N3 terakhir! Tapi bukanlah bermakna
lepas ni saya tak akan conteng-menconteng di sini lagi. Tu cuma mukadimah,
cubaan untuk menggempakkan diri sendiri yang kadang-kadang entah apa-apa.
Mengabaikan blog ini setiap masa, mungkin. Tapi melenyapkan untuk
selama-lamanya, untuk masa terdekat ini, insya-ALLAH tak mungkin. Blog ni dah
berusia 6 tahun. Ada banyak kisah suka duka yang sengaja saya sisipkan di sini.
Bukan diari, tapi sarat cerita seorang saya. Malah diakui, ada di antara N3 di
dalamnya yang saya tak ingat ditujukan untuk siapa. Tak malu juga untuk diakui,
ada masa-masanya, ada air mata bergenang di hujung mata ketika jari-jemari ini
mengetuk keyboard terus-menerus. Ada masa-masanya, saya ketawa dan tersenyum
sendiri.
Tajuk di atas,
sejujurnya hanya tajuk semata-mata. Dalam erti kata yang lain, N3 ni mungkin N3
terakhir untuk tahun ini. Kenapa? Sebab malam nanti saya nak balik kampung dan
jadi orang kampung sehingga tarikh 1 Januari 2014. Kalau dah balik kampung,
dengan keadaan rumah Abah & Mak saya yang selalu kecoh dengan suara berbual
kami anak-beranak, ditambah dengan jerit pekik anak buah saya seramai 10 orang
yang bermaksud, isi rumah tu mencecah angka 23 orang, memang bertuah gila kalau
saya dapat menaip N3. Tambah-tambah lagi ipar-ipar saya cukup pantang kalau
saya sibuk dengan hal sendiri. Kata mereka, masa balik kampung haruslah
digunakan dengan melayan orang di kampung. Bukan layan benda lain termasuk
novel sekali pun. Saya ikutkan aje kecuali membaca novel. Kalau bab baca novel
saya memang tak peduli pada apa-apa. Laranglah macam mana
Sebenarnya saya
nak bebelkan apa ni? Entah! Saya sendiri tak tahu. Hanya terasa macam nak
menconteng sesuatu. N3 terakhir pada tahun ini. Ikutkan rasa, ada banyak yang
nak saya tulis. Tapi tak tahu nak mula dari mana dan kisah mana yang dulu. Apa
yang saya tahu, alhamdulillah... 2013 saya lalui dengan banyak kisah. Ada suka
dan ada duka.
Untuk keluarga saya, juga syukur tak terhingga saya
panjatkan pada ILAHI. Kesihatan Mak Abah dan keluarga saya setakat ini masih
baik. Rezeki sentiasa ada dan mereka semua dapat meneruskan hari-hari seperti
selalu. Yang berubah, kami dapat lagi seorang bidadari kecil yang sangat comel
yang diberi nama Aleesya Izzara yang lahir pada 16 Ogos 2013. Zara lahir pada
hari raya walaupun bukan hari raya pertama.
Untuk bidang
penulisan, tahun ni berjalan dengan lancar. 4 buah hasil tangan saya dah pun
terbit tahun ni. 2 buah novel, DIA TAK TANYA dan CINTAKU BUKAN MURAH [Alaf 21].
Untuk antologi kanak-kanak yang memuatkan karya saya, HEY, DIANA DAH BERUBAH
dan GO TASNEEM GWIYOMI [Buku Prima]. Syukur... saya benar-benar bersyukur atas
anugerah yang ALLAH beri. Lebih daripada itu, saya berjaya juga menyudahkan
sebuah manuskrip baru yang saya beri judul BUKAN CUMA DIA. Sejujurnya saya
sangka tahun ni akan jadi tahun yang gagal untuk saya sebab sehingga bulan
Oktober, saya masih tak menulis apa-apa. Mujur ALLAH tak pernah lelah memberi
saya selalu sangat meminta ni. Tapi jangan ditanya bila tarikh terbitnya sebab
saya tak ada jawapan. Kalau dah confirm saya akan maklumkan di sini. Kalau bukan
di sini, mungkin di medium yang lain.
Untuk kerja, rela
dalam paksa terpaksa juga saya akui betapa tahun ni merupakan tahun yang
sangat-sangat ‘berat’ untuk saya dan kawan-kawan yang lain. Tapi dah namanya
kerja, hendak atau tak, perlu juga dibuat walau muka dah sebiji macam buah
binjai. Belum lagi ambil kira mulut yang tak ubah macam murai tercabut ekor. Malah
betapa teruknya saya, bila banyak kali kepala saya asyik berfikir nak berhenti
kerja dan terus menulis sepenuh masa. Itu bila fikiran saya tak waras dan rasa
marah juga geram membelit otak. Bila dah waras, niat tu mati begitu saja sebab
saya tahu dalam keadaan harga barang tak ada satu pun yang turun, semuanya naik
memanjang dan kalau boleh naik, naik dan terus naik, saya perlu bertahan
walaupun saya macam tak tahan. Kerja saya hanya sebesar guli jika hendak
dibandingkan dengan kerja orang lain, barangkali. Dan saya, bukan orang lembik
untuk tewas dengan keadaan. Lagipun, saya tak boleh pentingkan diri sendiri.
Mak & Abah saya perlu difikirkan melebihi saya memikirkan hati &
perasaan saya yang kadang-kadang tak terkawal bila tekanan datang dari pelbagai
sudut.
Lagi nak cerita
apa ya? Tak tahu! Untuk itu, buat semua yang sudi singgah di ‘rumah’
kesayangannya saya ni, semoga kita semua selalu ada dalam rahmat ALLAH dan
disayang DIA sentiasa. Semoga tahun 2014 mampu menjadikan kita manusia dalam
erti kata yang sebenarnya. Akhir kata, saya sayang semua...
Laaa... ingatkan apa dah tadi. Bikin gempak je akak ni. Entry terakhir la konon... buat kita risau je tau! Ish2... Well, I love u too Kak AA. Hehe... Kuatkan semangat selalu tau. Dan teruskan menulis. Sofia and semua pembaca and peminat akak akan selalu terus menyokong akak. Gud luck! ^_^
ReplyDelete