“KAU nak belanja aku makan ayam goreng McD, kan?” tanya Iris tiba-tiba pada Hud.
“Bila aku
kata?” Hud tanya kembali.
“Aku
laparlah.” Iris pandang sisi jalan yang sedikit sesak. Perutnya lapar.
“Kau tak
makan ke tadi?”
“Laila tak
masak.”
“Kalau
Laila tak masak, kaulah yang patut masak.”
“Kalau kau
tak datang tadi memang aku masak dah.”
Hati Hud
yang sejuk kembali panas mendengar kata-kata Iris kali ini. Sudah dipesan
berkali-kali, tiga jam sahaja. Tetap juga Iris degil.
“Mama
tanya pasal aku ke tadi?”
“Kenapa
mama nak kena tanya pasal kau pula?”
“Aku, kan
menantu kesayangan dia?”
Usai
berkata, Iris ketawa perlahan. Hud di sebelahnya, pernah menjadi kegilaannya 10
tahun dulu. Bahkan bukan dia sahaja, semua pelajar perempuan yang ada di
sekolah mereka pun sama.
Hanya
sahaja, dia sukakan Hud bukan kerana rupa Hud yang menarik atau motosikal
berkuasa tinggi yang Hud ada.
Dia suka
Hud kerana diri Hud. Hati Hud. Hanya itu semata-mata.
“Kau okey
ke hari-hari kena sindir dengan mama?’
“Kalau aku
kata tak okey, kau nak lepaskan aku ke?”
“Kau terseksa sangat ke jadi isteri aku?”
Hud pandang Iris sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan. Hati ingin mendengar jawapan Iris tapi dalam masa yang sama dia perlu fokus dalam pemanduan.
“Kau suka sangat ke jadi suami aku?”
“Aku tanya kau dulu, kan?”
“Tapi aku nak kau jawab dulu,” ujar Iris selamba.
Dia tahu, Hud menjadikannya isteri semata-mata untuk disakiti. Anehnya, tak pula Hud beria-ia menyakitkan hatinya. Hud tak pernah mengeluarkan kata-kata yang teruk. Memaki tidak. Menghina pun tidak. Menyakiti tubuhnya jauh sekali.
Yang nampak teruja hendak menyeksa hidupnya, Puan Kasmina.
“Kenapa kau kahwin dengan aku, Hud?” tanya Iris tiba-tiba.
“Kau tahu jawapan aku.”
“Supaya aku tak kahwin dengan papa?”
Hud diam. Tak mahu menjawab kerana dia telah mengatakannya sebelum mereka berkahwin. Rasanya ingatan Iris masih berfungsi dengan baik.
“Kau tak ada girlfriend?” Soalan lain, Iris ajukan. Teringat WhatsApp yang diterima.
“Kenapa kau nak sibuk hal aku?”
“Bukan nak sibuk tapi saja nak tahu.”
“Ada atau tak, apa bezanya? Kita dah kahwin.”
“Kalau kau ada girlfriend, aku kesian kat dia. Kat kau juga sebab kau patut kahwin dengan dia. Bukan dengan aku yang langsung kau tak suka.”
Iris ikhlas dengan apa yang dikata. Terlanjur hatinya pada Hud sudah lama mati. Kalau Hud hendak melepaskannya pun dia terima dengan tangan terbuka.
“Kau tak payah nak kesian kat dia atau aku. Aku tak perlukan semua tu. Lagipun kalau kau buat baik pun aku tak akan jatuh cinta dengan kau. Ingat… aku dah pernah tolak cinta kau tiga kali sebelum ni.”
“Suka hati kaulah Hud. Malas aku nak layan kau ni.”
Mata digosok-gosok perlahan. Sisa-sisa mengantuk masih terasa. Tapi dalam masa yang sama, perutnya berbunyi minta diisi. Kalau makan di rumah, tentu Puan Kasmina bising. Hud pula tak mahu melayan tekaknya.
Kalaulah dia tahu, lebih baik dia makan Maggi di rumah Laila tadi.
“Perut kau ke yang berbunyi tadi?”
Iris pegang perut dengan rasa malu. “Mana ada!” sangkalnya bersahaja.
Diam-diam, perutnya ditepuk perlahan. Perutnya ini selalu sangat memalukan dirinya di hadapan Hud.
“Kalau macam tu kita balik terus.”
Iris diam. Lewat ekor mata, Hud menjeling Iris. Kasihan pula dia bila Iris nampak seperti kecewa.
MEMBULAT mata Iris melihat dua ketul ayam goreng McD di
dalam pinggan di hadapannya. Berkali-kali dia menelan air liur. Entah kenapa,
dari kecil sampai sebesar ini dia tak pernah jemu makan makanan yang sama.
“Dalam
banyak-banyak makanan dalam dunia ni, kenapa makanan ni juga yang kau suka?”
“Sedap!”
Sepatah saja Iris membalas. Fokusnya hanya di hadapan mata.
“Seminggu
berapa kali kau makan?”
“Banyak
kali sampai aku tak ingat. Sebab itu sampai sekarang aku tak kaya-kaya. Duit
gaji aku habis macam tu aje,” jawab Iris sambil tergelak kecil.
Allah saja
yang tahu betapa dia terasa hendak melompat saat Hud memberhentikan kereta di
hadapan McD tadi. Padahal, dia sudah memujuk perutnya supaya bertahan sehingga
esok pagi.
“Kau tau
tak yang makan fast food tu tak
bagus?”
“Tau.”
Selepas membaca
doa makan dalam nada yang paling laju, terus Iris mencarik isi ayam goreng,
dicecahkan ke dalam sos lalu dimasukkan ke mulut. Kemudian dikunyah perlahan.
Nikmat apa
lagi yang hendak aku dustakan? Desis hati kecilnya.
“Lepas ni
aku tak nak dengar lagi kau ajak aku makan McD.”
“Aku ajak
orang lain,” jawab Iris sambil tersengih.
Hud pujuk
hati dalam diam. Degilnya Iris bagaikan tak dapat dibendung. Dia jadi bimbang,
tak tahu sama ada dia yang menyakiti Iris atau Iris yang sedang menyakitinya.
Iris tak
nampak terluka sikit pun. Tapi dia yang kerap makan hati dengan jawapan demi
jawapan yang Iris hidangkan kepadanya. Malah mamanya pun kadang-kadang dilihat
mati kutu dengan Iris.
“Esok aku
balik rumah Laila lagi tau.”
“Buat
apa?” Tinggi sedikit suara Hud. Lupa mereka kini berada di mana.
“Tadi aku
sempat capai sikit aje baju. Itu pun barang lain aku tak ambil lagi.”
“Weekend aje. Nanti aku bawak.”
“Kau tak
payah ikutlah. Aku boleh pergi sendiri. Lagipun kereta aku tinggal kat sana.
Kaulah ni yang macam tak sempat-sempat suruh aku balik. Macamlah aku tak reti
balik sendiri.” Iris salahkan Hud.
Geram
dengan kedegilan Iris, Hud terlupa yang Iris datang sendiri. Kini terpaksa pula
dia memikirkan soal kereta yang ditinggalkan Iris.
“Esok aku
nak pergi kerja macam mana?”
“Esok kau
dah naik kerja ke?”
“Papa bagi
cuti sampai minggu ni tapi aku nak naik kerja esok. Duduk rumah pun bukan ada
benda yang aku boleh buat. Kau pun mesti tak suka tengok muka aku 24 jam, kan?
Mama pun tentu benci tengok muka madu tak jadi dia ni.”
Menyebut
perkataan madu, Iris tergelak kecil. Geli hati sendiri. Tak percaya kerana
takut dia berkahwin dengan Tuan Malek, Hud dijadikan kambing hitam.
Padahal,
perkahwinan dia dan Hud sepatutnya tak berlaku kerana antara dia dengan papa
Hud, tak ada sebarang hubungan. Jadi isteri orang tua, tak pernah terlintas di
benaknya.
“Kenapa
kau ketawa?”
“Macam
mana mama boleh terfikir aku akan jadi pesaing dia?”
“Papa yang
cakap dia sukakan kau.”
“Kau ada
tanya papa sendiri?”
“Buat apa
aku nak tanya papa kalau papa sendiri dah cakap pada mama. Buat menyakitkan
hati aku aje. Dahlah tu papa nak kahwin dengan perempuan yang aku tolak tiga
kali pula tu. Macam dah tak ada orang lain.”
“Jangan
sebut tentang tu lagi boleh tak? Aku tarik balik semuanya!”
“Marah
ke?” tanya Hud bagaikan mengejek.
“Tak
marah, suka sangat!”
“Kalau
marah pun kau dah tak boleh tarik balik apa yang dah kau luahkan. Kawan-kawan
sekelas kita semua jadi saksi yang cinta kau kena tolak dengan aku tiga kali.”
“Kau ni
membencikan!”
Hud terus ketawa besar. Bahagia dapat menyakitkan hati Iris.
Sedangkan Iris yang mendengar ketawa besar Hud, terus makan ayam goreng tanpa mempedulikan Hud. Dia membayangkan yang dikunyah bukannya isi ayam goreng tapi sekujur tubuh milik Hud. Biar lumat!
READY FILE. Berminat boleh klik ORDER HSI