Novel Untukmu Sayang ini sebenarnya dah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan pada tahun 2006, hampir serentak dengan novel Kasih Antara Kita. Tapi akhir-akhir ini aku selalu dapat e-mel daripada kawan-kawan pembaca dengan soalan yang sama. Diaorg tanya macam mana dan kat mana boleh dapatkan novel tu. Macam biasa jawapan aku, "Cuba cari kat kedai yang berhampiran." Sebab itu saja alternatif yang ada. Lepas tu diaorg balas balik, kata dah tak ada. Akhirnya dapat juga berita yang novel tu memang tidak akan diterbitkan lagi dalam jangka masa terdekat atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hem... nasib, nasib!
Jadi atas alasan tak nak kecewakan pembaca yang masih mencari dan tak nak kecewakan diri aku sendiri, maka novel ini diterbitkan sekali lagi dengan kulit buku yang berlainan, oleh syarikat penerbitan yang lain dan hasil karya aku sendiri yang tak dibuat sesuka hati oleh org lain hingga bila baca novel tu balik, terasa macam tengah baca novel org lain, hehehe... sabar ajelah!
Sebenarnya sayang kalau dibiarkan aje sebab novel ni agak dekat dengan diri aku. Sepanjang proses buat novel ni pun, aku selalu bayang zaman sekolah yang penuh dengan cerita dan warna-warni yang sampai sekarang masih jadi sebuah kenangan terindah dalam hidup aku. Jadi... kepada kawan-kawan yang masih mencari, inilah dia novel tu, kulit baru belum ada lagi. Ada nanti aku cuba letak di sini. Dan, blurbnya pula akan dimasukkan di sini kalau aku tak sibuk sangat esok. Sekian...
novel tu diterbit semula??sykt mana ye???nak kena beli ni...fad dah ada novel untukmu sayang...
ReplyDeletealahai fad sayang... sebelum ni dah beli ek? tq ye... syarikat yg sama dengan novel bertakhta di hati. cover putih. tp belum lagi terbitnya, mungkin bulan 2 atau 3 nanti, insya-allah....
ReplyDeletefad...
ReplyDeletejom kte beli lagi...yg ni original recipe tau..cm KFC tu.
original? hahahaha... sori naik lori org dh dekat 2 thn x makan kfc... tp, awk bkn ajak kte kan sis? hehehe...
ReplyDeletecheh... pekena adik aku sorang ni.. mabuk oren ke? org cete pasal novel, dia selekoh pegi makan KFC lak. kata ari tu nk pizza... sudah tukar ka?
ReplyDeletemar.. bila buku ni dah keluar nnt war-warkan la ek? feb or mac kan?
ReplyDeletekak azie - bkn mabuk oren tp mabuk cendawanlah... hehehe... tp masih pegang pizza lagi.
ReplyDeleteanonymous - war2kan? malulah... tulis kt sini ajelah ye. tp, insya-allah mungkin dlm bulan feb atau mac.