15 hari! Lebih kurang 2 minggu aje lagi. Perasaan? Hem… takat ni
biasa-biasa aje. Debaran tu tetap ada sebenarnya. Cumanya bukan sebab tak sabar
nak bertukar status. Saya tak gelojoh dan lagipun untuk orang tua macam saya
ni, tak payahlah nak buat-buat bersikap macam anak remaja yang excited dalam
banyak hal, sebab sangatlah tak sesuai dan memanglah tak kena dengan saya ni.
Yang saya bimbangkan, takut kalau-kalau ada kekurangan sepanjang majlis yang bakal berlangsung tu walaupun
persiapan dan perancangan telah dibuat rapi. Maklumlah, kenduri kahwin bukannya
macam kenduri cukur jambul. Ada banyak persiapan perlu dibuat, ada banyak diperhatikan
dan ada ramai juga orang yang perlu dijemput dan lebih daripada itu, saya tak
mengharapkan selepas rumah siap dibina dengan jayanya macam yang saya dan LID
nak, pahat tetap juga tak mahu berhenti berbunyi. Ya... yang itulah yang nak
saya elakkan sangat-sangat.
Jujurnya, kalau nak diikutkan saya, saya nak buat majlis kecil dan yang
wajib aje. Maksudnya, akad nikah! Yalah, saya bukannya muda lagi, saya dah
hampir-hampir tua bongkok tiga. Saya malu jadi tontonan orang walaupun bukannya
tak biasa orang tengok saya masa sesi tandatangan novel. Dah selalu sangat dan
mungkin dah ada pun pembaca yang nak termuntah tengok muka saya. Tapi itu lain
dan kali ni sangatlah lain. Cumanya, bila tengok keluarga saya beria-ia
berharap supaya diadakan majlis yang sedikit meriah, saya akhirnya akur juga.
Bukan setahun dua agaknya mak abah saya tunggu saat-saat ni dan selama ni saya
tahu betapa risau dan gusarnya mereka melepaskan saya hidup sendiri di KL ni.
Hanya, disebabkan di sini rezeki saya, mereka biarkan juga dan tentunya dengan
doa supaya dalam setiap langkah yang saya ambil, ALLAH akan selalu menjaga
saya. Dan alhamdulillah, 10 tahun di sini, saya selalu dilindungi.
Bohong kalau saya kata, saya sentiasa ok di sini. Tidak! Ada masa-masanya,
saya rebah juga. Bukan sekali, bukan dua kali dan mungkin bukan berpuluh-puluh
kali. Kalau dihitung agaknya mungkin dah ratusan kali. Setiap kali rebah, saya mungkin
nangis dan mungkin juga tak, tapi kemudian perlahan-lahan saya bangkit. Cuba
mencari jalan penyelesaian walaupun sukar dan selepas itu, perlahan-lahan juga
saya mampu senyum dan ketawa kembali. Meneruskan rutin harian. Ada masanya
masalah saya dapat diselesaikan tapi ada juga ketika tak dapat diselesaikan. Bukan
tak pernah mempersoalkan apa yang didatangkan pada saya. Pernah dan juga
berkali-kali. Tapi kemudian tersedar kembali, siapa saya nak mempersoalkan
setiap ujian yang didatangkan pada saya? Hakikatnya, saya hanya hamba ALLAH
yang dijadikan bukan tanpa tujuan.
Dan kerana kepercayaan yang diberikan mak dan abah pada saya di sini, saya
mahu menggembirakan dan membahagiakan hati mereka. Saya mahu melihat mereka
tersenyum dengan nafas yang lega kerana In Shaa ALLAH selepas ini, akan ada
yang menjaga saya di sini, di tempat yang bagi mereka sangat jauh daripada
rumah yang telah memayungi saya sejak lahir. Tak apalah jika majlis saya nanti
sedikit meriah. Saya akan senyum dan terus senyum walaupun mungkin nanti muka
saya terasa tebal berinci-inci. Paling penting hati keluarga saya puas.
Alamak! Masa rehat dah habis. Tak habis lagi cerita saya. Tapi tak
apalah... nanti saya sambung lagi kalau ada masa dan kesempatan. Baibai... ;-)
ha betul tu cik adik! walau apa pun, semoga semuanya berjalan lancer dan dipermudahkan segala urusan..cpt2 selesai...lps ni boleh berehat2..hiihi
ReplyDelete@- dieyana -: tq juta2 lemon cik kak. tq jg atas doanya tu... ;-)
ReplyDeletepak pak bum bum pak pak bum bum :-)
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar dik. Insyaallah.
Yeaayyy...dah nak jadi raja sehari dah... Kak Sue doakan semoga urusan dan majlis berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT. Amin...
ReplyDeletePertama kali masuk rumah orang ni he he he. Baru tau majlis dah dekat, semoga segalanya berjalan lancar. Tahniah
ReplyDeleteTahniah cik Adik Manissss. Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga bahagia hingga Jannah.
ReplyDelete