Salam Ramadan
untuk yang menjengah. Hari ni masuk Ramadan yang ke-2 pada tahun 2014 dan rasanya
masih belum terlambat untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua
umat Islam yang ada di dunia ini, tak kira walau di mana pun korang berada.
Ceh... cara cakap macam blog ni diterjah seluruh pelosok dunia. Kan? Tapi
sesekali seorang Marwati Wahab a.k.a. Aleya Aneesa nak rasa perasan, tak apa
kot. Lagipun ada yang kata, yang perasan jangan ditimpa perasaan. Kerana saya
tak ditimpa perasaan, maka bolehlah ditimpa perasan. Tak kena bayar. Kan?
Sebenarnya
terasa betapa cepatnya masa berlalu. Tak sedar Ramadan dah datang. Padahal
terasa macam baru semalam aje saya sambut Hari Raya Aidilfitri dengan baju
warna maroon, sedondon dengan seluruh ahli keluarga saya. Dan, terasa macam semalam
juga saya rasa nak mengamuk bila sebahagian gambar raya tak dapat dibuka. Sedangkan
masa raya kami semua sakan beraksi depan kamera masa raya tu. Entah apalah yang
tak kena dengan CIK D saya tu. Agaknya sebab dah 4 tahun guna tapi tak pernah
sekali pun servis. Sampai sekarang pun saya masih tak hantar kedai. Nak servis
sendiri, alamat ada yang jahanam dikerjakan jari-jemari tak lembut saya ni.
Dan
Ramadan tahun ni, saya tak mengharapkan keajaiban luar biasa datang dalam hidup,
cukuplah jika Ramadan saya berjalan lancar seperti tahun-tahun sebelumnya.
Dapat disambut dengan kemeriahan seadanya. Lebih daripada itu, saya diberikan
kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah saya selama sebulan ni. Yalah,
bukannya sepanjang tahun ada bulan Ramadan. Hanya sebulan semata-mata.
Tapi
dalam pada menjalani bulan Ramadan, ada tugas yang perlu saya selesaikan dan
harus dihantar sebelum raya. Jumlah halaman yang diminta saya buat memang tak
banyak dan saya yakin saya mampu menyudahkan dengan mudah. Kalau betul tekun
dan mood pun sangat baik, dalam masa 5 hari saya boleh selesaikan kerana saya sangat
suka menulis. Sangat suka. Cumanya, menulis dengan deadline, itu yang menjadi
masalah saya. Sebabnya, saya tak biasa
dan idea juga mood saya bagaikan dikunci dengan tarikh yang diberikan.
Selama
ni saya memang gila menulis, tapi saya menulis ikut suka saya. Tak ada tarikh
yang orang beri pada saya. Saya penulis bebas maka saya bebas dalam dunia
penulisan saya sendiri. Ada yang saya sudahkan menulis dalam masa 2 bulan, 3
bulan, 4 bulan, 5 bulan dan 6 bulan juga ada. Tapi deadline, memang kelemahan
saya.
Draf
memang dah ada, dah lengkap. Idea pun tak sukar mana nak mencarinya. Cuma mood
seakan-akan ke laut. Saya hanyut melayan rutin harian yang seakan-akan tak ada
kesudahan. Tapi walau macam mana pun, saya akan usahakan juga untuk siapkan
kerja tersebut seperti tarikh yang diminta. Hanya saya berharap dan berdoa,
ALLAH permudahkan usaha saya ini. Kerana yang boleh membantu, hanya DIA dan
saya selalu percaya yang DIA akan selalu memberikan pertolongan kepada yang
memerlukan.
Saya
stop dulu. Lepas ni saya akan usahkan juga untuk lebih rajin menconteng di
sini. Untuk itu, selamat menjalani ibadah puasa pada korang semua. Moga Ramadan
kita tahun ni lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Lebih penting
lagi, kita terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.. ;-)
No comments:
Post a Comment