SAYA DAH BALIK!

May 8, 2015

Salam dunia! Okey… macam poyo bunyinya. Kan? Tapi siapa yang peduli sebab ‘rumah’ bersawang ini milik Aleya Aneesa a.k.a. Marwati Wahab. Lagipun dah lama saya tak bebel-membebel di sini, sesekali biarlah saya mempoyokan diri sendiri walaupun sebenarnya saya tak tau apa maknanya poyo itu dengan jelas. Pertama kali dengar tahun 2000, ketika tangga UPM kaki saya jejaki. Dan sekarang ni, perkataan tu dah jadi sangat klise. Dah ada banyak perkataan merapu yang wujud dan bagaikan diterima pakai.

Nak tulis apa ya? Jujurnya, saya tak ada cerita penting untuk dikisahkan! Hanya jari-jemari gemuk ni terasa nak conteng-menconteng sesuatu. Di sini, ‘rumah’ yang tahun demi tahun jadi mangsa abaian saya. Maaf blog, tapi percayalah... saya sangat-sangat sayangkan awak. Bukan baru hari ni kita kenal, dah melewati 8 tahun.

Ya... saya buka blog ni tahun 2007. Banyak N3 saya dah coret. Tentang diri saya, hidup saya, keluarga saya, dunia pekerjaan saya dan lebih daripada itu, dunia penulisan saya. Di sini ada cerita suka, di sini juga ada cerita duka. Tak tahu mana yang lebih banyak, air mata atau senyum dan ketawa. Tapi tak kisahlah, walau macam mana pun, semuanya dah pun berlalu seiring dengan masa yang tak pernah berhenti berputar.

Tapi betul, saya sayangkan blog ni. Sesekali bila rindu, saya jengah sambil-sambil imbas cerita-cerita di sebalik contengan saya tu. Cuma yang parahnya, kadang-kadang saya tak ingat saya menulis tentang apa dan siapa. Haru, kan? Tapi memanglah logik sebab bukan semua cerita saya tu tersurat. Lebih banyak tersirat saya rasa. Takkanlah kalau saya kecewa, marah atau apa-apa aje, saya nak cerita terus terang. Malulah saya nanti! Kalau hal-hal gembira, karang orang kata saya riak.

Dan cerita saya akhir-akhir ini, biasa-biasa aje. Masih terus hidup dalam acuan yang sama. Sesekali masih nangis, sesekali ketawa sebab tangis dan tawa itu asam garam dalam hidup manusia. Dunia penulisan, alhamdulillah berjalan lancar kerana ALLAH masih meminjamkan anugerah itu pada saya. Bila waktunya bakal ditarik, saya tak tahu. Cuma selagi ada, saya mahu menggunakannya sebaik mungkin. Syukur juga bila pembaca masih mengikuti karya-karya saya. Tentang keluarga, juga saya syukur sebab setakat ini kami masih bergembira dan berbahagia menikmati apa yang dipinjamkan pada kami.

Rasanya tak ada apa lagi nak ditulis. Saya stop dulu dan tak berani berjanji bila masanya saya akan kembali lagi. Mungkin tak lama lagi dan mungkin akan lebih lama. Kepada pembaca novel saya, terima kasih. Kerana adanya sokongan korang, saya masih di sini. Saya doakan yang baik-baik untuk korang. Dan, doakan saya juga tau.

Salam sayang daripada saya, ;-)