-Selamat Tinggal 2007-

December 31, 2007

SELAMAT TAHUN BARU (2008) kepada semua manusia yang ada dalam dunia ini. Semoga AZAM tahun lepas dah terlaksa dengan jayanya dan semoga AZAM baru yang bakal muncul akan ada sudahnya di hujung tahun nanti. Bagi aku pulak... ada atau tidak adanya AZAM sekali pun, hidup tetap perlu diteruskan. Dan yang pasti, AZAM aku tahun ini sudah tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Pendek kata, selagi nyawa belum sampai di penghujungnya, jangan pernah berhenti berharap. Luka, duka, gembira, air mata, senyuman dan kecewa hanyalah asam garam sebuah kehidupan yang tak akan ada sudahnya. Namun yang pasti, kenangan tahun 2007 akan tetap terpahat dalam sanubari kerana ada seribu satu kenangan terindah diam di situ sama seperti tahun-tahun yang telah dilewati..

Salam Sayang,
-aleya aneesa, 31/12/2007-

6 comments:

  1. Salam sayang, apa azam tahun 2008 ?

    ReplyDelete
  2. Sudah lama tidak dengar suara ?
    Apa cerita hasil karya terbaharu ?
    Kawan nan seorang telah melangkah ke alam baru, adik ku seorang ni, bila lagi ?

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Selamat menempuh kehidupan mendatang dengan penuh keceriaan dan kejayaan sepertimana diimpikan.. Teriring doa utk awk sepanjang hidup ini...
    Your happiness is my wishes..

    ReplyDelete
  4. salam tahun baru kak mar...ehehehe(tukar panggilan ye)=P

    ReplyDelete
  5. Salam tahun baru, Aleeya Aneesa!

    ReplyDelete
  6. alaffc21 - salam, azam? belum difikirkan lagi... hehe

    abg long - suara masih sama mcm biasa, x ada ape yg berubah. karya baru insya-allah bakal menyusul nanti, tarikhnya x tau bila... alam baru? doa2kanlah ye...

    kak azie - selamat kat awk gak sis. semoga doa2 awk akan jd kenyataan ye...

    fad - salam tahun baur gak. lama x dengar cete. nak panggil ape pun x kisah.

    ryana - selamat thn baru, harap2 nanti dapat jumpa lagi hendaknya.

    ReplyDelete