-Cerita Kosong Seorang Aleya-

6 Ramadan, alhamdulillah… dah enam hari umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadat puasa. Aku pun… alhamdulillah… masih dapat meneruskan puasa walaupun setiap hari ditemani nasi bungkus. Tak masak? Ya… aku memang jarang masak. Nak buat macam mana, dari kecik aku memang tak ada kesempatan memasak sebab semuanya mak yang buat. Mak pun tak pernah nak percaya kat aku dalam bab masak-memasak ni. Kalau ada pun, aku hanya sediakan bahan-bahan yang patut, potong itu dan ini, tumbuk sana sini, kisar itu ini dan macam-macam lagi selain daripada memasak.

Bukan tak pernah tunjukkan kebolehan, tapi adik-beradik aku banyak lelaki. Dan bila dah ramai lelaki, ada aje yang tak kena, padahal aku baru aje nak tunjuk skill kat diaorang. Tapi diaorang langsung tak bagi semangat, balik-balik komen aje memanjang. Sudahnya, ‘Sori… jangan harap ami nak masak lagi lepas ni. Kalau lapar, pergi kedai cari makan’. Tak sedar, rupa-rupanya aku betul-betul dah kotakan apa yang aku kata pada abang-abang dan adik-adik aku tu. Atau pun, aku sebenarnya dah kena sumpahan dewa masak? Hahaha… Tapi bukan juga bermakna aku langsung tak reti masak. Kalau setakat nak kenyang, insya-ALLAH masih boleh lagi rasanya.

Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan dan sebenarnya aku memang tak ada cerita pun yang nak diceritakan hari ni. Terlanjur mengedit manuskrip sendiri yang belum berjudul (judul main-main, Cinta Sebatang Pen Oren), tangan terasa gatal nak menaip sesuatu. Sebenarnya, manuskrip yang watak utamanya aku beri nama Qisya dan Ziyad ni dah selesai 95%. Tapi… aku tiba-tiba aje rasa sayang nak selesaikan lagi 5% (kerja-kerja mengedit) tu lepas berbulan-bulan aku kerjakan. Rasa macam nak kena tinggalkan pulak kalau dah habiskan semuanya. Aneh kan? Tapi kenangkan manuskrip tu patut aku sudahkan tiga tahun lepas, dan aku dah kecewakan hati banyak pembaca yang pernah baca cerita tu dulu, nak ke tak nak, aku kena habiskan dalam minggu ni juga. Sayang macam mana pun, kena selesaikan juga. Lepas ni aku kena sudahkan pula satu lagi cerita yang juga baru 100 halaman aku buat.

Aku nak bekerja keras lepas ni sebab makin hari, makin banyak yang aku belajar daripada pengalaman yang aku lalui. Pengalaman tu kata, lagi ada mood menulis, terus aje menulis tanpa henti sebab bila mood lari, aku mesti jadi ikan kering. Tapi aku harap semuanya berjalan dengan lacar, mood menulis pun biarlah elok walaupun perjalanan hidup aku akhir-akhir ni tak begitu lancar. Mujur juga aku pandai berlakon… tetap juga banyak cakap dan banyak ketawa. Hebat tu Marwati @ Aleya! Hahaha… Tak kisahlah, paling penting, aku tak nak nangis walaupun sedih aku tak hilang dan tak akan hilang sampai bila-bila. Dan ujian ALLAH… aku tahu datang pada mereka yang mampu menghadapinya.Moga-moga aku akan jadi seteguh karang hendaknya!

-Siapa Lebih Bergaya?-

Antara mereka bertiga, siapa yang lebih bergaya dan lebih pandai bergaya? Satu... yang gemuk berbaju merah? Dua... yang sedang-sedang aje? Tiga... yang kurus kering sebab tak nak makan dan tak berapa suka makan? Dan kesimpulannya, sebenarnya aku tengah bosan walaupun ditemani kerja yang tak pernah habis...



-Majlis Pelancaran... Selesai Sudah!-

19 Ogos 2009! Alhamdulillah… hanya itu kata-kata yang bergema dalam hati bila majlis yang dirancang oleh pihak Alaf 21 untuk aku, berakhir sudah tanpa ada masalah yang besar-besar, walaupun dalam keadaan aku yang tak begitu stabil. Malah, Kak Wan, Kak Saadi dan Auen, editor aku ada juga mengatakan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik majlis hari tu. Tapi aku tak peduli, tak kirlah apa pun yang terjadi, bagi aku, majlis tu sudah cukup bermakna sebab aku memang tak pernah menyimpan angan-angan setinggi itu. Yang aku tahu, aku cuma nak jadi penulis. Hanya itu semata-mata! Bila orang sudi meraikan aku, aku tetap menadah tangan mengucapkan kata syukur.

Majlis Pelancaran Novelis Prolifik 5 Novel Aleya Aneesa. Itu tajuk bagi majlis tu. Pihak Alaf 21 yang beri tajuk segah tu. Segan pun ada masa dapat kad undangan daripada Kak Saadi. Terfikir sendiri, cukup prolifik ke aku sampai dapat title tu? Rasanya untuk sampai ke tahap tu, masih begitu jauh sebab aku selalu ingatkan diri yang aku ‘budak baru belajar’ dan aku akan terus jadi ‘budak baru belajar’ sampai bila-bila supaya aku ada keinginan untuk belajar dan proses belajar itu tak akan selesai sampai bila-bila selagi belum bertemu dengan titik akhir.

Bolehlah kalau aku katakan yang aku sangat berdebar-debar menantikan majlis tu. Bimbang kalau-kalau aku akan mencacatkan majlis. Takut jatuh terduduk, takut terpengsan sebab terlalu gemuruh dan banyak lagi yang aku fikirkan sebelum majlis bermula. Apalagi di saat-saat akhir, dugaan besar datang menguji. Sudahnya, air mata aku keluar juga masa majlis tu. Entahlah, ada banyak rasa bergabung masa tu. Teringat apa yang berlaku masa awal-awal aku melibatkan diri dalam dunia penulisan. Semangat yang jatuh merudum, rasa kecewa yang bukan sedikit dan usaha mak yang tak pernah kenal batas.

Kenangkan mak yang bawa manuskrip aku untuk dibinding lepas aku kata aku tak nak menulis lagi, kenangkan mak yang hantar manuskrip aku ke pejabat pos untuk dipos, hati aku kat dalam berdendang irama lagu sendu. Jasa mak untuk dunia penulisan aku, memang cukup besar. Tak ada mak, mungkin tak ada majlis hari tu. Jadi, bolehlah kalau aku katakan, majlis hari tu bukan untuk aku, tapi untuk mak yang selalu ada di belakang aku. Mak yang akan menarik tangan aku setiap kali aku terjatuh. Dan aku tahu, dibandingkan aku... mak lebih teruja dengan majlis hari tu sebab dia rasa bangga dengan apa yang dah aku buat. Awal-awal lagi dia dah bertanya itu dan ini. “Mak... sayang gila ami kat mak...”

Tak tahu nak tulis apa lagi, tapi yang pasti nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada yang sudi hadir. Keluarga aku yang memang tak berapa arif tentang selok-belok jalan di KL dan Shah Alam. Entah berapa kali sesat sebab aku co-pilot yang sepatutnya dijatuhkan hukuman bunuh. Aku menyesatkan lagi diaorang yang tentu saja sesat dan pening dengan jalan-jalan yang ada di KL. Sampai abang ngah aku kata, tak duduk kat KL pun tak apa. kalau keadaan jalan macam ni. Untuk kawan-kawan penulis yang sentiasa memberikan sokongan. Sungguh, aku terharu dengan kehadiran kalian. Untuk keluarga Alaf 21 yang sudah berpenat lelah untuk majlis hari tu, untuk Erra Fazira yang sudi menyempurnakan majlis dan untuk keluarga Alaf 21 FC, terima kasih tak terhingga. Untuk Auen... syukur, penat lelah awak berbaloi juga, saya sangat terharu.
















-Salam Ramadan-

Salam Ramadan buat semua yang ada di seluruh dunia. 3 Ramadan, alhamdulillah... hari ni masuk hari ketiga umat Islam di Malaysia menyambut puasa. Cepatnya masa berlalu, terasa macam baru aje Ramadan tahun lepas berlalu, kenangan raya yang lepas pun masih banyak yang terimbas dalam ingatan. Baju biru sedondon, pilihan keluarga aku yang tentunya ditetapkan oleh Kak Long. Masing-masing bersuara bertanya, baju siapa yang paling lawa dan mahal. Lepas tu, ada pula suara-suara sesama sendiri yang mengutuk dan mengejek demi membangkitkan suasana supaya jadi lebih meriah. Tapi semuanya dah berlalu, seiring dengan putaran waktu yang terus juga bergerak.

Menyambut puasa di kampung sekali lagi, rasa gembira sangat, walaupun tak rancang sebab kononnya nak balik minggu ni. Tapi ada hal yang perlu diselesaikan, jadi aku balik juga. Dapat 1 hari berbuka dengan keluarga, itu pun dah cukup bagus bagi aku daripada tak dapat langsung.

Tahun ni, Adik Nana buat hal lagi. Masa sahur menitik air mata dengan alasan mengantuk. Tapi kitaorang buat tak nampak aje. Bila ayah dia dah bising, sesuap nasi masuk kat mulut. Ayah dia pergi aje, menitis lagi air mata sambil tu menjeling-jeling dengan mulut merungut-rungut. Siapa suruh tidur lambat? Makin mak aku bunyi, makin mulut dia bising. Sudahnya aku malas nak dengar, aku cakap ‘Sukanya hati Mak Tam dengar adik merungut-rungut’. Kali ni, dia menjeling sampai tinggal mata putih. Aku cakap lagi, ‘Bila adik nampak mata putih, Mak Tam rasa macam jatuh cinta kat adik’. Pecah ketawa subuh tu dan aku kira dab berjaya bila Adik Nana pun ketawa sama sebab dengar aku jatuh cinta kat dia. Lepas tu barulah beberapa suap nasi lagi masuk dalam mulut dia.

Pagi-pagi, dia kata dia lapar. Siap kata, tahun ni dia nak puasa 29 hari aje, itu bermakna hari pertama dia nak berbuka. Aneh rasanya bila orang yang tak pedulikan makan, tiba-tiba saja kata lapar. Masa tak puasa tak lapar, bila puasa pula jadi lapar. Tapi kitaorang dah siapkan perisai dah. Cakaplah apa pun, tak akan ada yang cair sebab Adik Nana dan lapan tahun. Tapi mulut dia tetap bising. Ayah dia kata, kalau tak puasa kena duduk dalam reban ayam. Aku dan Kak Long pula kata, kalau tak puasa tak boleh luruskan rambut. Entah angin apa melanda, tahun ni dia betul-betul dan beraya sakan. Dan alhamdulillah... berjaya juga dia menyudahkan puasa pertama. Hendaknya, cukuplah sebulan...

Apa pun, moga Ramadan tahun ni akan membawa rahmat untuk seluruh umat Islam yang ada di dunia ini. Amin!

-TUHAN...-

Hari ni... rasa nak nangis. Nak nangis kuat-kuat sampai banjir bumi ni, kalau boleh. Nak nangis air mata darah banyak-banyak sampai kering semua darah yang ada dalam badan, kalau boleh. Nak nangis tak henti-henti sampai, masa yang berhenti berjalan, kalau boleh. Nak nangis sampai tak larat nak nangis, biar aku lupa terus bagaimana cara menangis lepas ni, kalau boleh. Nak nangis... nak nangis... dan nak nangis... bagi menterjemahkan semua yang ada di hati, saat ini. Tapi, kenapa ketika ini?

Rasa tak percaya dan tak nak percaya, tapi yang berlaku tetap juga dah berlaku. Nangis sampai banjir pun, nangis sampai keluar air mata darah pun, nangis tak henti-henti pun, nangis sampai tak larat pun, tak ada apa yang boleh dibuat lagi. Cuma boleh rasa kesal, kesal, kesal dan kesal yang tak ada penghujung dan tak akan ada penghujung sampai bila-bila. Inikah yang dinamakan dugaan? Ya ALLAH... pertama kali, dalam seumur hidup ini, ujian-MU terasa sangat menyakitkan...

-Catatan Perjalanan (4)-

Wah banyaknya gambar. Hem... anggap ajelah bulan ni bulan gambar sebab aku terlebih rajin. Lagipun, tak ada cerita yang menarik untuk diceritakan, walaupun semalam ada kisah hebat berlaku dalam pertemuan dengan ketua pengarah. Hari ni pula, tadi Jabatan Sastera ajak Bahagian Penerbitan Sastera makan dan baca Yasin sempena nak menyambut bulan Ramadan. Aku rasa itu mungkin ajakkan yang terakhir sebab sekarang ni bahagian aku dan berpindah ke Jabatan Penerbitan. Apa pun, terima kasih sebab sudi ajak. Aku dan kawan-kawan memang jenis tak tolak rezeki. Tapi musuh, kami tak mahu. Dan inilah, gambar terakhir sepanjang perjalanan di Cameron Highland.


















-Catatan Perjalanan (3)-

Salam buat sesiapa saja yang sudi dan masih sudi berkunjung ke blog yang sekejap panas, sekejap sejuk, sekejap meriah, sekejap usang ni. Catatan Perjalanan (3), tak ada cerita sebab rasa-rasanya, hanya dengan kepingan-kepingan gambar di bawah, mampu menjelaskan situasi dan perasaan aku dan kawan-kawan ketika itu.