-Tahniah-

January 29, 2008

Hari ni jadual agak padat. Pukul 8.45 pagi, dah bergegas ke Dewan Seminar sebab nak mengikuti ceramah 'Akta Mesin Cetak dan Penerbitan'. Satu ceramah yang rasanya memang perlu bagi semua editor untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada, apalagi aku yang masih baru dan terlalu cetek pengetahuan dalam bidang ini. Selama ini memang aku tahu ada banyak garis panduan yang harus dipatuhi. Cumanya, ada beberapa garis panduan yang hanya aku ikut secara membuta tuli tanpa tahu sebab-sebab yang jelas. Tidaklah pulak aku hendak bertanya, mulut terlalu berat rasanya. Tapi tadi barulah segala persoalan yang hanya ada dalam mindaku terjawab sudah. Jadi tak perlulah aku bertanya-tanya lagi kerana jawapannya sudah kuperoleh walaupun bukan semuanya. Dan, seperti yang dijanjikan, ceramah tu habis pukul 12.30 tengah hari. Majlis berakhir dengan makan tengah hari yang disediakan. Alhamdulillah... dapat makan free lagi hari ni...

Petang, pukul 2.30, pergi pula ke Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka dan Pelancaran Buku Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Dua acara yang disatukan dalam satu majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Syed Hamid Albar. Macam majlis2 yang lain, ada ucapan oleh Ketua Pengarah dan juga YAB Dato'.

Melihat seorang demi seorang melangkah ke pentas mengambil hadiah masing2, aku hanya senyum. Tumpang gembira bagi pihak mereka kerana aku tahu bukannya mudah mahu menghasilkan satu-satu karya itu. Banyak masa dan fikiran yang diperlukan. Apalagi karya yang ditulis adalah untuk pertandingan dan punya tema khas yang harus dipatuhi. Persaingan pula bukannya sedikit. Aku pun belum tentu mampu melakukan apa yang pemenang-pemenang dan peserta-peserta lain buat walaupun sebelum ini tak pernah cuba. Bekerja dengan 'due date' yang agak rigid ni, aku memang agak payah sedikit. Lemah seluruh badan rasanya sebab selama ini aku menulis ikut suka dan masa sendiri, tak ada paksaan dan tak boleh ada paksaan sebab paksaan akan membunuh keinginan. Tapi satu hari nanti siapa tahu aku boleh buat kan?

Seperti biasa, majlis2 macam ni selalu menemukan aku dengan kawan2 seangkatan. Hari ni aku jumpa dengan Kak Durrah yang datang bersama-sama anaknya. Tapi hanya sembang sekejap aje sebab masing-masing mengejar masa. Lepas tu jumpa pulak Kak Amaruszati. Kak Zati merupakan salah seorang pemenang sagu hati untuk menulis novel. Geli hati dengar cerita di sebalik novel dia tu. Akhir sekali, jumpa pulak Kak Ramlah Rashid. Sempat juga bertanya-tanya dan merisik-risik tentang kerjaya novel masing-masing. Kak Ramlah hadir sebab novel remajanya terlibat dalam majlis pelancaran tadi dan dia juga jadi pemenang sagu hati hati untuk kategori novel. Itu pun kami hanya sembang sekejap aje. Masa selalu cemburu dengan manusia rasanya. Tapi tak apelah, ada umur dan rezeki pasti dapat jumpa lagi.

4 comments:

  1. oh, ada sekali dalam majlis itu ya. tak terperangkap dengan hujan lebat, tempoh hari?

    salam sastera dan salam perkenalan dari saya Nazmi Yaakub di kawat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam hormat.

    Emel jemputan telah dikirimkan, program lawatan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21.

    Harap dapat meluangkan masa.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  3. nazmi yaakub - salam kenal dr sy gak. terima kasih sudi datang blog x seberapa ni. masa majlis tu sy mmg kena dtg sebab saya salah satu editor yg mengedit novel yang dilancarkan dan salah satu ajk utk majlis tu. balik lambat sikit masa tu, x perasan hujan dh teduh ke x...

    abang long - dah dapat e-mel tu, tp x sure leh dtg ke x. ari kerja ni sy susah sikit. nak cuti lak mcm x leh sebab bln Mac nanti sy kena cuti banyak sikit sebab ada hal family... tak boleh janji sekarang.

    ReplyDelete
  4. salam kak aleya.. atas suratan takdir, akhirnya saya dpertmukan jaga ngan kakak..wlupun hanya sekdar perkataan, saya amat bersyukur krana pengarang novel UNTUKMU SAYANG yg saya minat sejak form3 kini bertandang mlalui laman ini.. sehinga kini novel itu masih saya miliki. saya tak pernah jemu untuk membacanya.. alangkah bgusnya kalau saya mnjadi pnulis sperti kak aleya..

    ReplyDelete