Setiap kali kita sedih, biasanya kesedihan itu akan bersulam dengan kegembiraan, hanya kita jarang nak sedar sebab hati biasanya akan dibutakan dengan rasa kecewa. Sebenarnya, kata-kata tu merujuk pada diri sendiri, ya... dalam pada rasa tak menentu masih ada hal yang menggembirakan aku sepanjang minggu ni. Buat hati terpujuk. Betul, TUHAN kan… tak pernah kejam pada hamba-NYA, kecuali kita sendiri yang menyebabkan diri kita dikejami. Setiap perkara yang berlaku, tentu ada hikmah yang tersembunyi. Yang itu, aku percaya dan akan tetap percaya, walaupun ada masa-masanya hati jahat cuba juga mempersoalkan.
Perkara pertama yang menggembirakan aku, bila penantian selama dua minggu berakhir sudah empat hari lepas. Tak seperti yang sebelum-sebelum ni, kali ni aku agak gementar, bahkan mungkin sangat gementar. Bimbang kalau-kalau berita buruk yang menanti. Maklumlah, lain padang lain belalangnya, lain orang lain pula caranya. Tapi kalau memang dah tercatat dalam catatan takdir ALLAH, siapa manusia nak mempersoalkannya. Yang pasti, tahun baru belum bermula tapi permulaan tahun baru insya-ALLAH mampu buat aku tersenyum lebar. Apa lagi yang diharapkan oleh penulis macam aku selain daripada mendapat khabar manuskrip sudah pun siap dinilai dan lulus untuk diterbitkan. Syukur… penat lelah aku, insya-ALLAH akan berbalas kalau tak ada aral melintang (kali ni tak nak bagi tahu mak merangkap peminat nombor 1 aku tu, nak tengok mulut mak melopong bila dah jadi buku nanti sebab dia mesti tak percaya & Kak Azie.. beware, setakat ni kte masih boleh tutup mulut, pizza… pizza… pizza… Ila & Kak Long, jangan bagi tahu mak, nanti ami belanja minum air kosong…).
Janji pada semua yang pernah mengikuti e-novel tak jadi di Teratak Ana dulu, “CINTA SEBATANG PEN OREN”, akhirnya lunas juga, cumanya masa yang aku ambil agak panjang, atau lebih tepat lagi sangat panjang, hampir 4 tahun sampai orang jadi bosan agaknya. Dan lagi, terdapat perubahan yang bukan sedikit dalam buku tu, termasuk tajuk dan nama watak utama. Harap tak akan ada yang kecewa nanti ye… kalau pun ada yang kecewa, aku tak boleh buat apa sebab aku hanya menjadikannya sesuai mengikut masa dan keadaan.
Perkara kedua, mini novella yang aku janjikan pada Bikash, tamat sudah malam semalam, pukul 10.10 malam. Huh… rupa-rupanya, buat cerita pendek macam tu tak semudah yang aku fikir. Bukannya masa yang jadi kekangan macam masalah yang berlaku bila nak buat novel yang panjang, tapi setiap kali mini novella tu dah sampai halaman 50, hati aku mula goyang, hati berdetik ‘Yang ni aku boleh panjangkan lagi, jadi novel biasa’. Sudahnya, kembara Zuyyin & Yazer terhenti. Aku teruskan pulak dengan Rehana & Elman, hahaha… sekali lagi benda yang sama berlaku. Kalau semuanya macam tu, bila masa baru mini novella aku nak siap? Sudahnya, aku bulatkan tekad yang kisah Farihah & Harith akan bertemu titik akhir. Akhirnya, ya… Marwati Wahab @ Aleya Aneesa berjaya juga melakukannya dalam masa hanya beberapa hari (tolak cuti Raya Haji dan cuti jalan-jalan cari makan & pasal). Tahniah, untuk diri sendiri ye, anda layak tersenyum sendiri!
Lepas ni, apa pula perancangan aku ye? Hem… yang pasti ada beberapa janji pada orang yang harus aku lunaskan sampai tuntas. Untuk Alaf 21, untuk Fajar Pakeer dan untuk cik adik manis Si Fida. Huh, boleh ke aku nak buat? Tapi selagi ada usaha, selagi ada mood, selagi ada idea, selagi ada kemampuan dan selagi aku nak… pasti ada cara dan jalannya.
Kita tengok....sapa yg kena!!! sekarang ni mmg la mulut tu msh trtutup lg sb jauh sana. tunggu je lah bila balik kg nanti.. borak2 tau-tau dah trlepas, hehe... kte nak pizza baru yg byk cheese tu tau..hahaha...
ReplyDelete* pstt ila, bgtau kak azie eh klu dia dh pecah lobang. akak belanje air masak pulak..)
boleh tutup mulut tapi kena belanja aku mkn pizza......... setakat air kosong aku x nak kat umah dah menimbun air kosong termasuklah air paip..... org pertama yg aku akan cite ngan hubby ... jgn jeles...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletewah3 mkin mnimbun la mms akak lps ni kn? dh ada 2 lg citer spruh jln tu, thn dpn kuar bnyk la nvl klau cm 2.
Tahniah tuk nvl ngn alaf tu, kali ni ksut kaler apa lak? hahahah :P jgn mrh klau x sya hntar tlegram kt mak akak ckp psl nvl akak tu :P
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekak azie - sb ila yg pecahkan rahsia kte, ila yg kena belanja awk & awk ttp kena belanja kte makan ketam, ikan bawal, daging dan banyak lg...
ReplyDeleteila - sb kau pecahkan rahsia aku, kau belanja eh kak azie makan pizza... ingat senang ke nk buat mak simpan rahsia daripada aku? x dapat beb...
airul - x nak kasut, x nak kasut... nak pen pulak kali ni... x yah airul susah2 antar surat ke ape, kakak ipar akak tu dh bg tau mak akak, mmg nk kena dia tu tau...