Hari ni hari lahir abah saya! Yang ke berapa? Hem... 64 tahun! Tua dah ya abah saya? Tapi... biar banyak mana pun umur abah saya, dia tetap kelihatan sentiasa muda di mata dan hati saya. Opsss... tentunya bukan hanya di hati saya semata-mata, tapi di hati adik-beradik saya, menantu dia, cucu dia dan lebih-lebih lagi di hati buah hati dia, yang bernama Mahan @ Mahani Dahli. Mak saya! Abah yang selalu aje best kat mata saya.
Saya tak telefon untuk wish kat abah saya. Bukannya tak mahu, tapi... abah saya bukannya suka pun cakap kat telefon. Dia orangnya jenis yang suka cakap depan-depan, kata orang putih, ‘face to face’. Wah... cara cakap macam saya satu ketika dulu, ketika nak bergaduh dengan kawan-kawan yang pada masa tu dah tak jadi kawan. Tapi... walaupun saya tak cakap kat abah saya, saya dah telefon mak saya minta dia sampaikan pada abah ucapan daripada saya. Harap abah gembira sebab saya ingat tarikh hari lahir dia dan hendaknya saya tak akan lupa sampai bila-bila.Abah saya, dulu... masa saya tengok dalam gambar ketika muda remaja, SANGAT HANDSOME! Betul... saya tak tipu dan saya kata macam tu bukan sebab saya anak dia, tapi itulah yang saya tengok dalam gambar tu. Dia sangat kurus dan nampak tinggi. Tapi lama-kelamaan, bila tenaganya ‘diperah’ oleh kami adik-beradik, abah saya sudah bertukar. Dia sudah tidak tinggi lagi, sudah tidak kurus lagi dan lebih daripada itu, sudah tidak cerah lagi sebab warna cerah itu sudah ditelan si matahari. Awas ya, Cik Matahari yang jahat! Kamu sudah menghitamkan abah saya. Tapi... biarlah! Walau apa pun keadaan dia, dia tetap banyak kelebihan di hati dan mata saya sebagai anak dia. Macam mak saya, dia pun ada kekurangan juga. Hanya bagi saya yang bernama anak, dia tak ada kekurangan kerana semua kekurangan dia, sudah ditutupi kelebihan yang dia ada.
Kalau pada hari lahir mak, saya tak ada di sisi, hari lahir abah pun tak ada walaupun saya tetap berharap akan selalu ada di sisi mereka berdua. Cumanya, saya tetap bergembira sebab hujung minggu ni saya akan berjumpa dengan abah saya [cara macam dah berbulan-bulan tak balik ya?], mahu makan-makan bersama keluarga di rumah yang dibina abah dengan penuh kasih sayang, saya mahu kata macam ni, “Abah... happy belated birthday! Dan lagi, moga seluruh rahmat ALLAH akan jadi milik abah.”
Saya tahu, abah saya tak akan bukak blog ni, tak akan juga baca N3 ni, tapi biarlah saya buat N3 ni sebab sebagai anak, tak banyak yang mampu saya buat untuk abah saya. Nak membalas jasa yang ditabur, mustahil saya dapat lakukan. Kalau pun saya mampu buat, abah saya tentu tak akan terima kerana saya tahu seorang bapa itu membesarkan anak-anak yang mereka punya tanpa ada syarat, jauh sekali hingga minta apa yang dilaburkan dibayar kembali. Tidak mungkin! Kalau ada, itu saya tak begitu pasti. Hanya saya boleh katakan, lain orang lain kemahuannya.
Untuk abah kesayangan saya, terima kasih tak terhingga! Sebabnya... abah dah jadi abah paling baik dalam dunia ni buat Ami dan adik-beradik Ami yang lain. Hendaknya, abah akan terus jadi abah yang baik sampai bila-bila selagi hayat di kandung badan. Sempena hari lahir abah tahun ni, Ami nak ucapkan; “Selamat Hari Lahir, moga abah panjang umur, murah rezeki dan selalu ada dalam rahmat ALLAH. Sungguh... Ami sayang gila kat abah. Sangat!
No comments:
Post a Comment