- Rombongan Cik Mar ( 2 )

12:47 PM

Panjangnya tempoh cerita yang diambil oleh aku. Entahlah... mood menulis di sini makin lama makin berkurang seiring dengan putaran waktu. Banyak cerita, banyak juga malasnya, bukan macam kelapa, makin tua makin berisi (betul ke perumpamaan ni, aku pun dah tak begitu pasti).

Sampai ke hari ni, aku masih ingat macam mana tergocoh-gocohnya kami berkejar ke kaunter di lapangan terbang KK gara-gara takut terlepas flight ke Sandakan, sampai ada yang hampir-hampir menangis sebab takut tinggal. Sebabnya, masa yang ada rasanya macam tak sampai 1 jam. Tapi bila diberitahu flight delay 3 jam entah berapa minit. Huh... tak berbaloi betul, masa yang ada terbuang macam tu aje dengan lepak-lepak sambil makan-makan KFC.

Pukul 3.00 lebih bergerak ke Sandakan, dah ada keluarga Ryn yang menunggu. Alhamdulillah... kami sampai juga ke destinasi, lupa pula nak tanya apa nama kampung Ryn. Letihnya, TUHAN aje yang tahu, lebih letih lagi sebab risaukan abah yang macam seriau naik flight. Depan dia aku ketawa-ketawa sambil cakap kat dia tak ada apa-apa, macam naik bas aje, tapi hati aku rasa kesian sangat, aku dapat rasakan ketakutan dia. Kalau dekat memang aku dah hantar abah balik.

Sampai tu, terus ke rumah Ryn sambil bawa barang-barang hantaran. Hari ni dalam sejarah, aku pergi majlis bertunang dengan jeans dan t-shirt, tak sempat salin baju kurung sebab kami dah lewat lebih tiga jam. Hentam ajelah kata mak masa aku rasa agak serba salah, yelah... mana pernah dibuat dek orang. Yang majlis kahwin dulu, tu kat tempat aku, jadi tak adalah malu benar. Ni... tempat orang. Dan syukur, segala-galanya berjalan dengan lancar. Bulan 6 nanti... insya-ALLAH kalau ada jodoh angah dan Ryn, kami akan ke sana lagi.

Duduk di rumah mak cik Ryn... buat aku terkenang zaman kecik-kecik dulu, masa tu aku selalu mandi sungai. Kena marah pun aku dah tak peduli, kadang-kadang dengan baju sekolah aku jadi badak ari. Sungguh... aku rindu gila dengan zaman yang dah makin jauh aku tinggalkan.











Malam terakhir sebelum balik ke Johor Bahru, sempat lagi sambut birthday DD. Kejutan yang tentu saja DD tak perasan sebab dia sempat merajuk, hehehe... (jangan marah DD, nanti kena jual timbang kilo). Bak kata dia orang, “Biar pecah di mulut, tapi jangan pecah di perut”.

Balik ke Johor Bahru, kali ni baru betul-betul boleh dipanggil Rombongan Cik Mar sebab aku dengan family aku naik flight pukul 3.30 petang, sedangkan family Ryn dah balik awal pagi lagi. Dia orang dah sampai JB, aku, adik & adik ipar aku masih ada di Pasar Filipina beli kuih cincin sebab aku tiba-tiba teringatkan Fida yang nak kuih tu sedangkan aku dah lupa. Akhirnya... kami sampai seperti masa sepatutnya. Cuaca pun agak baik, dan abah pun nampaknya lebih tenang. Bila aku tanya abah, “Bah... bulan 6 nanti abah nak pergi tak?”. Abah jawab, “Tunggu lagi tiga bulan baru bagi jawapan”. Rasanya jawapan tu cukup positif sebab malam sebelumnya abah kata, “Tak nak pergi lagi.”




You Might Also Like

3 comments

  1. yg bju pink tu, msuk la kmpung mna pun, ttp mcm ktua kmpung msuk kwsan jgk. tgk la smua tgh pndg dia, tah apa yg dia gebang tu...

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    terharu pulak bila akak tulis gie pasar philipne sbb nak belikan adik akak ni kuih cincin huhuhu... pape pun mekaceh ya kak, mekaceh utk segalanye... sayang akak :-)

    ReplyDelete
  3. rehal @ airul - bila airul tulis cm tu, barulah akak perasan...mmg akak mcm ketua kampunglah... cakap beria-ia sambil tangan pegang sudu... hahaha...

    fida - serius, mmg akak beli sebab fida. mula2 akak dh lupa masa malam tu, lepas tu bila tengok angah pegang sebungkus, akak dh susah hati, mana nak cari... mujur gak otak akan nampak pasar filipina tu... tu pun akak x ingat jalan sb akak kan sengal sikit bab jalan ni, mujur adik akak yg baru sekali pergi masih ingat. harapkan akak yg dh 5 kali pergi...mmg x merasalah fida...

    ReplyDelete