, sepak sini sampai aku pening sendiri. Golnya tidak juga. Tahu-tahu saja semuanya jadi gelap. Malam tadi pun situasi sama juga yang berlaku. Tak tahu pukul berapa aku dapat tidur. Lagi satu masalah, aku terlalu kerap terjaga masa tengah tidur. Tak pernah kot seingat aku, aku tidur dan jaga betul-betul pada masa yang sepatutnya aku jaga. Kadang-kadang tu sejam sekali aku tersedar dari tidur yang memang tak lena tu. Dah tu, pantang kalau ada bunyi sikit, celik terus mata dan lepas tu nak tidur balik ambik masa yang lama. Nasib akulah kot, terima ajelah dengan reda.

Malam tadi, dalam pukul 3.00 pagi, tersedar macam biasa... terus capai hp kat sebelah, nak tengok pukul berapa. Ada 1 mesej. Siapa pulak yang rajin hantar mesej kat aku. Hem... rupa-rupanya adik aku. Dia hantar mesej dekat-dekat pukul 1.00 pagi, tapi aku mungkin baru tidur kot masa tu. Tapi bukan sebab tu aku tak sedar ada mesej masuk, yang buat aku tak sedar sebab aku silet hp tu. Sengaja supaya tidur aku tak diganggu. Ceh... macam bagus sangat! Bukan apa, kalau aku jaga aku susah nak tidur balik, jadi aku kena cari alternatif supaya aku tak terjaga walaupun aku tetap akan terjaga walaupun tak dengan sebarang bunyi. Penyakit ke ni?

'Kak Tam... dpt anak lelaki... Ina bersalin kul 12.00 am tadi'

Hah? Terus bulat biji mata aku. Bukannya apa, baru semalam aku dan Ila sibuk meneka-neka jantina anak dia. Dia dan isteri dia pun sengaja tak nak tahu sebab konon-kononnya nak surprisekan diri sendiri. Tadi masa aku tepon Ina, adik ipar aku cakap dah boleh keluar hari ni. Ina siap bagi tahu adik aku masuk sekali masa dia bersalin. Aku siap perli, tak pengsan pulak dia? Ina cuma ketawa. Alhamdulillah... tak ada apa yang lebih menggembirakan selain daripada melihat dan mendengar ibu dan baby tu selamat. Walaupun lepas pukul 5.00 pagi, mata aku masih terkebil-kebil dalam gelap. Huh... kesiannya aku. Apa pun, selamat datang ke dunia yang penuh warna-warni ni, Muhammad Aqqif Najmi... semoga rahmat ALLAH selalu ada untuk kita semua.

-Blurb Novel Untukmu Sayang-

January 18, 2008

Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yang paling baik. Tidak akan menyakiti meskipun hatinya disakti. Biar telinganya perit, hatinya menjerit, dia tetap akan mempamerkan riak tenang.

Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya, setiap kejahatan harus dibalas dengan kejahatan. Dendam harus dibalas dengan dendam. Tapi itu dulu… semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, ‘Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!’

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorang yang menerima hukuman, sedangkan bukan dia yang memulakan sengketa itu? Mereka sama-sama bersalah. Tapi, demi sayangnya yang melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru untuknya yang semakin hilang punca.

“Untuk awak saya sanggup buat apa saja…”

Dia bersyukur, rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yang tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar, terasa kebahagiaan untuknya seperti tidak pernah dijanjikan.

“Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak tahu diuntung. Sudah bertemu dengan lelaki baik, tapi tetap juga tidak tahu menghargai. Maafkan saya…”

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yang memaksa. Namun, usai melafazkan kata-kata itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

-Cerita Seorang Aku-

January 16, 2008

Hari ni hari yang agak teruk juga. Pagi, mula pukul 9.00 pagi sampai pukul 1.00 tengah hari aku dan kawan-kawan dah berkurung dalam bilik mesyurat. Ada dua mesyuarat yang kteorg kena attend, satu mesyuarat bahagian dan satu lagi mesyuarat editorial. Langsung aku tak sempat nak buat apa-apa termasuk nak minum macam selalu.

Tapi x apalah, kalau ada mesyuarat memang pun macam tu keadaan aku. Lagipun bukan kena buat apa pun, hanya mendengar bos bercakap itu dan ini, cuma sesekali menyampuk kalau ada yang tak kena. Dan aku, macam biasa tetap menjadi pendengar yang setia tanpa ada suara. Dah x ada benda nak tanya, aku hanya diam. Tapi bila seorg kawan, suruh aku buat benda yg aku x nak buat dlm mesyuarat tu, aku terus jadi angin satu badan. Maklumlah, dah lama benar aku sabar dengan dia, tadi tu aku memang dah x boleh tahan lagi. Lepas tu dia kata aku garang, dulu masa masuk diam aje. Aku jadi tambah bengang, antara dia dan aku, rasanya aku yg masuk dulu bahagian ni, macam mana pulak dia tahu kalau aku diam atau bising? Hem... macam-macamlah dia. Tapi dah baik dah, gaduh org profesional memang macam ni kot, sekejap aje. Kelakar pulak rasa, macam budak-budak aje.

Lepas rehat tu, Fida dan Hairul datang, kawan2 dari ASWARA. Diaorg nak surprisekan aku, malangnya aku dah tahu. Siap cakap, 'surprise sangatlah tu'. Rupa-rupanya Fida nak cari Majalah Dewan Sastera, cerpen dia keluar bulan lepas. Tapi aku x dapat tolong dia sebab aku pun x ada majalah tu. Maaf sekali lagi, Fida.

Bila diaorg balik aku capai telefon, telefon seorang penulis, nak bincang pasal manuskrip dia. Hem... langkah kiri agaknya tadi, terus kena sembur. Pedas sangat apa yang dia cakap tu. Walaupun x tengok muka penulis tu, aku rasa malu sangat. Rasa macam nak menyorok dalam guni. Pertama kali kena marah sejak keje kat sini. Dan, pertama kali juga aku cakap 'minta maaf' berkali-kali atas kesalahan yang aku sendiri x tau sama ada aku layak dipanggil persalah atau x. Dah aku memang x dapat bahan tu, nak buat macam mana? Sedeynye rasa, TUHAN aje yang tahu dan masa menaip ni pun sedey aku x hilang lagi. Tapi nak buat macam mana kan? Hidup memang macam ni, lagi pun aku kan dah biasa kena marah masa keje kat MPJBT dulu? Lebih teruk lagi pun pernah. Jadi... bangun, bangun, Marwati weh... bangun...

-Novel Untukmu Sayang-

January 15, 2008

Novel Untukmu Sayang ini sebenarnya dah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan pada tahun 2006, hampir serentak dengan novel Kasih Antara Kita. Tapi akhir-akhir ini aku selalu dapat e-mel daripada kawan-kawan pembaca dengan soalan yang sama. Diaorg tanya macam mana dan kat mana boleh dapatkan novel tu. Macam biasa jawapan aku, "Cuba cari kat kedai yang berhampiran." Sebab itu saja alternatif yang ada. Lepas tu diaorg balas balik, kata dah tak ada. Akhirnya dapat juga berita yang novel tu memang tidak akan diterbitkan lagi dalam jangka masa terdekat atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hem... nasib, nasib!

Jadi atas alasan tak nak kecewakan pembaca yang masih mencari dan tak nak kecewakan diri aku sendiri, maka novel ini diterbitkan sekali lagi dengan kulit buku yang berlainan, oleh syarikat penerbitan yang lain dan hasil karya aku sendiri yang tak dibuat sesuka hati oleh org lain hingga bila baca novel tu balik, terasa macam tengah baca novel org lain, hehehe... sabar ajelah!

Sebenarnya sayang kalau dibiarkan aje sebab novel ni agak dekat dengan diri aku. Sepanjang proses buat novel ni pun, aku selalu bayang zaman sekolah yang penuh dengan cerita dan warna-warni yang sampai sekarang masih jadi sebuah kenangan terindah dalam hidup aku. Jadi... kepada kawan-kawan yang masih mencari, inilah dia novel tu, kulit baru belum ada lagi. Ada nanti aku cuba letak di sini. Dan, blurbnya pula akan dimasukkan di sini kalau aku tak sibuk sangat esok. Sekian...

-Wayang Kita... hehehe-

January 11, 2008

Entah angin apa yang melanda, pagi sebaik saja sampai opis, aku cakap pada Diana yg aku rasa hari ni macam x best. Dia tanya kenapa, aku jawab terasa macam hari Isnin, maklumlah Khamis dah cuti. Jumaat memang rasa macam hari Isnin.

Dalam pukul 9.00 pagi, Kak Lah suruh aku dan Diana pergi library, pinjam buku Lepaskan Kembali Aku ke Laut sebab buku tu nak bawa dalam mesyuarat pukul 11.00. Aku pun tanya siapa yang kena pergi? Kak Lah jawab dia dan bos. Masa tu senyuman aku dah sampai ke telinga. Jadi dengan senyuman, aku pun pergilah. Sempat juga aku pinjam 3 buah novel, karya lama Bikash dan Ebriza... hehe, novel kawan2 sendiri. Tak tahulah bila nak baca.

Lepas balik aku pun cakap pada Diana apa yang ada dalam otak aku, dan Diana rupa-rupanya sependapat dengan aku. Masa rehat hari ni panjang, jadi kami pun pergi Times Square. Tengok wayang cerita 'The Game Plan'. Aku memang dah plan lama dah nak tengok cete tu, lepas tengok iklan dia lagi. Mujur juga masa kami sampai cerita tu masih belum mula walaupun dah agak lewat kami sampai.


The Game Plan mengisahkan Joe Kingman lakonan Dwayne Johnson (The Rock), seorg bintang American Football yang mewakili pasukan dari Boston. Dia merupakan seorang lelaki yang hidup dalam dunia sendiri atau lebih tepat lagi, perasan bujang, dia seorang yang kaya, popular dan disukai ramai sebab dia seorang yang cemerlang dalam pasukannya. Tapi dunia sendirinya berakhir bila tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dan mengaku sebagai anak perempuannya. Dia yang x tahu hakikat itu terkejut beruk. Daripada situ, timbul beberapa aksi yang sangat menarik hati aku untuk terus menonton. Ada lucu, ada x disangka2, ada geram, ada nakal, ada cute dan sedih hingga air mata aku keluar, isyh... x malunyer. Antara pelakon lain dalam cerita ni, Roselyn Sanchez, Kyra Sedgwick Morris Chestnut, Madison Pettis dan ramai lagi. Dan yang pastinya, cerita tu dah buatkan aku rasa gembira dan rasa seronok sangat. Cuma, kalau diberi pilihan, antara sukan rugby dan bola sepak, aku lebih prefer bola sepak sebab rugby terlalu ganas. Tak sesuai dengan jiwa aku.

Dan, yang ini pula cerita 'Anak Halal'. Cerita ni aku tengok masa balik Johor Bahru hari tu, tengok di City Square. Yang paling best, aku bawa sekali mak, abah, anak2 buah aku, adik dan adik ipar aku sekali. Sengaja aje bawak diaorg. Sekali fikir, teruk juga aku ni sebab seret diaorg sekali, tapi... bila fikir balik, aku rasa tak ada apa yang salah sebab tengok wayang sama aje macam tengok TV, cumanya bukan di rumah, ada skrin besar dan ada ramai orang yang tidak dikenali.

Cerita ‘Anak Halal’ ini pulak sarat dengan aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan antara satu sama lain. Dilakonkan oleh Maya Karin, Fasha Sandha, Raja Farah, Farid Kamil, Adi Putra, Jehan Miskin, Zulhuzaimi, Bront Palarea, Remy dan ramai lagilah. Tapi yang paling aku kagum dalm cerita ni, nilai persahabatan yang entahkan wujud lagi, entahkan dah x wujud pada hari ini. Apa pun, cerita ni okey jugalah walaupun lepas keluar panggung, hati aku masih tertanya-tanya tentang banyak perkara. Kenapa macam ni dan kenapa tiba2 boleh jadi macam ni? Seperti ada banyak benda yang tidak disentuh atau mungkin terlepas pandang. Tapi bila fikir balik, siapa aku nak mengkritik? Mungkin aku yang sebenarnya terlepas pandang walaupun rasanya aku tengok dari A-Z...

- Apa-apa Ajelah-

January 7, 2008

Tahun 2007 dah berlalu beberapa hari, sekarang tahun 2008 dah bermula. Tapi rasanya ada beberapa kenangan yg begitu bermakna, yang aku belum coretkan kat sini. Rasanya syg pulak kalau aku biarkan kenangan tu tanpa tinggalkan apa-apa. Kalau menconteng kat sini, sekali-sekala aku mesti tengok balik kalau bosan. Lagipun bukannya selalu aku dengan keluarga pergi cuci mata kat luar dari Johor, kalau pergi pun jarang dapat pergi ramai-ramai macam hari tu. Walaupun tempat yang kami pergi cuma di Tiara Beach Resort, N9 dan Melaka yang dah berkali-kali aku pergi, aku tetap tak kisah, sekurang-kurangnya anak-anak buah aku yang beria-ia benar nak berjalan tu gembira sakan dapat mandi macam badak air.

Lepas tu, lagi satu yang aku tak boleh lupa tu, akhir tahun lepas, kami satu keluarga sambut hari lahir abah aku yang ke-60 tahun. Alahai... dah tua rupa-rupanya abah kesayangan aku tu. Beria-ia benar aku beli kek, tapi abah tak naklah pulak bila kami suruh tiup lilin. Aku adik-beradik pun kira melampau juga sebab buat permintaan yang teruk macam tu sekali. Apa pun, tak kira berapa pun umur abah dan mak, aku tetap mengharapkan yang terbaik untuk kedua-dua orang tuaku. Semoga mereka berdua sentiasa ada dalam rahmat ALLAH

Rasanya nak cerita banyak tak boleh sebab aku tak ada banyak masa sangat, kejap lagi nak buat kerja. Jadi... rasanya cukuplah kalau aku ceritakan melalui gambar sebab dari situ boleh nampak segala-galanya.