- HaRi YaNg KuSuT & rUsUh -

December 29, 2011

Mungkin... masa kusut dan rusuh dah sampai agaknya. Biasalah manusia ni, tercuit sikit aje butang yang salah, maka moodnya jadi rosak berhari-hari. Orang lain mungkin tak, tapi itulah saya yang bernama Marwati Wahab @ Aleya Aneesa. Seorang yang kadang-kadang nampak sangat mudah dan ringkas, pada masa-masa yang lain pula tiba-tiba aje boleh jadi cerewet mengalahkan mak mentua yang tak suka pada si menantu bertuah. Ada-ada aje yang tak kena di mata, mata hati dan mata fikir.

Dan hasil berteman dengan dua rasa tak best ni, saya masukkan status-status yang pernah menghiasi lama FB saya. Status yang juga agak melankolik. Tapi harap mood kawan-kawan semuanya ceria tau!

TaK dAn TaKkAn PeRnAh BeRhEnTi MeNcArI dIa SeLaGi BeLuM jUmPa. DaN hArI nI, rAsA tU mAkIn KuAt. PaDaHaL, cLuE uNtUk PeNcArIaN tU lAnGsUnG tAk AdA. Ke MaNa SeBeNaRnYa DiA yE? SeSuAtU mEnImPa DiAkAh? DaN lAgI... kEnApA nAk MeNcArI sEdAnGkAn SuAtU kEtIkA dUlU aKu PeRnAh DaN sAnGaT bEnCiKaN dIa?

HuJaN... tErInGaT pAsAr MaLaM gElAnG pAtAh WaLaUpUn HaRi Ni BuKaN hArI sElAsA. rAsAnYa... SuAsAnA lEpAs HuJaN kAt PaSar MaLaM tU sAnGaT sEgAr. RiNdU gIlA kAt PuTu BaMbU kAt SaNa...

LaMa DaH dIa TaK hAnTaR eMaIl. TiBa-TiBa SeMaLaM, "bUkAn KaMi BeRuBaH. tApI kAmI mAlU. kAmI bUkAn _ _ _ _ YaNg DuLu". AkU, tAk TaU nAk KaTa ApA, cUmA tUlIs, "MaSa PiSaHkAn KiTa JaUh SaNGaT. kdG cArI jG kEnAnGaN dUlU. tApI seMuAnYa MaKiN jAuH. dUdUk SeBeLaH, tApI hIlAnG cErItA". dAn SeMpAt AkU pEsAn, "BeRuBaHlAh... KaMi RiNdUkAn _ _ _ _ Yg DuLu!"

TeRiNgAt KaT dIa HaRi Ni, SaNgAt TeRiNgAt SaMpAi DaDa RaSa SeMpIt, SuSaH nAk BeRnAFaS, rAsA sAkIt PuN aDa, sEdAnGkAn DiA, tEnTu TeNaNg-TeNaNg MaCaM bIaSa... Ya ALLAH, tOlOnG NyAhKaN dIa DaRi OtAk, MaTa DaN HaTi. KaLaU bOlEh SaMpAi HuJuNg NyaWa...

SuKa & DuKa KeNaPa MeStI dAtAnGnYe SeReNtAk Ye? lUkA pUlA... kEnApA sUsAh SaNgAt BeRtEmU pEnAwAr? DaN kEtIkA mUlUt BeRkAtA-kAtA "tAk AdA ApA-aPa", KeNaPa AdA rAsA sAkIt TuRut HaDiR? tApI sAtU yAnG jElAs, AkU kEwAlAhAn DaLaM mEnCaRi ErTi HiDuP...

BaRu SeDaR bEtApA bAnYaKnYe GaRiS dI tApAk TaNgAN. sElAmA nI, hAnYa MeMaNdAnG tApI tAk MeLiHaT, mElIhAt TaPi TaK mEmAnDaNg...

TUHAN...sUkArNyE mEnJaDi LiLiN yAnG mEmBaKaR dIrI...

DaH lAmA tAk MiMpI dIa, SaNgAt LaMa. TaPi DaLaM tIdUr YaNg PeNdEk, AkU mImPi DiA. dIa TaK eNdaHkAn AkU wAlAu BeRtEmBuNg Di MuKa PiNtU. rAjUk DaN mARaHnYe bAGaI bErSaMbUnG dI dUnIa TaK nYaTa. Ja, HiDuP nI... kAdAnG kAlA sAnGaT mEnGuJi KeSaBaRaN mAnUsIa Ya? KaLaUlAh AwAk aDa KaT sInI, sAaT nI...

ApA rAsA bIlA aDiK lElAkI kOrAnG hAnTaR sMs MaCaM nI, ‘mAsA nAk BaLiK jB tAdI, sAyU hAtI lAk TeNgOk KaK tAm BaLiK sOrAnG-sOrAnG. bErAt HaTi NaK tInGgAlKaN kAk TaM. kUnCi RuMaH & jAgA dIrI bEbAiK”? aKu, BaNjIr... HaHaHa (MaRwAtI wAhAb @ AlEyA aNeEsA mEmAnGlAh GeMbInG)

TaK dAn TaKkAn PeRnAh BeRhEnTi MeNcArI dIa SeLaGi BeLuM jUmPa. DaN hArI nI, rAsA tU mAkIn KuAt. PaDaHaL, cLuE uNtUk PeNcArIaN tU lAnGsUnG tAk AdA. Ke MaNa SeBeNaRnYa DiA yE? SeSuAtU mEnImPa DiAkAh? DaN lAgI... kEnApA nAk MeNcArI sEdAnGkAn SuAtU kEtIkA dUlU aKu PeRnAh DaN sAnGaT bEnCiKaN dIa?

JaLaN hIdUp MaNuSiA... tAk PeRnAh AdA dI PaKsI yAnG sAmA, kAlAu PuN aDa, MeStI tAk SeRuPa...

TeRlAlU sErInG jAdI lIlIn, SaMpAi-SaMpAi... LuPa KePeNtInGaN sEnDiRi...

KaLaU mAmPu, PeRkArA pErTaMa YaNg AkU bUaT sEkArAnG nI... uNdUrKaN aTaU cEpAtKaN mAsA. tApI...

DaH bErUsAhA sEhABiS dAyA mEnCaNtUm ItU dAn InI, sAnA dAn SiNi UnTuK sEmUa, TaPi... KaLaU tEtAp JuGa CaRiK, dAh TaK aDa ApA lAgI bOlEh DiBuAt, DuDuK dIaM-dIaM sAMbIl KaTa, "MuNgKiN dAh SaMpAi MaSaNyA uNtUk JaDi MaNusIa YaNg CuMa FiKiR hAtI & dIrI sEnDiRi", ;-)

PeRnAh BeRlArI, kEmUdIaN jAtUh, BaNgUn & BeRlArI lAgI, tEtAp JuGa JaTuH eNtaH uNtUk KaLi Ke BeRaPa. TaPi PuTaRaN hIdUp TeTaP jUgA pErLu DiTeRuSkAn...

SeTiAp KaLi MeLaNgKaH, kEpAlA sErInG kE kAnAn & KiRi. MeNcArI sEsEoRaNg YaNg LaMa MeNgHiLaNg. HaTi SeLaLu BeRhArAp BeRtEmU dIa LaGi. AtAs AlAsAn aPe, SeNdIrI tAk AdA. hAnYa... SeDaR, dIa SaTu-SaTuNyA mAnUsIa YaNg MaMpU tImBuLkAn RaSa MeLuAt DlM dIrI wAlAu PeRtAmA kAlI bErTeMu, BaHkAn TaK jUgA dIa BeRsUaRa...

AdA oRaNg KaTa, HidUp AkU tAk MeNaRiK, mAcAm BuKaN hIdUp SebaB aKu CuMa BeRjAlAn sElArI. kErJa-BaLiK-MeNuLiS-tIdO, uJuNg MiNgGu, TeNgOk Tv-MeNuLiS-TiDo. SaMpAi MaSa BaLiK kG jEnGuK mAk AbAh. TaK rEtI bErSoSiAl & SaNgAT bOsAn. SoAlNyE, bEtUl-BeTuL tErUk Ke HiDuP mAcAm Ni? TaPi... NaK dIaPaKaN lAgI? aKu KaN cUmA mEnGgAlAs TaKdIr DIA

1 KeTiKa DuLu, AkU pErNaH lIhAt RiAk LuKa Di WaJaHnYe. TaPi AkU dIaM sEbAb AkU mAsIh TaK fAhAm SePaK tErAjAnG dUnIa. HaNya DaPaT rAsAkaN. KiNi SyUkUr, DiA sUdAh BeRbAhAgIa. DaN hArI nI, lEpAs BeRbElAs-BeLaS taHuN, dIa YaNg MeLuKaKaN tU mUnCuL tIbA-tIbA dEpAn AkU yAnG dUlUnYe TaK tAhU aPa-ApA. bOlEh TaK kAlAu AkU bAlAs DeNdAm BaGi PiHaK sEbAb DiA yAnG iTu NaMpAk mAcAm TeRdEsAk BeNaR

MaCaM dAh HiLaNg BaNyAk BeNdA aKhIr-AkHiR nI. cUbA pAlInG kE bElAkAnG, tAk NaMpAk ApA-aPa KeCuAlI jAuH, jAuH, & jAuH. tAk TaHu MaNa SiLaP, tAk TaHu NaK bErPiHaK pAdA sIaPa & BiLa DuDuK dI tEnGaH-tEnGaH, rAsAnYa SaNgAt TaK bEsT kAn? pAtUtNyA bUkAn MaCaM nI, tApI... kEnApA mAsIh AdA yAnG tAk FaHaM? bUkAnKaH iRi HaTi & SaKiT hAtI TaK bErNoKtAh TaKkAn Ke MaNa, CuMa SeRlAhKaN kElEmAhAn SeNdIrI?

TiBa-TiBa TeRiNgaT sAnGaT kAt DiA yAnG nAkAl & MeNyaKitKaN hAtI. dI mAnA sEbEnArnYa DiA? kEnApA dIa HiLaNg MaCaM tU aJe? TaPi... KeNaPa tErAsA mAcAm TeNGaH tUnGgU dIa? GiLe!

HaJaT dI hAtI mAhU mEnJaDi TeMpAt DiA bErSaNdAr, TaPi ApAkAn DaYa... TeMbOk YaNg AdA sEpeRtInYe TaK mEmUnGkInKaN, lAlU aKu HaNye JaDi PeMeRhATi YaNg BiSu, tApI... sEiRiNg MaSa YaNg BeRpUtAr, HeNdAkNyE... dIa AkAn MeLuPaKaN kEraNa PuTuS cInTa, HaNyA aSaM gArAm SeBuAh KeHiDuPaN & aKu HaRaP dIa AkAn TeRuS kUaT sEbAB hIdUp TeTap PeRlU dItEruSkAn...

- ReViEw KASIH BENAR KASIH dArIpAdA aImIe -

December 28, 2011

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blurb:
Mereka tak saling kenal, tapi disuruh berkenal-kenalan. Jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, mereka mencuba dengan alasan, ‘Dia kosong, aku pun kosong’

Pertama kali bersua muka, Annura berasa jengkel sedangkan Dinzley bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Namun, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak baying-bayang pelamin nan indah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kak Chik menukil:
Pasti rimas kan kalau soalan yang sama menimpa kita bila setiap kali bertemu? Dan soalan itu jawapannya bukan ada pada kita. Kenapa kadang-kala kita selalu terleka dan terlupa atau buat-buat terlupa tentang hakikat yang satu itu?

Kesian Annura dan Dinzley. Kerana mahu menggembirakan orang tua dan tidak mahu digelar anak derhaka mereka terpaksa rela untuk mencuba membuka hati menerima seseorang yang langsung tidak dikenali. Annura dalam terpaksa tetap mencuba walaupun Dinzley itu tidak sesekali menunjukkan suka padanya. Apatah lagi Dinzley tidak pernah mahu berbincang dan suka buat keputusan sendiri. Sudahnya Annura yang tersepit sendiri.

Dinzley pandai-pandai sendiri menetapkan tempoh itu kerana dia tahu Annura tidak akan mampu untuk membantah. Tetapi saat kedua-dua mereka sudah mula merasai getar menunggu hari bahagia, kehadiran Syirin telah meranapkan segala. Annura terluka dan menanggung malu kerana Dinzley sanggup menolaknya di hadapan semua ahli keluarga kerana perempuan yang telah empat tahun meninggalkannya.

Apakah sebab sehingga Dinzley sanggup memenuhi syarat Syirin? Sedangkan dia sudah pasti getar rasa cintanya sudah tiada untuk Syirin. Tegakah Annura menerima Dinzley setelah dia terluka lagi? Kenapa terlalu payah bahagia yang mahu digapai Annura sedangkan rasa cinta tidak pernah padam buat orang yang dikasihi?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudut pandang Kak Chik:
Lamanya buku ni terperap dalam almari KakChik, alih-alih sampai terlupa yang ada buku ni. Rasanya beli hari tu masa Karnival Buku Karangkraf Jun 2011. Dah setengah tahun terperuk.

Karya ini antara karya yang menarik minat KakChik kerana isu yang ditimbulkan dan rasanya memang mereka yang selalu menolak takdir bahawa jodoh itu aturan Maha Pencipta harus membaca karya ini. Kasi insaf sikit.

Suka kulit depan yang comel dan muka sedih arnab putih. (Rasa macam arnab Dr Dinzley je tu)

Pssttttt….. KakChik rasa nak cepuk-cepuk kepala Syirin yang mengada-ada itu. Kalau nak tahu sebabnya kena la baca, ye….

*** Terima kasih tak terhingga pada Aimie atas komen di atas. Kawan-kawan yang cantik-cantik dan manis-manis macam madu, bolehlah melawat Aimie DI SINI sebab ada banyak lagi review novel yang menarik. Bolehlah kalau nak jadikan panduan sebelum membeli sesebuah novel.

- SeLaMaT hArI lAhIr, AbAh! -

December 27, 2011

Hari ni hari lahir abah saya! Yang ke berapa? Hem... 64 tahun! Tua dah ya abah saya? Tapi... biar banyak mana pun umur abah saya, dia tetap kelihatan sentiasa muda di mata dan hati saya. Opsss... tentunya bukan hanya di hati saya semata-mata, tapi di hati adik-beradik saya, menantu dia, cucu dia dan lebih-lebih lagi di hati buah hati dia, yang bernama Mahan @ Mahani Dahli. Mak saya! Abah yang selalu aje best kat mata saya.

Saya tak telefon untuk wish kat abah saya. Bukannya tak mahu, tapi... abah saya bukannya suka pun cakap kat telefon. Dia orangnya jenis yang suka cakap depan-depan, kata orang putih, ‘face to face’. Wah... cara cakap macam saya satu ketika dulu, ketika nak bergaduh dengan kawan-kawan yang pada masa tu dah tak jadi kawan. Tapi... walaupun saya tak cakap kat abah saya, saya dah telefon mak saya minta dia sampaikan pada abah ucapan daripada saya. Harap abah gembira sebab saya ingat tarikh hari lahir dia dan hendaknya saya tak akan lupa sampai bila-bila.

Abah saya, dulu... masa saya tengok dalam gambar ketika muda remaja, SANGAT HANDSOME! Betul... saya tak tipu dan saya kata macam tu bukan sebab saya anak dia, tapi itulah yang saya tengok dalam gambar tu. Dia sangat kurus dan nampak tinggi. Tapi lama-kelamaan, bila tenaganya ‘diperah’ oleh kami adik-beradik, abah saya sudah bertukar. Dia sudah tidak tinggi lagi, sudah tidak kurus lagi dan lebih daripada itu, sudah tidak cerah lagi sebab warna cerah itu sudah ditelan si matahari. Awas ya, Cik Matahari yang jahat! Kamu sudah menghitamkan abah saya. Tapi... biarlah! Walau apa pun keadaan dia, dia tetap banyak kelebihan di hati dan mata saya sebagai anak dia. Macam mak saya, dia pun ada kekurangan juga. Hanya bagi saya yang bernama anak, dia tak ada kekurangan kerana semua kekurangan dia, sudah ditutupi kelebihan yang dia ada.

Kalau pada hari lahir mak, saya tak ada di sisi, hari lahir abah pun tak ada walaupun saya tetap berharap akan selalu ada di sisi mereka berdua. Cumanya, saya tetap bergembira sebab hujung minggu ni saya akan berjumpa dengan abah saya [cara macam dah berbulan-bulan tak balik ya?], mahu makan-makan bersama keluarga di rumah yang dibina abah dengan penuh kasih sayang, saya mahu kata macam ni, “Abah... happy belated birthday! Dan lagi, moga seluruh rahmat ALLAH akan jadi milik abah.”

Saya tahu, abah saya tak akan bukak blog ni, tak akan juga baca N3 ni, tapi biarlah saya buat N3 ni sebab sebagai anak, tak banyak yang mampu saya buat untuk abah saya. Nak membalas jasa yang ditabur, mustahil saya dapat lakukan. Kalau pun saya mampu buat, abah saya tentu tak akan terima kerana saya tahu seorang bapa itu membesarkan anak-anak yang mereka punya tanpa ada syarat, jauh sekali hingga minta apa yang dilaburkan dibayar kembali. Tidak mungkin! Kalau ada, itu saya tak begitu pasti. Hanya saya boleh katakan, lain orang lain kemahuannya.

Untuk abah kesayangan saya, terima kasih tak terhingga! Sebabnya... abah dah jadi abah paling baik dalam dunia ni buat Ami dan adik-beradik Ami yang lain. Hendaknya, abah akan terus jadi abah yang baik sampai bila-bila selagi hayat di kandung badan. Sempena hari lahir abah tahun ni, Ami nak ucapkan; “Selamat Hari Lahir, moga abah panjang umur, murah rezeki dan selalu ada dalam rahmat ALLAH. Sungguh... Ami sayang gila kat abah. Sangat!

- TaK sUsAh MaCaM nAiK tAnGgA kAn? -

December 26, 2011

Salam kawan-kawan! Oh... hari ni saya masih nak menconteng-conteng tentang Siri MERAH CINTA KITA [MCK] lagi dan saya mungkin akan terus melakukannya sehingga 5 bulan akan datang. Tapi, janganlah risau dulu! Bukanlah saya akan kisah-berkisah tentang MCK ini hari-hari. Tidaklah! Bimbang juga kalau-kalau ada yang jemu sampai tak mahu lagi jengah blog saya yang kadang-kadang tak ada isi penting pun. Tapi harap-harap janganlah jemu dulu, tahan sampai 5 bulan sebab kalau tak rasa macam rugi aje. Bukan senang orang nak tawarkan hadiah lumayan macam tu kan? Hanya akan dapat bila adik-adik, mak adik-adik dan ayah adik-adik jawab soalan yang terdapat dalam kuiz MCK tu. Kuiz tu pun, sangat mudah tau! Kalau tak percaya... nanti saya letakkan di bawah ya?

Untuk itu... mungkin, seminggu sekali atau seminggu dua kali, atau juga dua ke tiga minggu sekali. Bergantung pada keadaan, saya akan terus memasukkan N3 tentang MCK ni. Bukannya apa, pejam celik-pejam celik, sekelip mata aje bulan Mei akan mengucapakan “hello” dan itu bererti tarikh luput kuiz MCK pun bermula. Sayanglah... dah beli tapi tak hantar penyertaan, dan lebih sayang lagi kalau langsung tak miliki. Lebih sayang-sayang-sayang lagi kalau ada yang berminat dengan buku-buku seperti MCK ini tapi langsung tak tahu akan kewujudannya. Itulah sebabnya saya akan terus wujudkan N3 seperti ini. Bukan sekadar nak mengingatkan tentang kuiz, bahkan untuk memberitahu pada yang mungkin tidak tahu. Boleh kan? ;-)

Dan seperti yang saya katakan di atas, soalan-soalan untuk kuiz MCK ni sangat mudah, sama aje seperti minum air masak, bukan kacang goreng tau. Tau kenapa saya pilih air masak? Tentulah sebab dibandingkan air masak dengan kacang goreng, air masak lebih banyak-banyak-banyak kebaikannya. Tak juga susah macam naik tangga. Tapi... soalan-soalan semudah itu hanya boleh dijawab sekiranya kisah-kisah dalam MCK yang berjumlah 5 buah itu dihadamkan sepenuhnya. Antara soalan-soalan tersebut;

1. Ada berapa kesalahan yang dilakukan Suhaila sehingga ibu bapanya berasa terlalu marah dengan Suhaila

2. Namakan laman blog yang dicipta Fareeha?

3. Namakan dua permainan [games] di Facebook yang digemari oleh Qistina?

4. Berapakah harga asal baju kebaya biru yang hendak dibeli oleh Najmina?

5. Berapa minggu Mei Hwa mengikut Siti Hajar berlatih kawad kaki?

6. Merah Cinta Kita akan lebih menarik jika... [tidak lebih daripada 30 patah perkataan okey]

Mudah aje kan? Tapi... apa pula syarat kuiz ini ya? Hem... jangan bimbang, syarat-syaratnya juga mudah. Cumanya... akan saya terangkan pada N3 MCK yang akan datang. Mintak diri dulu ya... ;-)

- Ni... BuKaN pEtAnDa OrAnG tAk PaNdAi KaN? -

December 25, 2011

Saya tak ingat sejak umur berapa saya pandai tengok jam dan saya pun tak ingat saya pakai jam sejak umur berapa. Yang saya ingat, saya ada satu jam tangan yang abah beli. Tak cantik [mujurlah ada kan?], tapi agak comel juga di mata saya. Dengan jam tangan itulah saya berteman sejak bertahun-tahun lamanya, sampailah satu hari jam tangan saya tu terjatuh kat dalam toilet masa kat sekolah. Jarumnya terhenti walaupun puas dah saya ketuk-ketuk dengan harapan jarum yang terhenti akan kembali bergerak.

Sejak hari tu, tamatlah riwayat jam tangan pertama saya. Tak pasti berapa lama tangan saya kosong lepas kejadian tak best tu. Memanglah jam tangan harganya tak mahal mana, tapi masa tu saya fikir harganya agak mahal juga. Nak minta yang baru pada abah, rasa macam tak sampai hati. Saya yang cuai tak pandai jaga barang sendiri, takkanlah masih ada hati minta dibelikan jam tangan yang baru.

Sampailah satu hari, abang kedua [Angah] saya hulurkan jam tangan pada saya. Ya ALLAH... perasaan masa tu, TUHAN aje yang tahu betapa gembira dan bersyukur. Entah jenama apa, saya sungguh-sungguh tak ingat. Tapi sama ada, ada jenama atau pun tidak, saya tak peduli langsung. Bagi saya, yang penting saya ada jam sebab hidup tanpa jam tangan terasa bagaikan ada yang kurang dalam diri saya. Bukanlah saya jenis yang terlalu menepati masa [tapi angin juga kalau terpaksa menunggu berjam-jam lamanya], tapi dengan adanya jam tangan, saya terasa lebih percaya diri. Macam bagus aje ya alasan? Tapi, betullah tu! Tak ada jam, sama seperti saya tak ada telefon atau line internet. Bukan hanya patah kaki tangan, patah hati pun ada juga.

Bertahun-tahun juga saya pakai jam tu. Sampailah satu hari yang lain, abang ipar [suami Kak Long] saya bagi jam mahal. Ya, jam Baby G [sangat famous pada ketika itu] dengan harga RM319 warna kelabu. Hoho... tiba-tiba aje masa tu terasa macam nak lompat tinggi-tinggi sebab terlalu gembira. Tak pernah terlintas pun kat kepala saya, yang saya akan dapat jam semahal itu. Walaupun sebenarnya, dia bukanlah nak bagi kat saya pun sebab siapalah saya ni kan? Dia nak bagi pada Kak Long saya yang pada ketika itu hanya ‘buah hati pengarang jantung’ dia. Tapi sebab Kak Long kata, dia bukannya budak-budak nak pakai jam macam tu, sudahnya abang ipar saya bagi pada saya walaupun dia ada anak-anak saudara perempuan yang ramai. Mungkin dia berpegang pada prinsip, “Nak kakak, maka pikatlah adiknya”. Harap dia tak baca blog saya ni, kalau tak sure kepala saya kena sekeh. Kuikuikui...

- Ni bukan jam Baby G saya, jenamanya pun lain kan? Tapi... jam jenis inilah yang paling saya pandai tengok sebab ada angka-angka yang begitu sebati dengan mata saya. Bila sekali tengok, confirm tak buat silap. Hahaha -

Dari sekolah menengah sampai habis universiti, jam itulah yang jadi teman tapi mesra saya. Pernah satu hari saya pergi pasar malam. Kat tempat jam tangan, saya berhenti. Peniaga tu tanya pada saya, “Tu... jam Baby G tu original ke?” Saya senyum aje tanda mengiakan. Dia kata lagi, “Nak tak tukar dengan jam-jam yang ada kat sini? Awak boleh ambil 2 jam Baby G.” Saya geleng dengan senyuman. Apa... dia ingat saya ni tak cerdik benar ke? Jam yang dia jual, satu baru RM50, 2 baru RM100. Dan lagi... saya sayang gila dengan jam yang saya pakai masa tu. Bila cerita kat abang ipar saya, dia kata, “Ti tukar jam tu memang nak kena.” Saya gelak-gelak aje. Tak mungkin! Sekarang ni... jam tu masih saya simpan di tempat asalnya sebab saya dah terlalu tua untuk pakai jam macam tu. Tapi baterinya dah habis dan saya tak pernah gantikan. Mungkin sekarang ni langsung dah tak boleh guna. Harap-harap bila balik nanti saya teringat untuk bawa jam tu ke kedai jam, siapa tahu masih ada rezeki kan? Cumanya... kalau boleh guna saya nak simpan sendiri. Bukan tak mahu bagi pada anak-anak buah perempuan saya, tapi saya tak nak dua beradik tu bercakar dan kesudahannya saya kena beli lagi satu. No... no!

Dan selepas berpuluh-puluh tahun pakai jam, saya dah lama sedar yang saya sebenarnya tak pandai tengok jam yang cuma ada jarum pendek dan jarum panjang semata-mata, tanpa ada calit-calit yang menunjukkan minit dan waktu. Sebabnya, saya susah nak agak waktu. Bimbang pukul 1.00, saya kata pukul 2.00. Takut pukul 1.15, saya kata pukul 1.25. Untuk itu, dengan rasa agak malu, saya terpaksa mengaku itu kelemahan saya, sama macam saya yang tak berapa ingat nombor telefon, nombor plat kereta, alamat dan juga jalan.

- Jangan beri dan belikan saya jam macam ni sebab dah tentu tempatnya hanya di dalam almari. Hanya untuk dipandang tapi bukan untuk dilekapkan ke tangan sebab saya sungguh-sungguh tak reti tengok. Hehehe -

Jadinya, kalau ada rasa nak bagi saya hadiah jam tangan, sila beri yang ada tanda-tanda yang merujuk waktu dan minit [perasan, siapa yang nak bagi awak hadiah weh!].

- Kalau yang ada calit-calitan di sekeliling jam seperti ni, memang saya mahir tengok sebab senang nak buat kira-kira. Bila orang tanya pukul berapa pun, tak adalah malu sangat sebab terkial-kial nak pastikan betul atau tak. Kuikuikui -

- Yo... SaYa KaYa! -

December 24, 2011

Opsss... mula-mula nak ucapkan assalamualaikum pada yang beragama Islam dan selamat sejahtera pada yang bukan beragama Islam. Harap dan saya selalu berharap hari-hari yang akan kita lalui akan selalu membuatkan kita terus tersenyum dan ketawa seperti biasa. Kalau pun diduga, biarlah dugaan tu mampu membuatkan kita kembali bangun pada keesokan harinya.

Yup... betul, saya kaya! Tapi bukan kaya harta atau kaya duit ya kawan-kawan. Tidak sama sekali sebab saya bukannya datang daripada keluarga yang kaya-raya, dilahirkan dalam dulang emas pun tak juga. Saya hanyalah anak seorang nelayan yang mungkin sebentar lagi akan jadi bekas nelayan sebab abah saya kelihatannya dah agak tua. Sekarang ni pun dah jarang-jarang benar ke laut, kalau ke laut pun akan ditemani adik saya. Bukan untuk cari pendapatan macam masa kami adik-beradik kecil-kecil, tapi lebih kepada nak cari lauk. Dan sebenarnya, sejak kecil ditemani ikan-ikan segar, memang susah sikit. Bukanlah tak makan ikan kat pasar, makan juga. Tapi ketika tangan menyuap nasi ke mulut, hati teringat pada ikan-ikan yang dah makin jarang dimakan. Nak buat macam mana kan? Masa dan keadaan bukannya sama macam dulu lagi. Pendek kata, masa dan keadaan memang dah menjarakkan saya dengan ikan-ikan tu, kuikuikui.

Yang sebenarnya, saya kaya dengan pen! Kalau tak percaya, cuba tengok dalam gambar-gambar di bawah tu. Banyak tak pen-pen yang saya ada? Banyak kan? Kalau tak banyak pun saya tetap juga nak kata banyak sebab lebih daripada satu boleh kan, dah digelar banyak? Betul tak?

Betul, hobi saya memang banyak. Salah satu daripadanya, membeli pen [ada juga dapat free, tapi beli lebih banyak lagi]. Cumanya... yang saya beli bukanlah pen mahal, sebab saya hanya nak menulis bukannya nak berkata pada orang macam ni, “Lihatlah dunia, saya ada pen mahal!” Lagipun, bukan semua pen yang saya beli tu saya gunakan. Kalau gunakan pun hanya beberapa kali dan saya terus berhenti gunakan bila saya rasa tak sedap menulis gunakan pen tersebut. Saya memang agak cerewet bila berkaitan dengan pen kerana pen berkaitan dengan tulisan. Sebab tulisan saya tak cantik, maka saya perlukan pen yang bagus untuk membantu tulisan saya jadi cantik. Saya juga tak gunakan pen bermata tajam sebab itu hanya akan menjadikan tulisan saya lebih buruk sampai mata saya sendiri pun jadi sakit bila saya pandang.

Dan semalam, saya sambar lagi 4 batang pen dari jenama yang sama dan mata yang sama di SOGO. Dah jenuh mencari, hanya kat situ aje yang ada. Bukanlah tempat lain tak ada pen jenama yang sama, tapi... mata saiz 1.4 tak ada. Yang ada sekitar 0.5-1.0 aje. Sebab itulah saya capai sekali 4, walaupun saya bukanlah banyak sangat menulis gunakan tangan sejak kenal apa itu keyboard. Yang penting, saya mahu bersedia! Dan lagi, itulah satu-satunya jenama pen dengan saiz yang sama yang mampu buat saya menulis sampai dakwat kering-kontang.

-Untuk kamu berempat yang baru saya beli tu, sila bekerjasama ya, kalau tak... tempatmu di bakul sampahku -

Nampak benar saya ni suka membazirkan? Tapi... biarlah! Kalau dengan cara menulis dengan menggunakan pen itu buat saya terasa tulisan saya cantik dan saya selesa, apa salahnya kalau saya teruskan pembaziran tu kan? Yang penting, saya gembira dan puas sebab dapat memiliki apa yang mahu saya miliki.

-Untuk kamu berdua yang bersaiz 1.0, bukannya saya tak sayang sama kamu, cumanya... saya lebih sayangkan yang bersaiz 1.4. Kalau mereka dah habis, baru saya gunakan kamu okey? Dan lagi, saya akan gunakan kamu bila saya terdesak. Jangan marah ya... -

- SaYa NaK aBaNg SaYa [5] -

December 23, 2011

Hai kawan-kawan... lamanya tak jumpa [mengarutlah tu!], kan? Jangan marah, jangan geram nanti kena jual timbang kilo kat pasar ya. Itu pun, kalau lakulah. Tapi... saya yakin dan sangat pasti, akan laku sebab manusia ni, tak kira macam mana pun rupa dan berapa pun usia, tetap juga tetap ada harga tersendiri. Sebabnya, manusiakan dijadikan dalam keadaan yang istimewa, lengkap dengan akal untuk membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Kalau ada yang tak tahu [kadang-kadang saya pun sama], itukan lumrah kerana walaupun istimewa, tetap juga ada buruk dan baik, kurang dan lebih.

Saya tinggalkan soal di atas sebab itu sekadar intro, saja nak hidupkan suasana [mungkin suasana dalam diri kot]. Lama rasanya saya dah tak buat N3 dengan judul Saya Nak Abang Saya, kan? Hoho... macamlah ada yang kisah pun kalau saya lama tak buat. Tak apalah kalau orang tak kisah, saya tak terasa dan tak kecil hati pun. Bimbang kalau asyik kecil hati, nanti-nanti hati saya lama-lama akan jadi sekecil hama. Tak maulah dalam seumur hidup ni, kerja saya asyiklah nak merajuk-rajuk tak tentu fasal. Nanti jadi cepat tua [macamlah kalau tak marah tak tua kan?] pulak.

Saya nak terus membebel ni, kawan-kawan. Boleh kan? Okey, sebulan lepas masa saya balik kampung saya bersembang dengan abang saya [abang kedua @ Chik @ Sam] dan tiba-tiba dia cakap kat saya macam ni.

Abang saya, “Nanti bawa kereta tu pergi bengkel, mintak tengok brake.”

Saya, “Kenapa?” – Ya, saya ni memang kepoh, selalu aje suka bertanya dan bercakap. Padahal bila disuruh, tentu ada sebabnya kan?

Abang saya, “Sebab sejak beli sampai sekarang tak pernah tukar. Takut brake tu dah tak ‘makam’”

Saya, “Eh... okey aje Ami bawak selama ni. ‘Makan’ aje brake tu!” – Hah, kan dah kata yang saya ni memang bukan jenis adik baik-baik yang hanya menurut kata abang.

Abang saya, “Pergi aje, takut jadi apa-apa nanti.”

Saya, “Okey, nanti free Ami pergilah.”

Dan seiring dengan putaran masa, saya tak pergi pun. Bukannya saya lupa atau tak ingat, tapi saya sangat malas nak pergi ke bengkel walaupun perjalanan dari rumah hanya ambil masa tak sampai pun 5 minit. Kan, saya sangat malas, kan? Dua minggu lepas, saya balik kampung lagi. Duduk aje dalam kereta abang saya sebaik aje turun dari bas.

Abang saya, “Dah pergi bengkel?”

Saya dengan tersengih-sengih ala-ala kerang busuk. Tapi dalam hati malu juga sebab saya ni degil yang amat, “Belum lagi. Ami tak sempat.” – Ya, betul... saya ni sedang menambahkan catatan di bahu kiri sebab saya tak berterus terang, atau lebih jahat lagi, saya sedang menipu abang saya sendiri.

Abang saya, “Nanti pergi.”

Mulut saya terus terkunci sebab memang dah terang lagi bersuluh, memang saya salah. Dia tegur untuk kebaikan, tapi saya buat edah tak edah aje. Dalam hati berdetik juga yang Saya Nak Abang Saya, kalau dia ada tentu saya tak bertangguh-tangguh. Hoho... rasa nak nangis aje sebab sedih.

Dua hari lepas pulak, bila tengok ada 4 miss call kat hp saya dan nama yang naik nama abang saya, saya pun call balik.

Saya, “Kenapa?”

Abang saya, “Cha nak tanya, dah pergi bengkel?”

Saya terus tepuk dahi, nampaknya abang saya dah tak sabar tunggu saya balik hujung minggu ni. Kalau tak, takkanlah dia buat panggilan sampai 4 kali. “4 kali aje? Bukan banyak pun!” Mesti ada yang kata macam tu, tapi... abang saya bukannya jenis orang yang suka bertelefon. Dia hanya akan telefon saya bila ada perkara penting, lebih-lebih lagi kalau nak ingatkan saya tentang sesuatu. Dan bila dia sanggup tunggu sampai 4 kali, sah... mungkin dia dah tak sanggup tengok sikap bertangguh-tangguh saya.

“Esok, Ami suruh adik kat bahagian Ami bawakan kereta tu ke bengkel. Ami bukannya tau sangat.” – Aduhai, saya ni memang payah nak berdikari kalau berkaitan dengan kereta. Teringat air wiper yang dah kering bin kontang [siapa beri awak hak menjadikan kontang pap kepada kering weh?].

Abang saya, “Jangan lupa!”

Saya mengeluh lepas matikan panggilan dan ada rasa yang tak best muncul. Malasnya nak ke bengkel dan bertambah-tambahlah rasa ‘Saya Nak Abang Saya’. Esoknya [semalam] saya tengok adik tu tak datang dan baru saya tahu dia ke Perlis. Aduhai... lebur impian nampaknya! Jadinya... mahu dengan tak, balik aje semalam saya terus heret kereta ke bengkel. Tak sampai setengah jam, semuanya selesai. Bahkan, saya siap suruh tengokkan enjin [bukan servis sebab baru aje abang saya servis masa datang KL], bubuhkan air dalam tangki wiper yang dah kering tu dan alang-alang tu, saya suruh sekali dia pamkan tayar. Hem... tak adalah lama mana kan? Saya aje yang PEMALAS. Lepas tu SMS abang saya dan kata saya dah buat apa yang dia suruh. Dia terus call dan seperti biasa, tanya itu dan ini. sebagai adik, dengar suara dia, saya dapat rasa yang dia dah lega. Hem... sayang juga ya abang saya kat saya? ;-)

P/S – Mar @ Aleya, jangan malas-malas, nanti kena rotan!

- DiA sUdAh 2 TaHuN -

December 22, 2011

Hari ni 22 Disember 2011, bermakna Muhammad Hafiy Darwisy [Awish] genap 2 tahun. Saya tak bercakap dengan dia sebab nanti saya cakap Bahasa Melayu, dia jawab bahasa Tamil pula. Sebabnya, bukan saya tak pernah pun cakap dengan dia sebelum ni. Kalau jadi macam ayam dan itik bercakap, kan ke susah macam tu? Jadinya, saya cuma hantar SMS kat mama dia, dengan doa supaya ALLAH selalu ada untuk dia. Dan rasanya, tak ada doa yang lebih indah selain daripada doa macam tu. Kan? Dan kalau saya rajin, malam-malam sikit nanti saya calllah dia, biarlah kalau dia nak cakap bahasa yang saya tak faham pun.

Kesimpulan yang boleh saya buat tentang budak yang sangat nakal ni sepanjang saya kenal dia dalam 2 tahun ni, dan... sebelum tu, seperti biasa saya mahu bersyukur pada ALLAH kerana kurniakan Awish pada kami sekeluarga, kurniakanlah seluruh rahmat-MU buat Awish kesayangan kami ini ya ALLAH, juga pada buah hati kesayangan kami yang lain. Moga mereka yang menjadi kesayangan kami itu akan menjadi anak yang bukan hanya mampu menjadi penyejuk di mata dan penyeri di hati kami semata-mata, tapi juga untuk semua yang bakal mereka temui dalam seumur hidup mereka kelak.

Awish, berat badan dia saya tak tahu tapi badan dia tak gemuk walaupun setiap kali saya balik tengok dia, badan dia seakan-akan macam makin kurus aje. Pantang kalau demam datang, cepatlah susut badannya. Tapi budak-budak memanglah selalu demam kan? Dan saya percaya makin umur meningkat nanti, makin kuranglah demam melanda. Mungkin bila sampai masa tu, badan Awish tentu akan naik. Cumanya... naik boleh, tapi janganlah gemuk ya, yang sedang-sedang cukuplah.

Kalau DH suka lumba lari, Arissa suka nyanyi, saya tak tau Awish suka apa. Mungkin... dia suka berlari ke sana ke sini macam burung layang-layang [bukan layang-layang putus tali ya]. Jadinya, saya tak hairan kalau di mana-mana badan dia ada lebam-lebam. Tapi, saya tak suka tengok walaupun hanya fenomena biasa aje kat mata. Entah apa agaknya ya Awish akan jadi bila dewasa nanti? Sebagai mak cik Awish, saya berharap dia akan jadi yang terbaik, juga mampu mengharumkan nama kami sebagai keluarga dan negara dengan cara mereka sendiri.

Apa-apa pun, tak kira macam mana keadaan Awish, saya akan tetap mendoakan yang terbaik buat dia. Harapan saya, satu hari nanti dia akan jadi anak yang baik, sangat baik dan benar-benar baik bukan hanya untuk orang tua tapi untuk semua orang yang akan ditemui dalam seumur hidup dia. Untuk Darwisy, Selamat Hari Lahir, moga seluruh rahmat ALLAH akan jadi milik Awish, ;-)

Untuk arwah nenek tersayang yang dah masuk 2 tahun 'bertemu DIA' pada 20 Disember 2011, Tijah Binti Lazim, Al-FATIHAH. Moga tempatnya dalam kalangan orang beriman.

- 5 BuLaN aJeLaH! -

December 19, 2011

Sekarang ni, saya tengah tengok jari-jemari yang gemuk ni. Adoiii! Setelah dihitung-hitung dengan minda yang tak adalah bijak sangat [kalau bijak sangat tentu dah jadi Saintis dah kan?], tapi tak juga tak bijak sangat [bila dah jejakkan kaki di sekolah tiga tingkat, tu kira dah pandailah tu!], saya rasa berdebar-debar sendiri. Hati dan minda asyiklah nak tertanya-tanya sendiri. Bertanya dan berfikir tentang sesuatu yang tak pasti kerana masanya belum sampai, memanglah agak menyeramkan.

5 bulan? Nampak macam tak lama kan? Pejam celik, pejam celik, tentu tarikh yang dinantikan akan sampai juga pada penamatnya. Tapi 5 bulan? Singkatnya! Cumanya, singkat atau panjang berjela, tetap juga bulan Mei akan muncul. Mahu ataupun tak, kita harus mengucapkan selamat datang pada Mei 2012 kalau kita masih diizinkan untuk menghirup segarnya bumi DIA. Wah... intro yang agak panjang ya? Tapi... nak buat macam mana, saya kan memang suka membebel. ;-)

Selalu kita dengar dialog atau tengok kat TV ayat, “Ada apa dengan cinta?”, disebut orang. Betul tak? Kalau tak betul, maknanya kalian tak tengok sebuah filem Indonesia awal 2000 dulu yang dilakonkan oleh Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Saya suka sangat cerita tu ketika itu dan saya boleh tengok berulang-ulang kali, apalagi ost yang terdapat dalam filem tersebut bagi saya sangat best.

Tapi... sekarang ni, hari ni tentu ada yang tertanya-tanya, “Ada apa dengan 5 bulan lagi?”. Ada tak yang bertanya begitu dalam hati? Kalau tak ada... saya buat-buat ada ajelah ya? Bukannya kena tangkap pun kalau sekali-sekala atau kerap benar bersikap ‘perah santan’. Paling-paling cuma kena baling dengan selipar jepun aje. Tak sakit sangatlah setakat kena baling dengan selipar jepun, kalau baling dengan parang atau batu-bata... itu barulah betul-betul sakit sampai harus dikejarkan ke hospital. Dan lepas tu, mesti dalam dunia ni tak ada istilah, ‘masuk bakul angkat sendiri’. Adalah lagi ayat-ayat yang melambangkan orang yang perasan seperti, ‘masuk lif tekan sendiri’, tapi bagi saya yang cintakan keindahan... tetap ‘masuk bakul angkat sendiri’ duduk di tempat pertama.

Okeylah... yang saya maksudkan ‘5 BULAN AJELAH!’ merujuk kepada KUIZ MERAH CINTA KITA [KMCK]. Bagi yang tak tahu apa itu MERAH CINTA KITA [MCK], MCK merupakan sebuah novelet bersiri yang diterbitkan BUKU PRIMA [Grup Buku Karangkraf]. Dalam siri tersebut ada 5 buah buku, seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ni. Dan KMCK pulak, kuiz yang terdapat pada halaman belakang buku. Kesemua soalan hendaklah dijawab tanpa meninggalkan walau satu soalan pun. Cumanya... untuk menjawab kesemua soalan, kenalah mendapatkan kelima-lima buah buku MCK.

5 buah buku dengan harga RM18? Hem... saya tau agak mahal untuk dimiliki remaja. Jadi, apa kata kalau adik-adik yang manis, mak adik-adik yang cantik atau ayah adik-adik yang kacak, beli setiap bulan sebuah buku MCK? TARIKH AKHIR HANTAR KUIZ 31 MEI 2012, jadinya... sempat lagi tu. Soalan pun tak susah mana tau. Manalah tahu, dapat memiliki hadiah yang menarik seperti di bawah ni?

Hem... kalaulah saya boleh sertai kuiz tu, saya akan pastikan saya jadi orang yang terawal beli Siri MCK tu. Sebabnya, buku-buku tersebut di mata saya [mata saya ya, bukan mata orang lain] nampak sangat menarik sebab penuh dengan warna-warni, penuh dengan gambar, sarat dengan pengajaran juga pengalaman dan tulisan yang digunakan pun sangat comel. Lebih penting lagi, saya mahu hadiah-hadiah yang menarik tu. Sayangnya, sebab saya salah seorang penulis dalam MCK tu, sangatlah tak wajar untuk saya turut serta, kalau wajar pun... macamlah BUKU PRIMA benarkan, kan?

PESANAN AYAT-AYAT CINTA - Bagi yang dah dapatkan kelima-lima Siri MCK, jangan lupa hantar penyertaan KUIZ. Bukannya apa... TAKUT KALAU DITANGGUHKAN, NANTI TERLUPA PULAK.

- 2 JaDi 1 -

December 18, 2011

“Saya tak kira, apa pun jadi, awak mesti bertanggungjawab!”

Langkah yang mahu diatur terhenti, dia berpaling ke belakang. Redup matanya memandang lelaki itu. Kemudian keluhan meniti di bibir nipisnya. Dia sudah pun meminta maaf, apa lagi yang lelaki itu mahu? Mahu dia bertanggungjawab bagaimana lagi? Bukankah ungkapan maaf itu lebih berharga daripada yang lain-lain? Lagipun, dia bukannya sengaja hendak melanggar lelaki itu?

“Bukankah saya dah minta maaf tadi?”

“Tak cukup!”

Dahinya berkerut seribu. “Jadi awak nak apa lagi?”

Bulat mata lelaki itu merenung ke wajahnya yang hanya tenang, walau di hati terasa sabarnya seperti sudah goyang. Dia sudah cukup malu hendak berlama-lama di situ membiarkan diri menjadi bahan tontonan orang. Tapi lelaki itu pula seperti sengaja menambah malu yang ada. Jatuh tergolek dalam dakapan lelaki yang langsung tidak dikenali, sesiapa pun kalau di tempatnya akan rasa malu. Tapi perkara dah terjadi, hendak diapakan lagi? Anak kecil bertocang dua itu pun bukannya sengaja melanggar dirinya tadi hingga dia hilang imbangan badan.

“Awak kena bertanggungjawab!”

“Kenapa saya perlu bertanggungjawab kalau awak tak rugi apa-apa. Kurang ke duit awak kena langgar dengan saya tadi? Ada cedera kat mana-mana ke kat tubuh awak tu? Ada cacat ke kat mana-mana?”

“Awak dah raba saya!”

Mata yang tadinya redup mula membesar. Wajahnya terasa seperti disimbah dengan minyak panas. Bercupak-cupak mata yang melihat dan mendengar kata-kata lelaki yang tidak dikenali itu kelihatan mula berbisik-bisik sesama sendiri sambil mata terus melekat pada drama tanpa tajuk lakonan dia dan lelaki itu. Entah apa anggapan mereka padanya, dia sungguh tidak tahu. Hanya yang dia pasti, tentu saja anggapan yang tidak elok berpihak kepadanya.

Aku raba dia? Gila!

“Tidak!”

“Awak raba saya!”

“Hei...” Pantas Qhalis meluru ke arah lelaki yang masih mempamerkan raut tidak bersalah setelah menuduh dia dengan tuduhan yang sangat mengaibkan. Kalau ikutkan hati, mahu ditampar wajah itu berkali-kali bagi meluahkan rasa geram yang kian berbuku di hatinya. Takkanlah lelaki itu tidak mengerti kalau dia tidak sengaja. Dia tidak meraba lelaki itu, hanya memaut pinggang itu semata-mata setelah gagal mengimbangkan badan. Dan sudahnya, dia dan lelaki itu sama-sama tergolek kerana masing-masing tidak bersedia. Takkanlah lelaki itu begitu lurus bendul? Tapi kelihatan seperti bergaya benar.

“Apa?”

“Saya tak raba awak!”

“Awak raba saya!”

“Tidak!”

“Ya!”

“Tidak!”

“Ya... saya dapat rasa!”

Semakin kuat suara-suara di kiri kanan di dalam restoran makanan segera itu. Malu yang Qhalis rasa semakin menebal saja. Rasa marah dan mahu menangis terasa sama banyak. Malang apa nasibnya hari ini hingga bertemu dengan lelaki yang satu ini. Harapkan muka saja polos, tapi perangai teruk yang amat. Sudahlah tadi dia kehilangan pelanggan gara-gara datang lambat dalam janji temu, kini terpaksa pula berdepan dengan lelaki yang tidak berperasaan itu. Lupakah lelaki itu kalau dia perempuan? Jatuh air mukanya kalau dimalukan sampai begitu sekali di hadapan orang ramai. Lebih-lebih lagi saat ini, restoran tempat mereka berpijak ini sarat dengan manusia. Kalau ada antara mereka yang dia kenal, hendak diletak ke mana mukanya?

“Penipu!” Sedikit kuat suara Qhalis. Kalau boleh ditelan, memang tamat riwayat lelaki yang masih menayangkan wajah selamba di hadapannya. Dapat apa dia kalau meraba seperti yang dituduh?

“Awak raba saya!”

“Diam!” jerit Qhalis sekuat-kuat hati.

“Qhalis...”

Qhalis segera berpaling, pucat wajahnya sebaik saja melihat seraut wajah hairan di sisi kirinya. Di sisi kanan wanita itu, berdiri sekujur tubuh yang mempamerkan wajah yang tenang. Ya, dalam apa pun keadaan, ayah memang tidak pernah menayangkan air muka yang lain daripada itu. Tapi masihkah ayah boleh tenang kalau mendengar tuduhan tidak berasas tentang anak gadis sendiri?

“Ibu... ayah...”

“Kenapa ni? Ibu dengar Qhalis menjerit tadi. Apa masalah Qhalis ni? Apa dah jadi?”

“Qhalis...” Kata-kata Qhalis terhenti, sekejap dia memandang wajah ibunya, sekejap pula ayahnya. Kemudian, dia memandang ke hadapan. Bibir digigit kuat. Sakitnya hati kala ini tidak terkira. Kalau bukan disebabkan lelaki yang satu itu, dia tidak perlu tersepit seperti ini. Mungkin saat ini dia sudah pun berehat di rumah sambil menenangkan diri yang kalut dengan kecewa. Kecewa bila pelanggan berlalu begitu saja tanpa mahu mendengar penjelasan tentang kelewatannya. Padahal, memang bukan salah dia bila kemalangan berlaku hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Qhalis... cuba cerita dengan ayah, nak...”

“Qhalis...”

“Qhalis raba saya pak cik, mak cik...” potong lelaki itu pantas. Langsung tidak menunggu Qhalis habis berkata-kata. Wajahnya tetap juga selamba. Tidak ada senyuman, tidak ada juga kemesraan, jauh sekali rasa bersalah atau serba salah.

“Hah?”

“Ya... dia raba saya tadi. Semua yang ada di sini melihat. Dia orang boleh jadi saksi yang anak pak cik dah raba saya...”

“Bohong!”

Khaledah dan Zawir saling berpandangan. Ada kerut di dahi masing-masing. Lama selepas itu mereka membuang pandang pada Qhalis dan lelaki yang langsung tidak mereka kenali itu.

Qhalis meraba lelaki itu? Tidak! Rasanya anak gadis mereka tidak mungkin bersikap begitu kerana dengan tangan merekalah Qhalis membesar selama ini. Jangankan meraba lelaki, memegang tangan lelaki pun Qhalis tidak mahu. Sejak kecil, anak yang satu itu sudah diajar yang mana halal dan yang mana haram. Qhalis bukan juga jenis anak yang ingkar. Pasti ada salah faham yang berlaku hingga anaknya dituduh sebegitu sekali.

“Dia raba saya!”

“Tidak!” Serentak dengan kata-kata itu, Qhalis mengangkat tangannya. Dia mahu menampar mulut yang membuat tuduhan. Dia tidak rela dirinya terus-terusan dituduh dengan tuduhan melulu begitu. Dia masih ada harga diri dan dia tidak harap harga dirinya diranapkan orang lain sesuka hati. Mujur juga tangannya cepat disambar Zawir. Kalau tidak, pasti lelaki itu pulang hari ini dengan membawa tanda di pipi.

“Sudahlah... jangan macam ni. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan,” katanya pada Qhalis.

Turun naik nafas Qhalis kerana menahan marah.

“Kurang ajar dia ni, ayah!”

“Qhalis...” pujuk pula Khaledah. Kedua-dua tangan Qhalis diraih dan digenggam erat-erat. Senyuman paling manis dihadiahkan buat satu-satunya anak perempuan yang dia ada itu. Sangat berharap panas yang ada di hati itu akan surut perlahan-lahan. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku, tapi dia tidak percaya kalau anak gadisnya sanggup berkelakuan tidak senonoh begitu. Dia yang melahirkan anak itu, dia kenal Qhalis melebihi orang lain. Anak itu, sejak kecil tidak pernah mengecewakan dia dan suaminya.

“Nama pak cik, Zawir. Ayah pada Qhalis. Anak ni siapa?”

“Thaqif!”

“Beginilah Thaqif, mari kita bincang di tempat lain. Kat sini dah tak sesuai sebab banyak mata yang berminat nak tahu hal kamu dan anak pak cik. Boleh kita ke tempat lain?”

Thaqif angguk dengan wajah tenang. Namun anak matanya tajam menikam pandangan Qhalis yang menyinga.

P/S - Ini kisah apa, jangan ditanya sebab setakat ni saya sendiri tak pasti apa yang saya conteng. Hanya saya fikir... eloklah jika saya mula meramahkan jari-jemari sebab saya bimbang terlalu lama 'berehat' jari-jemari tak runcing saya ni bakal beku dan kaku hingga bersambung sampai ke otak. Apa dan bagaimana saya nak menyambung kisah ni, biarkan minda yang dah lama tak bekerja buat kerja dia.

Dan harapnya... saya akan selalu dapat sokongan daripada kawan-kawan sebab tanpa kalian, siapalah saya ni kan.

- CiNtA, aTaU mAnUsIa YaNg PeLiK yA? -

December 16, 2011

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, baiklah dia pilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Tapi, dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanya janji.

Saat Khilfie muncul, hatinya pecah dua. Tapi hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena tempat. Lantas, lupa kalau kata tak mesti dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat-ikat.

Kecewa cinta tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu jadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis, saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin bukan, manusia boleh hidup tanpa hati? Khilfie pun tidak! Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

- BeTuL, sAyA tAk TiPu! -

December 15, 2011

Rupa-rupanya, Cik Dis dah di pertengahan kan? Padahal... macam baru aje rasanya saya menulis tentang Cik Dis yang baru aje nak menjengahkan wajah. Ertinya, lagi 16 hari daripada sekarang Cik Jan pula akan mengambil tempat dalam hati kita semua. Memang kenyataan bila masa tak pernah menunggu manusia, sebaliknya manusialah yang perlu bersaing dengan manusia. Soal menang atau kalah, bukan soal penting asalkan keinginan untuk tak tertinggal di belakang masa itu ada dalam hati setiap orang. Tapinya, keinginan semata-mata juga tak akan ke mana-mana jika tak disusuli dengan usaha. Bila sudah berusaha, barulah kita layak menyerah dan pasrah kerana tugas kita hanya sampai situ semata-mata.

Dan Cik Dis... setakat ni alhamdulillah dah berjaya saya lalui dengan mudah tanpa ada laluan-laluan ganas yang memerlukan saya bekerja keras untuk melepasinya, walaupun saya akui ada berbelas-belas hari lagi harus saya jalani sebelum sampai ke angka 31. Tapi tak kisahlah, saya hanya mahu berkata apa yang sudah dan sedang saya lalui setakat saat ini. Hari depan sesungguhnya tak ada dalam tangan saya walaupun sebagai manusia saya boleh merancang, merancang beria-ia pun boleh. Hanya kalau boleh, saya mengharapkan hanya perkara-perkara baik aje yang berlaku, meskipun kedengarannya sangat tak logik. Mana ada bumi yang tak ditimpa hujan kan kawan-kawan?

Tapi sebetulnya saya tak mengharapkan terlalu tinggi di sepanjang melewati Cik Dis ni. Bagi saya cukuplah andai dapat menjalani rutin harian seperti biasa kerana seingat saya dalam dunia ini tak ada manusia yang mahu diri ditimpa masalah, musibah jauh sekali. Adat manusia kan, mahunya hanya perkara gembira, perkara sedih kalau boleh mahu aje dibuang jauh-jauh ke dalam gaung.

Tapi syukurlah bila saya mendapat beberapa perkara lebih daripada sepatutnya di bulan ni. Kadang-kadang, apa yang berlaku memang di luar jangkaan kita. Kita mengharapkan sesuatu itu jadinya begini, tapi kemudian yang kita dapatkan ternyata berlawanan sama sekali. Namun, itulah yang dipanggil rahsia ALLAH yang tak mampu kita terokai. Kuat mana pun kita mencuba, kita tetap tidak boleh melakukannya kerana lama mana pun menapak di bumi bertuah ini, kita tetap manusia biasa. Ada kelebihan tersendiri, tapi tak akan mungkin terlalu berlebihan kerana kita di dunia ini didatangkan dengan pakej. Ada baik dan juga buruk. Terlalu lebih pasti akan membuatkan kita jadi manusia yang sombong dan riak hingga memperlekehkan orang kurang. Boleh jadi bukan?

Apa yang saya dapatkan dalam Cik Dis ni, biarlah hanya menjadi rahsia saya dan orang terdekat yang memang sangat-sangat dekat dengan saya sebab ada sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup, tak mungkin mampu dikongsikan dengan semua orang. Tapi yang berani saya katakan, saya sangat gembira dengan apa yang dah saya dapatkan. BETUL, SAYA TAK TIPU!

Dan lagi, mendapat tahu, buku ELLA GADIS PENCEGAH MAKSIAT [Siri MCK 1] masuk carta terlaris di Karangkraf Terlaris Minggu ini [Retail Karangkraf Mall], minggu ni yang bermaksud minggu lepas, saya rasa sangat gembira. Dan kegembiraan saya bertambah-tambah bila mendapat tahu hari ni, KASIH ANTARA KITA [KAK], masuk carta Terlaris Minggu ini [Online Karangkraf Mall]. Syukur, alhamdulillah! Sebenarnya tak adalah hebat mana pun dan tak ada apa pun yang dibanggakan sebab bukannya setiap minggu buku-buku saya tercalon sebagai tanda bukan ramai pun yang sudi dapatkan nukilan ALEYA ANEESA. Tapi tak pedulilah sama ada banyak atau tak, pentingnya sebagai penulis saya rasa gembira, lebih-lebih lagi KAK bukan sebuah novel baru. Kalau diberi umur tahun hadapan KAK dah pun boleh melangkah ke darjah 1. Syabas KAK... awak dah semakin besar sekarang ni!


Tapinya, bukanlah bermakna sepanjang 15 hari ni saya hanya senyum dan ketawa aje. Tidak! Seperti biasa, tetap ada perkara berlaku dan hujan gerimis pun turun tanda ada hati yang terhiris, baik di pihak saya mahupun di pihak satu lagi. Ya... saya tau saya tak sempurna, saya ada begitu banyak kelemahan. Ada masa-masanya saya buat silap tanpa saya sedar. Ada masa-masanya saya berniat baik, tapi di hujungnya niat baik tu hanya memakan diri sendiri dan orang di sekitar saya. Tapi nak buat macam mana bila saya dah berusaha melakukan yang terbaik walau pada akhirnya, langkah saya silap lagi. Saya buat salah lagi, lagi dan lagi.

Tak tahu dan entahlah... sukarnya mahu menjelaskan apa yang kabur dan menjernihkan apa yang kelabu. Tali yang ada seakan-akan kian berbelit-belit melingkar diri. Hanya yang berani saya kata, saya tak pernah BUANG sesiapa dari hidup saya kerana saya sayang setiap yang dekat dengan saya. Cumanya... bila orang memilih MEMBUANG diri sendiri dari hidup saya, saya tak ada daya nak menghalang. Memaksa, tak pernah ada dalam kamus hidup saya. Orang datang saya terima, orang pergi saya tak akan halang kerana itu hak masing-masing sebagaimana saya juga tak suka bila saya dikongkong orang. Dan lagi, saya tak pernah lupa pada yang pernah hadir dalam hidup saya. Sepi saya bukan bermakna saya benci atau marah. Tapi sepi saya kerana saya dah tak tahu harus berbuat apa lagi untuk meneruskan apa yang ada. Memujuk orang bukan keahlian saya, apalagi bila saya merasakan saya tak melakukan apa-apa kesalahan.

Makanya... saya hanya berdoa, walau apa dan di mana pun, saya dan orang-orang sekitar saya berada, moga kita semua diberikan kesihatan yang baik, kalau pun sakit biarlah cepat sembuhnya. Bagi saya, saya gembira melihat orang gembira walau dalam kegembiraan itu, nama dan wajah saya tak wujud...

- AkHiRnYa aKu KaHwIn! -

December 12, 2011

Opsss... jangan sesekali salah faham okey kawan-kawan kerana kalian tidak dibenarkan untuk salah faham sama sekali. Sikit pun tak boleh! Sebabnya, N3 ni bukannya merujuk pada diri saya. Saya belum nak kahwin lagi sebab jodoh saya belum sampai. Kalau jodoh sampai, sesiapa pun dalam dunia ni tak akan mampu menghalang kerana kerja TUHAN bukannya manusia boleh campur tangan.

Jadinya, tolong jangan tanya saya bila masanya saya akan berkahwin. Bagi saya, ada jodoh tentu tak akan ke mana dan kalau tak ada jodoh, apa nak dikatakan ya? Hanya saya berharap, ada atau tak yang dinamakan jodoh itu, biarlah saya terus sabar dan tabah dalam menjalani hidup di bumi bertuah ini. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kalau bukan di sini, pasti DI SANA nanti.

N3 ni juga bukan merujuk pada novel terbaru kawan saya bernama Herna Diana tu ya. Tidak sama sekali kecuali saya hanya meminjam tajuknya semata-mata. Ya... betul, saya seorang penulis! Walaupun bukan penulis gah, saya tetap boleh menulis novel, cerpen dan luahan-luahan perasaan yang konon-kononnya saya perasan puisi. Menconteng dan membebel di sini pula memang kemahiran saya. Tapi saya bukan pengulas novel sebab saya tak dihadirkan dengan bakat tu. Makanya, N3 ni bukan N3 review. Kalau ada yang mahu tahu serba sedikit tentang novel AAK sebelum membelinya, maaf... anda salah rumah. Patut pergi ke rumah-rumah yang sepatutnya.

Kalau bukan review novel, apa agaknya ya? Alahai, tanya pada diri sendiri tentulah dapat jawapannya. Cuba tanya pada jiran-jiran sebelah rumah, tentulah tak akan ada jawapan sebab hati sendiri pun kadang-kadang gagal nak dikesan apa mahunya, apalagi hati orang lain termasuk jiran-jiran tu. Merepek lagi!

Sebenarnya, N3 di atas merujuk pada sepupu saya bernama Muhammad Talhah Shahadan [Lala] yang baru aje menamatkan zaman bujangnya pada 3 Disember 2011. Teringat tahun lepas, masa kami semua sibuk uruskan majlis kahwin Angah saya, dia yang saya panggil Lala [Nama macam perempuan kan?] kata, “Mari kita tengok siapa yang kahwin dulu antara aku, kau [saya], Jaja, Syafit dan Hamzah”. Masa tu saya dan kaum keluarga yang lain gelak-gelak aje. Saya kata, “Jangan tunggu aku. Siapa rasa nak kahwin, teruskan aje sebab aku sendiri tak tahu bila masa aku akan sampai. Dan bila seru aku sampai, aku akan kata macam ni, ‘Mak, Ami nak kahwin!’”. Jawapan yang terus-terusan mengundang gelak kami semua. Kalau dah berkumpul sekali-sekala, tak gelak macam nak rak memang rasa macam tak lengkap. Maklumlah, bukannya hari-hari kami dapat berkumpul sebab masa dan keadaan dah tak memungkinkan kami mengulang detik-detik dulu, detik ketika kami masih bergelar kanak-kanak.

Tapi betullah tu, dalam kalangan keluarga belah mak saya, hanya tinggal 5 orang aje [Ada lagi, tapi masih kecil-kecil dan masih sekolah] yang masih sendiri dan sekarang ni dah tinggal 4 orang bila Lala dah pun selamat bergelar suami orang. Lala yang tak banyak bercakap dan selalu jadi mangsa ‘peras ugut’ saya masa kat sekolah menengah dulu. Kami bersekolah di sekolah yang tak sama sebab dia sekolah di sekolah yang semuanya lelaki kecuali pelajar tingkatan 6 dan saya pula bersekolah di sekolah yang kesemuanya perempuan. Tapi balik dan pergi, kami jalan sama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Dan ‘peras ugut’ yang saya maksudkan bukanlah teruk benar. Cuma sikit-sikit aje, misalnya... saya mintak duit dia 20 sen ke 50 sen, walaupun saya sebenarnya ada cukup duit. Jahat kan?

Tapi tu kisah zaman dulu, zaman yang dah terlalu jauh saya tinggalkan. Untuk sepupu saya yang hari tu kata kat saya dengan ayat macam ni, “AKHIRNYA AKU KAHWIN”, ‘Tahniah, bro! Akhirnya kau kahwin juga. Tapi sorry... aku lupa nak tanya nama wife kau dan rasa-rasanya, masa bersanding hari tu, itulah kali pertama tengok dia. Moga jodoh kau dan dia bukan hanya kekal di dunia tapi biarlah bersambung sampai ke akhirat. Dan lagi... hendaknya biarlah seluruh kebahagiaan jadi milik kau dan dia.”

- Satu-satunya gambar yang ada masa majlis perkahwinan tu saat dan ketika ni. Gambar-gambar lain, termasuk gambar pengantin masih bertapa dalam Cik D90 yang sangat ayu di mata saya tu. Ada mood, ada rasa... akan diupdate. Kalau tak ada, makanya tak adalah ya -

- Ya... SaYa SuDaH tEnGoK! -

December 9, 2011

Hari ketiga Ombak Rindu ditayangkan di Layar Perak, saya pun terkedek-kedeklah menuju ke panggung wayang. Itu pun beberapa jam sebelum pergi, terhegeh-hegeh saya booking tiket sebab tak mahu hanya memandang cerita tu dalam gambar yang ditepekkan di luar panggung wayang semata-mata, gara-gara tiket habis.

Syabas Mar @ Aleya... awak semakin lama semakin maju dalam hidup dan kehidupan. Pandai benar dah aktiviti booking-membooking online sekarang ni. Kalau nampak barang yang berkenan kat mata pun, cepat-cepat aje ya awak buat aktiviti klik-mengklik. Tau-tau aje, muncung awak panjang bila sedar dalam akaun awak hanya tinggal RM38.00 dan masa tu, mulalah awak salahkan orang tu, awak salahkan orang ni. Padahal, awak sendiri yang salah. mata awak selalu aje sinar-bersinar bila nampak apa yang cantik dan boleh buat hati tertawan. Kalau dapat bertahan pun, malamnya tentu awak tak dapat tidur selagi tak dapat apa yang awak nak. Sudahnya esok pagi-pagi, awak klik-klik lagi apa yang patut diklik dengan bantuan mouse yang langsung tak bersalah tu.

Dan Ombak Rindu... bagi saya yang dah baca novelnya berkali-kali satu ketika dulu masa saya memang obsess dengan novel [sekarang pun masih obsess, hanya masa yang cemburu buta], okey dan boleh dilayan. Menitis-nitis jugalah air mata sebab saya kan seorang yang agak sentimental [Ke... masa tu memang jiwa saya kacau?]. Tapi yang sebenarnya, OST Ombak Rindu tu yang buat saya rasa sangat sedih bila digabungkan dengan adegan-adegan yang memang menyentuh hati yang tentunya datang daripada Izzah [Maya Karin]. Janganlah hendaknya ada orang yang malang macam dia.

Cerita dan lagu-lagu yang dihidangkan, memang kena dengan jalan cerita. Cumanya... bagi seorang saya, saya yang dah dewasa, ada adegan-adegan yang tak sesuai ditonton golongan yang tak sepatutnya, terutamanya kanak-kanak ribena. Memanglah adegan-adegan tu tak seteruk filem Inggeris yang ada di pawagam atau TV, tetapi tau ajelah kita ni, terlebih bertindak atau berbuat sesuatu tentu akan jadi ‘gempak’.

Kalau tanya saya sama ada suka atau tak filem, saya kata ya, hanya... saya lebih-lebih-lebih-lebih sukakan novel sebab dalam novel, adegan-adegan yang tak sepatutnya meskipun membawa maksud yang sama, disampaikan dengan cara yang halus hingga kita sebagai pembaca tak terasa kita dah melepasi ‘adegan-adegan’ itu. Tapi saya tak salahkan filem kerana antara filem dan novel memang tak sama. Lagipun, dalam filem kita hanya gunakan mata semata-mata, sedangkan novel kita lebih banyak menggunakan fikiran dan hati, walaupun membaca guna mata juga. Itu pendapat saya, tak semestinya betul sebab sebagai rakyat Malaysia, saya kira saya boleh berpendapat apa saja asalkan pendapat saya tak memudaratkan apa-apa dan siapa-siapa.

Apa pun, tahniah pada yang terlibat. Walaupun bukan saya yang menulis Ombak Rindu, sebagai penulis novel juga [suam-suam kuku] saya tumpang bangga. Dan saya percaya, kerana filem tu filem adaptasi, maka panggung wayang gamat dengan orang beberapa hari kebelakangan ni, apalagi novel tu sendiri memang jadi kegilaan banyak orang, termasuk juga saya.

PERINGATAN - Ni bukan review filem atau novel sebab saya tak dilahirkan sebagai pengulas filem atau novel okey!

- HaNgZoU – sUzHoU – sHaNghAi [3] -

December 8, 2011

Bangkit daripada tidur, saya tengok Kak Odah dalam keadaan blur. Terpinga-pinga sekejap dengan mimpi yang baru aje saya lalui.

Saya kata, “Kita mimpi rumah kita kena masuk pencuri. Tapi dia bukan curi barang, dia jadikan rumah kita sebagai gym. Dah tu, owner gym tu tengok kita semacam aje bila kita tengok.”

Kak Odah balas, “Patutnya bangkit aje daripada tidur terus aje selawat kalau dapat mimpi macam tu.”

Saya sengih-sengih aje. Padan muka! Sebabnya sambil bercerita tu saya ketawa-ketawa macamlah saya baru lepas mimpi dihadiahkan rumah banglo 3 buah. Bukanlah saya suka dengan mimpi tu, tidak! Cumanya saya geli hati sebab saya macam masih ternampak-nampak muka owner yang tak sedar diri tu pandang saya semacam aje. Lagipun, saya hanya beranggapan bahawa mimpi tu hanya sekadar mainan tidur semata-mata. Walau di mana pun saya berada, saya percaya ALLAH selalu melindungi Rumah Pink dan segala isi yang ada di dalamnya. Saya hanya tawakal semata-mata, sebab cuma itu senjata yang saya ada.

Pagi tu macam pagi sebelumnya, saya dah Kak Odah hanya sarapan dalam bilik sebab tak tahu apa nak dimakan kat hotel yang entah macam mana keadaan makanannya. Meninggalkan hotel, kami menuju ke West Surging Pavillion Garden sebelum menuju ke kilang sutera.




Sebenarnya tak siapa pun tahu yang saya kalau boleh tak nak pergi ke kilang sutera sebab saya bimbang terserempak dengan ulat sutera [Tahap takut saya pada ulat memang melampau]. Mujur juga saya tak terpandang walaupun seekor sebab saya terus aje berjalan menuju ke kilang, tak singgah macam kawan-kawan lain yang siap tangkap gambar ulat sutera tu. Melihat pertama kali cari-cara memproses kain sutera saya rasa kagum sebab saya rasa sangat susah. Tapi bagi orang yang dah hari-hari melakukan rutin yang sama, tentu tak ada susahnya. Kan pepatah kata, “Alah bisa tegal biasa”.






Lepas tu bergerak ke tempat menjual barang berkaitan dengan sutera selebum ke tempat menjual segala macam baju macam dekat shopping complex yang lain. Tak beli apa pun sebab saya bukan nak pergi shopping pun. Saya lebih kepada nak tengok tempat-tempat menarik aje. Tapi saya nak juga cari barang sikit sebagai tanda kenangan, contohnya t-shirt sebab abah saya sangat sukakan t-shirt yang saya beli kalau saya pergi ke mana-mana. Tengok dia pakai t-shirt yang saya beli, saya rasa hati saya kembang setaman.


Lepas makan tengah hari, beredar pula menuju ke Shanghai yang mengambil masa selama hampir 2 jam juga. Melawat Pusat Jade, kemudian kami makan malam lebih awal sebab nak tengok pertunjukan Akrobatik yang gambar-gambarnya akan saya post di sini di lain N3 sebab saya rasa sangat kagum. Sangat okey!


- FuTsAl Oh FuTsAl! -

December 7, 2011

Kata suara di hujung talian, “Mar ya?”

“Yap!”

“Ni Kak Zie, Bahagian Majalah. Mar main futsal untuk rumah biru boleh?”

Saya dengan suara terkejut dan rasa-rasanya, muka pun agak berubah. “Main futsal? Tak boleh! Saya tak pandai main dan seumur hidup saya tak pernah main.” Sebenarnya saya memang tak pernah main futsal tapi saya pernah main bola sepak lawan dengan team Wataniah masa kat kampung dulu. Tapinya, itu dulu yang dah terlalu jauh saya tinggalkan. Sekarang ni, kalau dipaksa pun saya tak akan main lagi.

“Tak apa. Semua orang pun tak pandai main juga.”

Saya gelak-gelak sambil bayangkan bola lalu kat sebelah dan saya tetap juga berdiri mengalahkan patung cendana, langsung tak bertindak mengejar bola. “Kak Zie cari orang lainlah, saya betul-betul tak boleh.”

Kata Kak Zie, “Okey. Tapi kalau tak ada orang Kak Zie cari Mar semula tau!”

Saya terus juga tergelak-gelak sampailah saya letak telefon ke gagang. Lepas tu saya cakap pada kawan-kawan saya dan dia orang pun ikut ketawa. Dan dua hari selepas itu;

“Marwati ya?”

“Ya, saya.”

“Hashim ni. Main futsal boleh?”

“Tak boleh! Tak boleh!” Dua kali dan dalam senafas saya jawab sebagai tanda saya tak mahu main. “Seumur hidup saya, saya tak pernah main futsal pun. Saya tak tahu peraturan,” sambung saya lagi.

“Tak apa. Ramai yang tak tahu.”

Saya dah panik. Tak tahu nak jawab macam mana. Akhirnya saya kata, “Saya malu! Saya tak boleh main. Saya bimbang bola lalu sebelah, saya tengok aje. Biar saya jadi penyokong aje. Sorry ya?”

Yang di hujung talian ketawa. “Okey tak apa.”

Leganya rasa bila dia kata macam tu walaupun memang rasa bersalah ada juga. Saya dan futsal, kalau dipadankan rasanya sangat tak sesuai. Saya yang sekarang ni bukan lagi macam saya yang dulu, yang sangat aktif bersukan masa di kampung. Dulu, bola jaring saya main, bola sepak saya belasah, badminton saya smash, lumba lari saya hentam, tarik tali dan apa ajelah saya main, kecuali renang. Sebabnya, saya boleh berenang tapi nafas saya tak kuat. Untuk berenang suka-suka, okey. Tapi untuk bertanding, memang alamatnya saya tertinggal berbatu-batu kat belakang. Lagi satu kelemahan saya, merentas desa. Sebab nafas tak kuat, saya memang jarang menang kalau berlari untuk jarak jauh macam tu. Paling laju saya boleh bertahan, lari 800 meter. Lebih daripada itu, saya memang tak sesuai.

Dan saya pernah jadi olahragawati masa di sekolah rendah dulu. Hanya bila masuk ke sekolah menengah, saya mula malas. Saya hanya aktif masa tingkatan 1. Masuk acara 800 meter, saya dapat nombor 2 sebab saya tak dapat kalahkan kawan berbangsa India yang lebih laju daripada saya. Masuk acara lompat pagar, saya betul-betul jatuh atas pagar sampai luka kaki. Masuk tingkatan 2, saya dah jadi betul-betul pemalas yang tegar. Tapi bila kat kampung, kalau ada sukan, saya tetap juga masuk sebab bukan ramai pun yang suka bersukan kat kampung tu. Balik-balik muka saya dan kawan-kawan saya juga. Muka-muka yang terkenal dengan kenakalan. Tapi bergelar aje student universiti, saya makin tak bersukan sebab saya berkawan dengan kawan-kawan yang memang bukan kaki sukan.

Dan selepas bertahun-tahun tak bersukan, saya tahu saya dah tak boleh bersukan atas beberapa faktor. Tapi antara semua faktor tu, faktor yang paling utama ialah saya dah jadi PEMALU [Muka macam tak malu kan?]. Saya malu kalau orang tengok saya di tengah-tengah padang. Daripada saya menyumbang pada kekalahan rumah biru, baiklah diberikan peluang pada orang lain supaya rumah biru boleh menang. Kalau kalah pun, jangan sampai saya yang jadi puncanya.

Apa pun... saya doakan rumah biru dapat nombor 1 sepanjang Sukan DBP, 14-22 Disember 2011. Kalau jadi penyokong, saya memang tak ada masalah langsung. Hem... kalau [Kalau aje!] diberi pilihan atau kalau tak ada pilihanlah, saya kena main futsal, saya nak kasut warna seperti yang di bawah dan nak tendang bola yang juga seperti di bawah. Boleh tak? Kalau tak boleh, maknanya... lambat lagilah baru saya boleh main futsal tu.

Tiba-tiba... saya jadi ingat pada kasut sukan yang memang berwarna seperti di bawah [Cuma putih tu tukar dengan warna hitam dan berjenama lain] yang ada di dalam rak kat rumah saya yang dah saya beli setahun lepas, tapi... sampai sekarang tak guna-guna lagi. Adoi... kejam betul saya ni kan!


- HaNgZoU – sUzHoU – sHaNghAi [2] -

December 6, 2011

Hai kawan-kawan yang cantik-cantik dan kacak-kacak! Lepas 14 hari yang bersamaan dengan 2 minggu, saya nak menyambung kembali kisah jalan-jalan menghabiskan duit [yang dah agak basi. Tapi jangan risau okey, sebab kisah basi ni tak akan meninggalkan sebarang bau yang kurang enak atau ulat-ulat halus sebab kisah saya ke sana bukannya makanan enak yang kemudian dah jadi tak enak lagi bila dah digelar basi. Kalau nak baca kisah Hangzou – Suzhou – Shanghai [1], boleh lihat [DI SINI].

Okey, mahu terus menconteng ni. Di Hangzou, kami bermalam di hotel yang saya tak tahu digelar apa. Saya tak ambil gambar sebab nampak macam tak berapa nak sedap mata saya [mata saya] pandang. Tapi... itu hanya di luar! Kat dalam, boleh tahan cantik, apalagi bila di luar bilik penuh dengan cermin. Tiba-tiba aje saya terasa yang saya dilahirkan kembar [Tapi kalau kembar, namanya siapa, Marwarna atau Marwarni? Kalau dia juga penulis, adakan dia patut menggunakan nama pena Aleyi Aneesi?]. Kalau tak percaya saya kembar, tengok gambar di bawah.


Meninggalkan hotel yang penuh dengan cermin tu, saya dan kawan-kawan menaiki bas menuju ke Longjing Tea Farm. Sebuah ladang teh yang luas mata memandang. Cuaca masa tu agak sejuk [semalamnya langsung tak sejuk], maka terpaksalah mengenakan jaket kat badan. Melihat menara [saya yang gelar, tapi sekali pandang nampak macam pasu pun ya juga] teh yang tentu aje dibuat daripada teh, saya rasa kagum sebab nampak cantik sangat. Malangnya tak boleh disentuh sebab takut roboh dan saya terpaksa menggubahnya semula. Mungkin untuk menyiapkan bentuk yang serupa itu, saya harus menukar taraf warganegara daripada Malaysia ke China sebab kena duduk lama di situ.

Kemudian, masuk dalam bilik beramai-ramai untuk mendengar penerangan tentang teh dan segala asal-usulnya. Menghirup teh yang tentu aje tak bergula, saya rasa sangat tak best. Orang Malaysia kan, minuman kesihatan tak mahu minum, yang diinginkan tetap juga teh tarik yang sarat dengan rasa manis. Usai penerangan, sesi jual-menjual pun bermula. Malangnya tak ramai yang nak beli teh yang bukannya murah pun harganya. Saya sendiri pun tak berminat nak membelinya sebab entah siapalah yang nak minum teh tu kalau dibeli. Malang lagi bila, Si Eric mula ‘buat muka’ sebab kami semua sepakat untuk meninggalkan ‘bilik’ tersebut, menuju ke lain. Yalah, bila kami tak beli maka tak dapatlah dia komisen. Tapi siapa dia nak paksa orang beli kan? Kalau dia bagi duit, bolehlah kami beli beramai-ramai.



Beredar ke ladang teh, udara yang segar buat saya rasa segar. Tentang Eric yang masih buat muka, kami semua buat tak tahu aje. Bergambar beberapa keping, kami naik ke bas untuk menuju ke West Lake.

Pemandangan di West Lake di mata saya, agak cantik walaupun kalau nak dibandingkan pemandangan tu dengan Nami Island [Korea] yang pernah saya pergi tahun lepas, tak mungkin menang. Cumanya masa dalam West Lake Cruise tu hujan dah mula turun renyai-renyai. Hati saya dah risau sebenarnya sebab saya tertinggal payung dalam bas. Kalau hujan makin lebat, mana saya nak sorokkan Cik D90 yang berat tu? Jadi apa-apa kat Cik D90 tu mahunya saya meraung, bukannya murah nak beli lagi. Tapi mujur juga hujan hanya begitu-begitu aje.



Di dalam cruise yang tak berapa nak cruise [kat mata saya], tak banyak yang boleh dilihat sebab cuaca berkabus. Naik ke darat, baru petik kamera beberapa kali, Si Eric yang masih teruk moodnya, asyiklah menyebut, “No foto! No foto!” Hati saya masa tu memang rasa nak rentung, “Apa hal mamat ni?” Ada ke patut orang nak bergambar di larang. Memang nak dibandingkan Eric dengan Vincent [tourist guide Korea], jauh panggang daripada api. Dalam perjalanan menuju ke bas, rata-rata dah merungut. Kalau saya bos, Eric tu saya pecat sebab kurang ajar.

Perjalanan dengan bas diteruskan lepas makan tengah hari, menuju ke Suzhou. Yang ni pun buat saya berasap satu badan. Mana tak marah sebab berkali-kali tidur dan bangun tetap juga tak sampai-sampai. Perjalanan selama dua jam hampir makan masa 5 jam hanya gara-gara tak henti-henti nak isi minyak dan asyiklah tersalah jalan. Apa jenislah macam ni, sedangkan GPS ada depan mata? Dah tahu nak berjalan jauh kenapalah tak diisi minyak siap-siap? Sabar ajelah!

Sampai di Suzou, kami disambut seorang lagi tourist guide bernama Jessica [Eric tetap ada]. Terus pergi makan, tapi dalam bas tu Jessica kata dalam dunia ni tak ada perempuan yang lebih lembut selain daripada perempuan Suzou. Tak tahu sama ada boleh percaya atau tak sebab lepas chek-in hotel, saya, Kak Odah dan Kak Lah keluar sekejap. Nampaklah pula satu pasangan [perempuan dan lelaki] yang saya tak tahu apa hubungannya. Mereka sedang bertengkar! Cumanya... saya dengar suara yang lebih tinggi adalah perempuan dibandingkan lelaki yang nampak sangat cool. Jadinya, bolehkah saya percaya cakap Jessica tu? Jawapannya... tepuk kepala dan tanyalah minda yang letaknya di kepala okey! Dan malamnya, sekali lagi saya tidur dalam keadaan yang lena...



- TaK sErOnOk BiLa MeNyAkItI -

December 5, 2011

Betul tak? Betul tak tajuk N3 yang saya tulis di atas tu? Kalau ada yang kata tak betul, itu bohong! Saya tahu tak ada orang yang akan rasa gembira setiap kali usai menyakitkan hati orang, walaupun kesakitan yang diberikan tidak juga sampai mampu mengeluarkan ‘hujan’ atau ‘darah’ kerana itu sememangnya fitrah manusia begitu. Tak melakukan kesalahan pun kita dah rasa bersalah bila ada yang terluka sebab tingkah kita, apalagi bila kita sudah terang lagi bersuluh memang sudah menggores hati dan perasaan orang.

Bagi orang yang ‘tak punya hati’ itu saya kurang arif kerana saya sedar dan cukup sedar kalau saya masih berhati. Makanya, saya akan rasa bersalah dan sedih bila saya sedar yang saya sudah pun menyakitkan hati orang. Tapinya, tak mustahil ada juga orang yang suka hati bila dapat menyakitkan hati orang. Entah disebabkan apa, saya kurang pasti. Hanya saya terasa alangkah, “Tak normalnya awak, kawan!”.

Tapi yang jelas itu orang lain, bukan saya! Kalau pun ada orang ‘tak punya hati’ berlegar-legar di sekeliling saya, saya tak tahu dan tak nak ambil tahu sebab saya tahu itu hak masing-masing sebagai manusia. Putih atau hitam, sesungguhnya kita sendirilah yang menentukannya, tidak sekali-kali orang lain. Walau memang ada yang nak menentukan, tetap juga kuncinya pada yang empunya diri.

Dan saya, saya memang tak pernah rasa gembira dan bahagia setiap kali saya menyakitkan hati orang. Sebabnya, setiap kali menyakitkan hati orang sama ada secara sengaja atau tak sengaja, saya sebenarnya turut menyakitkan hati sendiri, menoreh luka hati sendiri sampai hancur lumat. Dalam setiap langkah yang saya ambil, saya sedar bahawa kasih sayang itu adalah anugerah daripada DIA untuk yang bergelar manusia dan saya akan rasa sangat bersyukur bila tahu saya disayangi orang. Bahkan saya selalu berusaha untuk menyayangi orang yang sayangkan saya. Tapi saya menunjuk kasih sayang saya seadanya dan dengan cara saya yang tersendiri, yang mungkin tak sama macam orang lain kerana saya adalah saya. Ditikam mati berkali-kali pun, saya tak mungkin dapat paksa diri dan hati saya untuk jadi orang lain. Walaupun saya mengaku juga... ada masa-masanya, saya terpaksa jadi orang lain dengan mengubah kebiasaan diri demi melihat orang di sekeliling saya senyum dan ketawa. Lebih daripada itu, saya tak mahu hanya sebab saya, ada yang tak tenteram hidup. Saya tak mahu kekal dengan imej jahat di mata dan hati orang yang dekat atau pernah dekat dengan saya.

Tapi apakan daya... mahu atau tidak mahu, ada ketikanya saya terpaksa juga menyakitkan hati orang. Bukan sebab saya marah, benci jauh sekali sebab saya percaya bila kita marah atau bencikan orang, saya harus bersedia juga untuk dimarahi dan dibenci orang. Hidup memang saling ada balasan, baik balasnya baik dan jahat balasnya tentu juga baik. Tapi ada juga jahat balasnya baik dan baik balasnya jahat. Cumanya... saya tak tahu berapa banyak jumlahnya dan saya tak mahu ambil tahu kerana selama hayat bumi selama 2011 [Tak termasuk Tahun Sebelum Masihi atau sebelumnya] tahun, saya tahu sudah berbagai-bagai perkara berlaku dan sikap, hati dan tingkah manusia juga tentu rencam sehingga sukar untuk dimengertikan.

Dan saya, cukup sedar yang saya memang selalu juga menyakitkan hati orang yang ada di sekeliling saya. Saya tegaskan sekali lagi, bukan sebab BENCI bukan sebab MARAH. Tapi terpaksa! Untuk saya dan untuk sesiapa aje yang dah saya sakiti. Saya banyak kelemahan, sangat banyak sampai saya fikir saya lebih banyak kurang daripada lebih. Dan bertitik-tolak daripada kekurangan tersebutlah, saya akur bila saya ada masa-masanya agak pelik jika dibandingkan orang lain.

Apa yang peliknya dengan saya, biarlah hanya saya saja yang tahu. Bimbang bila saya senaraikan satu demi satu, bimbang pula kepelikan itu akan dijadikan modal untuk orang yang saya kenal menyakat saya. Kemudiannya, saya akan terus-terusan disakat.

Hem... sebenarnya saya tak tahu apa yang hendak saya tuliskan dalam N3 kali ni. Saya tak ada modal yang cukup untuk menconteng-conteng ketika ini. Hanya yang nak saya sampaikan, saya TAK SERONOK BILA MENYAKITI hati orang dan jika memang saya dah menyakiti hati orang, saya minta maaf sangat-sangat. Bukan tak suka, bukan benci atau marah, hanya saya kesal kerana saya tak macam orang lain. Dalam pada mahu menjaga hati orang, saya menggores juga. Dan bila saya mengambil keputusan untuk menjadi ‘BISU’ bukan bererti saya sudah jemu. TIDAK! Hanya... seperti saya pernah katakan pada satu ketika yang entah bila, “Saya tak mungkin dapat berikan komitmen sepanjang masa dan saya tak mungkin akan ada sepanjang masa kerana saya juga punya life saya sendiri.” Jadi penulis... siapa kata begitu mudah? Apalagi, penulis yang bukan kerjanya hanya menulis semata-mata.

Dan yang jelas, saya memang dari dulu ‘begitu’ dan rasanya tak akan ada sesiapa yang dapat mengubah saya kerana saya tahu tak mudah sebenarnya hendak mengubah kebiasaan seseorang manusia. Saya juga tak mahu menjadi orang lain, kalau mahu teman-berteman dengan saya, terima saya seperti mana adanya saya, kurang dan lebih saya, juga seadanya sebab itu adalah saya.

Ya, mungkin silap saya sebab ada masa-masanya saya gagal menjadi manusia yang BERTERUS TERANG. Tapi bila tak berterus terang, juga bukan sebab saya mahu MENIPU atau cuba jadi manusia HIPOKRIT. TIDAK! Tapi saya tak tergamak mahu terus menoreh luka, saya mahu menjaga hati yang ada, malah tak mahu luka yang ada jadi tambah dalam dan sudahnya, dalam diam saya sebenarnya sudah menjadi orang lain dalam ‘RIUH’ yang cuba saya tunjukkan. Demi sekeping hati dan beberapa keping hati yang lain, saya cuba lakukan yang terbaik dan saya memang berjaya memberi tempat di hati saya. Hanya... seiring dengan waktu yang berputar saya kelelahan selepas menjalani proses usaha yang tak henti-henti. Janji saya, Saya Hanya Mampu Memberi Setakat Apa Yang Mampu Saya Beri dan Saya Tak Mampu Menjanjikan Perhatian Yang Keterlaluan kerana saya adalah saya, tak mungkin jadi orang lain. Bila yang diminta melebihi apa yang mampu diberi, maka... hati saya mula buat perangai, mula memberontak walaupun saya tak paksa. Mula degil dan mula selalu mahukan ruang untuk diri sendiri yang tentu aje tak pernah kenal erti batas.

Untuk itu pada yang pernah, telah dan bakal saya gores hati, saya minta maaf dengan rendah hati. BISU dan BEKU... bukan tanda MARAH dan BENCI kerana saya tahu jauh dalam hati, semua orang yang pernah dekat dengan saya, ada di hati saya. Hanya... saya tak mampu memberi melebihi apa yang saya ada, lebih daripada itu saya tak mahu terus menyakiti kerana rasa-rasanya saya dah terlalu kerap menyebabkan air mata orang titis disebabkan saya, makanya... mungkin ini yang terbaik, biarlah saya berteman dengan KEBISUAN dan KEBEKUAN ini.

Jahatkan saya ni? Atau... sebenarnya saya menconteng tentang apa ni ya? Tak ada dan tak ada apa-apa...