-Doakan Mereka Terus-

Apa nak dikata ye? Apa pulak aku rasa hari ni ye? Gembira, suka, kelakar, duka, sedih, kecewa? Entah... mana satu agaknya perasaan aku hari ni. Yang pasti bercampur-campur, sangat bercampur baur. Ada suka, ada duka, ada juga sedih yang tak tahu nak digambarkan macam mana. Hanya boleh, senyum... gelak... ketawa macam suka benar. Padahal, patutnya sekarang ni aku dah boleh senyum dan ketawa dengan seikhlas-ikhlas hati. Tapi soalnya, kenapa aku tak boleh?

Semalam... pergi tengok Kak Lynn, sedih... yup aku rasa sangat sedih walaupun aku ketawa macam biasa, buat lawak macam tak ada apa berlaku. Sebenarnya, jauh kat sudut hati aku rasa tak percaya. Dia nampak sihat walaupun selalu sakit kepala. Dia selalu ketawa walaupun aku tau dalam hatinya ada duri yang tajam. Dia selalu ringkas dalam segala hal, tapi aku tau dia sangat teliti. Tapi yelah, bila begitu mahunya TUHAN... siapa manusia nak mencabar takdir yang datang? Tengok muka dia semalam, rasa nak nangis... nak menitik air mata. Tapi tak boleh, mana boleh nangis depan dia.

Semalam juga... aku masih menunggu keadaan adik itu yang makin tak stabil dengan doa. Makin lama keadaan dia makin kritikal. Aku pula, yup...aku berjaya pujuk dia makan nasi, aku berjaya pujuk dia makan ubat dengan janji aku tak akan tinggalkan dia dan dengan ugutan, aku akan tinggalkan dia kalau dia terus degil macam tu. Tapi tak sempat pergi, dia rebah entah untuk kali ke berapa. TUHAN... apa lagi yang boleh aku buat untuk dia? Untuk keluarga dia yang dah macam patah semangat? Sekarang ni, masing-masing hanya menunggu, menunggu kalau-kalau keajaiban dari ALLAH akan muncul. Aku pun sama, bukan sebab sihatnya dia, janji aku tamat, aku tak akan diganggu lagi, bukan sebab itu. Cumanya, aku rasa ralat kalau budak secomel itu, sebaik itu harus pergi dalam keadaan sadis macam tu.

2 comments:

  1. aleya..first time sy buka blog awak tau.sy nak tnya something..adik yg awak mksudkan tu...dia ke..yg sekarang ni kat hsptl?? ~sha~

    ReplyDelete
  2. sha... yup, dia... maaf baru hari ni sy balas sebab sy baru perasan...

    ReplyDelete