-Akhir November 2009-

November 30, 2009

Hampir sebulan blog ni usang & bersawang. Tuannya ada, tapi anehnya blog tak terjaga. Ceritanya ada banyak, tapi peliknya tak juga ada yang tertulis kat sini. Sebenarnya tak tau nak tulis apa, walaupun rasa macam ada banyak benda nak tulis. Tapi sudahnya, blog ni tetap juga sepi & sunyi sendiri. Huh... kesian blog yang tak bersalah ni.

Sepanjang November, banyak aktiviti aku buat. Awalnya pergi Penang buat perolehan manuskrip dengan lecturer USM selama 4 hari. Pertama kali cecah kaki ke sana, hem... tiba-tiba rasa rindu nak balik ke UPM. Tengok student yang berduyun-duyun buat aku teringat banyak kenangan masa belajar dulu. Kalaulah aku boleh baik zaman tu, yup... tentu aje aku nak, kecuali buat assignment dan exam. Dua perkara tu aku tak nak buat langsung. Tapi, mana ada kan universiti yang tak ada buat dua perkara tu?

Balik dari Penang, aku, Bikash, Shanika dan Fieda pergi pula ke rumah Kak Iris Ixora. Hem... pertemuan pada awalnya agak menggusarkan aku sebab tak pernah jumpa Kak Iris sebelum ni. Tapi sudahnya, aku dan kawan-kawan hanya ambil masa beberapa minit untuk bertingkah seperti biasa. Kak Iris... seorang yang sangat menyenangkan. Dan pelajaran yang diajar secara tak langsung, buat aku berfikir, betul juga kata Kak Iris. Cuma itulah, kadang sukar juga bila berdepan dengan kenyataan. Buat Kak Iris, terima kasih sangat...

Lepas tu dalam bulan yang sama juga ikut Kak Lynn pergi ke Felda Serting, Negeri Sembilan. Hem... keluarga Kak Lynn sangat meriah. Mula-mula agak kekok, tapi lepas tu macam biasa, mudah aje nak sesuaikan diri. Moga perjalanan ke sana berbaloi, walaupun tak seperti yang diharapkan. Sebabnya, dalam keadaan apa pun, aku harap ketenangan selalu ada dan ilmu yang aku dapat, akak aku gunakan untuk seluruh kehidupan. Esoknya, pagi-pagi dah bergerak ke rumah Kak Lah untuk majlis perkahwinan anak kedua Kak Lah. Kak Lah suruh tolong, tapi aku kekok, sangat kekok sebab tak biasa. Kalau menolong kat kampung, bolehlah sangat.

Minggu berikutnya, balik kampung sebab nak sambut Hari Raya Aidiladha. Awalnya, rasa berat hati, sangat berat hati sebab, hem... ada rasa yang tak mampu diluahkan. Tapi lepas sampai kat kampung, tengok tingkah anak-anak buah aku yang rencam. Yup, rasa-rasanya, inilah perkara yang mampu menyejukkan hati aku, rasa tak tentu arah aku macam dah dicabut dari hati. Betul, aku rasa betul-betul terpujuk, untuk saat itu. Cukup dengan jelingan maut dari Kakak, Adik, Danish dan Aqqif, dan bonusnya bahasa Latin Zakwan dan Arissa.

Hari ni aku dah kembali bekerja. Hari Isnin, hari pertama bekerja, mood kembali buruk. Tapi tak kisahlah, cuma aku harap, lepas ni aku dapat sudahkan apa yang sepatutnya aku sudahkan lama dulu. Janji tetap janji & aku tak harap jadi manusia yang lupa janji. Buat yang masih sudi berkunjung, terima kasih... terima kasih sangat!

1 comment:

  1. diam tak diam, sekejap je dah nak abes tahun 2009 kn sis? entah ada entah tidak perkara2 baik yg dilakukan sepnjang tahun yg dah nak tiba hujung ni. tahun ganti tahun, masa tak pernah berhenti bergerak tp nilai hidup kte ni bagaimana agaknya ye? makin ke atas atau ke bawah? atau diam statik begitu x ada perubahan? sangat membosankan...

    eh, apa jg yg kte merepek ni...agaknya kte sini yg tengah bosan kot, hehe...

    ReplyDelete