-Kalau Dah Gila Buku-

Hem... inilah dia harta yang sempat aku borong sepanjang minggu lepas. Harta yang mungkin tak bernilai bagi banyak orang yang tentu aje dalam hati tak ada rasa cinta kat novel, tapi tak bagi aku. Pinjam makanan aku, boleh... tapi pinjam buku, hehehe... kalau orang tu aku tak percaya, mungkin payah sikit aku nak bagi. Sebab ada orang pesan pada aku, jangan bagi orang pinjam tiga benda dalam dunia ni sebab confirm tak dapat balik. Pertama, jangan bagi orang pinjam duit, kedua, jangan bagi pinjam buku dan ketiga, jangan bagi pinjam suami/ isteri. Yang ketiga tu, aku tak pasti betul ke tidak dan lebih tak pasti ada ke tak orang nak bagi pinjam suami/ isteri pada orang lain sebab nampak macam mustahil. Tapi yang dua tu, memang dah teruji kesahihannya sebab dah terkena berkali-kali.

Kalau mak aku tengok gambar buku-buku ni, dia tentu akan geleng kepala sebab nampaknya aku memang dah tak boleh ditolong lagi. Minat kat novel memang tak boleh nak dibendung. Kalau adik-adik aku pulak tengok, dia orang akan kata yang aku beli novel orang banyak macam tu, tapi orang tu belum tentu beli novel aku. Apa nak dijawab ye? Hem... orang nak beli atau tak, itu hak diaorang sebab yang bekerja diaorang, suka hati diaoranglah nak buat atau nak beli apa pun. Dalam Malaysia kan, tak masing-masing ada hak sendiri asalkan tak melanggar undang-undang. Hak aku pulak, dah semestinya puaskan hati dan keinginan sendiri. Lagipun, untuk semua buku-buku di bawah tu, aku dapat potongan 35%, siapa nak bagi potongan sebanyak itu kan? Apa salahnya sekali-sekala aku melaram dengan buku lepas aku dah puas melaram dengan baju dan kasut.


Lima buah daripadanya aku beli sebab aku sangat tertarik sebab covernya sangat menarik. Sebuah lagi, aku dapat hadiah daripada seseorang yang sangat baik hati. Terima kasih daun keladi ye, nanti-nanti janganlah lupa bagi lagi. Dah habis pun baca buku yang dihadiahkan tu, menarik & harap akan teruskan usaha lagi, lagi dan lagi sampai dah tak larat nak usah. Dan kepada dua orang lagi insan yang sangat baik hati, nanti jangan lupa bagi tau... hehehehe...


Lima buah buku resipi yang aku capai masa dekat Alaf 21 hari tu. Lawak, kalau diukur pada tahap kerajinan aku kat dapur, sesiapa pun tak akan percaya yang aku akan beli buku-buku ni. Dan rasanya, dah lima buah buku yang hampir sama aku dah beli sebelum ni, boleh juga dikira dengan jari berapa kali aku gunakan. Tapi tak apalah, yang penting dah ada & bila-bila nak guna, kan dah tak payah terkial-kial mencari.

5 comments:

  1. nnt tlg rekomen kan mana novel yg awl baca tu best..syg tak dpt jumpa aleya masa pesta buku alaf baru2 ni..

    ReplyDelete
  2. klu nak pinjam novel2 tu 10 buah, bole tak?? kena buat kad perpustakaan ke? *tp tak masuk buku2 masakan tu ye..*

    ReplyDelete
  3. dasat sehhhh...tp yg paling sy bekenan antara bnyk2 buku awk tuh, yg buku2 resepi tuh..heheheh...

    ReplyDelete
  4. akak,kalau dah try resepi baru..kami yang lain2 ni jangan dilupakan..:)
    tu beli banyak2 ntah dibaca ke tak tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. mama, iman & papa - insya-allah, tp lambat sikitlah sb sy pun x tau bila nak baca. ada pergi alaf eh ari tu?

    kak azie - nak pinjam kena dtg kl sb kte x bawa dh nvl2 balik jb.

    diana - alamak lupa nak bawa buku2 tu le...

    effy - lambat lagilah dik... akak bkn reti masak pun... buku2 tu akan dibaca, cuma ambil masa...

    ReplyDelete