TERKENAL dengan karya-karya yang mengangkat tema cinta, novelis
Aleya Aneesa tidak lupa tanggungjawab menggarap kisah yang sarat dengan
nilai-nilai berguna buat pembaca.Akui menulis telah menjadi satu ‘kegilaan’ buat
dirinya, anak jati Johor ini amat menitik beratkan kepuasan pembacanya dalam
meniti jalan cerita yang dihasilkan.Untuk mengetahui lebih lanjut kisahnya, mari kita
ikuti temu bual bersama novelis popular ini!
Pertama sekali, apa perkembangan terkini anda?
Novel terbaharu saya bersama Alaf 21 berjudul,
Kahwin Dengan Saya? baru saja diterbitkan pada bulan April 2014. Untuk masa ini
saya sedang berusaha untuk menyiapkan draf manuskrip yang ke-24.
Ramai pembaca hanya mengenali anda menerusi karya novel, mungkin boleh
berkongsi lebih lanjut mengenai diri anda?
Nama sebenar Marwati Wahab dilahirkan pada 16 Mei
1980 di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu, Sekolah Menengah Sultanah
Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Maktab Sultan Abu Bakar. Kemudian
meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan
Linguistik Melayu. Bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak
tahun 2005 hingga kini.
Perjalanan seseorang novelis mungkin berbeza. Sejak bila anda
berjinak-jinak dalam dunia penulisan?
Minat menulis lahir akibat daripada minat membaca
buku-buku cerita ketika berada di sekolah rendah dan kemudian bersambung di
sekolah menengah. Mula menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif pada
tahun 1996 dengan tersiarnya cerpen pertama berjudul “Kasih di Hujung Tanduk”
yang disiarkan di Majalah Media Hiburan ketika itu saya baru berusia 16 tahun.
Berapa banyak koleksi novel yang telah anda hasilkan setakat ini?
Sepanjang bergelar penulis, saya telah hasilkan
sebanyak 23 buah buku. Saya mula menempa nama dalam dunia penulisan melalui
novel berjudul “Kasih Antara Kita”. Novel ini pernah diadaptasi menerusi slot
Akasia, “Cinta Buat Emelda” siaran TV3 pada 2012.
Idea yang kreatif pasti beri kelebihan dan keunikan buat seseorang penulis menghasilkan karya yang bermutu. Apakah kelainan yang ditonjolkan dalam setiap penulisan anda?
Idea yang kreatif pasti beri kelebihan dan keunikan buat seseorang penulis menghasilkan karya yang bermutu. Apakah kelainan yang ditonjolkan dalam setiap penulisan anda?
Setiap novel saya mengetengahkan tema cinta, namun
pada masa yang sama ia juga digabungkan dengan elemen kekeluargaan. Bagi saya,
keluarga adalah tunjang masyarakat. Jadi banyak mesej dan nilai-nilai murni
saya terap untuk untuk pembaca dan bukannya kisah cinta semata-mata.
Tanpa usaha yang keras, mungkin seseorang itu tidak akan berjaya. Apakah
cabaran utama anda sepanjang bergelar penulis?
Cabaran yang paling besar pernah saya hadapi,
ketika menghasilkan novel, Tanpamu Aku Rindu, di mana jalan ceritanya agak
sukar untuk ditamatkan. Tanpa sebab yang jelas saya seperti kehilangan sentuhan
dan semangat untuk menamatkan penulisan itu.
Akhir sekali, sudah lebih 10 tahun bergelar penulis, bagaimana anda
melihat perkembangan dunia penulisan kini?
Dunia penulisan tanah air pada masa kini terdapat perubahan
yang sangat ketara sejak 10 ke 15 tahun kebelakangan ini. Ini bukan hanya dapat
dilihat daripada bilangan pembaca yang semakin meningkat dari sehari ke sehari,
tapi juga boleh diukur dengan kehadiran penulis dari pelbagai peringkat umur
dan latar pendidikan. Bagi pihak pembaca pula, mereka juga mempunyai lebih
banyak pilihan dalam memilih karya yang menepati selera masing-masing.
Kesimpulannya dunia penulisan pada hari ini lebih meriah dan penuh warna-warni.
BACA ONLINE: BOLEH TENGOK SINI...
BACA ONLINE: BOLEH TENGOK SINI...
No comments:
Post a Comment