Untuk yang tak tahu tapi mungkin nak tahu karya-karya saya dengan Alaf 21 [Grup Buku Karangkraf] boleh tengok poster di atas. Pink! Saya suka sangat-sangat, sama macam warna rumah saya yang saya gelarkan Rumah Pink. Tapi... part KISAH CINTA ROMANTIK tu, saya tergelak sikit. Bukan gelak mengejek, hanya tertanya-tanya sendiri. Romantik ke kisah-kisah dalam novel saya?
Sungguh... saya sendiri tak tahu! Saya suka menulis novel dan cerpen walaupun dah agak lama pencen daripada menulis cerpen, apa yang saya tulis lahir dari hati. Semasa menulis saya selalu berharap supaya apa yang saya tulis mampu menghiburkan pembaca, di samping mereka dapat mengutip iktibar atas apa yang berlaku. Sampai bila-bila pun saya tetap percaya dalam sesebuah novel itu terselit nilai walaupun sebesar zarah. Saya tak pernah peduli kalau ramai yang menuding jari kata saya menulis karya picisan atau sampah sekalipun. Hak memberikan pendapat, hak individu dan bukannya hak saya. Sesiapa dalam Malaysia ni bebas berkata-kata selagi kata-kata itu tak melepasi had yang ditetapkan. Cumanya, yalah... bila satu jari menghala ke arah orang, empat lagi hala pada diri kita sendiri. Harus selalu ingat itu ya!
Apa pun, terima kasih pada pihak Alaf 21 [Grup Buku Karangkraf], editor-editor dan designer yang banyak membatu. Pada mereka yang selalu ada di belakang saya, terima kasih daun keladi. Untuk pembaca yang saya hargai, tanpa kalian Aleya Aneesa bukan sesiapa. Terima kasih!
pergh,, baucer buku dah nak dapat tu,,hekhek
ReplyDeletedah habis ke baucernya? hihihi...
ReplyDelete