- Apa-apa Ajelah-

January 7, 2008

Tahun 2007 dah berlalu beberapa hari, sekarang tahun 2008 dah bermula. Tapi rasanya ada beberapa kenangan yg begitu bermakna, yang aku belum coretkan kat sini. Rasanya syg pulak kalau aku biarkan kenangan tu tanpa tinggalkan apa-apa. Kalau menconteng kat sini, sekali-sekala aku mesti tengok balik kalau bosan. Lagipun bukannya selalu aku dengan keluarga pergi cuci mata kat luar dari Johor, kalau pergi pun jarang dapat pergi ramai-ramai macam hari tu. Walaupun tempat yang kami pergi cuma di Tiara Beach Resort, N9 dan Melaka yang dah berkali-kali aku pergi, aku tetap tak kisah, sekurang-kurangnya anak-anak buah aku yang beria-ia benar nak berjalan tu gembira sakan dapat mandi macam badak air.

Lepas tu, lagi satu yang aku tak boleh lupa tu, akhir tahun lepas, kami satu keluarga sambut hari lahir abah aku yang ke-60 tahun. Alahai... dah tua rupa-rupanya abah kesayangan aku tu. Beria-ia benar aku beli kek, tapi abah tak naklah pulak bila kami suruh tiup lilin. Aku adik-beradik pun kira melampau juga sebab buat permintaan yang teruk macam tu sekali. Apa pun, tak kira berapa pun umur abah dan mak, aku tetap mengharapkan yang terbaik untuk kedua-dua orang tuaku. Semoga mereka berdua sentiasa ada dalam rahmat ALLAH

Rasanya nak cerita banyak tak boleh sebab aku tak ada banyak masa sangat, kejap lagi nak buat kerja. Jadi... rasanya cukuplah kalau aku ceritakan melalui gambar sebab dari situ boleh nampak segala-galanya.






4 comments:

  1. aleya
    saya belum baca novel kasih antara kita yang saya dapat sebagai cenderahati oleh alaf21 kerana emel saya untuk bulan december 2007.Saya baru terima tengahari tadi balik dari ngajar tadika. baru sempat baca sinopsis. kalau KASIH ANTARA KITA dapat menarik hati saya, saya akan cari semua karya aleya aneesa.

    ReplyDelete
  2. dn kalau nk cari buku karya aleya aneesa jgn lupa cari juga buku tulisan marwati wahab ye...

    ReplyDelete
  3. -Anonymous...
    harap novel itu x akan mengecewakan hendaknya.

    -alahai sis... terharunya kte ni...

    ReplyDelete
  4. it's ok, sis... perkara biasa, tak perlu rase trharu sangat..belanje ABC pn memadai, haha....

    ReplyDelete