KAMI DAH KAHWIN!

Tak ada kata yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan saya sekarang ni, melainkan alhamdulillah, syukur pada ALLAH yang telah menjadikan langit dan bumi juga seluruh isi alam, termasuk hati dan perasaan anak-anak Adam.

Dengan rendah hati, saya nak maklumkan di sini pada 18 Mac 2016, saya dan dia yang bernama Eskandar bin Ab Rashid dah sah bergelar suami isteri. Ya... betullah tu, saya memang tak tipu! Saya kini dah tidak boleh dipanggil cik lagi sebab tetiba dah jadi tak sesuai. Saya dah jadi puan ke? Uwaaa! Hahaha... propa aje tu! Hakikatnya, saya tak dipaksa kahwin sebab kami kahwin atas keinginan sendiri. Tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. Ini realiti hidup seorang Marwati Wahab aka Aleya Aneesa. Bukan watak-watak dalam setiap novel yang digarap jari-jemari gumuks saya ni.

Ok... itu aje untuk kali ini! Next time saya sambung lagi. Hendaknya, jika ada yang sudi, mohon doakan rumah tangga kami kekalnya bukan setakat di dunia tapi biarlah bersambung hingga ke Jannah.

3 comments:

  1. Tahniah si comel Mar dan suami. Kak Su doakan bahagia hingga Jannah Ilahi dan dikurniakan putera puteri yang comel dan soleh solehah.

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru kak... Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Aamiin... :-)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan selamat pengantin baru!

    ReplyDelete