-Sabtu...-

12:25 PM

Tak ada apa nak buat hari Sabtu tu, bila Bikash ajak pergi Alaf 21, aku okey aje. Keadaan kat Alaf 21 hari tu agak meriah dengan orang dan buku-bukunya juga banyak. Memang mampu buat sesiapa yang gilakan buku, menelan liur berkali-kali. Tapi takkanlah sampai macam tu sekali kan? Kalau tengok makanan, boleh jadi juga. Potongan 30%, siapa yang tak nak kan?

Masa sampai tu dah ada Kak Aisya, Abang Ramlee dan Wana. Aku tak kenal Wana, cuma tahu nama aje. Bila dah kenal, hem... seronok sangat. Tambah lagi senarai kawan aku nampaknya. Kat sana juga aku dapat jumpa kawan-kawan yang biasanya aku jumpa kat Pesta Buku, macam Kak Noor, Rinn dan ada beberapa lagi. Tak cukup dengan tu, jumpa pula Tie Tinie, kawan yang aku kenal kat FB. Tapi yang paling meriah, dapat berkenalan dengan kawan Wana, Hany yang memang boleh dibuat kawan. Apa pun, aku rasa seronok sangat, masa yang ada terisi dan pokek yang terisi, terkempis. Sorry mak... anak mak tak boleh tahan bila nampak buku, terbeli lagi buku walaupun novel yang sedia ada pun masih belum ada masa nak baca.






You Might Also Like

3 comments

  1. ni sgaja bt 1-1 n3 knpa? nk bg cpt smpai 100 erk?

    ReplyDelete
  2. kenapa pulak budak ni mcm tau2 aje ni? hahaha... x kira, thn ni mesti cukup 100 n3, x kira gak...

    ReplyDelete
  3. he he he seronoknya bila nampak gambar Hany kat blog Cik Aleya Aneesa nie he he he tq...

    ReplyDelete