7 Julai 2018! Ya,
masih lagi cerita 7 Julai 2018. Ada apa yang sebenarnya dengan 7 Julai 2018? Hem...
dah tentulah ada sesuatu selain daripada Majlis Pertunangan Umi aka adik ipar
saya. Sebenarnya, pada tarikh yang sama, 64 tahun dulu mak mentua saya aka mak
Encik selamat dilahirkan ke dunia ni.
Jujurnya, saya
dah wish pada mak secara bertentang mata. Saya kata, Selamat Hari Lahir Mak.
Semoga mak panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan selalu
dirahmati Allah. Dan doa tu kemudian diaminkan Encik, ayah mentua dan kakak
ipar saya. Hendaknya semua doa tu dikabul DIA.
Tapi sebenarnya,
yang tak tersebut dek lidah tak bertulang saya ni, saya nak cakap pada mak
mentua saya macam ni, “Terima kasih mak sebab dah lahirkan Encik ke dunia ini. Tahniah,
sebab mak dah melahirkan anak yang sangat baik di mata dan hati saya. Saya
syukur sebab dialah jodoh saya, mak.”
Untuk mak, semoga
yang baik-baik aje yang didatangkan Allah selepas ini. Doa saya untuk mak, in
shaa Allah tak akan berhenti.