- Syukur Dengan Kurniaan-NYA-

February 2, 2010


Tinta Penulis

Salam sekali lagi buat yang masih membaca dan mahu terus membaca nukilan saya kali ini. Ketika orang sibuk membuat e-novel, saya pun ikut sama sibuk dengan alasan mahu mencabar kebolehan diri sendiri, sama ada e-novel saya akan diterima pembaca atau sebaliknya. Ketika e-novel orang sampai ke penghujung, e-novel saya masih tersemput-semput di tengah jalan. Ketika e-novel orang hadir dalam bentuk novel, e-novel saya tetap juga tidak bertemu titik akhir. Bahkan, e-novel saya hanya kekal suku tanpa ada kesudahan. Banyak e-mel saya terima, antara ayat-ayat itu, “Bila nak sudahkan cerita Cinta Sebatang Pen Oren?”, “Tak ada entri baru ke untuk cerita Cinta Sebatang Pen Oren?”, “Cerita Cinta Sebatang Pen Oren tergantung macam tu aje ke?” Sudahnya, saya diam sebab saya memang tak ada kesempatan nak sudahkan cerita tu. Hanya setelah 4 tahun, barulah saya kotakan apa yang patut saya kotakan lama dulu. Ya, janji saya sudah lunas walaupun mengambil masa yang panjang, sangat panjang.

Cinta Sebatang Pen Oren, memang itulah asal tajuk yang saya letak sebab idea timbul hanya gara-gara sebatang pen oren pendek dengan badan yang agak gemuk. Pen itu saya dapat daripada seorang pelanggan ketika saya bekerja di MPJBT dulu. Pelanggan yang saya tak tahu di mana dan apa terjadi padanya sekarang ni kerana usai urusan, biasanya usailah segala-galanya. Tapi di mana pun dia, terima kasih saya ucapkan, gara-gara pemberian dia, saya dapat tulis sebuah cerita yang kalau hendak diikutkan, langsung tak ada kaitan dengan pen tersebut. Cuma saya akui, pen oren itu adalah pencetus bagi novel ini.

Dalam novel ini, saya masih mengekalkan tema yang sama, hanya kali ni saya cuba terokai dan selami, walaupun tak sepenuhnya, perasaan orang yang pernah kehilangan kerana saya percaya, dalam dunia ni, semua orang pernah mengalami kehilangan. Cuma mungkin kehilangan itu didatangkan oleh Dia Yang Lebih Tahu dengan cara yang berbeza-beza bagi setiap orang. Dan kehilangan anak, walaupun saya tak ada anak, saya tahu sangat menyakitkan kerana saya selalu melihat betapa kasih sayang antara anak dan orang tua itu tidak ada batas sempadan, tidak ada kayu ukur yang jelas kerana melibatkan hati dan perasaan.

Sepanjang tempoh menyiapkan novel ini, saya sering tertanya-tanya, jika kehilangan anak, siapa yang lebih menderita? Ibu atau ayah? Bila saya tanya beberapa orang yang saya kenali, rata-rata menjawab tentu saja ibu kerana dibandingkan ayah, ibu biasanya lebih dekat dengan anak-anak. Betul atau tidak, hanya orang-orang yang telah mengalami kehilangan saja yang tahu. Dan dalam novel ini, saya biarkan pembaca menjadi hakim, antara Qisya Khalesa dan Ziyad Fallah, siapa sebenarnya yang lebih menderita akibat kehilangan Faiq Fallah. Untuk itu, selamat membaca juga menyelami hati dan perasaan setiap watak yang saya persembahkan dalam novel Aku Mahu Kamu ini. Semoga pertolongan dari DIA tak akan pernah berhenti dan semoga sokongan pembaca buat saya akan berterusan. Sekian.

Salam Sayang,
-Aleya Aneesa-

6 comments:

  1. at last CSPO dah dibukukan..
    suka2!
    nanti nak g rembat kat mph.. =)

    ReplyDelete
  2. chaiyo kak leya..
    style penulisan bertukar menjadi lebih matang.. :)

    smg trus sukses! :D

    ReplyDelete
  3. semuanya masih segar dlm ingatan....
    sesekali ada jg terserempak dgn tuanpunya pen oren kt sini...
    kata dia, " orang KL dah semakin cantek.." :P

    ReplyDelete
  4. salam kak aleya..tahniah atas kelahiran novel baru..tak sabar nak dapatkannya..huhu...harap2nya novel ni tak mengecewakan sebagaimana novel2 sebelum ni..chaiyyokkk!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Aleya,
    Tahniah di atas kelahiran nvl terbaru ini.

    Nanti sy boli awk kasi sy pen oren sepuluh batang aa.. Tak pun, air oren twister aa.. hik hik

    ReplyDelete
  6. salam...sy suker sgt dgn novel kak aleya... novelnya syok2...
    byak novel saya terdiri daripada novel kak aleya...
    skang saya ada tulis sbuah novel tp masih lg dalam perjalanan...
    dulu dah pnjg tp kne laptop kne format balik.
    tp alahamdulillah, tulis yg baru nieyh rse lg besh jerk..
    doakan saya ek???
    tq...

    ReplyDelete