Hem... itu lagi. Masih benda yang sama. Lagi-lagi isu lapok itu juga yang hendak dibahaskan oleh orang yang bijak pandai. Lagi-lagi benda basi yang dah berkulat tu juga yang hendak diperkatakan. Seolah-olah mereka saja yang tahu segala-galanya dalam dunia ini. Sudah tidak ada lagikah isu lain yang lebih penting untuk diperkatakan? Sedangkan aku kira, ada begitu banyak benda yang boleh didebatkan selain isu remeh-temeh itu. Tapi kenapa masih isu yang sama jadi perhatian?
Bosan... aku betul-betul bosan dengan apa yang aku dengar akhir-akhir ini. Rasa menyampah dalam hati hanya TUHAN saja yang tahu. Kadang-kadang rasa nak give up pun ada juga daripada terus menulis. Kenapa tidak dalam dunia ini, manusia buat hal masing-masing saja? Kau adalah kau dan aku adalah aku, bermakna kau dengan cara kau dan aku dengan cara aku, tapi yang pasti jalan hidup masing-masing berbeza kerana tak ada manusia dalam dunia ini yang sama perjalanan hidupnya seratus peratus, kalau pun ada yang sama, tentu ada yang tak serupa di mana-mana. Itu lumrah kejadian manusia di muka bumi ini. Sedangkan rambut manusia saja sudah lain-lain jenis dan warnanya. Inikan pula hati?
Lagipun sama ada berat atau ringan sesuatu karya itu, siapa yang peduli? Selagi tidak ada kesalahan yang dilakukan, kenapa ada yang perlu bercakap itu dan ini tanpa sedar dalam diam sudah menggores hati orang lain? Orang bijak pandai tentu tahu bagaimana hendak menjaga hati orang, setahu aku. Dan, bagi aku pula... yang rasa lebih cenderung hendak menulis karya berat, silakan dengan senang hati melakukannya dan begitu juga sebaliknya. Begitu juga dengan kelompok pembaca. Terpulang pada mereka untuk membaca karya yang bagaimana untuk santapan jiwa. Tidak perlu sampai mengatakan kalau karya popular itu adalah karya picisan yang terlalu rendah nilainya hingga boleh disamakan dengan nilai '0'. Teruk sangatkan hingga dilabelkan serendah itu?
Kenapa tidak, diberikan semangat atau dorongan kepada golongan seperti aku ini supaya tergerak hati untuk keluar daripada kebiasaan suatu hari nanti? Tapi ini juga bukan janji kerana, untuk apa menjanjikan sesuatu yang masih belum pasti. Dan, kenapa perlu disekat minat yang wujud di hati orang lain kalau rasa tidak puas hati? Rezeki... bukannya manusia yang menentukan. Hanya boleh berusaha semata-mata. Selebihnya tergantung kepada ALLAH sama ada mahu memberi atau menarik kembali. Jadi kenapa mesti ada yang saling menuding jari dan menyalahkan orang lain? Kenapa tidak difikirkan jalan untuk mengatasi masalah yang ada? Bukankah itu lebih manis kelihatannya? Bukannya itu lebih elok daripada memandang rendah pada orang lain.
Aku tak tahu orang lain bagaimana, cuma bagi aku bukannya mudah untuk menghasilkan sebaris ayat, apalagi hingga menjadi muka surat yang tebalnya mencecah ratusan muka. Jadi... kalau pun tidak mahu menghargai, apa salahnya jika tidak dicemuh sesedap rasa? Penting sangatkan semua itu, kenapa berat atau ringan itu tidak ditimbang dengan neraca keadilan dan kemanusiaan? Sebab, aku tetap berpegang pada satu prinisp, macam mana karya itu dihasilkan sekalipun, pentingnya tentu ada nilai pengajaran di dalamnya yang ingin disampaikan. Kalau pun tidak banyak mana, sedikit tentu ada. Kalau pun ada keburukan, bukankah kita ada akal untuk menolak keburukan itu? Dah tahu buruk, mengapa masih mahu mengikut? Dan bagi aku lagi, aku menulis kerana aku suka dan aku minat. Lain-lain aku tak peduli. Yang penting hati aku puas walau sesekali aku terpaksa mengakui kalau hati aku agak goyang juga. Biasalah... aku hanya manusia biasa yang tahu marah dan sedih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam kak mar...fad tertarik untuk komen n3 kali ni...fad tau akak + barisan novelis cinta yang lain mesti akan terasa hati dgn ayat2 sprt tu...fad memang menyangkal 177% pendapat yang mengatakan novel cinta seperti keluaran pihak alaf21 ni hanya karya "picisan"...bukan nyer novel2 ni menjatuhkan bahasa melayu malah org yang dahulunya mengutuk novel2 melayu n hanya mengagung2kan novel dr luar kini mula berjinak2 dgn novel seperti hasil karya akak + novelis yg seangkatan...mereka yg bercakap td seolah2 lupa yg novel2 seperti ini juga mempunyai nilai serta bleh dijadikan medium untuk memupuk minat membaca...terima lah hakikat bahawa kami peminat serta pembeli novel2 sememangnya meminati novel seperti ni...
ReplyDeletebukan fad kata novel lain xbagus tp cara penceritaan yang terlalu formal kadang2 memenatkan kami untuk membaca...kita membaca kerana nak mengisi waktu lapang + kerana minat but if terlalu formal ia akan menjadi kurang menarik...
Apapun,fad minta maaf if ada pihak yg terasa hati...fad cuma nak mereka faham bahawa akak serta novelis seangkatan xbersalah menghasilkan karya seperti itu...
kpd kak mar,jgn berputus asa coz fad + kak azie + peminat akak yg lain akan sentiasa menyokong karya akak...insyaAllah=D
harap2 lbh ramai yg berfikiran trbuka spt budak fad nie... :)
ReplyDeletebernas sungguh isi yg dihujahkan fad tu :))
ReplyDeletep/s - err...leya, akak dah tag leyalah, kalau belum buat tag ni, silalah buat ye? ampunn...(tolong check kat http://manjlara01.blogspot.com)
sahabatku aleya...
ReplyDeletecewah! hehehe. ada masanya kita kena tutup telinga, ada waktunya kita tutup mata, ada ketikanya kita tutup mulut... tp tangan yg dah biasa 'berkata' x boleh dibuat apa! sengalkan aje pihak2 tu...
Wah,
ReplyDeleteMarah benar aleya nampaknya! Hehe... sabar aleya. Berat atau ringan sesuatu karya, pasti tetap ada sesuatukan yg blh dikongsi bersama! Terpulang pada pembacanya. Kita tak boleh paksa pembaca suka karya kita tapi sebagai penulis kita juga tidak boleh menulis seperti acuan yang diminta pembaca saja. Kalau karya kita dikatakan 'kureng', ikhlas saya menjawab... terima kasih. Krn kita manusia biasa yg x blh lari dr membuat kesilapan. Cuma apa pun yg kita tulis... beringatlah kerana... bijak pandai sudah lama tahu... kata2 itu lbh tajam dari sebilah pedang! Dan adakalanya, berdiam itu lbh baik dari berkata2. Emm.....sukarnya mencari kedamaian di celah2 kerikil keriuhan dan kerinduan! Huhu
fad - tq sebab selalu ada kt belakang akak ye...
ReplyDeletekak azie - budak bukan sebarang budak, sis... tp budak yg otaknya berisi tau.
manjlara - alahai kak lara, nanti kte g tengok blog akak tu ye...
bni @ bikash - mmg dh tutup segala ruang dn peluang tp... sedey gak... uwaaaaa.... nanti sy belasah yg ckp tu ek... hehehe...
kak lynn... bkn marah tp sekadar luahkan perasaan jer... bkn senang nak puaskan ati semya org kan? dn mmg susah nak cari kedamaian di celah2 kerikil keriuhan dn kerinduanlah... hehehe...
Aleya.. waaa jgn la marah2.. takut la kite..hu huuu ( nangih2 ni )
ReplyDeletex marahlah mersik... cuma berasap jerlah. x de pelah, 2 cuma cerita minggu lepas. minggu ni mungkin lain pulak ceritanya....
ReplyDeletealeeya... Cheq pun sokong hang.. sepatutnya, otak tu dah lama boleh terbukak luas.. terima pandangan,terima pembaharuan... Novel picisan?? Cheq mmg hangin jugak bila dilabelkan begitu... ting tong.. la ni sapa sgt nak baca karya `formal'? bukan tak bagus tapi Cheq rasa, mesej tu yg penting.. bahasa mmg la jiwa bangsa tapi kalau bangsa dah tak reti-reti berbahasa, kena la jugak ubah sb nak `membahasakan' depa ni.. Dan cara ni ja yg boleh ubah pikiran bangsa muda ni..apa pun, bagi Cheq, karya kotemporari ni mmg dah lama diterima malah ada sebahagiannya menjadi sanjungan. dan pada depa yang dok kata tu... ingat la sikit.. karya kotemporari ni dah banyak bantu bukak minda budak muda.. mungkin hagpa ja kot yang tak sedaq...
ReplyDeleteyup... itulah yang aku rasa. baguskan kalau semua orang bersikap terbuka. tak perlu menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak. hak membaca hak individu. jadi kenapa perlu dipersoalkan berat atau ringan? tapi... bkn semua org mcm kte mek... dan itulah hidup namanya walaupun ada masa2nya aku mcm nak sembunyi bawah katil supaya tak perlu berdepan dengan sesiapa...
ReplyDelete