-Jumaat...-

December 7, 2009

Lama rasanya tak tengok wayang dengan kawan-kawan yang 1 kepala, akhirnya... inilah dia movie yang aku, Bikash, Shanika, Fida, Airul, Fauzi, Syafik dan Hanny (ahli baru) layan Jumaat baru-baru ni. Ulasan tentang movie ni, hem... tak tahu nak ulas apa, sebab aku cuma penonton, bukan pengulas dan tak juga berniat nak jadi pengulas. Cuma bagi aku yang dah tengok movie sebelum ni, tentu aje tak nak lepaskan peluang untuk tengok perjalanan hidup Edward & Bella dan yang pasti, aku tak sabar tunggu kesudahan hidup mereka, walaupun aku dah tahu apa sudahnya. Dan yang pasti, ada satu scene dalam movie tu yang buat aku ketawa besar, hahaha... ala-ala movie hidustan tu Edward & Bella. Apa pun, aku seronok, sangat seronok, terasa segala macam yang berserabut dalam kepala hilang, hilang untuk seketika. Untuk Hanny Esandra, selamat berkenalan ye...

No comments:

Post a Comment