- CINTA BUAT EMELDA [KASIH ANTARA KITA]... INILAH HARINYA -

March 26, 2012

Salam buat sesiapa aje yang sudi singgah di rumah saya yang dah lama tak berganti cat [malas nak ganti sebab banyak yang perlu dibuat] ni, silap-silap hilang banyak benda. Cuma nak beritahu yang hari ni 26 Mac 2012 dan seperti yang pernah saya sebut sebelum ni, drama CINTA BUAT EMELDA [CBE] yang diadaptasi daripada novel ke-2 saya, KASIH ANTARA KITA [KAK] akan ditayangkan di TV3 dalam slot AKASIA pada pukul 7.00-8.00 malam.

Jika ditanya pada saya tentang drama CBE ni, sejujurnya saya tak tahu nak komen atau nak kata macam mana. Cuma... terus terang kata, saya sukakan para pelakon yang menjayakan drama tersebut terutamanya pelakon utama walaupun ada yang kata, kenapa tak orang tu atau kenapa tak orang ni. Terlanjur saya pun tak ada kuasa untuk memilih siapa yang layak dan siapa yang tak layak berlakon dalam drama tu, jadinya saya terima aje apa adanya [mujur para pelakon menepati kehendak saya]. Tapi kalau ditanya fasal novel KAK tu, insya-ALLAH saya boleh jawab sebab novel tu sentiasa melekat di kepala saya walaupun dah bertahun-tahun masa berlalu sejak novel tu terbit. Tapi sebab usia dah makin lanjut [bongkok tiga], saya dapat rasakan ada juga hal-hal kecil yang berlaku dalam novel KAK tu yang dah makin hilang daripada ingatan. Lumrah manusia biasakan? ;-)

Jadinya, jangan ditanya pada saya antara KAK dan CBE, mana yang lebih hebat kerana saya percaya, kedua-duanya tentu ada keistimewaan tersendiri. Kalau ada kelebihan, tentu juga ada kekurangan. Tak ada mana-mana dan apa-apa karya di dalam dunia ni yang sempurna kerana sifat manusia sendiri memang tak ada yang sempurna.

Hanya yang pasti, ketika novel tu ditulis saya masih tinggal di Johor Bahru, tapi... saat novel tu terbit, saya dah pun tinggal di Kuala Lumpur. Tapi apa kaitannya kan? Tak ada! Sekadar nak bagi tahu semata-mata walaupun langsung tak ada kepentingan pada sesiapa pun.

Apa pun, saat ni saya sedang menyediakan mental dan fizikal saya untuk berdepan dengan apa saja yang berkaitan dengan drama dan novel ni. Debaran di hati pun tak tahu nak gambarkan macam mana, memang cuak gila. Tapi... hendaknya, janganlah saya yang ‘dihempuk’ kalau ternyata ada jurang yang dalam antara drama dan novel. Dan hakikatnya, antara novel dan drama, memang banyak bezanya walaupun masih berada pada akar yang sama. Harap pembaca KAK juga maklum akan hakikat itu, ;-)

19 comments:

  1. xsabarnya WC nak 2nggu kul 7... skrg pon tgh ulang bace balek KAK...

    ReplyDelete
  2. suke baca novel2 aleya, semoga terus berkarya la ye...

    ReplyDelete
  3. hmmm.... tu lah.. hari ni da start ditayangkan di tv3... tp sayang seribu kali sayang... slot akasia kul 7-8. Tak dapat la nak tengok... hmm.. nak buat camne dah nasib badan, ada kelas malam.. nak solat maghrib lagi, nak bersiap untuk g kelas pulak.. aduhai.. rugi.. memang rugi... tak berkesempatan la nampaknya nak tengok cerita ni...

    ReplyDelete
  4. episod pertama .sy suka :)
    tunggu episod seterusnyaaa ...

    ReplyDelete
  5. woahhhh!!!ni rupanya penulis novel KAK. maaf lah, saya bukan kaki novel, tapi memang suka tengok tv, lepas tengok tv, baru cari novel...hihi ^^

    saya suka sangat tengok drama CBE walaupun baru tengok 2 episod. walaupun mula2 rasa almy nadia x sesuai bawa watak utama, tapi lepas tengok episod 1, saya rasa lakonan almy dah mantap.

    apa-apa pun, all the best untuk aleya aneesa =)

    ReplyDelete
  6. : wild cherry - hari ni dh episod ke-3 dh, ;-)

    : haryati - terima kasih sangat ya...

    : hafiza - tulah, cepat aje masa berlalu...

    : miss FF - boleh tengok kat tonton, sekarang dh banyak sumber, waktu ditayangkan mmg agak kritikal, waktu maghrib...

    : fnaMaya - harap akan terus suka ya nanti...

    : jungrara - tak apa, bkn semua org suka baca nvl. sy sendiri pun suka baca novel dan tengok tv sekali gus. terima kasih ya tengok cerita tu...

    all the best utk awk juga ya... ;-)

    ReplyDelete
  7. ptut cam prnah tgk novel ni..klau tk slah dlu prnah pnjam yg kwan pnya,mmg best..

    ReplyDelete
  8. kakdara u r d best!

    ReplyDelete
  9. Kasih Antara Kita memang best...
    tapi Cinta Buat Emelda pun tak kurang best..

    ReplyDelete
  10. tak sabar sungguh nak tunggu cete ni abes.. bukan sebab tak best tp sebab tak sabar nk donlod dan tengok dari A-Z....

    ReplyDelete
  11. saya suka almy sejak tgk dia dlm CBE...

    ReplyDelete
  12. kan best kalau CBE ditayangkan dari isnin sampai ahad... x payah nak termenung pd hari jumaat, sabtu dn ahad... hehehe

    ReplyDelete
  13. emelda dalam CBE tu comel la secomel cik penulis KAK juga... :)

    ReplyDelete
  14. salam akak...tahniah udah didramakan..semoga terus maju dalam berkarya..amin.

    ReplyDelete
  15. buku kasih antara kita buku keluarn syarikat mne...????fajar pakeer,alaf21,buku prima atau kaki novel????

    ReplyDelete
  16. novel kasih antar kita ne kluarn syarikat mne..????fajar pakeer,alaf21,buku prima atu kaki novel..??

    ReplyDelete