Syukur alhamdulillah atas
segala nikmat dan rahmat yang ALLAH berikan pada saya. Diam tak diam, novel
ke-12 saya iaitu “KAHWIN DENGAN SAYA?” dah pun masuk cetakan yang ke-2 pada
bulan Mei yang lepas. Ini bermakna kisah kasih Haq & Qara ini diulang cetak
selepas hanya sebulan berada di pasaran.
Jujurnya, setakat hari ini
saya banyak menerima komen-komen yang positif walaupun saya akui bukan semua
orang akan berpuas hati setelah menutup naskhah KDS ini kerana manusia memang
dijadikan dengan hati yang tak serupa. Tapi sebagai penulis novel tersebut,
saya telah berusaha melakukan sedaya mungkin untuk memastikan pembaca tak
membaca KDS hanya separuh jalan.
Insya-ALLAH, sebarang
kekurangan akan cuba saya perbaiki dari semasa ke semasa kerana saya percaya
betapa proses belajar itu tak pernah habis biarpun saya bukanlah seorang
penulis yang baru. Dah masuk ke peringkat penulis berkarat, agaknyalah ya.
No comments:
Post a Comment