Ramadan Yang Datang...

2:58 PM

Esok 1 Ramadan 1428 H, bulan yang dinantikan tiap-tiap orang Islam, bulan yang datangnya hanya setahun sekali dan bulan untuk menguji sama ada cukup sabarkah seseorang itu atau sebaliknya. Tapi bagi aku pulak lebih daripada itu. Bulan Ramadan selalu mengingatkan aku pada Ramadan yang dah semakin menjauh. Masa berlalu, ingatkan aku dah jadi 'iron lady' tapi ketawa dan senyum rupa-rupanya bukan satu tiket yang kita sebenarnya bergembira. Menipu orang lain, x sesukar menipu diri sendiri. Tapi yang pasti, semalam hanya tinggal sejarah semata-mata. X mungkin akan terulang sekali lagi walau dengan menangis air mata darah sekali pun.

Apa pun aku tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk terus menghirup segarnya udara di bumi TUHAN yang penuh dengan warna warni ini. Moga Ramadan kali ini akan membuatkan aku lebih kuat dan bersemangat jitu untuk terus melangkah ke depan, bukan memandang ke belakang terus-terusan. Untuk dia yang telah pergi, semoga ALLAH mencucuri rahmat dan kasih sayang padanya. Dan, untuk semua umat Islam yang ada di dunia ini, Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan membawa sejuta sinar hendaknya. Amin!

Salam Sayang,
-aleya aneesa-

You Might Also Like

1 comments

  1. berat mata memandang, berat telinga mendengar, tak kn mampu membayangkn betapa berat bahu yg memikul segala rasa...tp redha dn sabar hambaNYA yg ingin diuji Tuhan, Sis. Dn DIA Maha Mengetahui akn kemampuan hamba2NYA...

    ReplyDelete