AKHIRNYA KUTEMUI LELAKI ITU...

April 1, 2015

Alhamdulillah, akhirnya cinta hati saya yang ke-13 bersama Alaf 21 lahir juga. Awal beberapa hari daripada yang sepatutnya. Tapi tak kisahlah! Yang pasti, bagi seorang penulis tak kira baru mahu pun lama, melihat cerita yang asalnya hanya sebuah idea di kepala kemudian digarap sehingga bertukar bentuk menjadi sebuah novel, menimbulkan satu rasa yang sukar dijelaskan. Gembira bersalut debar. Gembira kerana rasa puas. Debar kerana yakin, tak mungkin dia mampu dipuaskan hati setiap pembaca.

Tapi tak kisahlah, sebagai penulis tugas saya hanya menulis dan tugas itu telah saya sempurnakan sehabis daya saya. Selebihnya, terpulang pada pembaca untuk menjadi hakim. Hanya saya berharap, kalau pun ada yang tak berkenan di hati, tak kena di mata, tak sedap di telinga, tegurlah saya secara berhemah supaya saya dapat rasakan keikhlasan di dalamnya.

Untuk yang pernah menghadamkan novel ke-11 saya berjudul CINTAKU BUKAN MURAH, hayatilah kisah  dalam novel ke-13 saya ini, LELAKI ITU DIA kerana di dalamnya ada Shana yang mungkin pernah membuatkan korang rasa jengkel. Yang saya hendak tekankan, kita patut memberikan peluang kedua pada setiap orang kerana di dalam dunia ini tak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan.  

Akhir kata, hiduplah untuk melihat orang lain hidup!

2 comments:

  1. Novel ini best, ada bahagian yang lucu, sedih dan paling saya suka ikatan keluarga dan sahabat yand saling support each other.

    ReplyDelete
  2. BEST SANGAT . Walaupun tak baca lagi novel cintaku bukan murah. Tapi sangat bagus pengajaran yang disampaikan . Manusia yang dahulunya jahat, tidak semestinya terus jahat. Allah Maha Membolak Balikkan Hati . :)

    ReplyDelete