- PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013 -

April 26, 2013

Ya... hari di mana semua pencinta buku akan berkumpul nampaknya datang lagi. Mesti ramai yang tersenyum lebar, termasuklah saya. Dan saya... untuk tahun ini akan bertugas pada hari SABTU, sepanjang hari KECUALI malam. Sesiapa yang sudi, bolehlah datang jumpa saya. Kalau tak nak beli novel saya pun boleh jumpa. Kalau tak nak jumpa saya pun, boleh juga datang jumpa kawan-kawan saya yang lain. Kalau tak tau nak jumpa siapa, kat bawah tu ada jadual. Tapi... hanya jadual untuk penulis KARANGKRAF ya.



P/S : ATAS NI... YANG WARNA PINK TU, ADA 10 BUAH NOVEL SAYA. SESIAPA YANG TERASA & TERINGIN NAK BACA, BOLEH CUBA BELI MASA PBAKL NANTI... ;-)

- TERIMA KASIH UNTUK DIA TAK TANYA... -

April 1, 2013

DIA TAK TANYA [DTT] diulang cetak untuk kali ke-3. Alhamdulillah! Itu aje yang mampu saya ucapkan dalam hati dan juga di bibir sebab memang tak ada kata-kata yang lebih indah daripada itu. DIA yang memberi melalui pembaca, maka... kepada DIA jugalah rasa terima kasih itu patut diucapkan terlebih dahulu. Kemudian barulah kepada pembaca yang tidak pernah jemu menatap air tangan seorang penulis novel bergelar ALEYA ANEESA.
 
Sehingga semalam, DTT genap berusia 3 bulan dan sepanjang tempoh itu, bermacam-macam komen yang saya terima. Ada yang memuji, ada yang tak memuji. Bahkan ada juga yang berterus terang melabelkan DTT dengan label yang sangat tak sedap didengar. Dan saya... tetap menerima semua komen dengan berlapang dada dan hati yang sangat terbuka. Ada komen, bermakna karya-karya yang saya hasilkan masih dibaca orang. Kalau langsung tak ada komen, itu yang saya sebenarnya gusarkan. Lenyapnya komen bererti pembaca saya ikut lenyap seiring dengan putaran waktu.
 
Bagi saya, saya dah terlalu tua dari segi usia dan agak tua juga dalam menghasilkan karya. Makanya... nak melatah macam budak-budak mentah macam dah sangat tak sesuai sebab saya tahu setiap pembaca tu ada minat dan selera tersendiri, sama macam saya juga. Rasa suka dan tak suka itu pula perasaan yang tak boleh dipaksa-paksa. Hak individu yang di luar kawalan saya sama sekali. Dan pujian pula, tak akan mampu membuatkan saya mabuk sehingga terasa diri seperti berada di awang-awangan.
 
Sekarang ni, apa yang saya mahu ialah terus menulis untuk mereka yang masih mahu membaca karya saya dan berharap dapat menghasilkan novel yang lebih baik buat mereka yang selalu ada untuk saya dan tahu juga menghargai penat lelah seorang penulis dalam menghasilkan sesebuah karya. Doakan saya ya, kalau sudi... ;-)