-Selamat Datang-

By | 1:30 PM 1 comment
Hari ni, macam semalam... sekali lagi aku rasa berat hati sangat nak pergi kerja. Rasa kaki macam kena gam kat lantai rumah. Padahal kalau duduk rumah pun bukannya ada benda yang aku buat. Kawan serumah pun dah berapa hari tak ada kat rumah, tinggalkan aku sorang2 jadi penunggu. TV macam dah jadi kawan paling setia aku sejak minggu lepas. Laptop pulak aku dah tinggalkan sepi tak berteman kat kampung. Dan PC, cuma jadi sahabat paling kamceng untuk aku main game. Jenuh juga jadi batu depan PC, konon-kononnya nak menulis tapi hampeh. Makin lama aku makin dah diserang wabak 'M' yang agak serius juga. Sebaris ayat pun jari aku tak tertaip rasanya.

Teruk betul... aku rasa betul-betul teruk sekarang ni, balik-balik game gambar-gambar kartun tu juga yang aku kejar, kadang-kadang macam tak menyempat-nyempat nak balik rumah daripada kerja. Asyik nak teringat-ingat. Kadang-kadang pejam mata pun, aku nampak gambar-gambar kartun tu. Sekali fikir pulak aku dah jadi macam orang gian, gian kat game merapu tu. Tapi memang aneh pulak, selagi tak menang selagi itu aku tak berhenti. Sampai berjam-jam lamanya. Takkah aku sedang membuang masa dan mensia-siakan masa yang aku patut gunakan untuk menulis atau melakukan kerja-kerja yang berfaedah?

Akhir-akhir ni pulak rasa susah benar nak tidur. Golek kanan, golek kiri semuanya tak menjadi. Dahlah aku memang jenis payah nak tidur. Ada sekali tu aku SMS dengan Bikash, kata kat dia aku nak tidur sebab malam tadi aku tak dapat tidur, rupa-rupanya dia pun tak tidur juga. Apa dah jadi dengan kami-kami ni? Tak tahulah, rasa macam ada banyak benda main bola dalam kepala ni. Sepak sana, sepak sini sampai aku pening sendiri. Golnya tidak juga. Tahu-tahu saja semuanya jadi gelap. Malam tadi pun situasi sama juga yang berlaku. Tak tahu pukul berapa aku dapat tidur. Lagi satu masalah, aku terlalu kerap terjaga masa tengah tidur. Tak pernah kot seingat aku, aku tidur dan jaga betul-betul pada masa yang sepatutnya aku jaga. Kadang-kadang tu sejam sekali aku tersedar dari tidur yang memang tak lena tu. Dah tu, pantang kalau ada bunyi sikit, celik terus mata dan lepas tu nak tidur balik ambik masa yang lama. Nasib akulah kot, terima ajelah dengan reda.

Malam tadi, dalam pukul 3.00 pagi, tersedar macam biasa... terus capai hp kat sebelah, nak tengok pukul berapa. Ada 1 mesej. Siapa pulak yang rajin hantar mesej kat aku. Hem... rupa-rupanya adik aku. Dia hantar mesej dekat-dekat pukul 1.00 pagi, tapi aku mungkin baru tidur kot masa tu. Tapi bukan sebab tu aku tak sedar ada mesej masuk, yang buat aku tak sedar sebab aku silet hp tu. Sengaja supaya tidur aku tak diganggu. Ceh... macam bagus sangat! Bukan apa, kalau aku jaga aku susah nak tidur balik, jadi aku kena cari alternatif supaya aku tak terjaga walaupun aku tetap akan terjaga walaupun tak dengan sebarang bunyi. Penyakit ke ni?

'Kak Tam... dpt anak lelaki... Ina bersalin kul 12.00 am tadi'

Hah? Terus bulat biji mata aku. Bukannya apa, baru semalam aku dan Ila sibuk meneka-neka jantina anak dia. Dia dan isteri dia pun sengaja tak nak tahu sebab konon-kononnya nak surprisekan diri sendiri. Tadi masa aku tepon Ina, adik ipar aku cakap dah boleh keluar hari ni. Ina siap bagi tahu adik aku masuk sekali masa dia bersalin. Aku siap perli, tak pengsan pulak dia? Ina cuma ketawa. Alhamdulillah... tak ada apa yang lebih menggembirakan selain daripada melihat dan mendengar ibu dan baby tu selamat. Walaupun lepas pukul 5.00 pagi, mata aku masih terkebil-kebil dalam gelap. Huh... kesiannya aku. Apa pun, selamat datang ke dunia yang penuh warna-warni ni, Muhammad Aqqif Najmi... semoga rahmat ALLAH selalu ada untuk kita semua.
Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. Hello friend, You create a nice blog... my blog..http://iearnmoneyhelper.blogspot.com/ Thanks for the comment in my blog.
    http://iearnmoneyhelper.blogspot.com/do ya want to have some adsense tips? come to my site and take something helpful for ya free!!!
    Contact me.. I will show how to earn money with your blog.. I have some easy ideas... my mail is kannan.smix@gmail.com. I am earning more than 500$ per month.
    have a nice day

    ReplyDelete