-AMK, Selepas 33 Hari-

March 2, 2010

Aduhai... makin lama makin jarang aku tulis N3, bermakna makin usang juga blog ni. Bukan tak ada cerita, bukan sibuk mengalahkan PM, tapi perkataan ‘M’ terasa makin besar di kepala. Puas dinyahkan, akhirnya tetap juga nak jadi teman setia yang tak perlu dibayar gaji.

Hari ni genap 33 hari AMK ada di pasaran. Setakat ni, banyak feedback yang aku terima daripada pembaca. Alhamdulillah... AMK nampak macam boleh diterima. Ada yang memuji, tapi syukur masih belum ada yang mengeji. Tapi macam SR, KAK, JB, SU, US, BDH dan HDT, AMK juga ada kekurangan yang tersendiri. Itu pun aku dapat daripada pembaca juga, pembaca yang tentu sekali peka. Maklumlah... mana ada penulis yang perfect sebab yang bernama penulis itu pun tetap manusia biasa yang tak terlepas daripada membuat kesalahan. Jadi, aku anggap kekurangan itu sebagai satu komen membina yang perlu aku ambil perhatian supaya pada masa akan datang ia tak terulang lagi.

Kepada sesiapa yang sudi membaca AMK dan sudi pula buat review tentang AMK, terima kasih sangat dan usaha yang dilakukan sangat dihargai dan dialu-alukan. Hendaknya pada masa-masa akan datang, sokongan daripada semua tetap akan berterusan sebab dunia penulisan penulis bernama Aleya Aneesa @ Marwati Wahab, tak akan ke mana-mana jika tidak ada sokongan daripada anda.

4 comments:

  1. saya terjua sgt bila dpt bc AMK.. sungguh tak sngka kesabaran dlm cinta hakiki mmpu mbuahkan hasil... ketegasan yg Qisya dan Ziyad mmg mnjadikan AMK ni trus mndapat perhatian sy.... tahniah buat u

    ReplyDelete
  2. nice novel sis..dh lama tunggu novel baru akak...ingatkan nk beli masa pesta buku nanti..,tp dah x sabar dh nk tau jln citenya..so, sy beli dulu..tahniah kak..:))

    ReplyDelete
  3. sy suka novel akak...
    semua best2...x rugi beli,hehe
    aku mahu kamu ni pun salah 1 novel kesukaan sy s'lain kasih antara kita....

    ReplyDelete