Salam dunia! Okey… macam poyo bunyinya. Kan? Tapi siapa
yang peduli sebab ‘rumah’ bersawang ini milik Aleya Aneesa a.k.a. Marwati
Wahab. Lagipun dah lama saya tak bebel-membebel di sini, sesekali biarlah saya
mempoyokan diri sendiri walaupun sebenarnya saya tak tau apa maknanya poyo itu
dengan jelas. Pertama kali dengar tahun 2000, ketika tangga UPM kaki saya jejaki.
Dan sekarang ni, perkataan tu dah jadi sangat klise. Dah ada banyak perkataan
merapu yang wujud dan bagaikan diterima pakai.
Nak tulis apa ya? Jujurnya, saya tak ada cerita penting
untuk dikisahkan! Hanya jari-jemari gemuk ni terasa nak conteng-menconteng
sesuatu. Di sini, ‘rumah’ yang tahun demi tahun jadi mangsa abaian saya. Maaf
blog, tapi percayalah... saya sangat-sangat sayangkan awak. Bukan baru hari ni
kita kenal, dah melewati 8 tahun.
Ya... saya buka blog ni tahun 2007. Banyak N3 saya dah
coret. Tentang diri saya, hidup saya, keluarga saya, dunia pekerjaan saya dan
lebih daripada itu, dunia penulisan saya. Di sini ada cerita suka, di sini juga
ada cerita duka. Tak tahu mana yang lebih banyak, air mata atau senyum dan
ketawa. Tapi tak kisahlah, walau macam mana pun, semuanya dah pun berlalu
seiring dengan masa yang tak pernah berhenti berputar.
Tapi betul, saya sayangkan blog ni. Sesekali bila rindu,
saya jengah sambil-sambil imbas cerita-cerita di sebalik contengan saya tu. Cuma
yang parahnya, kadang-kadang saya tak ingat saya menulis tentang apa dan siapa.
Haru, kan? Tapi memanglah logik sebab bukan semua cerita saya tu tersurat. Lebih
banyak tersirat saya rasa. Takkanlah kalau saya kecewa, marah atau apa-apa aje,
saya nak cerita terus terang. Malulah saya nanti! Kalau hal-hal gembira, karang
orang kata saya riak.
Dan cerita saya akhir-akhir ini, biasa-biasa aje. Masih
terus hidup dalam acuan yang sama. Sesekali masih nangis, sesekali ketawa sebab
tangis dan tawa itu asam garam dalam hidup manusia. Dunia penulisan,
alhamdulillah berjalan lancar kerana ALLAH masih meminjamkan anugerah itu pada
saya. Bila waktunya bakal ditarik, saya tak tahu. Cuma selagi ada, saya mahu
menggunakannya sebaik mungkin. Syukur juga bila pembaca masih mengikuti
karya-karya saya. Tentang keluarga, juga saya syukur sebab setakat ini kami
masih bergembira dan berbahagia menikmati apa yang dipinjamkan pada kami.
Rasanya tak ada apa lagi nak ditulis. Saya stop dulu dan
tak berani berjanji bila masanya saya akan kembali lagi. Mungkin tak lama lagi
dan mungkin akan lebih lama. Kepada pembaca novel saya, terima kasih. Kerana adanya
sokongan korang, saya masih di sini. Saya doakan yang baik-baik untuk korang.
Dan, doakan saya juga tau.
Salam sayang daripada saya, ;-)
Hi,
ReplyDeleteKami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami berminat mengambil naskah novel anda yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan TANPA HAD secara PERCUMA.
Anda boleh memuat turun aplikasi Novel+ di
Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmode.novel
Apple Store:
https://itunes.apple.com/my/app/novel+/id993607569?mt=8
Assalammualaikum. Salam perkenalan. Harap awak sudi lawati blog saya. http://balqisluv99.blogspot.my/?m=1 . Arigatou. :)
ReplyDeleteAssalammualaikum. Salam perkenalan. Harap awak sudi lawati blog saya. http://balqisluv99.blogspot.my/?m=1 . Arigatou. :)
ReplyDelete