Opsss... mula-mula nak ucapkan assalamualaikum pada yang beragama Islam dan selamat sejahtera pada yang bukan beragama Islam. Harap dan saya selalu berharap hari-hari yang akan kita lalui akan selalu membuatkan kita terus tersenyum dan ketawa seperti biasa. Kalau pun diduga, biarlah dugaan tu mampu membuatkan kita kembali bangun pada keesokan harinya.
Yup... betul, saya kaya! Tapi bukan kaya harta atau kaya duit ya kawan-kawan. Tidak sama sekali sebab saya bukannya datang daripada keluarga yang kaya-raya, dilahirkan dalam dulang emas pun tak juga. Saya hanyalah anak seorang nelayan yang mungkin sebentar lagi akan jadi bekas nelayan sebab abah saya kelihatannya dah agak tua. Sekarang ni pun dah jarang-jarang benar ke laut, kalau ke laut pun akan ditemani adik saya. Bukan untuk cari pendapatan macam masa kami adik-beradik kecil-kecil, tapi lebih kepada nak cari lauk. Dan sebenarnya, sejak kecil ditemani ikan-ikan segar, memang susah sikit. Bukanlah tak makan ikan kat pasar, makan juga. Tapi ketika tangan menyuap nasi ke mulut, hati teringat pada ikan-ikan yang dah makin jarang dimakan. Nak buat macam mana kan? Masa dan keadaan bukannya sama macam dulu lagi. Pendek kata, masa dan keadaan memang dah menjarakkan saya dengan ikan-ikan tu, kuikuikui.
Yang sebenarnya, saya kaya dengan pen! Kalau tak percaya, cuba tengok dalam gambar-gambar di bawah tu. Banyak tak pen-pen yang saya ada? Banyak kan? Kalau tak banyak pun saya tetap juga nak kata banyak sebab lebih daripada satu boleh kan, dah digelar banyak? Betul tak?

Betul, hobi saya memang banyak. Salah satu daripadanya, membeli pen [ada juga dapat free, tapi beli lebih banyak lagi]. Cumanya... yang saya beli bukanlah pen mahal, sebab saya hanya nak menulis bukannya nak berkata pada orang macam ni, “Lihatlah dunia, saya ada pen mahal!” Lagipun, bukan semua pen yang saya beli tu saya gunakan. Kalau gunakan pun hanya beberapa kali dan saya terus berhenti gunakan bila saya rasa tak sedap menulis gunakan pen tersebut. Saya memang agak cerewet bila berkaitan dengan pen kerana pen berkaitan dengan tulisan. Sebab tulisan saya tak cantik, maka saya perlukan pen yang bagus untuk membantu tulisan saya jadi cantik. Saya juga tak gunakan pen bermata tajam sebab itu hanya akan menjadikan tulisan saya lebih buruk sampai mata saya sendiri pun jadi sakit bila saya pandang.
Dan semalam, saya sambar lagi 4 batang pen dari jenama yang sama dan mata yang sama di SOGO. Dah jenuh mencari, hanya kat situ aje yang ada. Bukanlah tempat lain tak ada pen jenama yang sama, tapi... mata saiz 1.4 tak ada. Yang ada sekitar 0.5-1.0 aje. Sebab itulah saya capai sekali 4, walaupun saya bukanlah banyak sangat menulis gunakan tangan sejak kenal apa itu keyboard. Yang penting, saya mahu bersedia! Dan lagi, itulah satu-satunya jenama pen dengan saiz yang sama yang mampu buat saya menulis sampai dakwat kering-kontang.
-Untuk kamu berempat yang baru saya beli tu, sila bekerjasama ya, kalau tak... tempatmu di bakul sampahku -
Nampak benar saya ni suka membazirkan? Tapi... biarlah! Kalau dengan cara menulis dengan menggunakan pen itu buat saya terasa tulisan saya cantik dan saya selesa, apa salahnya kalau saya teruskan pembaziran tu kan? Yang penting, saya gembira dan puas sebab dapat memiliki apa yang mahu saya miliki.
-Untuk kamu berdua yang bersaiz 1.0, bukannya saya tak sayang sama kamu, cumanya... saya lebih sayangkan yang bersaiz 1.4. Kalau mereka dah habis, baru saya gunakan kamu okey? Dan lagi, saya akan gunakan kamu bila saya terdesak. Jangan marah ya... -

Sukalah entry ni kak. Hebat menjadi penulis yang mengumpul pen. Itu menandakan penulis yang sangat rajin dan pastinya akan sentiasa berkarya walau di mana sahaja. Semoga Kak Mar akan sentiasa maju dan berjaya menjadi novelis terhebat.
ReplyDeleteakak pulak, suka nada sb nada buat akak teringat pd sinetron NADA CINTA kt astro. dn akak suka nada sb... nada sudi jenguk blog akak ni. terima kasih ya... ;-)
ReplyDeleteBanyak nya pen~ 0_0
ReplyDeleteyup... kaya pen, hehehe...
ReplyDelete