- KITALAH KITA... -

June 13, 2013

- Perancangan DIA cukup cantik. Ada banyak yang disimpan tapi kita tak pernah tahu dan selalu gagal mencari tahu... -

Kita manusia biasa, kita terkenal dengan banyak kelemahan. Bahkan, ada masa-masanya kita tekad untuk tak melakukan kesilapan yang sama kerana kita kesalkan kesan yang terpaksa kita lalui, pada kita atau pada orang-orang yang ada di sekeliling kita. Tapi esok-esoknya, tanpa kita sedari atau memang secara sedar, kita masih melakukan kesilapan yang sama. Mungkin bukan niat kita begitu, kita terpaksa melakukannya demi sebuah tuntutan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dalam erti kata yang lain, kita tak ada pilihan lain dan hanya melakukan kesilapan itu satu-satunya jalan yang ada. Mungkin juga... memang niat kita begitu kerana kita gagal memegang kejap tekad yang kita simpulkan di hati. Dalam bahasa yang mudah, kita gagal untuk terus istiqamah.

Saya... saya sendiri pun kerap melakukan kesilapan dalam hidup. Kadang secara sedar dan kadang secara tak sedar. Namun yang teruknya saya, ada masa-masanya saya tak dapat menerima kesan daripada kesilapan saya sendiri. Lalu dengan tanpa rasa bersalah saya mula menyalahkan itu dan ini demi memastikan diri saya tak nampak bersalah. Padahal... sepatutnya saya bertanggungjawab dengan apa yang dah saya lakukan. Itu barulah orang kata, berani kerana benar.

Tapi ada juga situasinya, saya bersalah dan saya tahu memang sayalah yang bersalah, tak ada orang lain melainkan hanya saya semata-mata. Nak membela diri ikut cara mana pun, hakikatnya saya telah melakukan kesalahan. Makanya, saya harus bersedia menerima apa saja yang berlaku walaupun mungkin jauh dalam hati saya, saya tak nak mengaku.

Saya percaya, di dalam dunia ni bukan hanya saya yang begitu, ada ramai lagi yang serupa. Cumanya, sama ada nak mengaku atau sebaliknya, terpulang pada diri kita sendiri kerana secara jujurnya, hanya kita yang mengenali diri kita melebihi orang lain walaupun atas tiket bersahabat-baik atau kenal-luar-dalam dan tak-ada-apa-lagi-yang-nak-disorokkan.

Okey, berbalik pada sepotong ayat di atas tu, memang kenyataannya kita hanya mampu merancang. Kita boleh rancang untuk hidup begitu, begini. Kita boleh berkata mahu bekerja pada umur sekian-sekian, mahu bekerja sekian-sekian, pencen sekian-sekian, mahu berkahwin bila dah mendapatkan yang sekian-sekian, pada umur sekian-sekian, mahu mendapatkan anak sekian-sekian, berapa perempuan sekian-sekian, berapa lelaki sekian-sekian dan banyak lagi perancangan yang kita buat dalam hidup. Tentu sekali yang indah-indah sebab tak ada manusia yang nak menggerhanakan hidup dan kehidupan sendiri. Tapi sudahnya, semua rancangan kita yang hebat-hebat itu lebur dalam sekelip mata, walaupun rancangan kita dah sangat teliti dan telah halusi dengan sedalam-dalamnya.

Kemudian, kita hampa, kita kecewa dan akhirnya kita nangis bagaikan dunia dah berhenti berputar. Kenapa ya kita perlu kecewa sedangkan kita tahu itu hanya sebuah perancangan? Bila dinamakan ‘rancang’, maknanya ‘rancang’ dan tak tentu lagi boleh dilaksanakan. Tetap juga kita kecewa! Tahu kenapa? Sebab kita... hanya manusia biasa yang selalu berharap apa yang baik-baik berlaku pada diri kita. Bila berlaku sebaliknya, kita terkilan.

Ya, saya pernah rasa perasaan tu. Kawan-kawan juga tentu pernah rasa perasaan yang sama. Tak boleh tipu ya sebab kita-kita ni sama! Dan... kita harus akur, yang sebenarnya perancangan kita tu hanya cantik di permukaan. Sedangkan bagi DIA, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kerana dia memberi bila tepat pada masanya. DIA memberi apa yang benar-benar kita perlukan. Yakinlah dengan sesungguh hati bahawa perancangan DIA cukup cantik. Ada banyak yang disimpan tapi kita tak pernah tahu dan selalu gagal mencari tahu.

Untuk itu... mari kita semua melapangkan dada dan membesarkan hati kita yang tak sebesar mana tu. Terima saja apa yang didatangkan pada kita seadanya kerana tentunya terkandung hikmah yang tersembunyi di sebaliknya... ;-)

PESANAN PENUH KASIH SAYANG: Terima kasih pada yang membaca coretan tak pentingan ni. Jumpa lagi di lain coretan...

4 comments:

  1. he3, apabila penulis berkata2..hik2..

    kesimpulan-mari kita belajar drpd kesilapan...w.pun kita tak nk ia berlaku lagi, tp tetap berlaku, ia bukan kehendak kita....apa2 pun, kita sudh berusaha utk tidak ulang...kan kan...kan..;-))

    ReplyDelete
  2. Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan tetapi harus diingat janganlah kita melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

    Perancangan Allah tidak pernah silap, cuma kita sebagai hamba ini sahaja yang selalu silap mentafsir segala apa yang terjadi.

    Marilah kita saling ingat mengingati....

    ReplyDelete
  3. : diana - penulis cabuk yg timbul tenggelam kt sini. kalau boleh mmg tak nak kan buat salah yg sama, tp sudahnya buat juga. manusia & dunia...

    ReplyDelete
  4. : kak aida - sepatutnya mmg mcm tu kan? tp tulah... terbuat jg kdg2. hihihi... apa pun, harap akan ada hari nanti, tak ulang salah yg sama...

    ReplyDelete