Dua hari lepas makan free sebab ada orang belanja sempena naik pangkat, semalam pun makan free lagi sebab orang belanja sebab dapat anugerah cemerlang dan hari ni pula makan free lagi sebab... hem, kali ni x tau sebab apa. Tapi syukurlah, kata orang rezeki jangan ditolak dan musuh pulak jangan dicari.
Jadi, tepat pukul 11.00 pagi, aku dan Diana pun naik ke tingkat 22 macam semalam. Sampai kat sana, ramai yang dah ada sebab aku kira yang terlewat. Dan, ada juga yang sudah pun beratur untuk mengambil makanan dan minuman. Aku dan Diana malas nak berebut-rebut. Kami hanya lepak-lepak sambil berbual-bual sementara menunggu giliran. Tak lari ke mana makanan tu sebab ada banyak. Dah reda aku dan Diana mula beratur, tapi kali ni barisan dah x panjang. Macam budak-budak sekolahlah pulak rasa.
Nasi lemak rupanya menu hari ni... hem, ini pun dah cukup bagus sebab aku memang x sarapan hari ini sebab x sempat. Hanya minum air aje. Dah dapat kami pun duduk kat tempat Kak Ton sebab dia x datang. Tempat tu kira kat hujunglah juga. Lagipun dah x ada tempat lain. Sempat juga aku dengan ada orang kata, asyik berdua aje tapi aku sengih ajelah. Sambil itu Diana pun ambillah kuih-muih sebagai pencuci mulut. Tak ambik karang x habis pulak.
Baru dua suap nasi masuk ke mulut aku, Diana tiba-tiba menjerit sambil berdiri dengan muka yang panik. Aku pun tengoklah kat dalam pinggannya dan aku juga spontan ikut berdiri tanpa kata. Kawan2 yg lain pelik, aku pandang Diana, Diana pandang aku. Nak cakap takut aku salah pandang. Jadi kami biarkan, Kak Sal dan Kak Nab tengok. Sah! Aku x silap pandang, memang cicak yang dah kering dalam sambal 2. Apalagi, tekak terasa kembang dan loya tiba-tiba dan Diana sudah hilang di pantri sebab termuntah. Suasana yang tadinya aman damai dah mula kecoh. Dan, aku hanya mampu mengeluh kerana memang bukan rezekiku hari ini. Kawan-kawan suruh beli sambal kat kantin sebab sambal yang ada tu Melisa tempah kat orang luar. Tapi tekak aku memang dah x lalu nak makan, aku dan Diana pun balik ke bahagian. Sedihnya... tapi mujur juga aku belum cuit sambal 2, kalau x... jeng, jeng, jeng... makan cicak tu... uwekkk... Jadi... kesimpulannya, berhati2lah semasa makan. Jangan main serbu aje...
Aduhai, kasihannya adik seorang ni.
ReplyDeleteTidak mengapa, lain kali adik belanja abang long pulak, InsyaAllah, kita boleh makan sampai kenyang. Eh ... mana pokcik mersik ni ? dia kalau bab makan ni, memang tiada had kelajuannya ...heheheh hik hik hik