-Selamat Tinggal 2007-

December 31, 2007

SELAMAT TAHUN BARU (2008) kepada semua manusia yang ada dalam dunia ini. Semoga AZAM tahun lepas dah terlaksa dengan jayanya dan semoga AZAM baru yang bakal muncul akan ada sudahnya di hujung tahun nanti. Bagi aku pulak... ada atau tidak adanya AZAM sekali pun, hidup tetap perlu diteruskan. Dan yang pasti, AZAM aku tahun ini sudah tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Pendek kata, selagi nyawa belum sampai di penghujungnya, jangan pernah berhenti berharap. Luka, duka, gembira, air mata, senyuman dan kecewa hanyalah asam garam sebuah kehidupan yang tak akan ada sudahnya. Namun yang pasti, kenangan tahun 2007 akan tetap terpahat dalam sanubari kerana ada seribu satu kenangan terindah diam di situ sama seperti tahun-tahun yang telah dilewati..

Salam Sayang,
-aleya aneesa, 31/12/2007-

-Cerita Seorang Aku Lagi-

December 19, 2007

Baru tadi announcement dibuat, semua staf boleh balik pukul 2.00 ptg hari ni. Geramnya aku, rasa macam nak jatuh terduduk aje sebab aku punya tiket pukul 6.30 ptg. Kenapalah boleh jadi macam ni pulak agaknya? Kenapalah x ada orang ingatkan aku? Kalau tak mesti aku dah boleh balik sekarang ni dengan senang hati. Hem... dah salah mulalah nak salahkan org lain pulak aku ni. Tapi itu mmg reaksi biasa bagi semua orang dalam dunia ni, apalagi aku yang selalu tak nak mengaku salah. Tahunya nak menang aje walaupun dan nyata2 memang aku yang tak betul.

Jadi sekarang apa yang aku nak buat? Keluar awal dan lepas tu terus melepak ke mana-mana sementara tunggu petang nanti? Tapi pukul 6.30 petang lambat lagilah, ada dalam empat jam lebih lagi. Alahai... kalau tak ada laptop dengan manuskrip dalam beg tu, agaknya memang aku tak payah nak pikir apa-apa lagi. Bukak mata luas-luas dan terus jalan ke depan dengan senyuman gembira sebab boleh cuci mata dan duit. Sayangnya tak bolehlah pulak nak buat macam tu. Aku tak sanggup nak galas beg yang beratnya sikit lagi nak sama dengan batu-bata tu.

Tak pelah, lepak lagilah kat opis sampai boring dan tak tahu nak buat apa-apa. Sorang2 pun x apa asalkan aku tak payah nak berpeluh-peluh seret beg ke sana sini. Esok pulak mesti sakit2 badan sebab bawa barang berat. Isyh... manjanya dia, tak boleh susah sikit. Lagipun, rasanya cuaca kat luar sana agak panas juga. Satu keadaan yang sangat baik lepas beberapa hari hujan turun tak menentu. Tak turun pagi, turun petang, tak petang mungkin malam. Malah di beberapa buah negeri dah beberapa minggu dilanda banjir termasuk Johor. Semalam pun Kak Long kata masih hujan lagi. Kesian kat mereka-mereka yang terlibat dengan banjir. Rasanya ada sesetengah tempat yang masih belum pulih selepas banjir melanda tahun lepas. Tapi nak buat macam mana, semua itu bukan manusia yang tentukan.

Dan di KL, rasanya dah beberapa malam tak hujan sebab aku rasa panas memanjang sampai susah nak tidur walaupun kipas dah berpusing macam gasing. Ke aku sorang2 aje yang rasa panas? Apa pun hujan atau panas, tetap tersimpan seribu satu rahmat yang tak tercapai dek akan kita, manusia biasa. Peh... jiwang lagi. Tak... bukan jiwang, cuma bercerita tentang sesuatu yang boleh dinamakan hakikat.

Terlanjur dah membebel... semalam aku jumpa dengan lecturer aku lepas 4 tahun masa berlalu, siapa lagi kalau bukan Dr Lim Swee Tin. Sebenarnya aku selalu nampak dia sebab dia selalu datang DBP tapi aku x pernah pun tunjukkan muka depan dia. Tapi dia tau aku kerja kat DBP ni. Dia pun pernah datang bahagian aku, aku siap boleh main nyorok2 lagi. Terukkan aku? Bukan tak suka jumpa tapi segan dan tak tahu nak cakap apa nanti.

Dr. Lim ni salah seorang lecturer yang aku suka masa kat u dulu. Bukan sebab apa, sebab dia banyak buat kelakar yang entah apa2. Pendek kata, kelas dia memang aku dan kawan2 tunggu2. Dan paling aku ingat, dia selalu tanya aku dan aku akan jawab 'tak tahu'. Kadang2 bukannya aku tak tahu tapi aku malas nak berfikir, apalagi kelas petang selalu buat aku mengantuk. Tapi kadang2 memang aku tak tahu pun. Ketawa aje yang lebih.

Lagipun di kelas aku memang tak begitu menonjol. Kalau ada kerusi di belakang, tempat tulah yang aku selalu duduk. Dr. Lim pun aku rasa tak kenal aku masa tu. Cuma dah nak dekat2 habis belajar barulah dia kenal aku sebab dia panggil aku berkenaan Novel 'Atirah'. Masa tu Cerdik Publications datang ke bilik dia dan nak cari mana2 assignment yang ada potensi untuk diterbitkan. Kebetulan diaorang tertarik dengan assignment entah apa-apa yang aku buat.

Tapi semalam, aku dengan selambanya pergi kat Dr. Lim, aku tanya 'kenal saya tak?'. Alhamdulillah... dia masih ingat aku dan siap bercerita pasal novel2 aku yang semuanya dia beli. Katanya dia bangga dengan pencapaian aku dan beberapa orang kawan2 lain. Aku senyum dan dalam hati aku tau aku pun bangga sebab kalau tak ada tunjuk ajar dari dia, jangankan 7, sebuah novel pun tak mampu aku siapkan walaupun aku dah menulis cerpen sebelum aku jadi student u lagi. Jasa Dr. Lim pada aku terlalu besar dan sampai bila2 aku mungkin tak dapat balas. Terima kasih daun keladi ya, Dr. Lim...

Rasanya dah panjang benar aku membebel, jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA' kepada semua umat Islam walau di mana saja berada. Semoga raya yang datang membawa seribu satu rahmat.

-Cerita Seorang Aku-

Hari ni dalam sejarah, aku sampai opis pukul 6.55 pagi, sedangkan selalu aku sampai pukul 8.25 pagi. Hampir-hampir nak tamat tempoh sebab aku masuk keje pukul 8.30. Dan lagi satu sejarah, aku sorang aje yang datang kerja. Kawan-kawan lain dah mula cuti termasuk bos. Masing-masing mungkin dah sibuk dengan persiapan menyambut hari raya Aidil Adha pada hari esok atau balik kampung. Mujur juga di sebelah ada Kak Wana, kalau tak memang mati kutu aku jadinya. Nak bercakap dengan dinding atau meja memanglah mustahil. Tapi masalahnya Kak Wana balik pukul 4.30 ptg, aku pulak 5.30 ptg, sejam tu macam mana? Hehe...

Kenapa ya aku masih di opis? Entah, aku sendiri tak tahu kenapa aku tak cuti aje hari ni. Kalau aku cuti mesti semalam lagi aku dah ada di kampung. Boleh buat apa-apa yang patut. Sekali fikir agak pelik juga, duduk sorang2 kat opis macam dah tak ada orang dalam dunia ini. Semalam pun Kak Lah dah gelak sakan bila aku kata aku kerja macam biasa dan balik kampung petang nanti. Dia kata kenapa aku tak balik tengah hari? Aku senyum aje sebab baru aku sedar, apa sebenarnya yang aku dah buat ni? Malangnya terlajak perahu bolehlah diundur walaupun perlahan-lahan. Tapi terlajak perbuatan... padan muka aku.

Tapi betullah... kali ni aku agak tak teruja nak balik kampung sedangkan aku dan adik-beradik dah susun macam2 aktiviti yang agak menarik juga seperti nak pergi bercuti bawa mak n abah, tengok wayang cete 'Anak Halal', main bowling yang dah berkurun aku x main, kenduri rumah nenek dan macam-macam lagi. Patutnya bila dah ada banyak aktiviti, aku lagi tak sabar-sabar nak balik walaupun semua aktiviti tu masih tak pasti lagi akan jadi atau pun tidak. Tapi aku? Hem... ada apa sebenarnya dengan aku? Tak taulah... mungkin silap perancangan kot. Mungkin juga ia dan boleh jadi juga sebaliknya.

Tak kisahlah apa pun perasaan aku sekarang ni, yang pasti aku tetap balik juga bila habis waktu kerja nanti. Mungkin masa tu nanti aku dah excited balik. Lagipun aku x pasti lagi nak cuti sampai bila, kalau rasa mood okey aku ingat nak cuti lama sikit, tak okey tengoklah nanti. Boleh ke macam tu? Tak tau. Aku cuma nak siapkan banyak benda nanti yang semuanya ada kaitan dengan dunia penulisan aku yang dah tak berapa nak berseri sejak akhir-akhir ini. Aku ingat nak serikan baliklah mana-mana yang patut. Eh, bukan 'ingat' tapi aku memang 'kena'. Tak apa, apa pun jadi aku akan pastikan kerja yang Auen bagi aku siapkan semuanya, kerja membaik pulih 'US' pun akan selesaikan juga sebab bulan satu nanti Bikash ajak aku dan Kak Fishah pergi jumpa uncle, jadi aku kena kerja keras sikit. Aku akan pastikan 'US' akan diterbitkan versi aku setelah yang lama tu diterbitkan versi Ros @ editor.

Apa lagi nak tulis ya? Tak ada idealah... nak pergi makan nasi kerabu dulu sebab tiba-tiba rasa lapar. Jadi... selamat pagi kepada semua kawan-kawan yang masih sudi menatap blog yang merapu ini setelah sebulan lebih masuk klinik disebabkan tuan dia berada dalam keadaan 'jiwa kacau'. Ya ke kacau? Ah, apa-apa ajelah...

-Berakhirnya Majlis Pelancaran Buku-

December 17, 2007

Alhamdulillah... syukur, akhirnya Majlis Pelancaran Buku Puisi 'Merenung Jendela Hidup' karya YB Dato' Seri Syed Hamid Albar yang dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai pada hari Sabtu, 15/12/2007 yang lalu. Majlis yang boleh dianggap besar dan ditangani oleh bahagian aku yang hanya ada 11 orang itu dan dibantu oleh beberapa orang daripada bahagian lain nampaknya berjalan dengan lancar seperti yang kami rancangkan. Dan, pengalaman sepanjang menguruskan majlis itu akan aku simpan sampai bila-bila.

Hari ini kami semua datang ke pejabat dengan hati yang lapang. Masing-masing senyum memanjang. Maklumlah, sepanjang tempoh sebulan yang lalu aku dan kawan-kawan sudah bertungkus lumus. Dalam tempoh itu masing-masing macam tak cukup kaki tangan nak menyiapkan kerja. Lebih buat aku bosan bila hari Sabtu kena datang kerja juga. Mujur juga aku dan kawan-kawan boleh dikategorikan sebagai degil, tetap dengan keputusan tak nak datang kerja hari Ahad. Kami perlukan rehat juga. Jadi, dengan rela hati balik kerja lambat pada hari Isnin-Jumaat.

Dalam tempoh minggu-minggu itu, masing-masing jadi cepat marah dan meradang. Pantang kalau ada yang tak kena di mata atau hati. Boleh dikatakan, kalau hari ni aku naik darah, esok Diana pula yang ambil tempat aku, lepas tu lusa Kak Lah pula, kemudian Lan dan Kak Yan. Tak cukup dengan itu, ada saja yang merajuk dan terasa hati bila ada yang tersilap tegur. Tapi kemudian baik kembali. Tak sempat nak simpan dalam hati. Begitulah yang terjadi sebab masing-masing dah letih sangat. Macam budak-budak pun ada juga bila difikir-fikirkan kembali.

Kerja-kerja aku pun banyak yang tak bercuit. Kerja yang baru dapat daripada Auen, editor Alaf 21 pun aku abaikan aje sebab aku betul-betul tak cukup masa nak buat. Tapi hari ni semuanya dah berakhir. Banyak yang dah aku siapkan semalam walaupun masih belum siap sepenuhnya. Aku harap aku dapat siapkan semuanya dalam masa yang secepat mungkin. Apa pun tahniah untuk aku dan kawan-kawan di Jabatan Penerbitan Sastera kerana dah menjayakan majlis pelancaran itu. Buat Kak Zara Juita yang aku jumpa pada hari tersebut, terima kasih atas maklumat yang diberikan dan terima kasih juga kerana sudi datang.

-PC Buat Hal Lagi-

December 11, 2007

PC buat hal lagi. Masuk klinik lagi dua hari lepas. Geram sikit rasanya sebab tiba-tiba aje buat hal. Langsung tak bagi amaran dulu. Dahlah tengah sibuk dengan majlis pelancaran buku hari Sabtu ni. Teringat pulak 2 manuskrip yang mesti disiapkan, rasa macam nak menjerit aje kuat-kuat. Macam mana nak buat kerja ni? Bukannya apa, kalau boleh nak siapkan dalam bulan ni. Kalau pun tak dapat siap dua, siap satu pun x ape. Nampaknya terpaksalah tunggu dan jadi pelarian dari satu meja ke satu meja. Cari PC kosong.

Betullah, bila x ada PC rasa mcm lumpuh sekejap sebab aku dan PC mmg x boleh dipisahkan. Jadi, aku buat blurb untuk 2 manuskrip tu dululah sebab x kan nak duduk santai aje. Nanti x payahlah aku nak terkejar-kejar atau pening2 kepala bila PC dah okey. Asyik jadi operator angkat telefon aje sejak semalam pun bosan juga. Terpaksa bercakap yang manis2 dengan orang yang tidak dikenali pun bosan juga. Terlalu formal rasanya. Tapi masalahnya, aku menghadapi masalah kebuntuan idea. Susah benar nak buat blurb kali ini, selalu pun susah juga sebenarnya. Seperti kawan-kawan aku kat DBP ni cakap, buat blurb kadang2 boleh ambil masa 1 hari.

Akhirnya dalam keadaan memaksa diri, siap juga satu blurb. Satu lagi aku langsung x boleh buat, x tau pun nak mulakan ayat pertama macam mana. Cuba2 juga tengok laporan penilai tapi kalau dah x ada idea, mmg x adalah gamaknya. Rasa bercelaru aje kepala, mungkin sebab geram dengan PC kot. Tapi aku harap esok2 idea aku akan datang balik. Mahu atau tidak, aku harus dan mesti juga menyiapkan blurb tu bila sampai masanya.

Sudahnya, aku hanya buat draf dua buah cerpen yang entah apa2 sambil follow-up untuk kedatangan majlis pelancaran buku. Memang pun sejak akhir2 ini aku gila buat cerpen. Novel yang dah beberapa muka surat pun dah terhenti. Rasa seronok pulak dapat buat cerpen yang dah lama aku x buat. Bukan apa, mungkin sekali-sekala aku kena lari dari kebiasaan. Hidup kalau asyik duduk di paksi yang sama adakalanya sangat membosankan.

-Suratan @ Kebetulan-

November 30, 2007

Ya ALLAH... itu aje kata-kata yang bergema kat hati aku sebaik saja aku baca email dan SMS daripada Kak Azie beberapa hari lalu. Kesudian dia berkongsi satu perkara yang aku rasa sangat menakjubkan itu benar-benar buat aku terdiam sekejap. Thanks, sis! Masa aku membaca tu pun, aku rasa tiba-tiba seperti terhenti dan bila aku sedar, rupa-rupanya aku tahan nafas sepanjang membaca email itu. Benar ke apa yang aku baca ni? Soalan tu asyik bergema dalam kepala dan hati aku. Mungkin tak puas hati dengan apa yang kubaca, atau aku inginkan sesuatu bukti yang lebih sahih lagi, aku pergi pula ke blog yang dicadangkan Kak Azie kepadaku untuk dilihat.

Lepas buka blog yang kakak angkatku itu suruh, aku rasa seperti tak percaya. Kenapa begitu serupa? Ada ke kemungkinan macam tu ke dalam dunia yang selalu indah ini? Rasa macam tak logik pun ada juga. Rasa seperti dipermain-mainkan pun ia juga. Tapi bila aku amati betul-betul, memang tak ada apa yang mustahil dalam dunia ini kalau memang ALLAH dah tentukan macam tu setiap kejadian di dunia ini. Ada sebab dan ada akibatnya. Siapa manusia yang serba kekurangan macam aku ni nak pertikaikan atau sangsi dengan apa yang telah dan bakal berlaku?

Ah, tak kisahlah... macam kali pertama hari tu, kali kedua ini pun aku yakin juga. Semuanya memang benar. Dalam dunia ini memang ada insan-insan terpilih dan dapat memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa itu. Hanya aku berharap akhir daripada semua ini tidak akan sama seperti yang telah berlaku beberapa bulan dulu. Dan, mungkin kehadiran yang ini mampu menyelamatkan jiwa orang lain yang sedang menderita kerana suratan yang datang walaupun suratan itu memang sudah dijangka kesudahannya. Cumanya, manusia selalu cuba membutakan mata daripada menerima segala yang telah berlaku dan berharap bukan begitu kesudahannya.

*Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan kasih sayang-NYA*

-Jumaat Yang Kalut-

November 27, 2007

Hari ni hari Selasa, tapi sengaja aku nak mengimbas kembali apa yang berlaku hari Jumaat minggu lepas sebab ada kenangan yang mencuit hati aku. Kalut? Ya, hari Jumaat tu memang agak kalut sedikit. Sampai saja di opis, dengan tiga keping kuih aku pun berjalan lengang kangkung dengan senyum yang agak ceria juga sebab esoknya cuti dan dalam kepala aku dah terakam kemas perkataan, 'Esok nak keluar sebab nak cari sehelai dua tudung'. Jadi aku pun bancuh air macam biasa. Elok aje bunyi sudu berlaga dengan cawan, 'Ya, minum dan makan kenyang2 adik-adik, lepas ni kita pergi Bangi ramai-ramai'.

Tangan yang tadinya lincah tiba-tiba aje macam terhenti sekejap. "Pergi Bangi nak buat apa?" Cepat aje mulut aku bertanya. Dalam kepala terbayang-bayang senarai jemputan untuk Majlis Pelancaran Buku yang aku kena cari. Kalau pergi Bangi, tentu hari ni senarai itu terabai macam tu aje. Tapi dalam hati aku tetap harap, Ruslan cuma main-main aje. "Tengok Hizi Print buat buku cenderahati sebab contoh yang dihantar teruk sangat. Macam nak menangis Kak Lah tengok malam tadi." Balasan Kak Lah buat aku rasa macam x boleh nak bernafas seperti biasa. Aduh... nampaknya hancur semua kerja-kerja aku hari ni. Tapi dalam kepala terbayang-bayang Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-5 dan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA Ke-5. Huh... memang aku dah x ada pilihan lain sebab aku salah seorang daripada AJK yang bertanggungjawab buat buku tu.

Pukul 9.00 aku dan kawan2 bertolak naik kereta Ruslan. Hem... seperti yang dah kuduga, sampai aje Kak Lah mula bercakap itu dan ini demi nak luahkan rasa x puas hati dia. Memang agak teruk contoh yang diberikan sedangkan, hari Isnin buku tu dah kena siap. Kalau x pergi mungkin Sabtu dan Ahad akan jadi cuti yang malang bagi aku sebab kena pergi Hizi Print tu. Apa jadi dengan rancangan aku? Lepas Kak Lah terangkan mana2 yang patut, kami berempat pun keluar sementara Tajul betulkan, boleh kami pergi minum. Kebetulan cuma aku aje yang sempat minum tadi.

Bila balik aje, rasa macam nak menjerit aje sebab daripada 40 m/s cuma 2 m/s aje yang siap dalam masa 1 jam lebih. Aduh... silap2 sampai malam baru siap ni. Rupa-rupanya, Si Tajul tu x tahu baca simbol2 editing. Masak, kenapalah dia x nak cakap, kalau x tentu kami semua x keluar minum. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah jadi pun? Jadi terpaksalah Ruslan bacakan, lepas dia keluar aku ambil alih tugas baca-membaca ni. Mungkin Si Tajul nak perli aku, dia pun bagi aku pembaris panjang sebab nak tunjukkan kat skrin PC dia. Hem... terasa macam cikgu sekolahlah pulak.

Dah siap tu, aku dan Diana baca balik semula, kalau-kalau ada kesilapan di mana-mana. Yup, memang ada, lagipun seperti kata Kak Lah, buku cenderamata ni 'berhantu' sebab dah siap kadang2 baru nampak kesilapan. Betul, hari ni bila tengok memang ada kesilapan sedikit walaupun rasanya dah tengok dengan teliti banyak kali. Berbalik kepada cerita tadi, akhirnya pukul 6.00 ptg kerja tu siap juga. Tapi Ruslan kena pergi lagi untuk pastikan kali terakhir, kebetulan pula rumah dia dekat aje dengan Hizi Print. Alhamdulillah... bolehlah malam ni aku teruskan rancangan dengan Shanika.

Dan malam ... seperti yang dijanjikan, aku, Shanika, Bikash dan Uji pergi Mid Valley, nak tengok wayang. Lepas beratur agak panjang, kami sepakat untuk tengok cerita The Kingdom, pukul 9.15 malam dan hehe... terlajur tu beli sekali tiket untuk Enchanted, pukul 11.30 malam. Kiranya hari tu kami berempat tengok 2 ceritalah. Sekali-sekala buat macam tu, okey juga rasanya.

Bercerita pasal kedua-dua cerita tu, terus terang aku katakan aku x suka cerita The Kingdom. Ada banyak sebab kenapa aku x berapa gemar cerita tu. Cuma rasanya x perlulah aku tulis apa sebabnya kerana setiap orang tu x sama jalan fikirannya. Tak semestinya aku x suka, orang lain pun x suka juga. Tapi cerita Enchanted tu, aku suka sangat walaupun memanglah x ada logiknya langsung. Tapi sebab kelakar, aku x henti-henti ketawa. Tengok cerita tu, macam terbayang-bayang cerita kartun yang pernah jadi kegilaanku satu ketika dulu. Memang mampu mencuit hati aku.

Lepas balik tu, kami pergi minum di gerai berdekatan dengan rumah. Tepat pukul 3.00 pagi barulah kami beredar ke rumah masing-masing. Yeah... hilang stress yang bergumpal dalam kepala aku sekejap. Esoknya cerita kat mak aku, 'Amboi... anak dara'. Itu aje yang mak aku kata dan aku cakap, hehehe... sekali sekala aje. Apa pun, itulah pertama kali aku balik selewat itu. Kalau kat rumah mak, memang berasap telinga kena leter.

-Teater Gamat-

November 22, 2007

Jumaat, 16 November... Macam biasalah rutin aku, balik kerja basuh baju tapi guna mesinlah. Kebetulan masa nak keluar opis tu aku SMS Bikash sebab nak pinjam CD dia. Tapi sampai rumah pun dia x reply SMS aku dan aku anggap dia mungkin ada hal. Tapi dalam pukul 7.20 baru dapat SMS dia, aku cakap nak mandi dulu, lepas tu baru boleh ambil CD. Yang anehnya dia tanya sempat x kalau aku siap n pakai cantik2 sebelum pukul 7.50. Jawapannya tentulah boleh sebab aku kata kat dia aku mandi kerbau aje, sebenarnya x adalah mcm kerbau cuma x mandi lama sangat aje.

Rupa-rupanya dia nak ajak aku tengok teater kat ASWARA, aku memanglah teruja nak pergi tapi mengenangkan air dah ada dalam mesin aku katalah mungkin lain kali aku ikut dia. Tapi dia goda aku, dia cakap 'Awak tak pernah tengok teater kanak-kanak kan? Seronok...'. Teater kanak-kanak? Hem, serta-merta aku tergoda dan aku pun cakap jadi... Yelah, dah lama x tengok teater kanak-kanak. Kali terakhir tengok teater kanak-kanak 'Siti di Alam Fantasi' yg dilakonkan oleh Amy Mastura. Masa tu masih study lg n aku ikut Kelab Teater UPM.


Masa sampai kat ASWARA, Kak Aina Emir, Hana dan anak-anak Kak Aina (Nabil dan Nana) dah sampai. Barulah aku tahu, rupa-rupanya idea mengejut Bikash tu muncul bila dia tahu Kak Aina nak tengok juga teater tu. Jadi bolehlah masing-masing berjumpa dan bertanya-tanya khabar. Aku mula-mula segan juga dengan Kak Aina walaupun sebelum ni dah pernah jumpa. Tapi memang betul, bila dah duduk sama-sama, dah berbual-bual dan makan semeja, x ada apa yang hendak disegankan sebab semuanya sama saja. Kak Aina pun seorang yang okey sangat dan boleh tahan suka ketawa.

Tajuk teater kali ni ialah GAMAT. Mula-mula aku sangka, gamat tu mungkin suasana. Sebenarnya tajuk itu merujuk kepada gamat yang ada di laut, gamat yang hari ni ada banyak guna, khasnya untuk ubat pelbagai penyakit. Kiranya tertipulah sekejap dengan tajuk tu. Dan, seperti sebelum2 ni, teater ni juga dibuat oleh student ASWARA, untuk subjek yg diaorg ambil. Ia menceritakan tentang kehidupan di laut, ada sotong, gamat, ketam, obor-obor, tiram, ikan dan beberapa haiwan lain. Rasa seronok juga bila tengok kostum yang meriah tapi seperti menggerunkan juga. Malah ada juga aksi-aksi yang agak mencuit hati hingga penonton gelak.

Habis teater, kami pergi makan beramai-ramai. Terima kasih kepada Kak Aina yang sudi belanja makan. Tapi yang pasti, aku x jadi tengok CD malam tu sebab balik aje terus basuh baju...


-Duit-

Betullah bila ada sesetengah orang kata nak minta duit adalah perkara yang paling payah sekali untuk dilakukan. Tak kira sama ada nak mintak duit sendiri yang dipinjam orang atau nak mintak duit orang untuk sesuatu perkara. Padahal dalam banyak-banyak benda dalam dunia ini, duitlah yang paling orang suka sebab dengan adanya duit, macam-macam perkara boleh dilakukan terutamanya untuk memenuhi keperluan harian. Malah kadang-kadang ada juga sebilangan manusia dalam dunia ini yang menjadikan duit sebagai kayu ukur untuk sebuah harga kehidupan.

Tapi bagi aku? Hem... duit, memanglah aku suka sangat tapi bukan juga bermakna duit itu adalah segala-galanya. Misalnya, kalau banyak duit pun sedangkan hati kat dalam berperang macam nak rak, x guna juga. Dan, kalau duit tinggi melangit kalau x sihat pun, lagilah x best. Nak makan apa pun x senang hati. Terpaksa berpantang itu dan ini sebab takut sakit kembali datang.

Dan, gara-gara duit jugalah hampir setiap bulan hati aku jadi rusuh macam kena langgar dengan geroda bila gaji dah masuk. Semuanya gara-gara nak kena pungut yuran kebajikan untuk Badan Kebajikan Jabatan Sastera sebab aku salah seorang ahli jawatan kuasa yang merangkap wakil Bahagian Penerbitan Sastera.

Hari ni pun aku mengalami keadaan yang sama juga. Hampir sejam aku duduk tanpa melakukan apa-apa gara-gara memikirkan macam mana pulak cara dan ayat yang perlu aku gunakan kali ini untuk kutip yuran tu. Pada kawan-kawan aku x kisah sangat, masih boleh tebalkan muka walaupun malunya aku TUHAN saja yang tahu. Tapi pada bos, macam mana? Habis semua kawan-kawan aku tanya macam mana aku nak gunakan ayat. Tiba-tiba saja jadi gagap dan otak terhenti. Padahal... selalunya suara aku aje yang kuat, menyakat orang itu dan ini.

Akhirnya aku nekad lepas Diana konon-kononnya bagi semangat kat aku, aku berdiri di hadapan pintu bilik bos, jengah-jengah mana yang patut macam pencuri dan aku tengok dia sedang tekun menyemak contoh kad undangan untuk majlis pelancaran buku. Dah nampak macam tu, aku patah balik dengan muka masam-masam manis. Tak tergamak nak kacau. Dalam 20 minit lepas tu aku pergi lagi dan berdiri di tempat yang sama. Dia masih seperti tadi dan aku patah balik, kali ini dengan muka yang aku sendiri x tau nak cakap mcm mana. Diana dan Kak Lah cuma ketawa aje. Seksanya rasanya nak mintak duit yuran tu. Dalam 10 minit lepas tu, bos keluar jumpa Kak Yan. Bila dia masuk balik bilik dia, aku cepat-cepat ikut dengan sehelai kertas, kalkulator dan sebatang pen merah di tangan.

"Em... Kak Nor nak bayar x yuran kebajikan?"
"Berapa banyak?"

Macam biasa aku garu-garu tepi telinga sambil tersengih-sengih. Biasalah itu memang keadaan aku kalau dah malu. Bila dia keluarkan duit, rasa lega sangat. Dalam hati mula tertanya-tanya, bulan depan aku nak gunakan ayat macam mana pulak? Takkanlah ayat yang sama kot? Huh... duit, duit... Dan, aku harap tahun depan orang lain pulak yang ambil alih tempat aku sebab aku rasa macam dah x sanggup dah ada dalam keadaan yang sama setiap bulan. Kalau buat kerja selain daripada kutip yuran tu, aku x kisah.

-Jamuan Raya Alaf 21-

November 21, 2007

Raya dah berlalu 11 hari, tapi aku tetap nak abadikan gambar2 masa pergi ke jamuan raya Alaf 21 di sini. Bukannya apa, inilah pertama kali aku pergi. Itu pun sebab Shanika pergi, adalah juga kawan aku walaupun merapu juga kami berdua mencari jalan, maklumlah kalau x ada hal memang x jejak kat Alaf 21 tu. Sempat juga kami berpusing-pusing dan bila balik entah jalan mana pulak yang kami berdua ikut. Dan, yang pasti tetap sampai ke DBP walaupun terlewat sikit. Mujur bos tak ada, x perlulah rasa malu sangat atau masuk terhendap-hendap macam pencuri. Tapi yang paling aku seronok... dapat novel2 tu... Tq ye Alaf 21. Inilah dia sebahagian gambar2 yang sempat aku ambil...





-Dunia Baru 3-

Huh... DUNIA BARU 3 dah kembali semula. Macam biasa aku jarang terlepas menonton drama yang disiarkan TV3 pada setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam itu sejak siri pertama lagi. Kenapa agaknya aku suka sangat cerita tu ye? Padahal kalau hendak diikutkan itu hanya sebuah kisah yang terlalu biasa iaitu kisah sekelompok pelajar yang punya masalah dan ragam masing-masing yang mungkin juga dialami oleh semua orang dalam dunia ini sepanjang bergelar pelajar sama ada sekolah atau universiti.

Tapi... yang sebenarnya masalah dan ragam-ragam yang rencam itulah yang terus menarik hati aku untuk terus lekat di kaca TV walaupun aku boleh dikategorikan sebagai seorang manusia yang tidak begitu mementingkan TV sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada atau tidak TV bagiku sama saja. Kalau pun menonton, hanya beberapa cerita saja atau pada masa-masa aku dilanda tahap kebosanan yang amat sangat. Kalau x, aku lebih rela berkampung di dalam bilik, di hadapan PC atau laptop.

Berbalik kepada Dunia Baru 3, seperti siri2 sebelum ini, siri kali ini tetap mampu mencuri minat aku terhadap cerita remaja itu. Ada-ada saja aksi para pelakon yang mencuit hati aku terutamanya watak-watak utama yang dilakonkan oleh Elyana sebagai Opie, Pierre Andre sebagai Adif, Ellyas Abdullah sebagai Tajol, Anne Ngasri sebagai Madihah, Almy Nadia sebagai Suzanna, Iqram Dinzly sebagai Darius, Anita Baharum sebagai Anizah dan ada beberapa watak lain lagi yang kesemuanya sangat menarik bagiku.

Lagipun bila menonton cerita tu, aku rasa agak santai kerana x memerlukan aku berfikir banyak, misalnya mahu mencari pembunuh, siapa yang jadi hantu, macam mana boleh mati dan banyak lagi persoalan yang kadang-kadang boleh buat aku tension sebab x dapat jawapan yang betul. Malah selalunya jawapan aku tersasar daripada cerita. Tapi kalau tersasar pun bukannya kena bayar pun, aku aje yang malas berfikir.

Apa pun aku dah x sabar nak tengok Dunia Baru The Movie. Nak tengok sama atau tak dengan drama yang selalu aku tengok di TV. Harap-harap x mengecewakan aku bila tengok nanti...

-Dalam Sayang Ada Terkilan-

November 6, 2007

Tak jadi cuti! Ikutkan rancangan dan kalau ikutkan hati, hari ni aku nak ambik cuti kecemasan walaupun tak ada apa-apa yang mencemaskan berlaku pada aku. Hanya ada sedikit hal yang perlu diselesaikan. Tapi bila difikirkan kembali, rasa macam tak berbaloi pula, sedangkan aku boleh keluar sekejap dan balik semula ke pejabat. Terlanjur bos pun cuti hari ni dan kerja aku pun tak banyak, jadi tak adalah rasa segan sangat.

Alamak apa nak tulis lagi ye? Tiba-tiba hilang idea pulak. Tadi rasa macam nak menulis sangat, berkobar-kobar benar semangat ni. Tapi sekarang semuanya dah hilang macam angin, jari aje yang masih setia nak mengetuk. Mungkin ada begitu banyak benda dalam kepala ni yang minta dikeluarkan, berebut-rebut macam semut yang nak keluar dari sarang, tapi tak tahu pula mana satu yang patut dikeluarkan dulu dan mana satu yang patut disimpan dalam muzium sendiri. Sebab... ada benda yang boleh kita luahkan dan ada benda yang tidak mampu kita luahkan walaupun ingin. Hem... cete ajelah apa-apa yang aku rasa nak cetekan di sini. Untuk ingatan sendiri, kalau-kalau terlupa satu masa nanti. Ceh, jiwang karat... uwekkk!!!

Malam tadi, aku banyak berfikir... berfikir mengapa kita selalu menyakitkan hati orang-orang yang dekat dengan kita? Sedangkan orang-orang itu selalu ada dan akan tetap ada di sisi kita bila diperlukan. Malah, apa pun berlaku, orang-orang itu tak pernah jemu menarik tangan kita bila tersadung akar dan tersungkur ke lantai. Tapi kenapa kita, ada masa-masanya tidak tahu menghargai? Atau kita sebetulnya cuba membutakan mata sendiri demi menutup segala kebaikan itu? Atau barangkali juga ada ego yang dijulang supaya tidak terus tercicir? Tak tahulah...

Mungkin orang-orang itu, sebenarnya tak bermaksud apa-apa bila berkata-kata atau menulis, cuma yang mendengar atau membaca yang cepat ter'emo'. Pantang tercuit, cepat saja nak melatah dan membalas. Tak sedar rupa-rupanya kita dah besarkan benda yang remeh-temeh. Tapi sungguh... ada masanya, ada ketikanya, ada detiknya, mungkin ada satu rasa dalam diri kita yang orang lain tak dapat rasa. Muncul bila terasa diri dah melakukan kesilapan walaupun tak ada kesilapan yang dilakukan sebenarnya. Atau sebenarnya kita sedang dikejar bayang-bayang sendiri sebab dah banyak sangat buat salah dalam hidup. Tapi apa agaknya kesalahan yang dah dibuat? Huh... mungkin tak tahu nak jaga hati dan perasaan orang baik-baik macam orang jaga hati perasaan kita.

Jadi, kalau aku ada buat salah hingga menyebabkan ada orang terasa semalam dan hari ini, aku minta maaf banyak-banyak. Dah cuba buat yang terbaik, tapi di akhirnya, tetap juga ada kepincangan...

-Semalam & Hari Ini-

November 2, 2007

Semalam, Pertandingan Akhir Berbalas Pantun Antara Kementerian Kali Ke-4 Sempena BBSN 2007, dah selamat berlangsung di Auditorium DBP. Pertandingan selama 4 hari ini iaitu dari 29-1/11 2007 disertai sebanyak 19 buah kementerian. Ada peningkatan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Macam tahun lepas, aku masih jadi ahli jawatankuasa untuk penyertaan dan pendaftaran. Mungkin tahun depan, aku akan pegang jawatan yang sama. Pertandingan akhir kali ni masih disertai oleh kementerian yang sama iaitu, Kementerian Penerangan Malayasia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dan, seperti tahun lepas, sekali lagi Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi johan dan menewaskan Kementerian Penerangan Malaysia yang pernah menjadi johan dua tahun lalu. Apa pun, bagi aku kedua-dua kementerian memang hebat sebab persaingan yang berlaku agak senget. Kalau x hebat, mana mungkin dapat masuk peringkat akhir.

Masa tengok tu, aku terfikir... macam mana mereka boleh mencipta pantun dengan pemilihan kata-kata yang puitis dalam masa 80 saat dan dalam keadaan yang spontan. Malah ada antaranya mereka sendiri tidak tahu temanya yang diberi. Kalau suruh aku, mungkin akan masa ambil masa 2 hari sebab nak memilih kata-kata yang indah bukannya mudah. Memilih pembayang dan maksud juga rasanya sukar juga. Sebab itu agaknya aku x pernah masuk apa-apa pertandingan pantun. Lagipun aku ada masalah setiap kali disuruh menyiapkan kerja yang ada tempoh masanya, lagi2 masa singkat. Mengeletar ajelah kerjanya nanti. Walau apa pun, tahniah untuk Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pelajaran yang tidak kurang hebatnya. Cuma, setiap pertandingan itu tentu ada kalah dan menangnya. Yang pastinya, tahun hadapan ada lagi, jadi berusahalah lebih gigih lagi.

Hari ni pula, pagi tadi ada Mesyuarat Jabatan Sastera di Dewan Seminar, DBP. Dengar laporan daripada ketua2 bahagian dan sempat jugalah aku terlelap sampai buku yang aku pegang jatuh ke lantai. Automatik mata aku terus segar, nasib hanya kawan2 aje yg sedar betapa aku dah hanyut. Lepas tu acara bersambung dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Sastera. Rezeki... makan ajelah. Tapi sebelum tu kalut juga masa mula2 sampai, sebab aku ahli jawatankuasa untuk Badan Keluarga Jabatan, aku dah lantik MC semalam dan terangkan apa yang patut diucapkan. Kiranya tugas aku dah selesai. Tapi tiba-tiba dapat telefon, yang uruskan untuk jamuan cuti dan serahkan tugas dia dekat aku. Apa yang aku nak buat sebab aku mana tau sebab sebelum ni x diberitahu. Lepas turun naik lift, akhirnya semuanya selesai juga.

Lepas makan, bila dah kenyang, mata pun mulalah mengantuk semula dan masa rehat yang agak panjang tadi aku gunakan untuk tidur. Hem... bestnya dapat tidur, macam ularlah pulak rasa. Jadi... selamat cuti hujung minggu buat semua.

Aku & Kawan-Kawan

October 31, 2007

Kawan, sahabat, dan rakan... sampai ke hari ini aku masih mencari-cari apa bezanya antara 3 perkataan itu? Sekali lihat, sama aje maksudnya. Tapi kata org bila difahami dalam-dalam, ada bezanya. Entahlah... aku x berapa faham sebab aku x pernah ambik tahu. Cuma antara 3 perkataan itu, aku hanya akrab dengan perkataan 'kawan'. Kawan... kawan bagi aku adalah segala-galanya. Masa senang dan susah hingga Kak Long selalu kata aku lebih pentingkan kawan dari adik-beradik (dululah). Tapi bila difikir-fikirkan balik, aku sebenarnya x ramai kawan sebab kawan aku datang dan pergi begitu saja. Dalam erti kata lain, kawan aku selalunya bermusim. Masa bersama, rapat macam isi dengan kuku. Tapi bila berjauhan, semua rasa yang ada bagaikan hilang walaupun sesekali hati teringat. Bila rindu rasa nak hubungi, tapi bila kenangkan balik, nak hubungi guna apa? Dan, bila difikirkan musim, berapa musim kawan2 yang aku ada ya? Hem... 9. musim rasanya.

Musim pertama - musim ni mungkin aku x tau apa ertinya kawan. Kawan aku masa tu hanya sepupu-sepupu aku macam Jaja, Lin, Izal, Lala, Udin, Apit, Amri, Amran. Ya, semuanya sepupu aku yang rata2nya lelaki. Tapi dengan diaorang ni aku still jumpa sampai sekarang kalau balik kg, ada masa masih juga bertepuk tampar sesama sendiri sebab hubungan kami dah macam adik-beradik. Masa ni juga hidung aku berdarah gara-gara main baling2 tanah liat dalam hujan.

Musim kedua - masa ni aku dah naik sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu. Kawan2 yang rapat dengan aku... Tini, Ina, Misah, Chik In dan Neni. Dalam masa yang sama, aku still kawan dengan sepupu2 aku terutamanya Jaja. Tapi sekarang ni aku hanya sesekali berbalas SMS dengan Ina dan Tini walaupun semuanya sekampung.

Musim ketiga - dah naik sekolah kat Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah (1993-97), mula2 aku rapat dengan Joane dan Tessy. Tapi sekejap aje sebab lepas tu masing2 tukar kelas. Tingkatan 4, aku rapat pulak dengan Haiza, Nani, Siti Hajar, Adik (Mas). Aku dengan diaorg ni mmg rapat sangat, apa aje nak kongsi termasuk kongsi berdiri atas meja sebab tak bawa kertas lukisan. Pergi dan balik sekolah x pernah x bersalam tangan. Aku sayang sangat kat diaorng ni dan yang paling aku x boleh lupa, kami berempat selalu kena marah dengan pengawas sebab suka makan dekat bawah bangunan. Kuih yang Adik buat memang sedap. Tapi masa tu masing2 x ada telefon, jadi bila habis sekolah cuma ada alamat aje. Sayangnya, lama-lama langsung tak berhubung. Ke mana mereka semua aku masih tertanya-tanya dan tercari-cari sampai ke hari ini. Masihkah Nani kat Sarawak? Adik kat Singapura? Haiza kat Melaka dan Siti, kat Johor lagikah? Dan, dalam masa yang sama bila balik rumah, aku rapat dengan Jaja, Is, Ina, Lin dan Ija. Masa nilah paling banyak kenangan aku, maklumlah aku jadi kacang hantu kt kampung.

Musim keempat - aku dah habis sekolah dan kerja kilang kat Tampoi. Sekejap aje kerja kat sini, 3 bulan aje sebab aku malas. Tapi aku rapat sangat dengan Kak Ila dan Kak As. Terbayang-bayang lagi muka Kak Ila, sayangnya no telefon yang dia beri dah tak boleh guna lagi.

Musim kelima - aku dah sekolah balik kat Maktab Sultan Abu Bakar (1998-99). Lepas 5 tahun, akhirnya terpaksa juga masuk sekolah yang pelajarnya 90% adalah lelaki kecuali pelajar tingkatan 6. Apa yang aku rasa masa ni ya? Hem... okeylah juga sebab dah tak kena layan mcm budak2 lagi. Dah dewasa konon2nya. Tapi kenapa aku still kena cubit ngn cikgu? Tak fahamlah, tapi sebenarnya aku faham. Aku kena cubit sebab aku asyik nak bergaduh dengan Zali. Tak taulah, sampai abis sekolah aku tetap juga bergaduh dengan dia. Sebenarnya hari pertama masuk aku dah rasa x suka @ benci kat dia. Berlagak bagus, itulah yang aku fikir masa tu. Lepas tu, dia sakitkan hati aku, aku sakitkan hati dia, balas-membalas setiap hari sampai kawan2 lain dah lali. Tapi selalunya aku kalah kalau lawan bercakap dengan dia, sebagai membalas dendam, masa aku sapu sampah, tempat dia aku x sapu, dah tu siap tinggalkan sampah lagi. Jahatkan aku? Tapi abis exam STPM, aku dan dia sempat minta maaf. Kiranya dah 0-0. Sampai sekarang ni aku x pernah jumpa dia lagi. Tapi aku masih berhubung dengan Net, satu2nya kawan yang selalu ada kat belakang aku tiap kali aku cuba sakitkan hati Zali. Sesekali ada juga berkirim SMS dengan Puput, Nizam dan Ina.

Musim keenam - kerja kilang Venture, masa ni x ada kawan rapat walaupun adalah kawan2. Sekarang satu pun aku x ada contact diaorg.

Musim ketujuh - masa kat u, pun aku x ramai kawan sebab aku mmg jenis pasif sejak zaman sekolah. Masa ni klu boleh menyorok mesti aku dah menyorok biar org tau tau aku sape. Rasanya mmg x ramai yang kenal aku dan aku pun x kenal ramai org. Kawan yang rapat n masih saling berhubung dengan aku ialah Aniem, Wanie, Yatie, Fiza, Siti Kecik dan Net.

Musim kelapan - masa keje kt MPJBT, rapat ngn Kak Azie, sampai sekarang masih rapat dan sampai bila2 pun tetap akan rapat. Sesekali bertanya khabar dengan Kak Niza, Kak Lin, Kak Ruby n Kak Moni.

Musim kesembilan - masa sekarang, kawan aku cuma yg kat jabatan aku mcm Diana, Kak Lah, Kak Yan dan beberapa lagi. Sikitnya kawan aku. Kat rumah, Nabiha dan luar daripada itu aku cuma ada Bikash, Shanika dan Huda. Baru aje kenal diaorg ni, tp cepat aje rapat. Pelik rasanya tp perasaan tu mmg ajaib.

Tapi yang pasti daripada 1-9 musim, Jaja tetap kekal sebagai kawan aku sampai kadang2 aku lupa dia juga sepupu aku. Seperti kata bapa saudara aku, 'aku dan Jaja mcm isi dan kuku, walaupun selalu juga bermasam muka', dan tiap kali masam muka masa tu, akulah yang menang sebab aku jarang nak mengalah dan Jaja tak pernah kisah kalau kena tegur aku dulu. Tapi sekarang dah x mcm tu, kteorang dah x gaduh2 lagi.

Itulah dia kawan2 aku yang bermusim, datang dan pergi bila sampai masanya. Mungkin silap ada pada diri aku sendiri sebab aku yang jarang2 hubungi kawan2 aku. Bukannya lupa, tapi entahlah. Apa pun sampai sekarang ni, aku masih cari kawan2 aku yang belajar kat Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah (SETA), Kelas 5 Sastera atau 5 Ikhlas tahun 1997 (iklan... hehehe). Manalah tahu, boleh jumpa lagi kawan2 masa tu kalau pun x boleh jumpa 4 orang kawan aku yang rapat tu. Tapi bonus bagi aku kalau boleh jumpa balik kawan2 yang sama-sama masuk Kadet Polis. Lepas ni nak cari kat friendster pulak. Bikash kata kat situ boleh membantu. Harap-haraplah...

** Hem... panjang pulak membebel hari ni **

Ada Apa Dengan Aku?

October 30, 2007

Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan di sini dan hari ini. Aku sekadar mengikut gerak tangan dan hati yang rasa macam nak tulis sesuatu, cuma tak pasti apa sebenarnya yang nak ditulis. Atau sebetulnya aku sengaja nak membuang masa rehat yang hanya tinggal beberapa minit lagi. Barangkali lebih tepat lagi, ada benda yang bergelodak dalam hati dan minta dikeluarkan isinya di sini. Mungkin juga itu kenyataannya, hanya tak tahu harus dimulakan dari mana.

Aduh... kenapa bahasa aku makin hari makin berbelit-belit aje, berserabut semacam. Entah! Aku sendiri tak tahu ada apa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Rasa macam ada yang tak kena aje sejak naik cuti raya ni walaupun aktiviti harian tetap diteruskan seperti biasa. Tak ada satu pun yang tertinggal. Kenapa yang boleh jadi macam ni? Hem... nampaknya aku dah makin parah dan otak yang dah mula nak beralih arah ni perlu dicuci bersih-bersih biar berkilat macam sebelum-sebelum ini. Tapi masalahnya macam mana nak cuci balik otak ni? Guna sabun? Huh... mengarut memang akulah orangnya.

Tapi, apalagi yang nak aku tulis ni? Tak ada idea. Hem... aku stop kat sini ajelah. Anggap ajelah hari ni cuma sesi meluahkan separuh daripada perasaan. Terlanjur kerja dah tak ada ni, aku nak edit balik cerpen yang dah siap semalam. Sedikit aku dah hantar kat satu ruangan, saja suka-suka. Nak tengok reaksi pembaca, kalau okey aku nak sambung terus, kalau tak okey cukup sampai kat situ ajelah. Harap2 kali ini aku tak hantar separuh macam cerita 'Cinta Sebatang Pen Oren' tu.

Aku yang Ditinggalkan...

October 29, 2007

Akhirnya hari yang paling aku x tunggu sejak beberapa bulan dulu dan x nak ingat, muncul juga. Ya, Nabiha akhirnya keluar juga daripada rumah yang aku sewa sekarang ni selepas setahun lebih jadi penghuni di situ. Cepat benar masa berlalu, sedar-sedar dia terpaksa tinggalkan aku. Rasa macam baru semalam aje aku lepak-lepak dengan dia depan TV sambil bercerita entah apa-apa. Tapi rasanya lebih banyak ketawa dan mengunyah makanan ringan daripada bercakap.

Lepas dia keluar, aku rasa macam nak menangis, sebenarnya aku dah nangis kot sebab aku tiba-tiba aje terasa macam ada ruang kosong dalam hati aku. Maklumlah, dia ni baik budaknya dan aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Dan, apa yang berlaku dalam hidup aku, sejak setahun ni aku kongsi dengan dia. Pahit, manis, payau, tawar, masin, semuanya ada dalam simpanan dia sebab aku lebih rapat dengan dia berbanding dengan orang lain dalam rumah tu. Malah cerita dulu-dulu pun aku dah kisahkan dekat dia, dia pun macam tu juga. Kadang-kadang sampai pukul 2.00 pagi aku dan dia bercerita. Pendek kata, aku rasa seronok duduk situ sebab ada dia.

Sekarang ni aku dah rasa lain banyak. Macam bertambah-tambah x seronok pun ada. Dalam erti kata lain, macam duduk dalam hutan yang di dalamnya cuma tinggal aku seorang, sebab antara aku dengan Rose memang tak banyak cakap. Rose boleh dikategorikan agak pendiam bila duduk kat rumah. Kiranya aku dan dia cuma bercakap benda yang penting-penting aje. Kadang-kadang kalau hari cuti, langsung tak bercakap sebab x tau topik apa yang patut aku gunakan bila nak berborak dengan dia. Rasa kelakar pun ada bila fikir2kan balik betapa aku boleh jadi pendiam bila berdepan dengan dia. Pdhal, selalunya aku ni agak kecoh jugalah. Tapi nak buat macam mana, aku dengan dia memang tak boleh nak masuk. Nabiha... lagilah x boleh nak ikut rentak kawan aku yang seorang tua tu. Yelah, tiap2 orangkan ada cara sendiri. Tak boleh fikir semuanya sama. Jadi aku hormat juga dekat Rose ni.

Apa pun, aku tetap mendoakan yang baik-baik buat Nabiha walau di mana saja dia berada. Mungkin selepas ni dia akan menetap di Kedah. Entah bila lagi aku boleh jumpa dengan dia? Semoga dia sentiasa dirahmati ALLAH dan terus suka karya-karya aku macam yang selalu dia kata. Hem... kenapa rasa tak seronok setiap kali kena tinggalkan? Dan kenyataannya, ditinggalkan dan meninggalkan tetap berlaku kepada setiap manusia...

** Gambar tu, bukan gambar Nabiha... gambar hiasan semata-mata**

Hari Raya Aidilfitri...

October 26, 2007

Terlanjaur idea x ada, aku masukkan sedikit gambar Hari Raya Aidilfitri tahun ni supaya blog ni tidak bersawang lepas ditinggalkan agak lama tanpa sebarang n3.

Inilah dia keluarga kecilku. Raya tahun ni keluargaku bertambah seorang lagi, isteri adik. Tapi yang paling seronok adanya nenek bersama-sama kami sekeluarga di pagi raya. Sebenarnya rumah nenek cuma beberapa langkah dari rumah abah. Tapi sebab Cik Oja dan Ucu aku balik rumah keluarga mentua, nenek x ada pilihan lain. Rumah mak cik2 aku yang lain pun dekat2 aje, cuma mungkin nenek lebih selesa dengan mak. Tapi yang buat aku rasa mcm bulan jatuh ke riba, nenek yang selama ni tak suka bergambar, terpaksa juga bergambar dengan kami. Aku siap cakap, kalau dia x nak bergambar, aku nak hantar dia balik. Kesian nenek aku, dia cuma senyum aje bila aku cakap mcm tu. Tapi lepas tu aku dah minta maaf...

Ini pulak gambar abah, Abang Nasir, angah, chik, adik-adik aku dan satu-satunya anak saudara lelaki aku.

Ini pulak gambar nenek, mak, kak long, Ila, Ina dan dua orang anak saudara perempuan milik keluarga kami.

Inilah dia tiga orang buah hati pengarang jantung keluarga aku. Merekalah racun dan merekalah penawar. Kadang-kadang buat kami ketawa tapi kadang-kadang buat kami menjerit sebab geram. Tapi yang paling best, dia orang ni sebenarnya x pandai lagi nak minta-minta duit raya yang jumlahnya besar-besar. Apa yang kte orang bagi, dia org x merungut. Cuma si kakak, terus bukak sampul duit yang aku bagi, dia kata 'wow'. Abang Chik aku siap cakap yg 2 dia bagi, ini mak tamlah yg bagi, dia balas.

Ini pulak anak sepupu aku. Tina... nama dia. Dia pun x jalan ke mana-mana, cuma datang rumah aku je. Takut kena culik dia kata. Ada-ada ajelah...

Yang lelaki di tengah-tengah itu, Aziz Naufal... sepupu aku yang kadang-kadang agak menakutkan sebab nakal benar.

Selamat Hari Raya...

October 11, 2007

Aku, Bikash, Shanika & Lepak-lepak...

Pantasnya masa berlalu, sedar x sedar lagi dua hari dah nak raya. Macam x percaya pulak rasa, tapi kena percayalah juga sebab ini memang kenyataan. Dan, dari ni hari terakhir aku di KL sebab kejap lagi pukul 1.30 tengah hari dah nak balik Johor. Tapi... bukanlah balik terus, Ahad depan baliklah semula, kerja macam biasa.

Jadi, sebab dah nak raya sangat, semalam... aku, Bikash & Shanika sepakat untuk jumpa di gerai dekat2 dengan tempat tinggal kami. Maklumlah, kami duduk tempat yang sama, cuma lain2 blok aje. Tapi walaupun dekat x sampai berapa minit jalan kaki, boleh dikira dengan jari berapa kerap kami jumpa. Yelah, masing2 sibuk dengan tugas yang diamanahkan. Itu pun sepanjang puasa ni aku sempat jumpa Shanika dua kali, pertama masa buka puasa dengan dia tanpa Bikash sebab awek tu ada kerja, hujung minggu lepas pula, aku pergi teman Shanika pergi shopping. Jenuh juga kami gerak dari satu kedai ke satu kedai. Hujan pun selamba aje kami berdua berjalan tanpa payung. Buat-buat macam tak hujan aje. Setelah hampir 8 jam baru balik rumah. Letihnya TUHAN aje yang tahu.

Bikash pun aku ada jumpa masa awal2 puasa dulu sebab ada hal yang perlu diuruskan. Cuma Shanika dan Bikash aje yang x pernah jumpa sepanjang puasa ni. Sebab tulah kami berjanji semalam. Janjinya pukul 8.00, tapi aku sampai 8.10 sebab basuh baju. Masa tu cuma ada aku dengan Bikash aje sebab Shanika lambat sikit, dari opis. Diakan memang selalu sibuk, jadi kteorg dah biasa. Kat gerai tu aku dan Bikash duduk kt meja yg belum berkemas. Lama menunggu tapi masih x kemas2 juga sampai terpaksa panggil pekerja gerai tu. Yang kelakarnya, dia datang dengan pen dan kertas di tangan. Bukannya dia nak ambil order tapi rupa-rupanya nak kira. Ketawa sekejap aku dibuatnya, belum makan dah kena bayar ke? Lepas tu, tunggu dua gelas air sampai setengah jam. Nasib baik aku dah minum siap2 kat rumah. Kalau x mesti lagi bengang.

Sementara tunggu Shanika, lamalah juga aku dengan Bikash borak, macam-macam cerita keluar. Kejap itu dan kejap ini, rasanya macam tak cukup mulut aje. Pukul 9 lebih, dekat2 pukul 10 baru Shanika sampai. Itu pun jenuh dia tunggu kopi ais yang dia order x sampai-sampai. Kesian aku tengok budak kecik tu macam lipas kudung. Dia kata kejap lagi dia kena pergi opis lagi. Mak ai, orang lain pun kerja juga. Tapi dah pukul 11.30 malam, aku rasa mcm dah x sesuai kalau dia patah balik pergi opis. Akhirnya dia x jadi pergi, kerja memang x akan pernah habis. Masa tu juga adik Bikash datang, seronok pulak dapat menyakat budak tu. Tapi pas tu aku pulak yang kena, lebih2 lagi pasal telefon awam... hahaha, dalam diam2 ye.

Lepas salam peluk cium dengan dia orang, masing2 balik rumah sendiri. Sedihnya bila masing2 ucap selamat hari raya. Tapi kejap aje rasa sedih tu sebab tak lama lagi masih boleh jumpa lagi. Cumanya x tahu bila masanya. Yang pasti kalau ada umur dan rezeki, pasti ada lagi pertemuan. So, selagi ada nafas dan nadi jangan pernah berhenti berharap.. Sekian...

Lunaskan Hutang...

October 2, 2007

Hari ni aku sekadar nak melunaskan hutang pada Kak Norisah dan Bikash yang dah 'tag' aku beberapa minggu lalu. Minta maaflah sebab terlambat, mood agak kurang sejak akhir-akhir ni dan tengah mencari2 apa habit atau fakta yg ada pada diri ni. Pada Kak Fishah dan kawan2 yg tag aku, sabar ye...

@Eight random facts/habits about me@

1- Suka Ketawa
@ Rasanya sejak dulu pun aku memang suka ketawa. Kadang-kadang kalau aku nak bercerita pada orang lain sesuatu yang bagi aku kelakar, aku akan bercerita sambil ketawa dan itu menyebabkan cerita aku tersekat-sekat sebab lebih ketawa daripada cerita. Sudahnya pendengar cerita aku akan turut ketawa, bukan ketawakan cerita aku tapi ketawa sebab tengok cara ketawa aku yang bersungguh2 @

2- Takut / Geli Tahap Melampau Kat Ulat dan Kaum Keluarganya
@ Aku baru sedar aku takut spesis jenis ni masa aku umur 8 tahun. Itu pun gara2 sepupu aku masukkan ulat cempedak dalam gam kertas yang aku baru beli kat kedai. Sudahnya sampai sekarang aku x boleh tengok gambar ulat, apalagi tengok depan2 dan pegang. Rasanya aku boleh mati berdiri. Sebab tu juga aku dah xsuka hutan, seram mengingatkan pacat dan lintah @

3- Banyak Cakap
@ Kalau orang yang baru kenal aku, mesti ingat aku seorang yang pendiam sebab aku agak malu dengan orang yang aku baru jumpa pertama kali. Tapi bila dah 2 atau 3 kali jumpa, aku dah boleh buang rasa malu tu walaupun sisa2 ada tinggal lagi. Lagipun, dalam keluarga pun, akulah yang tergolong dalam golongan paling banyak cakap. Kadang2 rasa mcm tak cukup satu mulut aje @

4- Sangat Nakal Masa Remaja
@ Sampai sekarang ni aku rasa mcm x percaya aku pernah bergaduh dengan kawan dan akhirnya aku masuk parit dan yang paling x patut badan aku muat2 parit tu, nasib baik x lekat. Entah mcm mana, pak cik aku boleh lalu masa tu dan sudahnya yg kena marah aku sorg aje. Kawan aku tu sengih2 aje lepas buat tangan aku terkehel, hidung aku calar dan bibir aku pecah. Lepas tu, pak cik aku cakap, kalau dia nampak lagi aku esok, siap. Aku buat muka selamba dan esoknya aku keluar lagi mcm biasa, jadi kutu rayu kt kampung @

5- Hampir Setiap Malam Membaca Novel
@ Kalau sehari tak membaca novel rasanya macam ada yang kurang aje dalam sehari tu. Kalau tak ada novel baru, biasanya aku akan ulang balik novel yang sedia ada. Sehari dapat 10 atau 15 m/s pun rasanya dah cukup. Kadang-kadang ada juga 1 m/s sehari @

6- Suka Menulis Menggunakan Pen Mata Bulat.
@ Aku suka hentak-hentakkan pen ke meja atau lantai dengan harapan dakwat pen itu akan jadi putus-putus (tapi tidaklah sampai tersekat sampai x boleh tulis). Tapi malangnya selalu x bernasib baik sebab bila hentak-hentak pen tu, bukan dakwat pen yang putus2 tapi langsung tak keluar dakwat. Kalau putus2 pun tersekat2 sampai x boleh menulis. Sudahnya jadi habuan bakul sampah @

7- Kurang Sabar / Cepat Melatah
@ Yang ni aku dah cuba buang dan akhir2 ni dah agak berkurangan. Pelik pulak bila fikir, aku cepat melatah bila hati aku dicuit dengan sesuatu yang aku x suka. Cuma marah aku bukanlah menggunakan kaki dan tangan macam dulu2, aku akan diam dan jadi batu sehingga org yg membuat aku bengang tegur aku. Lepas tu semuanya ok kembali. Huh... buruknya perangai @

8- Mudah Simpati
@ Bila hati aku sakit, aku selalu cakap x nak kawan dengan org yg dah sakitkan hati aku. Kononnya mcm menyesal. Tapi bila tengok muka org tu sedih, aku pulak yang rasa bersalah walaupun sebelum-sebelum ni marah meluap2. Mcm budak2lah pulak @

Tagging rules :
1. Each blogger must post these rules.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged and to read your blog.
**xtau nak tag sape lagi, jadi sesiapa yg berminat boleh bgtau biar aku masukkan nama di sini**

Selamat Jalan Kak Zai...

September 26, 2007

Hari ni masuk hari ke 14 puasa. Rasanya mcm baru semalam aje aku buka puasa pada hari pertama, sorang-sorang depan TV sebab kawan2 yang lain balik kampung. Dan, sepanjang 14 hari ni macam ada banyak benda yang aku nak tulis kat sini, bahkan sebelum puasa pun ada perkara menarik yang aku nak kongsi. Tapi x ada pula idea yang datang, padahal aku ni suka benar kalau dapat duduk depan PC ni. Rasa puas semacam. Sayangnya bila x ada idea mana boleh paksa.

Hari ni aku nak menulis sebab ada rasa suka dan duka kat hati aku hari ni. Yang suka dan buat aku seronok, bila aku dan kawan2 berdiri di luar bahagian sebab nak ambik gambar. Tiap2 tahun pun ini juga yang kami buat bila dah hampir dengan Hari Raya. Bukannya apa, gambar2 ni sebenarnya diambil sebab dah jadi budaya kat DBP ni bila bulan puasa aje, tiap2 bahagian saling bertukar-tukar kad raya. Masing-masing saling mahu menonjolkan kekreatifan. Siapa yang paling menarik dan siapa pula yang sebaliknya. Jadi gambar2 yang kat bawah ni diambil sebab nak dijadikan kad raya yang dengar2nya nak dimasukkan pantun. Cuma pantun apa aku masih belum pasti. Tapi masing-masing dah mula bertanya siapa yang boleh buat pantun. Aku siang2 lagi dah angkat tangan nak cabut sebab aku memang x pandai bab pantun2 ni.

Tapi di sebalik keriuhan dan kemeriahan bergambar dan mencari pantun2 yang menarik, esok bahagian aku akan kehilangan Kak Zai sebab Kak Zai akan berpindah ke Cawangan Sarawak. Permohonan dia ke sana telah pun diluluskan setelah beberapa tahun memohon. Sedih rasanya sebab bahagian aku yang hanya 12 orang semakin kurang, apalagi tempat Kak Seri masih belum berganti, tempat Kak Nor yang kini dah jadi bos aku pun tak ada pengganti. Mesti lepas ni bahagian aku akan jadi lebih sunyi dan sejuk. Dan aku, aku tentunya akan lebih terasa sebab Kak Zai selalu sangat menyakat aku. Dia suka sangat kalau aku melawan cakap dia atau konon2 marahkan dia. Tapi x kisahlah asalkan Kak Zai dapat duduk dengan keluarga dia di Sarawak. Dan, yang pasti Kak Zai tetap aku kenang sampai bila-bila. Aku bila pulak dapat balik ke Johor agaknya?

Hem... inilah gambar yang diambil, cuma sengaja aku posterkan, supaya nampak lain macam sikit. Jadi, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka puasa buat semua.






Ramadan Yang Datang...

September 12, 2007

Esok 1 Ramadan 1428 H, bulan yang dinantikan tiap-tiap orang Islam, bulan yang datangnya hanya setahun sekali dan bulan untuk menguji sama ada cukup sabarkah seseorang itu atau sebaliknya. Tapi bagi aku pulak lebih daripada itu. Bulan Ramadan selalu mengingatkan aku pada Ramadan yang dah semakin menjauh. Masa berlalu, ingatkan aku dah jadi 'iron lady' tapi ketawa dan senyum rupa-rupanya bukan satu tiket yang kita sebenarnya bergembira. Menipu orang lain, x sesukar menipu diri sendiri. Tapi yang pasti, semalam hanya tinggal sejarah semata-mata. X mungkin akan terulang sekali lagi walau dengan menangis air mata darah sekali pun.

Apa pun aku tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk terus menghirup segarnya udara di bumi TUHAN yang penuh dengan warna warni ini. Moga Ramadan kali ini akan membuatkan aku lebih kuat dan bersemangat jitu untuk terus melangkah ke depan, bukan memandang ke belakang terus-terusan. Untuk dia yang telah pergi, semoga ALLAH mencucuri rahmat dan kasih sayang padanya. Dan, untuk semua umat Islam yang ada di dunia ini, Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan membawa sejuta sinar hendaknya. Amin!

Salam Sayang,
-aleya aneesa-

@ Alahai Salah Siapa? @

September 7, 2007

Dua hari lepas makan free sebab ada orang belanja sempena naik pangkat, semalam pun makan free lagi sebab orang belanja sebab dapat anugerah cemerlang dan hari ni pula makan free lagi sebab... hem, kali ni x tau sebab apa. Tapi syukurlah, kata orang rezeki jangan ditolak dan musuh pulak jangan dicari.

Jadi, tepat pukul 11.00 pagi, aku dan Diana pun naik ke tingkat 22 macam semalam. Sampai kat sana, ramai yang dah ada sebab aku kira yang terlewat. Dan, ada juga yang sudah pun beratur untuk mengambil makanan dan minuman. Aku dan Diana malas nak berebut-rebut. Kami hanya lepak-lepak sambil berbual-bual sementara menunggu giliran. Tak lari ke mana makanan tu sebab ada banyak. Dah reda aku dan Diana mula beratur, tapi kali ni barisan dah x panjang. Macam budak-budak sekolahlah pulak rasa.

Nasi lemak rupanya menu hari ni... hem, ini pun dah cukup bagus sebab aku memang x sarapan hari ini sebab x sempat. Hanya minum air aje. Dah dapat kami pun duduk kat tempat Kak Ton sebab dia x datang. Tempat tu kira kat hujunglah juga. Lagipun dah x ada tempat lain. Sempat juga aku dengan ada orang kata, asyik berdua aje tapi aku sengih ajelah. Sambil itu Diana pun ambillah kuih-muih sebagai pencuci mulut. Tak ambik karang x habis pulak.

Baru dua suap nasi masuk ke mulut aku, Diana tiba-tiba menjerit sambil berdiri dengan muka yang panik. Aku pun tengoklah kat dalam pinggannya dan aku juga spontan ikut berdiri tanpa kata. Kawan2 yg lain pelik, aku pandang Diana, Diana pandang aku. Nak cakap takut aku salah pandang. Jadi kami biarkan, Kak Sal dan Kak Nab tengok. Sah! Aku x silap pandang, memang cicak yang dah kering dalam sambal 2. Apalagi, tekak terasa kembang dan loya tiba-tiba dan Diana sudah hilang di pantri sebab termuntah. Suasana yang tadinya aman damai dah mula kecoh. Dan, aku hanya mampu mengeluh kerana memang bukan rezekiku hari ini. Kawan-kawan suruh beli sambal kat kantin sebab sambal yang ada tu Melisa tempah kat orang luar. Tapi tekak aku memang dah x lalu nak makan, aku dan Diana pun balik ke bahagian. Sedihnya... tapi mujur juga aku belum cuit sambal 2, kalau x... jeng, jeng, jeng... makan cicak tu... uwekkk... Jadi... kesimpulannya, berhati2lah semasa makan. Jangan main serbu aje...

Hari Merdeka Yang Berlalu...

Hari Merdeka dah berlalu tapi hendaknya kemerdekaan di negara kita x akan berlalu sampai bila-bila. Gambar di bawah ni sengaja aku letakkan di sini. Siapa yang bertanggungjawab memakaikan anak2 buah aku tudung ni aku x tahu. Sedar-sedar semuanya dah bertudung litup begini. Si lelaki seorang tu pun nampak kelakar dengan tudung di kepala. Tapi gelagat mereka bertiga benar-benar mencuit hati hingga aku dan adik-beradik yang lain berebut-rebut ambil gambar mereka bertiga semata-mata nak abadikan kenangan terindah ni.

Terima Kasih Atas Komen Ini...

September 5, 2007

Salam buat semua. Dah lama rasanya x masuk ke web Alaf 21. Tapi hari ni tergerak pulak hati nak meninjau2 ke sana. Dan, hasilnya aku temui sesuatu yang amat berharga untuk aku kenang dan pegang. E-mel yang datangnya dari sla black afiq_izzah, inilah yang aku maksudkan. Sungguh, e-mel ini benar-benar membuatkan aku rasa terharu. Tak tahu macam mana nak kata tapi aku benar-benar menghargai e-mel tersebut. Terima kasih kepada pengirim e-mel yang sedikit sebanyak telah membuatkan semangatku untuk terus menulis berkobar-kobar kembali. Inilah e-mel yang aku maksudkan...

-Emelda mengungkap wajah seorang wanita-

Telah berulang kali keselak dan kubaca novel karya Aleya Aneesa yang satu ini, 'Kasih Antara Kita.' Namun, perasaanku sama sahaja, tiada bezanya semasa kali pertama kubaca novel ini. Setiap kali aku tatapi novel ini, setiap kali itulah air mataku bertali arus menuruni pipiku.

Penderitaan yang ditanggung oleh Emelda membuatkan wataknya sentiasa rapat dengan diriku. Betapa, setiap kali membaca kisahnya, aku seakan terasa betapa hebatnya dugaan yang ditanggung oleh Emelda. Wataknya membuatkan aku seakan tidak terdaya untuk menghadapi hari mendatang kerana sememangnya deritanya sahaja terlalu mendalam, lukanya terlalu parah. Sesungguhnya, seorang yang kuat berahsia lebih hebat sengsaranya berbanding dengan orang yang boleh meluahkannya.

Seorang perahsia bukannya senang untuk menjadi seorang pelakon di khalayak ramai, terutamanya orang yang terlalu hampir dengan kita. Banyak yang perlu dilakukan dengan kekuatan rohani dan jasmani.

Watak Emelda yang kehilangan kasih seorang kakak memang dapat saya rasainya kerana hanya orang yang pernah merasa kehilangan insan tersayang akan dapat merasai kesengsaraan Emelda. Hakikat kehilangan itu memang sukar untuk ditelan biar kita sentiasa menghadapi hari depan. Watak Emelda sememangnya menyerlahkan sifat sebenar seorang wanita di bumi yang nyata, iaitu sentiasa tabah dan kuat untuk orang lain, namun menjadi insan yang paling lemah jika hatinya terusik.

Hakikatnya, novel ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk dihayati biarpun berulang kali. Buat Aleya Aneesa, tahniah kerana novel ini dapat mengungkap perasaan seorang wanita biarpun mereka seorang gadis, seorang isteri ataupun ibu tunggal. Kenyataannya, mereka juga punya perasaan untuk dibelai dan dimanjai. Juga sekeras mana pun seorang wanita itu, mereka sebenarnya mempunyai satu perasaan yang mulus, iaitu mudah memaafkan tetapi tidak mudah melupakan.

Terima kasih sekali lagi kepada pengirim e-mel ini.

Tak Menarik Tapi Hati Suka VS Menarik Tapi Hati Kurang Suka...

September 4, 2007

Itulah persoalan yang aku fikirkan sejak beberapa minggu lalu. Bukannya apa, aku ada keluar dengan kawan2 satu opis baru2 ni. Kononnya nak tengok kalau2 ada kain yang berkenan di hati. Maklumlah aku kalau bab pilih memilih ni memang hancur sikit.

Selalunya apa yang aku suka atau apa yang aku rasa menarik, orang lain x suka dan anggap x menarik. Isyh... buruk benar ke cita rasa aku? Entah, bagi aku warna hitam, coklat, kelabu, biru gelap dan yang sewaktu dengannya, semuanya aku rasa dah cukup lawa. Tapi kawan2 aku kata x cantik langsung warna2 tu semua. Baru aku pegang satu kain dalam warna2 gelap tu, kawan2 aku pandang semacam. Dengan rupa orang x percaya pun ada juga. Diaorg kata muda lagi, jadi kenapa nak tutup usia 2 di sebalik warna2 macam tu? Pilihlah warna yang cerah2 sikit, kata diaorg. Aku hanya tersengih sambil letak balik kain yang 'tak cantik' 2. Ia ke x cantik?

Lepas 2 aku pegang pula satu kain, baru aku tengok2 dan belum pun tanya lagi, Kak Zai dah kata x cantik. Kuat pulak tu suara dia. Sekali lagi aku tersengih, dalam hati frustlah jugak sebab cantik tukan abstrak sifatnya. X sama bagi setiap orang. Jadi aku pun cakaplah kat diaorang, aku tengok kain 2 dengan hati, bukannya dengan mata. Tapi diaorg jawab, masalahnya orang lain tengok dengan mata, bukan dengan hati. Sudahnya aku ketawa dan x pilih lagi sebab malas, ada aje yang x kena kalau aku pilih. Dah nak balik 2 barulah aku beli, itu pun lepas 3 orang kata cantik, cuma aku aje yang kata x cantik. Aku pun dah malas nak fikir lagi, mungkin apa yang diaorg pilih 2 sesuai untuk aku, jadi rasanya x salah kalau terima pandangan orang lain sekali sekala kalau tujuannya elok. Tak jadi kudis pun.

Bila bawa balik kampung, mak aku cakap cantik. Tukang jahit kat rumah pun cakap cantik juga. Sah... memang aku punya cita rasa yang lain daripada yang lain. Tapi nak buat macam mana, kalau hati dah sukakan? Dan, bila tengok balik baju2 aku dalam almari... ye x ye juga, memang pun koleksi baju aku banyak warna gelap dan corak yang entah ape2. Kalau orang tengok mesti ketawa. Tapi sampai ke hari ni aku masih berfikir, "Tak Menarik Tapi Hati Suka VS Menarik Tapi Hati Kurang Suka", mana sebenarnya pilihan aku? Dan, mana pula pilihan kawan2? Hehe... sekian dulu, salam buat semua...

Selamat Hari Kemerdekaan...

August 30, 2007

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-50 buat seluruh rakyat Malaysia walau di mana saja berada. Semoga bumi tercinta ini akan terus aman dan damai sampai bila-bila. Amin! Hem... MALAYSIA...

Tahniah...

Bola sepak? Hem... rasanya aku bukanlah jenis yang gila bola. Last tengok pun tahun lepas, masa tu tengok Piala Dunia kat kedai makan dengan Shanika. Kat rumah pun jangan harap aku nak tengok. Bagi aku, aku cuma minat tengok bola kalau ada abang2 atau adik2 aku yang main. Masa tu aku yang x minat bola boleh jadi minat. Konon2nya nak bagi sokongan morallah, tapi kalau diaorang kalah akulah yang nombor satu mengutuk. Siap cakap diaorang main macam hampeh. Kiranya aku dalam kategori penyokong yang x boleh harap kot. Itu pun, dah lama benar aku tak tengok diaorang main. Baru2 ni pun nak tengok abang aku main bola 2 sambil cuci2 mata, tapi dia pulak yang x jadi main. Melepaslah aku...

Tapi hari ni aku nak masukkan n3 pasal bola sebab nak tumpang gembira bila skuad bola sepak negara berjaya menumpaskan Myanmar 3-1 dan seterusnya meraih gelaran juara dalam Pestabola Merdeka. Kiranya kemenangan ni merupakan hadiah yang paling bermakna buat semua sebab esok rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-50 tahun. Lagipun dah 14 tahun negara kita x menang dalam pertandingan ini. Kali terakhir negara kita jadi juara pun pada tahun 1993 lepas dapat kalahkan Korea. Dan semalam, dapat kalahkan juara bertahan, tentu rasanya lebih manis lagi.

Aku yang tak tengok perlawanan tu pun dah rasa bangga semacam bila dapat tahu skuad negara menang, apalagi bagi 50 000 penonton yang tengok kat Stadium Shah Alam tu, tentu senyum sampai ke telinga. Siapa sangka, lepas banyak kali kalah dalam apa pun pertandingan, skuad negara kita berjaya juga semalam. Syabas buat pasukan skuad negara kita yang x pernah jemu berusaha. Aku harap kejayaan mereka tak akan terhenti sampai setakat semalam aje, sebab sekarang ni tentu ramai yang sebelum ni rasa x puas hati dengan corak permainan yang ditonjolkan dah mula mencelikkan mata. Jadi, apalagi... teruskan usaha. Yeah... Malaysia boleh!

Firasat Penggunaan Bantal...

August 29, 2007

Sebenarnya aku tak tahu sama ada firasat ini benar atau pun hanya mitos semata-mata. Tapi aku saja masukkan sebagai n3 sebab nak kongsi dengan kawan-kawan dan saja nak suka-suka. Terlanjur cuaca kat luar pun nampaknya cerah, jadi seronok rasanya kalau dapat kongsi sesuatu yang menarik di hari Rabu ni. Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan. Jadi, mari kita sama-sama tengok yang mana satu kategori kita.

1) Memeluk Bantal
- Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
- Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
- Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
- Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi.
- Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
- Mereka biasanya kurang keyakinan dalam kehidupan seharian mereka.
- Memerlukan banyak pendamping.
- Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
- Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
- Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
- Mereka mempunyai sifat kurang baik.
- Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan.
- Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
- Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita.
- Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur Tanpa Bantal
- Mereka memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
- Kasihan betul... pergi kedai belilah satu…

* Jadi di mana kategori kita? Dan, masalahnya aku tergolong dalam jenis manusia dari no 1-4, semua itu sifat akukah? Hem, peningnya kepala… tapi yang pasti ada yang kebetulan terkena dan ada juga yang x sama langsung atau sebenarnya aku yang tak sedar. Entahlah ye…

Al- Fatihah...

August 28, 2007

Semalam Dina akhirnya kembali juga ke alam yang kekal setelah lama menderita penyakit barah otak. Sedih sangat rasanya pagi tadi bila aku baca SMS daripada Kak Azie, walaupun aku tak kenal rapat dengan dia. Hanya tahu dan kenal dia melalui alam siber dan cerita-cerita yang disampaikan Kak Azie padaku. Sampai saat ini pun aku rasa macam x percaya sedangkan aku dah lama terima kenyataan kalau hayatnya x mungkin akan panjang. Hanya aku selalu mengharapkan keajaiban akan timbul buat dia. Tapi siapa manusia nak mencabar takdir?

Sungguh, aku dalam diam sebenarnya kagum dengan semangat dan kekuatan yang ada pada dia. Keanehan dia pula bagiku satu keistimewaan yang tidak ada pada orang lain di dunia ini. Dia terlalu unik dengan kelebihan yang ada padanya. Dan, aku terkilan sebab hajat aku dan Kak Azie untuk melihat dia tidak kesampaian. Lebih terkilan lagi bila mengenangkan dia hanya melihatku dari jauh ketika di Pesta Buku hari tu dengan alasan malu. Sedangkan aku benar-benar berharap dapat melihat wajahnya supaya aku boleh bercerita pada Kak Azie, dia jenis orang yang bagaimana. Tapi kini semuanya x akan jadi kenyataan. Pun, kalau memang ini takdir-NYA, aku berdoa semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Perginya dia bermakna, tidak akan ada lagi kesakitan yang ditanggung selama ini. Al-Fatihah untuk arwah Dina, Al- Fatihah..

Tak Ada PC...

August 23, 2007

Salam buat semua. Rasanya dah beberapa minggu x tulis apa2 n3 di sini. Pc diserang virus dan sampai sekarang masih x boleh diperbaiki walaupun dah diformat baru. Ini pun dapat pc loan, hem... ingat duit jer yang boleh loan, barang2 pun boleh juga rupa-rupanya. Tak kisahlah janji ada daripada x ada langsung.

Hampir 3 minggu jugalah aku jadi manusia baik, tekun menghadap manuskrip 'Intisari Karya Klasik (11)' walaupun ada masa2nya rasa nak termuntah sebab aku x berapa dengan karya klasik dan tradisional ni. Tapi aku buat2 minat sangat sebab dah x ada pilihan lain lagi. Lagipun tebal, ada 674 m/s, lagilah rasa macam x boleh nak buat. Selalu kena perli dengan kawan2 sebab aku dah jadi rajin, pun aku buat2 x dengar aje. Padahal dalam hati, tension macam nak rak. Dahlah, x ada pc, nak edit pulak karya lama. Tapi bila lama2 baca, seronok juga walaupun ada yang x masuk akal dan berbelit-belit sampai aku boleh senyum dan ketawa sorang2. Ada banyak benda menarik yang selama ni aku x tahu. Tapi x habis lagi aku mengedit dan harap2 aku boleh siapkan cepat walaupun dah ada gangguan depan mata ni.

Tiga minggu juga aku jadi orang nomad, pindah dari satu tempat ke satu tempat kawan2 yang x datang semata2 nak tengok blog, tengok e-mel dan apa2 yang patut. Seganlah juga, tapi nak buat macam mana, itu ajelah caranya. Jadi, sebab meminjam x adalah aku beria-ia menulis. Sekadar menjengah2 mana yang patut. Nasib baik la ni dah ada, x payahlah jadi orang nomad lagi.

Terima kasihlah kepada sesiapa yang menjengah walaupun aku kerap x ada, kedatangan kawan2 sangat dialu-alukan. Rasanya cukup sampai di sini dulu, lain kali aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang hampir tiga minggu aku x ada pc sendiri di opis. Sekian, salam sayang buat semua.

- HeM... eNtAhLaH -

August 3, 2007

Ikutkan hati hari ni memang x nak pergi mana2 masa rehat tadi sebab x nak beli ape dah rasanya bulan ni. Tapi bila Diana ajak makan kat Secret Recipe, aku okey aje. Lagipun hari ni dia sedih, ape guna jadi kawan kalau x leh berkorban sikit kan? Jadi tepat pukul 12, kami pun pergi Secret Recipe kat depan Times Square. Yang sebenarnya aku jarang pergi area belah sana. Tapi rasanya itulah yang paling dekat

Aku ni sebenarnya baru aje makan kt Secret Recipe minggu lepas masa pergi Negeri Sembilan. Tapi makannya dekat Melaka sebab pergi merayap dengan abang, kakak ipar n anak dia. Jadi, nak makan ape hari ni? Tapi x kisahlah, janji Diana senang hati dan lupa sekejap problem dia. Lepas pekena nasi, air dan kek carrot kegemaran aku, kte org pun merayap pulak kat Sungei Wang sebab awal lagi rasanya. Nak balik pun alang-alang. Jadi bermulalah aktiviti cuci-mencuci mata. Paling banyak kte org masuk kedai kasut, try itu try ini, lepas tu senyum-senyum dah keluar dengan tangan kosong. Kan dah cakap, cuma nak cuci2 mata aje. Itu yang x beli ape2 2.

Bila dah puas kononnya nak balik, malangnya x dapat cari jalan keluar. Lama jugalah berpusing2. Maklumlah, memang aku jarang2 benar datang ke tempat 2. Tak ada keperluan di situ. Diana pun macam tu gak. Malu gak rasa, tapi nak buat macam mana kan? Lagipun mana ada orang yang kenal kte org. Cari punya cari akhirnya jumpa juga pintu yang dicari. Masa nak keluar tu, kat tengah-tengah orang ramai, aku dan Diana terperanjat sangat. Depan biji mata kami dan orang yang ada kat c2, ada 1 couple, dengan selambanya kiss awek dia. Bukan kat pipi atau dahi pulak tu. Ya ALLAH! Aku pandang Diana, Diana pandang aku. Tak tau sama ada nak ketawa atau marah. Tapi yang pasti kte org pulak yang malu tengok. Perempuan tu pakai tudung dan bukan aku nak kata perempuan pakai tudung 2 semuanya baik. Sekurang-kurangnya hormatilah sikit tudung yang balut kepala dia tu. Aku pun bukannya nak jaga tepi kain orang, cuma... hem, entahlah. Malu kot sebab dah tertengok. Hati tertanya sendiri, 'Aku sebenarnya ada kat Malaysia atau negara Mat Saleh?' Tak tahulah...

-HaRaPaN -

Salam hari Jumaat buat kawan-kawan yang masuk ke sini dan kepada sesiapa saja yang ada di dunia ini. Harap-harap kita semua ceria hari ini. Kebetulan terjumpa gambar kat bawah ni, jadi masukkan di sini. Antara bunga mawar tu, rama-rama dan kata-kata tu, tak tahu yang mana satu yang buat aku rasa tertarik. Tapi, ya... aku suka ketiga-tiga kombinasi yang bagi aku sangat sepadan. Cantik sangat...

- SeLaMaT hArI lAhIr AdIk -

July 20, 2007

Inilah gambar2 masa hari jadi 2 yang sempat aku ambil. Ada banyak lagi tapi yang ni semua antara koleksi yang aku sayang, jadi aku masukkan kat sini. Ada kenangan terindah yang aku nak simpan.

Inilah kek yang aku ambik 2. Ada nama Adik Nana & Nasir. Tapi yang nama Nasir 2, ayah dia tapi dah Kak Long suruh letak nama husband dia, aku ikut jer sebab birthday dia pun baru jer lepas. 2 dalam 1, okeylah tu kan?

Yang inilah dia yang beria-ia nak meniup lilin, macamlah sebelum2 ni tak pernah tiup. Siap bagi jelingan maut lagi kat aku sebab tak ada lilin.

Yang ni pun dia juga, cuma tudung di kepala entah terbang ke mana, nama dia Nurul Hannah, tapi family aku panggil Adik Nana. Dia selalu kata x suka aku sebab garang, tapi bila susah aku juga yang dicari.

Yang ni pula, 3 anak buah aku, 1 anak sepupu aku, Nurul Arien Azlina, kira anak buah juga dan yang baju putih 2, sepupu aku Siti Nurfarhana.

Dan... yang ini pula 3 orang anak angkat doraemon yang mengamuk sebab tak kena beri main ps2, lepas selesai majlis kecil 2. Tapi yg paling best, diaorng main game lumba kereta. Si Kakak, doraemon coklat, terpilih kereta buruk. Kteorg ketawakan dia ramai2 dan dia pun nangis sebab rasa org ejek dia. Masa dia nangis2 dia tunjuk2 tangan kat aku. Kenapa? Rupanya dia marahkan aku sebab aku yg ketawa paling kuat. Lo... aku pulak yang kena? Padahal ramai lagi yang ketawa sama. Lagipun sape suruh dia pilih kereta buruk. Sahlah memang diaorg x sukakan aku. Hem... x kisahlah, janji aku suka diaorng.

Doraemon biru pula, asyik dia aje yang nak main, x nak kasi orang lain kalau boleh. Abang aku dah bengang gila kat dia. Dan, doraemon hijau pula, perasan... dia pegang joystick (betul ke?) 2 mcm dia yg main padahal bukannya berfungsi pun. Agaknya dia tau sebab pas 2 dia suruh masukkan game bola sepak. Kesian dia, mentang2 kecik senang aje kena tipu. Hem... memang macam2 klu dah berkumpul...