Salam
dan hai entah pada siapa ya sebab rasanya macam dah lama sangat saya tak
menconteng di sini. Padahal, ‘rumah’ ni rumah ketiga yang paling saya sayang lepas
Rumah Abah dan Rumah Pink, walaupun rumah ni tak berbumbung dan berlantai, sofa
empuk jauh sekali. Mungkin… sebab di sini, tertulis banyak cerita. Tentang
saya, dunia penulisan saya, keluarga saya, kawan-kawan, tempat kerja dan banyak
lagi, yang tentunya semuanya telah menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.
Tapi malu juga nak diakui yang saya, dah lupa pun banyak perkara yang tertulis
di dalam rumah ni kerana ketika menulis, ada yang saya tak letak nama dan juga
tempat. Cumanya, bukanlah semua sekali.
Sebenarnya, akhir-akhir ni saya diburu kesibukan. Perjalanan hidup saya hari ni ternyata dah berubah dibandingkan dulu. Tapi syukurlah, dalam perubahan itu banyak hal-hal yang baik berlaku pada saya. Kerja yang banyak, buat saya bekerja lebih rajin sampai kadang-kadang kesibukan itu terbawa-bawa dalam tidur. Keluarga, alhamdulillah semuanya baik-baik aje walaupun keluarga di kampung baru aje diserang demam sampai anak buah saya dimasukkan ke wad selama dua hari. Mak pula terpaksa dipaksa abang-abang dan adik-adik saya untuk ke klinik. Kalau tak, memang tak dilayan. Mungkin mak saya takut jarum agaknya. Tapi tak apalah, biar takutkan jarum pun kasih sayang saya pada dia tak pernah kurang.
Dan dunia penulisan saya, syukurlah sebab setakat hari ni saya terima feedback yang agak baik untuk novel terbaru saya, “KAHWIN DENGAN SAYA?”. Rata-rata pembaca kata mampu menghadamkan KDS dengan baik, malah ada juga yang kata KDS jauh lebih baik daripada novel CINTAKU BUKAN MURAH. Saya sejujurnya sangat lega dengan komen-komen yang baik. Tapi itu bukanlah bermakna saya gilakan pujian. Tidak. Bukan itu maksud saya kerana untuk penulis basi seperti saya, puji-pujian mungkin dah tak mampu lagi membuatkan saya terbang tinggi ke angkasa lepas. Yang saya tahu dan mahu, meningkatkan mutu penulisan saya supaya akan datang novel-novel saya tetap mampu membuatkan pembaca terbang bebas ke udara. Biarkan mereka bebas untuk masa beberapa jam kerana seperti saya, saya juga percaya mereka juga sibuk bekerja dan ada masa-masanya perlukan sesuatu yang mampu mengecas kembali tenaga yang telah hilang.
Kini, saya masih dalam proses membuat draf untuk kisah yang baru. Ada dua kisah dalam kepala saya yang sebesar kelapa ni. Saya akan siapkan kedua-dua draf tersebut dan kemudian barulah fikirkan yang mana perlu saya selesaikan dulu. Hanya saya berharap kedua-duanya mampu saya selesaikan bila sampai masanya kelak.
Okey… itu aje yang dapat saya tulis dalam notebook ni malam ni. Nak cuba bukak PC pula sebab saya nak sambung buat draf. Lain kali kalau ada masa, ada kesempatan saya conteng lagi di sini. Doakan saya ya, biar mudah dalam segala-galanya.
Salam sayang penuh gula,
Saya, Aleya Aneesa

Salam...
ReplyDeleteAkak, sy baru je habis baca novel 'kahwin dgn saya'. Memang best. Suka watak Haq dgn Qara walaupun kdg2 sy geram dgn watak Haq masa tgh2 konflik dgn Qara tu. hehe...
Kat sini sy nk bagi cadangan untuk novel 'dia tak tanya'. Apa kata akak kembangkan watak Ilham untuk karya2 akak yg akan datang. sy suka dgn watak dia dlm novel tu. seorang yg caring and loving pada keluarga dia. tapi kesian pulak bila tengok watak dia. Najid n Najihah dah bahagia, tapi dia still jugak tak ada pasangan dlm hidup dia. nak jugak tahu hidup dia lpas ni mcm mana. Bahagia ke? hehe... tpi ni cadangan sy aje. terserah pada akak nk buat apa pada watak Ilham lepas ni. sebab sebagai penulis mesti akak kadang2 pening nak cari idea nak tulis sesebuah cerita tu...
Apapun, gud luck for you sis, untuk karya2 akan datang... saya sentiasa menantikan novel2 akak yg seterusnya. :D