- ChA cHiK -

January 28, 2011

Dah hampir sebulan lepas siapkan TCA, saya langsung tak menulis. TCA tu apa? Alahai... biarlah rahsia dulu sebab saya malas nak heboh hal-hal yang belum pasti. Biarlah rahsia? Hem... dah macam lagu Siti Nurhaliza kan? Tapi... kalau tak ada lagu tu pun, perkataan tu tetap digunakan juga kan dalam Malaysia ni? Jadi, hari ni saya pun nak gunakan dua perkataan tu. Hanya yang pasti, TCA tu judul manuskrip yang paling baru saya siapkan.

Sejujurnya, bukannya tak mahu menulis, tapi mood menulis tiba-tiba stuck tak mahu bergerak walaupun keinginan nak menulis mengebu-gebu dalam diri. Ceh... ayat, hampeh! Mungkin... saya tegaskan sekali lagi, mungkin... mood saya hilang gara-gara siap aje TDS, saya terus buat TCA tanpa ada rehat walaupun sehari. Siap yang bermaksud siap tulis dan edit sendiri, bukan editor. TDC pulak dah, apa tu? Hem... dah tentu juga manuskrip novel. Tak tahu angin apa merasuk, memang hujung tahun lepas saya excited gila menulis. Masa yang saya target betul-betul dapat saya capai. Syukur!

Antara TDS dan TCA, TDS siap dulu. Tapi draf untuk TCA lebih dulu saya buat. Kalau tak silap saya lebih enam tahu dulu, seangkatan dengan novel Semusim Rindu, Kasih Antara Kita, Janjiku Bersamamu dan Segalanya Untukmu. Hanya rezeki 4 novel tu terbit dulu. Malah, Hanya DIA Tahu, Aku Mahu Kamu dan Tanpamu Aku Rindu, selamba aje memintas TCA tu, sikit pun tak rasa simpati. Tapi, bukan saya ke yang sengaja membuat pintasan tu? Memang saya pun, tapi bukannya suka-suka. Sebagai penulis, saya tak meletakkan apa-apa syarat pada dunia penulisan saya. Saya penulis yang meletakkan seluruh kepercayaan pada mood. Kalau mood mahu menulis kisah lain, maka kisah yang sedang ditangani akan saya tolak. Bukan tolak untuk selama-lamanya, tapi tolak untuk beberapa waktu sehingga mood kembali semula.

Bagi saya, saya tak akan memaksa diri kerana saya percaya paksaan yang saya buat atas diri saya pada akhirnya hanya akan membuatkan saya tidak puas hati pada diri sendiri. Apalagi saya memang terkenal dengan sikap, ‘Tolong jangan paksa saya!’. Hanya ayat tu tak tertulis di dahi. Kalau ditulis pasti akan mengambil ruang yang luas sehingga dahi yang kecil ni tak muat. Apa? Boleh guna tulisan kecil? Kalau font bersaiz kecil, bimbang orang tidak melihat, maka saya akan terus dipaksa. Lagipun mana dulu dan mana kemudian, siapa yang hendak kisah kan? Tak ada pun yang peduli.

Berbalik pada Cha dan Chik seperti tajuk N3 di atas. Cha merujuk pada Abang Cha (besar) dan Chik pula merujuk pada Abang Chik (kecik). Cha d Chik sebenarnya judul untuk manuskrip kanak-kanak yang sedang saya tangani. Itu pun kalau judul itu diterima kelak. Tapi saya benar-benar berharap. Hanya yang menjadi masalah, bila manuskrip CC tu sangkut, gagal untuk saya kembangkan. Tak tahu mana silap, hanya ada dua bab setakat ini sedangkan drafnya sudah selesai untuk 3 siri. Ada hari-harinya jari-jemari tak runcing ni bergerak-gerak di keyboard, tapi tetap juga tak boleh. Alahai... sindrom malas nampaknya sudah kembali menghantui saya. Hendaknya, tolonglah ya Cik M supaya tak terlalu lama bermastautin dalam tubuh saya, lebih-lebih lagi di minda dan hati. Saya mahu menyudahkan CC secepat mungkin. Kalau tak untuk 3 siri sekali gus, cukuplah 1 dulu. Dua lagi akan saya sudahkan mengikut kesesuaian masa.

- Yang besar Danish Hakim dan yang kecik tu pula Mohammad Aqqif Najmie. Mereka berdualah yang bakal menggerakkan Cha Chik -

Macam Cubit Kanan Cubit Kiri, Cha Chik juga akan saya garapkan menggunakan nama anak-anak saudara saya, Danish Hakim dan Mohammad Aqqif Najmie. Untuk watak Cha, saya letakkan Danish sebab Danish memang besar dan yang kurus dan kecik tentu saja merujuk pada Aqqif. Kalau CKCK, memang 70% menggambarkan Nurul Husna dan Nurul Hannah, CC pula kecuali bentuk fizikal, hanya rekaan semata-mata kerana saya tak tahu meramal masa depan. Tapi walaupun hanya rekaan, saya berharap suatu hari nanti bila remaja dan dewasa menjemput dua buah hati pengarang jantung saya tu, mereka benar-benar akan jadi seperti watak-watak yang bakal saya garapkan nanti. Dan semoga anak-anak di seluruh dunia, selalu berada dalam lindungan ALLAH. Hendaknya, cepatlah mood saya kembali datang, saya excited mahu menyudahkan CC tu, ;-)

- Yang berbaju pink tu, Nurul Hannah dan yang ditanam dalam pasir tu pula Nurul Husna. Mereka berdualah yang mewarnakan perjalanan cerita CKCK -

- RaMbUt PuN tAk SaMa WaRnA kAn? -

January 27, 2011

Melihat status di wall FB seorang kawan penulis. Katanya... sukar memuaskan hati semua orang. Entah kenapa, saya bagaikan dapat menyelami perasaan kawan tu. Turut merasakan seksa yang sama. Mungkin sebab saya dan dia duduk di tempat yang sama, di bawah bumbung yang sama, iaitu penulis yang sentiasa mahu melakukan yang terbaik demi kepuasan bersama. Bahkan mungkin saya lebih teruk daripada dia kerana persoalan itu hanya bermain-main di minda, sentiasa berulang alik bagaikan tak ada kata sudah. Mahu meluah, tapi tak tahu harus bermula daripada mana, menggunakan kata apa dan harus meluahkan pada siapa. Sudahnya, sampai ke hari ini saya kekal bertanya, bagaimana caranya hendak memuaskan hati semua orang, terutamanya pembaca yang terdiri daripada pelbagai peringkat lapisan umur.

Tapi setiap kali itu juga saya gagal menemukan jawapan. Hakikatnya, tidak mungkin saya yang punya kudrat yang terbatas ini mampu melakukannya. Saya mungkin boleh memuaskan hati sebilangan orang, tapi dalam masa yang sama saya terpaksa juga mengecewakan sebilangan pembaca yang lain walaupun ketika menaip aksara demi aksara untuk digarap menjadi novel, saya mengharapkan semua orang dapat menerima. Tapi sangat tidak adilkan kalau saya berharap begitu? Sebabnya, sudah tentulah sebab semua orang itu keinginannya tidak sama sedangkan saya sebagai penulis juga punya keinginan tersendiri. Setiap penulis, saya percaya bukan sekadar menulis semata-mata, tapi penulis menulis kerana merasakan ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada pembaca di luar sana. Kecil atau besar yang mahu disampaikan adalah satu hal yang berbeza. Kecil pada orang ini, mungkin saja besar pada orang itu. Pendek kata, kecil dan besar bukanlah skala yang boleh dijadikan kayu ukur. Paling penting, usaha sudah dibuat.

Memuaskan hati semua orang memang impian saya sejak saya masuk ke dunia yang sangat asing bagi saya satu ketika dulu. Tapi itu hanya impian yang tak mampu ditunaikan. Rambut pun tak sama warna, macam mana saya nak mengharapkan pembaca punya hati yang sama? Untuk itu saya berusaha melakukan yang terbaik, walaupun saya tahu terbaik bagi saya belum tentu terbaik untuk orang lain. Hanya saya selalu berharap, saya tak akan rebah dan terus terlena gara-gara merasakan diri gagal memuaskan hati banyak orang.

- DiA sUdAh 3 TaHuN -

January 26, 2011



Hem... cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, Sabtu 22 Januari 2011, kami melihat Mohammad Aqqif Najmie potong kek berbentuk kunci. Entah apa agaknya rasional dia pilih kek kunci sampai sekarang saya tertanya-tanya. Sebabnya, dah tentulah saya tak melihat apa-apa keistimewaan kek dalam bentuk tersebut. Di mata saya, yang dinamakan kek itu sepatutnya berbentuk empat segi tepat atau bulat seperti biasa, tak kira berapa berat sebiji kek itu. Tahun lepas gitar, tahun ni kunci, entah apa-apa ajelah anak buah saya nombor 4 tu kan? Tapi kata adik saya, mulanya dia pilih kek padang bola, malangnya kedai kek yang dia orang pergi tak buat bentuk tu. Lepas tu disuruh pilih pula kek gitar, tapi di saat-saat akhir mata terpandang kek kunci agaknya. Bimbang dia buat konsert orkestra kat kedai kek, adik saya layan aje apa yang dia mahu. Anak menangis macam ponti anak remaja tengah-tengah orang ramai, takkanlah adik saya masih mampu senyum ketawa macam tak ada apa-apa berlaku kan? Dan budak-budak... pandai sungguh menggunakan kelebihan yang ada semata-mata nakkan simpati orang tua.

Apa yang boleh saya simpulkan tentang birthday boy ni ya? Hem... berat badannya ringan, sangat ringan sebenarnya untuk budak umur 3 tahun. Hampir sama dengan Arissa yang berumur 1 tahun 7 bulan. Tapi tak kisahlah asalkan dia sihat kan? Dan lagi... senang saya nak angkat-angkat sesuka hati. Dia seorang yang suka berjaga malam, tidurnya kadang-kadang pukul 1-2 pagi. Malah ada masa-masanya cecah ke angka 4 pagi. Kenapa selewat itu waktu tidur dia, saya sendiri tak dapat berikan jawapan. Yang saya tahu, tak kira pukul berapa saya sampai ke rumah dari KL, dia tetap sambut kepulangan saya sambil menjerit-jerit panggil nama saya walaupun saya belum keluar kereta. Kemudian dia peluk saya sambil tersengih-sengih lagak kerang busuk. Selera makannya agak baik sebab termasuk buah-buahan dia makan dengan wajah gembira. Dia sangat menghiburkan dan mencuit hati saya. Tapi ada masa-masanya, bila dia mula buat perangai, sesiapa yang melihat pun boleh terasa angin. Dah namanya budak-budakkan? Kalau umur dia 20 tahun dia masih buat perangai macam tu, memang saya humban dia dalam parit. Itu pun... kalau 20 tahun lagi saya masih kuat dan berat badan dia memungkinkan saya jadi Badang. Hahahaha...

Dan lagi, malam Sabtu tu, mata saya hampir-hampir saja tertanggal ke luar bila saya kata pada dia, "Mak tam nak tidur ni. Gudnite ye..." Dia senyum dan saya pun jalan. Tiba-tiba, "Kak Limah!" Saya paling ke belakang, saya tengok dia ketawa-ketawa. Apakah itu bermaksud dia mengatakan rupa saya pada ketika itu seperti Kak Limah dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung? Kak Limah yang berambut panjang dan serabai dengan baju putih yang meleret sampai ke lantai, kemudian ditambah lagi dengan wajah putih dan sekitar mata lebam mengalahkan zombie? Itukah maksud Si Aqqif @ Jimmy tu? Oh... tidak! Rasanya, masa tu saya dah elok berbaju tidur dan rambut masih terikat kemas. Jadi, apa motifnya dia memanggil saya Kak Limah ya? "Panggil Mak Tam Kak Limah ya?" Saya terus pergi kat dia, dia yang belum pun saya cuit sudah ketawa sambil badan ke kiri ke kanan mengalahkan cacing kepanasan. Takutlah tu saya geletik dia. Tapi sungguh, anak yang satu itu memang suka sangat menyakat saya. Ada-ada aje idea dia nak kenakan saya.

Apa-apa pun, seperit biasa saya akan tetap mendoakan yang terbaik buat dia. Harapan saya, satu hari nanti dia akan jadi anak yang baik, sangat baik dan benar-benar baik bukan hanya untuk orang tua tapi untuk semua orang yang akan ditemui dalam seumur hidup dia. Untuk Aqqif, Selamat Hari Lahir, moga seluruh rahmat ALLAH akan jadi milik Aqqif, ;-)







- MaIn TuLiS-tUlIs! -

January 25, 2011

“TIGA bulan?”

Diam. Dua raut wajah yang saling duduk bersebelahan tetapi dipisahkan sekujur tubuh kecil milik Qalesya yang tidak mengerti apa-apa, hanya bungkam. Sejak dari tadi tidak ada suara yang keluar. Membantah tidak, mengiakan jauh sekali. Satu wajah tetap mempamerkan riak tenang, seolah-olah langsung tidak terusik dengan apa yang dipinta. Satu wajah lagi sudah kelat membendung emosi yang tidak mampu dizahirkan.

“Empat bulan?” tanya pula suara garau yang lain. Di atas bibirnya, ada kumis nipis yang sudah bercampur warna antara hitam dan putih. Kedua-dua warna itu saling tindih-menindih antara satu sama lain.

Beku. Masing-masing tidak berkutik walau sedetik, termasuk menghembuskan nafas sekalipun. Hanya membiarkan sepi mengambil tempat di antara mereka di ruang tamu yang agak luas itu. Ada tujuh tubuh di situ, termasuk sekujur tubuh kecil yang hanya membuat hal sendiri, tetap juga menggigit kuku yang agak panjang tanpa peduli pada gusar yang membelit hati-hati lain yang ada di situ. Namun ruang itu seperti tidak berorang, boleh juga dikatakan seperti baru saja diserang geroda ganas.

“Lima bulan?” Suara halus merdu mencuba nasib.

“Enam bulan?” Masih halus lagi suara yang bertanya, tapi kali ini empunya suara berganti tubuh. Suara halusnya kedengaran sedikit nyaring, tidak lembut seperti suara halus yang mula-mula bersuara tadi.

“Tujuh bulan?” Suara garau bercermin mata tanpa bingkai tidak mahu kalah di tangan orang lain. Mana tahu antara mereka berempat, kata-katanya yang akan mengambil tempat. Wajahnya yang tidak pernah tidak tersenyum, tetap juga tenang menentang dua pasang mata yang sengaja berlagak mengalahkan patung yang ada di kedai-kedai pakaian.

Tidak berhatikah mereka berdua? Atau sebetulnya seperti kata isterinya, hati mereka berdua sudah lama mati? Aduh, kalau sudah sampai ke tahap itu, apa ikhtiar yang mereka berempat boleh lakukan demi menghidupkan kembali hati yang telah mati itu?

“Abang... tujuh bulan tu lama sangatlah!” protes suara halus nyaring dengan kerutan di dahi, bibirnya terjuih ke depan. Tidak puas hati dengan tempoh tujuh bulan yang diutarakan suaminya seketika tadi. Bukankah lebih cepat lebih baik lagi? Benda baik, buat apa hendak dilengah-lengahkan?

“Habis tu? Tiga bulan tak nak, empat bulan senyap, lima bulan diam, enam bulan sepi. Tujuhlah yang dipilih agaknya? Takkanlah lapan pula kan?”

“Lambat sangatlah Idham,” sokong suara halus merdu. Dia sependapat dengan Nurlaila. Tempoh tujuh bulan itu dirasakan terlalu lewat dan kalau boleh dia hanya mahukan tempoh enam bulan ke bawah.

“Ha, kan dah betul apa yang Laila cakap? Tengok... Safura dah setuju,” ujar Nurlaila bangga. Keningnya terjongket memandang wajah suaminya.

“Itu kata Safura dan Laila, empunya badan tak kata apa pun,” balas Emran dengan senyuman nipis.

“Dinzley nak berapa?” tanya Nurlaila kepada Dinzley yang hanya bersandar.

Dinzley jongket bahu, tidak tahu harus menjawab apa. Dijeling seketika seraut wajah itu, kelat tidak bergula.

“Dinzley nak tiga bulan kan?” Nurlaila mempamerkan wajah semanis madu pada anak bujangnya itu. Di ketika ini, dia sangat berharap matanya mampu menembusi minda dan hati anak sulungnya itu supaya dia tidak terus berteka-teki sendiri. Anak itu, sekejap kelihatan seperti hendak, di lain ketika pula hanya tenang seperti sudah tidak punya hati dan perasaan.

Dinzley sebenarnya, hendak atau tidak ni?

“Kalau tak nak tiga, empat pun boleh,” kata Safura yang duduk di sisi Nurlaila.

“Tak nak empat, lima pun okey asalkan tak lebih daripada enam,” sambung Nurlaila penuh harap. Dia menyentuh paha Safura, mengharap kawan karibnya semasa di sekolah menengah dulu menyokong kata-katanya. Bila Safura bertanya tanpa suara, matanya terjegil.

“Betul juga tu, tak kisahlah tiga, empat, lima, enam. Asal bukan tujuh ya?” Mengerti dengan jegilan Nurlaila, dia bersuara lagi.

Tawar-menawar itu masih tetap dilanjutkan meskipun mendapat tindak balas yang pasif. Yang membeli masih mahu mendapatkan harga yang murah semata-mata mahu memuaskan hati sendiri, sedangkan yang menjual seperti tidak mahu menjual apa-apa kerana sayangkan barang yang dimiliki. Kesungguhan yang dipamerkan tidak juga mengundang belas.

Sudahnya, masing-masing akhirnya terdiam seperti kehilangan modal bicara. Jelas kecewa berpeta di banyak wajah, kecuali dua wajah yang masih juga duduk bersebelahan di atas kerusi jati berkilat berwarna coklat.

“Boleh Dinzley minta ruang sekejap? Nak bincang dengan Annura sebelum kami beri apa-apa keputusan. Boleh?”

Idham dan Emran mengangguk, tanda setuju. Nurlaila dan Safura tersandar, kecewa!

* * *

“Berapa Nura?” tanya Dinzley sebaik saja orang tua mereka meninggalkan ruang tamu yang sudah kembali sepi, memberi peluang pada dia dan Annura untuk berbincang dari hati ke hati tanpa ada tekanan daripada mana-mana pihak. Dia hanya memandang riak wajah Annura seketika, sebelum membuang pandang ke hadapan.

“Berapa apa?”

“Awak dah dengarkan tawar-menawar orang tua kita tadi?”

“Saya dengar. Yang saya tak faham, kenapa dia orang nampak macam mendesak sedangkan dia orang juga yang kata, kita tak akan dipaksa. Kenal dulu, lepas tu tengok sesuai atau tidak. Tapi dari cara dia orang tadi, saya nampak macam kita dah tak ada pilihan lain lagi,” ujar Annura panjang lebar.

Kenapa ibu dan ayahnya seperti lain di mulut, lain pula di hati?

Bukan juga dia menolak, tapi kalau sudah kata begitu, kotakanlah. Jangan pula kata begitu tapi buatnya begini. Langsung tidak seiring! Dia dan Dinzley belum pun betul-betul kenal, tidak nampak jelas lagi baik dan buruk masing-masing. Tidak tahu lagi hati dan budi yang selama ini tersorok. Namun mereka berempat seperti sudah sepakat kalau dia dan Dinzley memang sepadan, pusing ikut mana pun tetap macam pinang dibelah dua.

Adilkah kalau begitu? Kalau tahu dia akan didesak begini, dia tentu tidak akan pulang ke rumah orang tuanya. Tidak juga akan bersetuju untuk kenal dengan Dinzley.

“Orang tua memang macam tu, mereka selalu nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Kita aje yang tak tahu dan selalu pula salah anggap.”

Tenang kata-kata Dinzley membuatkan Annura terasa seperti hendak pitam. Tidak percaya Dinzley yang berkata-kata seketika tadi kerana mengenali Dinzley hampir sebulan lalu membuatkan pujiannya hanya ditelan dalam hati. Kalau melihat pada wajah Dinzley, lelaki itu memang nampak baik tapi hakikatnya, Dinzley hanya baik di wajah semata-mata. Sedangkan dalam masa hampir sebulan ini, bukan sekali dua darahnya mendidih disebabkan tingkah dan kata-kata lelaki itu yang begitu bersahaja dan ada masa-masanya agak angkuh di telinganya.

“Baiknya awak...” sindir Annura dengan wajah mencebik.

“Awak mungkin menyindir, tapi saya tetap nak ucapkan terima kasih sebab saya andaikan awak memuji. Lagipun sejak kenal awak, mana pernah lagi awak puji saya. Nilah baru pertama kali. Saya rasa betul-betul bangga ni,” kata Dinzley bersahaja.

“Perasan!”

Kedua-dua tangan, Dinzley letakkan di belakang kepala sambil tubuh terus juga bersandar santai. Wajah Annura yang mencebik ditatap dalam-dalam dengan hati yang lapang. Ketawanya meletus perlahan, tidak mahu sampai ke telinga orang tua mereka yang tentu saja sedang mencuri dengar perbincangan dia dan Annura. Keputusan masih belum dibuat, dia tidak mahu mereka terus membuat andaian demi andaian tentang hubungan dia dan Annura yang masih belum layak pun digelar hubungan.

“Jadi apa keputusan kita?’ tanya Dinzley beberapa detik kemudian.

Diam. Hanya keluhan muntah dari bibir Annura. Kalaulah dia ada pilihan lain.

“Tiga bulan?” tanya Dinzley. Dia tidak tahu sama ada sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, tapi dia mahu menerima kalau untuk kebaikannya. Dalam segala hal, dia percaya restu keluarga sangat berkat.

Laju gelengan kepala Annura. Tiga bulan? Tidak! Tempoh itu terlalu singkat untuk menilai peribadi Dinzley yang langsung tidak dikenali. Kalau ditolak dengan tempoh sebulan sejak lelaki itu muncul, dia hanya ada dua bulan saja. Tidak mungkin!

“Empat bulan?”

Sekali lagi Annura menggeleng.

“Lima bulan?”

Geleng lagi.

“Enam bulan?”

Annura telan liur berkali-kali. Berdetup-detap jantungnya kerana gugup. Tidak tahu bagaimana harus membuat keputusan yang sebenar-benar keputusan dalam tempoh sesingkat ini. Kalau boleh dia mahukan keputusan yang tidak merugikan sebelah pihak dan menguntungkan pula pihak yang satu lagi, atau dalam erti kata lain menggembirakan semua pihak. Tapi soalnya, kalau orang tuanya dan Dinzley gembira, dia dan lelaki itu bagaimana pula? Takkanlah mereka pun akan turut bergembira meraikan jodoh yang tidak pernah dipinta?

“Setahun! Tapi setahun tu bukan bermakna kita mesti dan wajib kahwin macam yang orang tua kita mahukan. Setahun tu bermakna kita kenal hati budi masing-masing. Belajar tentang sikap masing-masing. Kalau tak sesuai dan serasi, kita bawa haluan masing-masing. Setuju?”

“Okey!”

“Setahun? Lama sangat tu!” Empat nada suara yang berlainan saling bertingkah sesama sendiri.

Dinzley pandang wajah Annura, mereka jongket bahu sambil ketawa perlahan.

- SaYa NaK aBaNg SaYa [ 1 ] -

January 24, 2011

Kata orang, pengalaman pertama memang agak sukar dibandingkan dengan dah melakukan perkara yang sama berkali-kali. Kata saya pula, pengalaman pertama agak menjengkelkan dan melemaskan. Tapi bukanlah bagi semua perkara dalam dunia ni. Ada juga pengalaman pertama yang rasanya manis-manis buah gitu.


Tapi... bila merujuk pertama kali menampal road tax pada cermin kereta hari ni, sungguh... saya memang ada rasa nak meraung. Mula-mula tanggalkan road tax tahun lepas, tapi melihat pada kesan yang tertinggal, saya rasa nak menangis kat situ juga sebagai tanda protes. Bukan sebab saya sedih tapi saya tahu apa yang saya kena buat. Bukan senang nak menanggalkan kesan yang nampak seperti dah sebati tu. Atas alasan nak senang, saya telefon abang saya, bukan sebab saya adik manja ya, hanya bertanya kalau-kalau ada cara yang paling mudah sebab selama ni abang saya yang buat semua tu untuk saya. Abang saya kata guna sabun. Saya mengeluh, lepas tu saya tanya, “Boleh tak kalau Ami tampal aje tanpa buang kesan yang ada?”. Abang saya balas, “Boleh... tapi nanti nampak buruk.”


Oh tidak! Saya tak suka kereta yang dah lama saya abaikan nampak buruk walaupun bukan juga kereta baru. Hanya meter pada kereta tu aje yang tunjukkan kereta tu tak menempuh perjalanan yang jauh selama ni. Umur 5 tahun, tapi meternya baru 42000 km, percaya tak? Tak percaya pun kena percaya juga sebab itu memang kenyataan. Hanya gara-gara terlanggar tiang parking di City Square JB, saya terus tak boleh pegang stereng kereta. Cuma dalam 6 bulan kebelakangan ni saya kembali berani. Itu pun sebab terpaksa.


“Nanti bila nak tampal, tampal betul-betul. Kalau tak nanti berkedut. Tak cantik!” Itu pesan terakhir abang saya. Dan saya, termangu-mangu melihat sekeping road tax di tangan. Dalam hati terfikir, nak kena buat apa dan macam mana ni? Melampaukan... sebab perkara seenteng itu tiba-tiba jadi sukar pada saya? Tapi saya memang blur sekejap. Rasa takut road tax tu koyak, takut tertampal atas ke bawah dan bawah ke atas. Sudahnya, naik rumah untuk kali kedua, ambil gunting sebab saya nampak lambang gunting. Bila dicuba-cuba saya rasa menyesal sebab ambil gunting sebab gunting tu tak ada keperluan.


Ok, road tax akhirnya berjaya ditanggalkan daripada pelekat. Hati saya jadi waswas lagi, bimbang buat silap, jadi saya pun mula membuat aksi jeling-menjeling kereta di depan. Oh... macam tu, detik hati saya. Tapi dalam keadaan terjenguk-jenguk tu muncul pula tuan kereta. Cepat-cepat saya berlakon melihat road tax di tangan sambil menyanyi-nyanyi kecil. Janganlah hendaknya saya dituduh cuba mencuri isi kereta sebab saya tak ada kemahiran umpil-mengumpil kereta orang. Kereta sendiri pun saya tak tahu buka kalau bukan dengan kerjasama kunci.


Dan akhirnya, kerja menampal road tax selesai selepas mengambil masa hampir 45 minit. Lama? Sangat lama? Begitu lama? Oh... saya pun perasan juga dengan tempoh masa tersebut. Patutnya 5 minit aje dah siap. Tapi sebab termasuk masa naik lif 2 kali sebab ambil sabun dan gunting. Kemudian sental-menyental kesan lekatan tahun lepas, saya kira okeylah tempoh tu. Harapnya, tahun depan tempoh 45 minit akan jadi 5 minit, ataupun 15 minit tu dah kira sedang elok. Apa pun, tu memang satu pengalaman walaupun mungkin hanya pengalaman ringan. Kalau ada yang mahu ketawa, baguslah... sekurang-kurangnya saya dah berjaya membuahkan senyum dan ketawa kalian, ;-)

- InDaHnYa MiMpI... -

January 18, 2011

Tak indah mana pun sebenarnya. Cuma mimpi biasa, tapi rasanya sangat istimewa untuk saya. Berlebih-lebihan kan kenyataan tu? Tak kisahlah walaupun ada masa-masanya saya memang suka membuat kenyataan yang berlebih-lebihan! Tapi sungguh... setelah sedewasa ini, tiba-tiba didatangkan dengan mimpi zaman kanak-kanak, rasanya sangat bahagia. Terasa macam nak mengulang detik itu sekali lagi walaupun saya tahu mustahil dan tak akan mungkin masa dapat diputar ke belakang.

Melihat mak dan abah dengan wajah muda, melihat abang-abang saya yang kurus dan tak begitu tinggi seperti sekarang sambil mendukung adik-adik saya yang kecil dan saya hanya berdiri di sisi mereka berdua, melihat cerianya pakaian yang dikenakan ke tubuh kami, saya rasa sangat rindukan detik itu. Walaupun jauh di dasar hati, saya sebenarnya tak ingat ketika kecil bagaimana layanan abang-abang saya pada adik-adik termasuk saya sendiri. Kenangan masa kecil saya bagaikan tak ada dalam relung ingatan saya. Yang saya ingat, satu hari di sekolah rendah, saya masuk ke kelas abang saya dan saya termuntah di tepi kelas sebab saya demam. Datang semata-mata nak bagi tahu yang saya sakit dan minta dihantar balik ke rumah. Malangnya, saya tak ingat apa jadi selepas tu. Saya tak ingat pun sama ada abang saya betul-betul hantar saya balik. Atau mak usu saya yang sekelas dengan abang saya yang hantar sebab mak usu pernah dukung saya dalam jarak yang sangat jauh hanya gara-gara saya meraung disengat ikan masa main sungai. Saya tak ingat peristiwa di sekolah tu. Yang terngiang-ngiang di telinga saya, seorang kawan abang saya kata, "Sam... adik kau muntah!" Tapi apa yang terjadi selepas tu saya tak ingat walaupun saya tahu saya tak pengsan. Langsung tak ingat. Lain-lain, hanya ada kenangan main kejar-kejar, sembunyi-sembunyi dan sebagainya. Tapi tetap juga tak ada kenangan kami berkumpul berlima macam dalam mimpi saya tu.

Dan malam tadi, cuma mimpi semata-mata. Tapi dalam mimpi tu saya melihat kegembiraan yang luar biasa ada pada kami berlima. Ikatan yang ada bagaikan terlalu rapat dan sangat erat. Bahkan sempat lagi kami bermain badminton sedangkan abah nak bawa kami berlima keluar entah atas tujuan apa. Cantik pakaian kami dalam mimpi saya yang sangat singkat itu. Kak Long pula tak ada dalam mimpi tu. Kata mak saya, Kak Long saya belajar dan tak duduk di kampung.

Kejap aje mimpi tu datang. Macam angin, berhembus kemudian pergi. Tapi sampai ke detik ini, saya masih melihat wajah-wajah kecil milik kami yang ketawa dan senyum. Seakan-akan ada sebak yang menghunjam jauh ke dasar hati yang paling dalam. Sungguh... saya rindukan kenangan masa kecil. Saya mahu kembali ke zaman itu dan mahu menggunakan detik-detik itu dengan sebaiknya supaya bila dewasa menjelang ada banyak kenangan yang boleh saya imbas. Sayangnya... berangan memang tak perlukan bayaran. Hakikatnya, badan yang dah makin mengembang tak memungkinkan semua itu.

Dulu... satu ketika yang dah begitu jauh saya tinggalkan, saya akui yang saya tak begitu menghargai erti sebuah keluarga. Bagi saya, mak abah, abang-abang dan satu-satunya kakak yang saya ada itu, hanya tahu mengongkong hidup saya. Semua yang saya buat jarang betul di mata mereka, walaupun bila difikir kembali, memang saya yang salah. Saya tak sepatutnya bergaduh sampai heboh nama sekampung, saya tak sepatutnya mengukur jalan kampung sebaik saja pulang dari sekolah, saya tak sepatutnya main badminton dan bola jaring tanpa kenal erti siang, malam dan tengah malam. Bahkan banyak lagi perkara tak patut harus saya lakukan sebagai bukti yang saya bukan anak atau adik yang hanya tahu menurut kata-kata orang tua. Saya lebih bahagia ditemani kawan-kawan yang entahkan ikhlas entahkan tidak berkawan dengan saya. Tapi semakin masa berlalu, saya makin sedar, kalau kawan kita baik, keluarga kita pasti lebih berganda-ganda lagi baiknya. Selagi mereka semua masih ada, saya mahu terus menghargai mereka walaupun ada masa-masanya, kepala saya dipeningkan mereka, ;-)

- AnGiNnYa RaSa! -

January 17, 2011

Kalut... mungkin itu yang boleh saya simpulkan hari ni. Memulakan hari seperti biasa. Bangkit seperti biasa walaupun seluruh badan rasa bagaikan ditumbuk dengan lesung batu milik mak kat kampung (padalah... sendiri pun ada lesung batu kat rumah). Ya... salahnya saya sendiri. Cuti Sabtu dan Ahad, ada begitu banyak masa tapi saya lebih memilih menyapu, mengemop, mencuci toilet, mencuci pakaian, mengelap singki dapur dan seluruh kabinet dapur, termasuk mencuci peti sejuk pada pukul 6.00 petang semalam lepas terjaga dari tidur gara-gara mendapat 50 miss called daripada kakak ipar saya dalam masa dua jam. 50? Wah... banyakkan? Dalam keadaan tangan menggigil saya telefon balik. Huh... mujur tak ada apa-apa yang serius walaupun itulah jumlah miss called paling banyak saya pernah dapat. Sebab apa saya dicari sampai macam tu sekali, biarlah rahsia. Hahaha... macam bagus benar nak rahsia-rahsia bagai.

Tapi sungguh... bangun aje dari tidur saya benar-benar rasa letih, lesu seluruh badan. Meskipun rumah tak besar mana, comel aje, saya tetap letih sebab buat sorang-sorang. Habis dengan balkoni menerima sentuhan saya semalam, walaupun sebenarnya saya tak niat pun nak bersihkan balkoni tu. Bukan sebab saya malas ya, tapi mengenangkan sekarang ni cuaca tak menentu dan hujan turun tak mengenal masa, saya rasa membersihkan balkoni hanya kerja sia-sia. Bersih hari ni, mungkin pada hari yang sama juga dah kotor kembali. Tapi tak apalah, saya bersihkan juga. Lagipun kalau mak dan seluruh keluarga saya datang tak lama lagi, saya tak rela jadi mangsa kutukan abang-abang, kakak-adik ipar dan adik-adik saya bila tengok balkoni saya dah macam laman rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni. Menjelang maghrib, semuanya bersih termasuk sidai baju sekali. Sangat cepat kan? Jangan ditanya macam mana saya buat kerja sebab saya mungkin sudah meminjam tenaga daripada lipas kudung petang semalam. Hahaha... apa kaitan ya? Sudahnya, saya tersandar lesu sambil melayan Hawaii Five-O yang dah saya tengok kali ke-4. Woi... tak jemu-jemu ke? Habis... itu aje yang menarik di mata saya.

Dan pagi ni, mengenangkan meeting, saya mahu aje mengambil cuti sebab saya sangat alergi dengan yang dinamakan meeting, wacana, seminar dan segala macam bagai . Tapi hanya dalam hati sebab akhirnya saya sampai juga di pejabat lebih awal daripada orang lain dan menjalankan rutin seperti biasa, ambil kunci, buka pintu, buka lampu, buka PC dan tengok apa-apa yang patut sebelum bangun capai duit dan bergerak menuju ke cafe secara solo. Mujur saya tak perlu mengambil minit mesyuarat, dan lain kali saya pasti tak akan terlepas sebab dibuat secara pusingan. Meeting... dah namanya meeting tentu saja berjalan seperti biasa. Mula-mula meeting bahagian, diikuti pula meeting kualiti bahagian. Mujur badan yang letih tak memaksa mata lena walaupun duduk selama 4 jam. Mujur juga meeting bahagian saya taklah terlalu ketat macam meeting-meeting lain.

Lepas rehat, macam yang saya dan Diana persetujui. Buat SKT dan Prestasi! Asalnya nak buat SKT dulu, tapi puas digodek-godek fail lama, tak ada satu pun SKT 2010 yang boleh dijadikan panduan untuk buat SKT 2011. Yang ada hanya 2005-2009. Aneh, memang saya rasa pelik sangat! Tak faham kenapa SKT 2010 tak ada, padahal selama ni tak pernah gagal buat simpanan. Lebih aneh lagi, bukan hanya saya yang tak simpan, Diana juga. Sudahnya lepas semak semua pen drive, disket, fail kat PC, sahih memang tak ada langsung. Dan saya, memang ada rasa-rasa nak mengamuk dan lempar semua yang ada di atas meja sebab geram sangat. Selalu macam ni, bila nak guna semua tak ada tapi bila tak mahu, berduyun-duyun depan mata. Sudahnya, kami ambil keputusan tangguhkan dulu dengan hati yang panas, dah tak ada mood nak teruskan lepas berkali-kali mencuba dan mencari. Soalnya, nak marah siapa kan bila sendiri yang buat salah? Harapan saya, hendaknya ada seorang lagi kawan yang simpan. Bolehlah kami berkongsi-kongsi copy sebab nak taip balik memang saya tak larat. Ada banyak lagi yang boleh dibuat selain daripada mengulang kerja yang sama. Saya tak mahu menyusahkan apa yang sepatutnya jadi mudah.

Apa pun kena tunggu esok sebab kawan tu tak datang hari ni, ada hal yang perlu diuruskan. Harap sangat saya tak perlu bersusah payah, ;-)

- NaK pEmBaNtU rUmAh! -

January 15, 2011

Lapar! Oh... pada saat jarum jam menunjukkan angka 2.15 pagi, istilah lapar patutnya tak ada sebab masa-masa macam ni seharusnya saya sudah berbungkus dalam selimut tebal. Mimpi dan terus bermimpi tanpa perlu memikirkan apa-apa. Sebabnya, dah dua hari tidur saya tak lena. Tak ada sebab, jauh sekali angin dan ribut, hanya mata enggan lelap. Masuk tidur pukul 9.00 malam, pukul 2 ke 3 pagi masih terkebil-kebil. Mata terasa pedih sebab terpejam. Ya, pejam... tapi tak lena, rasanya sangatlah tak seronok bercampur dengan sakit hati. Bukan juga masalah baru sebenarnya bila saya tak dapat tidur 2 atau 3 hari, dah terlalu biasa dan sudah pun ada di peringkat lali. Saya tahan, tak mengantuk. Tapi ditekankan di sini, saya sangat suka tidur walaupun bukan jenis lena. Dalam satu malam, saya pasti terjaga 5-6 kali, berpusing dan tidur kembali. Itu pun bukannya mudah untuk saya tidur kembali. Bahkan saya sendiri tertanya-tanya, pernahkan saya tidur tanpa jaga di pertengahan? Saya tak ingat walaupun puas cuba ingat. Kalau ada pun, mungkin masa saya bayi. Itu pun saya percaya yang ketika bayi juga saya pasti terjaga minta susu sebab saya bukannya bayi ajaib yang tak tahu menangis di tengah malam, ;-)

Cumanya... bila tidur tak cukup, badan saya cepat letih, lesu sampaikan saya tak rasa nak buat apa-apa termasuk nak berfikir perkara yang mudah-mudah. Sebab tu kadang-kadang, bila tak cukup tidur, saya jadi manusia kayu yang berhati sehangat api. Dalam erti kata lain, saya jadi lebih mudah marah dan terasa. Opsss... jangan salahkan saya, bukan saya yang tak mau tidur, lena yang tak mahu bertemankan saya. Kalau saya minum nescafe pada waktu malam pula, saya percaya yang saya mungkin tak dapat tidur 4-5 hari. Makanya, saya minumlah nescafe pagi hari sebab saya sangat sukakan nescafe ais. Nescafe O, oh... saya sangat tak suka. Tapi dah beberapa hari saya tak dapat minum nescafe ais. Bukannya tak dapat sebenarnya, saya yang tak mahu sebab cuaca di luar hujan memanjang, dalam DBP pula sejuk seperti duduk dalam peti ais besar bertingkat-tingkat hingga memaksa saya mengenakan dua lapis sweater, dua lapis stoking dan sarung tangan comel yang ada bentuk love yang saya beli di Cameron Hingland dua tahun lepas. Nak pakai sarung tangan kulit warna hitam yang saya pakai masa di Korea hari tu, terasa sangatlah tak patut, walaupun ikutkan hati memang saya nak pakai pun. Tak tahan kalau hari-hari terus ada dalam keadaan sejuk macam tu sekali. Saya orang Malaysia yang suhu badannya biasa-biasa saja. Tak tahan sejuk. Jadi... daripada diketawakan biarlah saya terus gunakan sarung tangan corak love tu. Setidak-tidaknya, saya dah buat kawan-kawan jealous sebab tengok saya pakai sarung tangan, ;-)

Tapi sungguh... sekarang ni, saat ni memang terasa lapar sangat. Nasi memanglah tak ada dan saya pun tak rasa nak makan nasi sebab saya tak nak duduk termenung selama 4 jam semata-mata nak tunggu nasi tu hadam, bahkan tak nak juga makan apa-apa. Bahan-bahan makanan lain, termasuk biskut masih ada, tapi tak boleh... saya kena tahan tekak saya kalau saya tak nak keluar pintu dalam keadaan mengiring sebab tak muat. Huh... kenyataan melampau kan? Taklah... yang sebenarnya saya malas nak goreng apa-apa dan dalam keadaan macam ni tiba-tiba terfikir, alangkah indahnya hidup kalau ada pembantu rumah yang boleh menolong. Wah... berangan tak ingat! Sebab tak ada nasi, tak ada pembantu rumah, saya fikir eloklah kalau saya hanya makan yogurt yang tak memerlukan saya menjana tenaga yang banyak pagi-pagi macam ni.

Pada kawan-kawan yang masih belum tidur, selamat malam. Pada kawan-kawan yang sudah tidur, selamat menjalani hujung minggu. Saya pulak, minggu ni nak terus duduk atas kayangan, tak perlu pijak tanah dan simen, ;-)

- ImBaS-iMbAs StAtUs Fb (SeNyUm & KeTaWa) -

January 14, 2011

Tak pasti benar atau tak khabar yang FB akan ditutup bulan Mac 2011 ni. Kalau benar, mungkin memang sampai situ aje hayat FB tu. Yang jelas, ada atau tidaknya FB hidup tetap perlu juga diteruskan seperti biasa. Dan di bawah ni adalah status-status yang pernah saya tulis di FB, bila sesekali tengok kembali saya senyum dan ketawa sambil minta DIANA jadi pendengar setia sebab saya membacanya dengan kuat dengan tujuan memang nak dia dengar.

Kategori yang bila baca, saya mesti gelak dan senyum sendiri, ;-)

- PaGi YaNg MeNgArUt, BuAt AiR nEsCaFe... AneHnYe KeNaPe SeRbUk NeScAfE tAk TuRuN-tUrUn, DeNgAn RuPa PeLiK tEruS kAcAU, mAsIh MaCaM tU jUgAK... tAk PuAs HaTi CuIT MuG, tEpUk DaHi, PaDaNlAh... AiR sEJuK... hUh! -

- DiA sUdAh PaNdAi JeAlOuS! kAtAnYa, "Oh MaK tAm... LeTaK gAMbAr DiA nGaN dAnIsH aJe KaT sKrIn Pc. GaMbAr KiTaOrAnG tAk LeTaK pUn". YaNg DiPaNgGiL mAk TaM tU, cUmA bOlEh SeNgIh MaCaM kErAnG bUsUk, TeRkEdU tAk SaNgKa. SeBaB, rAsA gAmBaR tU lAwA. tAk TaU pUlAk AdA oRaNg CeMbUrU... -

- StArT eNjIn KeReTa, LePaS tU tAnYa, 'HaRi Ni KeRjA kE tAk Ni?'. WaSwAs Je, RaSa MaCaM tAk PuN yA jUGaK. tApI tU bOs DaH dAtAnG, kErJaLaH tUh... -

- BaRu NaK cAlIt LiPsTiK, tIbA-tIbA pEnUliS tEgUr DaRi BeLaKaNg. HaBiS teRcAmPaK lIpStIk AkU sEbAB tErPeRaNjAt. SudAhNyA aKu SeNgIh Je SeBaB dAh TeRmAlU sEnDiRi... -

- MaLu TaK bIlA oRaNg BaGi sAlAm, KiTa JaWaB dAn LePaS tU aNgKaT mUkA, rUpA-rUpAnYe DiA bAgI sAlAm kAt KaWaN dIa KaT tEpOn. MaLu TaK? tApI... nApE bAgI sAlAm KuAt BeNaR? -

- SaTu HaRi MaSa NaK bAlIk KL, lOkAsI dI kG sG mElAyU. "kEnApA sUrUh AbAnG cIuM tAnGaN. pAtUt AdIk". TeRpInGa-PiNgA, aKu PaNdAnG aDiK, mAk & AbAH aKu. PaS tU oRaNg YaNg BeRtAnYa. "SaYa KaKaK." oRaNg Tu SeNyUm, "LaH... iNgATkAn DiA aBaNg." DaN aKu... GeLaK sAkAn, EjEk aDiK aKu, HaHaHaHa... -

- 1-TikEt 2 KeRaS sIkiT dRpd kErTaS bIaSa, Tp MaSiH dLm KaTeGoRi LeMbiK 2-JaRaK kEtE aGaK jAuH dArI tEmPaT nAk MaSuKaN tIkEt PaRkInG 2 3-AnGiN tIuP kEnCaNgLaH pUlA 4-HuLuR tAnGaN keLuAr TiNgKaP dLm KeAdAaN sEkSa Sb NyArIs X sAmPAi & TiKeT tErBaNg McM bUrUnG 5-Kt bElAkAnG x De KeTe, TeNgOk kIrI kAnAn, KeLuAr, ZuPpPpP! cEkUp TiKeT & lArI pAnTaS 6-AnGkAt MuKa AdA 2 oRg CiNa LeLaKi KeTaWa SeBeRaNg JaLaN 7-MaLu GiLa -

- "KeNaPa AnAk TuDuNg MaK tAm AdA kAt KePaLa AdIk?". DiA bAlAs DgN mUkA kAyU, "NaK pErGi ToIlEt KaN kEnA tUtUp KePaLa". BeTuLlAh Tu! TaPi SoAlNyA, kEnApA mEsTi AnAk TuDuNg AkU? kEnApA tAk IbU dIa PuNyA? tAk nEnEk DiA? tAk MaK cIk DiA? tAk PuN gUnA kAiN kE? kEnApA mEsTi AkU? sAkIt JiWa TaK dApAt AnAk BuAh MaCaM tU? -

- "MaK kAn MaK pEnUlIs, MeStILaH pAnDaI bUaT aYaT". eRrRrR... rAsA nAk TaNgAn AjE. tAk LoGiKnYe AdIk AkU... -

- "KaK tAm ToLoNg InA, iNa NaK cAlL tAk AdA kDt Ni. ToLoNgLaH kAk TaM, cUmA kAk TaM jE yAnG bOlEh ToLoNg InA...". aKu PuN dGn RaSa PaNiK cAlL, sUDaHnYe... "ApRiL fOoLl". KuRaNg AsAm JaWa, MeNgGoNg BeTuLlAh AdIk & AdIk IpAr AkU. kAlAu DeKaT, hEm... MeMaNg DaH kEnA kEtUk 22 KaT kEpAlA. aKu DiKeNaKaN, tAk SeSuAi LaNgSuNg... -

- AnAk BuAh AkU yAnG sUlUnG kAtA, "rAyA nAnTi, Bg KaKaK dUiT rAYa 100 TaU mAK tAm" AkU pUlA KaTa, "BnYk CaNtIk! UmUr BaRu 10 ThN, aDa HaTi NaK DuIt BaNyAk" DlM hAtI sAmBuNg, 'DaHlAh JaHaT nGaN aKu, TaK nAk IkUt CaKaP aKu, SuKa BuLi AkU, AdA hAtI nAk KeTuK aKu" KaLaU 7 oRgx100=700, HoHo.. JgN HaRaP! bAiK bElI bAjU rAYa DrPd BiArKaN dIaOrG bAkAr DuIt tU. SeKaRaNg, MmG Yg NaK dIbErI kE tEtApKaN jUmlAh pD yG nAk MeMbErI? -

- AkU kAtA, aKu AnAk BoNgSu, Si NaJmIe KiCkErS KaTa AkU pErAsAn SeBaB DiA & aDiK aKu SaTu LaGi NaK lEtAk kAt MaNa. MeMaNgLaH pErAh SaNtaN...

- SiKiT hArI lAgI cOnFiRm AkU bOlEh JaDi TuKaNg CaT, CoNsUlTaNt KiTcHeN cAbInEt & TiLeS + RoD lAnGsIr + SlIdInG dOoR & bLa... BlA... bLa... -

- DiA sUdAh PaNdAi JeAlOuS! kAtAnYa, "Oh MaK tAm... LeTaK gAMbAr DiA nGaN dAnIsH aJe KaT sKrIn Pc. GaMbAr KiTaOrAnG tAk LeTaK pUn". YaNg DiPaNgGiL mAk TaM tU, cUmA bOlEh SeNgIh MaCaM kErAnG bUsUk, TeRkEdU tAk SaNgKa. SeBaB, rAsA gAmBaR tU lAwA. tAk TaU pUlAk AdA oRaNg CeMbUrU... -

- ElOk AjE nAsI dAgAnG mASuK sEmUlUt, BoS dAtAnG dUdUk BeLaKaNg AkU dEnGaN kAk LaH... kAnToI.. aKu BrEaKfAsT pUkUl 9.15 PaGi... TaPi YaNg TaK tAhAn, BoLeHlAh PuLaK dIa BuAt LaWaK, nAk AjE nAsI aKu TeRsEmBuR. KaDaNg-KaDaNg... BoS mEmAnG pAnDaI bUaT kElaKaR sErAm... -

- AkAn JaDi CuBaAn PeRtAmA hArI nI, tApI kAlAu PuDiNg SuSu KoKtEl Tu TaK jAdI... aKu BaLiNg DaRi TiNgKaT 7 kE bAwAh. JaDi UnTuK pUdInG tU... aWaS yE! -

- KaTa Si AyAh, "SiApA dApAt ReSuLt BaGuS, aYaH bAgI sOrG sEbIjI lApToP". sI aNaK mEnJaWaB, "tAk AdA BrOaDbAnD bUaT aPa". KaTa Si MaK cIk DgN mUlUt MeLoPoNg, "DaSyAtNyA bUdAk-BuDaK sEKaRaNg". TeRiNgaT, dUlU uMuR 10 tAhUn AkU mAiN sEmBunYi-SeMbUnYi & SeWaKtU dGnNyE aJe... -

- MaCaM hAbIs BaNyaK & uNtUk OrAnG mAcAm AkU, rAsAnYe Tu DaH cUkUp BaNyAk. TaPi... KeNaPa SeNyUm TaK nAk HiLaNg KaT bIbIr Ni? BuKaN pAtUt TeRmEnUnG sAmBiL mUlUt CaKaP, "jAuHnYe BaJeT lArI bUlAn Ni!" LePaS tU gElEnG-gElEnG kEsAl NgAn TeKaD, bUlAn DePaN kEnA bErJiMaT... -

- AqQiF kAtA aKu AwEk DiA. kUiKuIkUiKuIkUikUi. TaPi... ApA mAknA aWeK kAt KaCa MaTa BuDaK 2 tAhUn Ya? BuDaK-bUdAk SeKaRaNg... CePaT bEtUl BeLaJaR... -

- SuP tUlAnG + kErAbU cAmPuR + nAsI + aIr TeMbIkAi = NaIk Ke UmAh, Eh... MaNa NaSi AkU nI? tAkKaN kOt NaSi BoLeH bErTuKaR jAdI sAmBaL bElACaN sEbAb NaIk LiF? -

- TeNgOk PuAkA tEbInG bIrU, mImPi HaNtU. tEnGoK cSi, MiMpI jAdI pEnYiAsAt. EnTaH aPa-ApA! -

- SoRg Di TiNgKaT 11, sOrG dI bAnGuNaN lAmA dBp, SaLiNg MeLaMBaI dAn Yg Di AtAs, kEdEnGaRan TeRgElAk-GeLaK sUkA sEpErTi DaH bErTaHuN-tAhUn TaK bErSuA mUkA, pDhaL BaRu PaGi TaDi PeRgI bErHaNtaR, bErPuLuH-pUlUh TaHuN hIdUp BeRsAmA. kAmI kEtAwA mElIhAt DiA KeRiAnGaN & aKu MeLiHaT aDa KeBahAgIaAn PaDa PaSaNgAn ItU. mOgA rAhMaT ALLAH sElAlU aDa UnTuk MeReKa SeKeLuArGa. DaN nYaTa, UsIa TaK pErNaH mErAmPaS kEmEsRaAn... -

- Oh... PeNyAkIt BeRjAnGkIt! -

January 5, 2011

Tidak! Tidak... tidak.... Saya tidak terkena penyakit berjangkit. Insya-ALLAH setakat hari ni saya masih diberikan kesihatan oleh ALLAH, syukur, dan harap juga akan terus diberikan kesihatan oleh DIA. Penyakit di sini bermaksud, yang virus gedik kembali menular dalam kalangan anak-anak buah saya. Sebiji macam penyakit berjangkit sebab diturunkan dari satu orang ke satu orang, mengikut kategori umur. Tak percaya cuba lihat di sini,

Asalnya yang menyebut budak berdua ini. Selepas beberapa lama, perkataan itu hilang begitu saja sebab saya dah tak dengar lagi mereka menyebut walaupun saling tolak-bertolakan dengan wajah menyinga. Ya, Kakak dan Adik memang tak lengkap kalau tak bergaduh dalam satu hari.


Lepas tu berjangkit pada budak ni pula. Tak tahu bila dapat, tau-tau aje semua orang digelar macam tu.


Itu pun tidak bertahan lama sebab sekarang ni dia leka mengasah bakat depan TV main PS2. Katanya dengan bangga, “Mak Tam... Dansih dan pandai skor bola”. Saya kata, “Baguslah... nanti kalahkan papa”. Isyh... tak baikkan saya cakap macam tu? Saya seperti menggalakkan anak buah saya terus leka dengan permainan yang ada kalanya sangat tak mendatangkan faedah. Tapi... itu kalau kita memandang dari sudut yang negatif. Sedangkan saya percaya, bila ada negetif tentu ada positifnya. Saya tak pandai bermain game bola walaupun dulu saya pernah dipaksa papa Danish lawan dengan dia sebab tak ada orang lain kat rumah. Ajak Mak atau Abah, tentu saja mustahil bukan? Silap-silap, abang ketawakan abang saya tu. Saya lawan juga dengan abang saya tu tapi saya rasa sangat bosan dan ada rasa-rasa macam nak menghempas joystick ke lantai. Lepas satu game yang berkesudahan saya kalah teruk, saya tak pernah main game bola lagi. Saya lebih gemar bermain game aksi. Tapi rasanya, dah sangat lama saya tak main PS2. Dan bila melihat Danish main, saya nampak dia berfikir, mencari-cari ruang kosong, mencari-cari lawan sepasukan dan seterusnya memikirkan strategi untuk menang. Setakat ini, Danish dan dapat menewaskan Mak Ucu dia. Hanya belum cukup bagus untuk mengalahkan Pak Ngah, Pak Long dan tentu saja papa dia yang memang cukup lama berkecimpung dalam bidang tu. Siap ajak aku kongsi beli masa aku study lagi.

Kemudian sekarang ni, bersambung pula kepada budak ini. Budak yang sikit lagi dah nak masuk tiga tahun.


Tapi budak yang satu ni lebih ke depan lagi, sebab selain gedik, dia turut menyebut poyo dengan wajah tak bersalah. Semalam, saya baru aje kena walaupun saya tak melakukan apa-apa kesalahan. Hanya bercakap-cakap sambil memanggil-manggil nama dia, tapi dia selamba aje dalam skrin hp menggelar saya begitu sambil badan terliuk-lentok bagai lalang ditiup angin. Dan hari ni, budak kecik tu sedang berada di bilik bedah di KPJ Johor Specialist Hospital. Ada ketumbuhan kecil di telinganya yang dipercayai lemak @ kolestrol. Mungkin hanya pembedahan kecil, tapi tetap mampu mendebarkan saya di sini. Saya berharap, sangat berharap, benar-benar berharap, pembedahan tu akan berjalan lancar dan ALLAH selalu melindungi anak buah saya, Mohamad Aqqif Najmie bukan hanya hari ini tapi sampai bila-bila pun. Dia anak yang sangat polos dan bijak berkata-kata. I love you, dear...

- DiBiUs! -

January 4, 2011

Cinta? Oh... tentu sekali tidak sebab saya rasa macam dah lama tak dibius cinta dan dalam seumur hidup saya ni saya sendiri tak pasti selama ini saya pernah atau tidak dibius cinta. Yang saya tau, cuma rasa yang begitu-begitu aje. Begitu-begitu aje tu apa? Tolong jangan tanya saya sebab saya tak tau nak terangkan macam mana. Dan rasanya, pada usia yang dah makin ke senja ni (sambil batuk-batuk halus lagak orang tua), saya dah makin malas memikirkan soal dibius-bius cinta atau membius-bius cinta ni. Penat jatuh tangga berkali-kali, habis kering air dalam badan, habis bengkak-bengkak satu badan sebab bergolek-golek macam buah nangka busuk tapi hasilnya tak ada. Sedangkan Kiah, Minah, Bedah dan kawan-kawan seangkatan mereka tetap tak jemu-jemu bertanya bila tarikh sebenar saya akan makan nasi minyak. Bila saya kata hujung tahun, mereka akan bertanya hujung tahun bila sebab saya tak meletakkan tahun di hujung jawapan saya. Aduhai... menjawab salah, sudah dijawab juga salah.

“Isyh... awak ni Kiah, sudah-sudahlah tu jadi orang kepoh. Tak baik tau jaga tepi kain orang, entah-entah kain awak sendiri koyak rabak kat tepi tu hah. Kalau awak terasa nak sangat makan nasi minyak, makan aje kat kedai-kedai makan tu, berlambak yang jual. Kalau nak yang free, awak tunggu aje anak awak tu jadi pengantin. Awak jangan... sekarang ni kalau awak kepoh hal orang, nanti orang kepoh hal awak pula. ALLAH bayar cash tau zaman sekarang ni.”

Bukan juga saya menolak soal cinta atau institusi perkahwinan. Tak ada orang dalam dunia ini yang terlalu gila mahu hidup sendiri, tapi kalau sudah itu yang tertulis di atas sana, siapa saya mahu mencabar takdir yang datang bukan? Melankolik ya bunyinya? Atau pasrah barangkali kan? Mungkin ya sebab saya hanya manusia biasa yang terkenal dengan kurang dan lebih, maka bila saya putus asa dan hanya berserah pada DIA semata-mata, saya kira itu normal bagi manusia biasa dengan pakej biasa macam saya. Atau mungkin juga tidaklah begitu emo sebenarnya. Tapi tak kisahlah sama ada ia atau tidak. Hakikatnya, saya hanya mahu menyerahkan segala-galanya pada ALLAH. Untuk saat ini, saya cuma mahu menjalani hidup saya seadanya. Saya mahu berbahagia dan bergembira dengan cara saya sendiri selagi saya masih diberikan peluang untuk bergembira dan berbahagia. Mendengar dan terlalu memasukkan kata-kata orang dalam hati hanya akan membuatkan saya terasa seperti berada di bawah, bawah dan bawah.

Soal terlalu memilih atau dipilih, biarlah saya yang pilih kerana hidup saya, biarkan saya saja yang tentukan kerana campur tangan orang lain hanya akan buat keadaan jadi lebih serabut. Dan setiap pilihan itu tentu ada sebab akibatnya. Dan yang jelas, saya sudah berhenti daripada menjadi penoreh pada hati sendiri. Jadinya... Kiah dan kawan-kawan, awas... anda menyakiti saya hari ini, esok lusa, anda pasti akan disakiti kembali. Mendoakan? Tidak, tapi itu memang lumrah hidup yang sesiapa pun tak akan mungkin dapat lari dan melarikan diri. Hidup ini kan ibarat roda yang berputar?

Okey, berbalik pada soal dibius, sebenarnya saya dibius ngantuk. Tak tahu di mana silap, sepanjang dua hari bekerja di tahun yang masih begitu baru ni, mata saya asyik nak terpejam. Pedih mencucuk-cucuk bagaikan tak tidur malam. Hari pertama tu ya, saya akui memang tidur saya tak begitu lena. Tapi malam tadi, saya tidur seperti biasa. Adalah terjaga beberapa kali seperti lazimnya saya, tapi soalnya kenapa hari ni saya masih terasa mengantuk seawal jam 8.30 pagi? Saya... sangat tak sukakan rasa ngantuk pada hari bekerja! Hahaha... ayat yang last tu sangat penting untuk diumumkan. Adakan itu bermaksud saya nak bagi tahu yang saya seorang pekerja yang rajin? Oh... tentu saja tak sebab saya tahu saya bukan orang yang rajin. Kalau duit saya ada berguni-guni, pasti saya awal-awal lagi sudah duduk di rumah goyang kaki dan terus menaip, menaip dan menaip manuskrip baru untuk dijadikan novel. Sayangnya... jangankan berguni-guni, suku guni pun jangan harap. Yang ada hanya cukup-cukup untuk makan pakai dan kegunaan sehari-hari ;-)

- N3 pErTaMa Ya! -

January 3, 2011

Hai kawan-kawan! Sihat? Wah... tentu saja sihat kan di tahun baru 2011. Tentu rasa segar juga ya? Saya pulak? Sihat juga tentunya dengan mood yang sangat bagus. Cumanya... saya terpaksa mulakan pagi dengan rasa mengantuk berat gara-gara malam tadi tidur-tidur ayam. Sebab, sepanjang hari duduk di rumah, kerja saya hanya tidur di samping sibuk menjaga makan. Kononnya nak diet lepas saya rasa badan dah mengembang setaman. Tapi... misi saya separuh gagal dan separuh berjaya. Berjaya sebab saya dah masuk 5 hari tak makan nasi walaupun saya asyik Nampak butir nasi menari-nari depan mata. Tapi gagal bila dalam konon-kononnya proses diet, hati kat dalam menggebu-gebu nak makan segala macam makanan yang saya tak rasa nak makan pada hari-hari lain. Sudahnya, saya cuit-cuit dengan kata-kata, “Tak pe, esok mula balik.”

Paling buruk, saya tiba-tiba nak makan kek Secret Recipe yang sangat sedap itu. Hah... saya makan kek Secret Recipe perkara biasa sebab saya memang suka makan kek kat sana? Ya, betullah tu memanglah biasa kalau saya cuma makan sekeping, tapi kalau rasa nak makan sebuku kek tanpa ada rasa nak kongsi dengan orang lain walaupun secubit, apakah itu masih boleh digelar biasa lagi? Oh... biasa juga? Sini... yang kata biasa tu saya nak cubit kanan cubit kiri. Kalau kalian berkata begitu, samalah ertinya dengan kalian mengatakan saya sangatlah kuat makan. Tidak! Saya bukanlah jenis hairan makan sangat, malah ada masa-masanya saya rasa saya makan sebab saya tak nak gastrik. Tapi... bila saya mula makan, saya akan makan dalam kuantiti yang agak banyak. Bahkan ada masa-masanya memang sangat banyak, alang-alang dah makan kan? Apa pun, saya harap kalau pun tak dapat turunkan berkilo-kilo macam orang lain, dapat turunkan 3-4 kilo pun jadilah (itu pun susah yang amat rasanya). Atau, saya patut bawa keluar kasut sukan yang belum pun dirasmikan lagi tu daripada rak. Mungkin itu idea yang bernas, tapi masalahnya, belum pun mula lari saya macam dah terasa penat. Ke idea berkaitan dengan kasut tu patut dinyahkan daripada fikiran? Huh...!

Dan tahun ni, saya memulakan hari tanpa azam sebab azam saya yang besar-besar tak pernah tercapai biarpun masa dan tahun silih berganti, makanya saya putuskan tahun ni biarkan saja masa dan keadaan yang jadi hakim. Ada masa-masanya, mengikut arus memang banyak kelebihannya. Asalkan saya selesa, bahagia, gembira dan paling penting tak menyusahkan orang lain, itu dah cukup bermakna untuk saya. Dan sambutan tahun baru saya, tentu saja di rumah dengan ditemani cerita-cerita yang berkesudahan, saya terpaksa tutup TV sebab dah tak ada hati lagi mahu menonton. Mengintai-intai dari tingkap, wah... meriahnya di luar bila tepat pukul 12.00 malam. Ada berbelas-belas bunga api yang bunyinya membingkitkan telinga terhampar depan mata. Yiha... saya tak perlu pergi jauh-jauh semata-mata mahu melihat kemeriahan itu. Tamat upacara membakar duit, entah milik siapa, saya tutup lampu dan tarik selimut sebelum gelap-gelita mengambil tempat.

Hari ini, bangkit saja dari tidur, hati berdetik, ‘Tahun ni aku mau jadi orang rajin’. Dan harap aku, detik itu akan jadi kenyataan hendaknya...