Selama ni yang saya tahu dan mungkin semua orang pun tahu, yang suka bercakap banyak sampai kadang-kadang tak ada arah dan tujuan adalah orang perempuan, termasuk diri saya sendiri yang bila bercerita, lebih banyak ketawa daripada meluahkan kata-kata sampai orang yang mendengar naik penat menunggu. Bahkan, adik saya dan adik-adik ipar saya cukup pantang dengan kebiasaan saya tu. Tapi, bukanlah saya nak mengatakan kaum perempuan kepoh, tidak! Takkanlah saya mahu merendah-rendahkan kaum sendiri. Saya sayangkan kaum perempuan sama macam saya sayangkan diri saya sendiri sebab saya pun perempuan juga. Kalau tak, takkanlah dalam setiap novel-novel saya, saya selalu menonjolkan watak perempuan yang kuat. Kuat di sini bukanlah angkat kayu balak, takkanlah kuat macam tu sekali kan? Tapi kuat dalam menghadapi setiap dugaan yang datang, tabah mengharungi hidup walau seribu satu masalah datang melanda.
Cuma, rasa-rasanya memang fitrah kejadian manusia yang bernama perempuan lebih banyak cakap daripada lelaki. Tapi saya akui, ada juga perempuan yang tidak banyak mulut, dalam erti kata lain tidak kepoh seperti saya. Entahlah... saya ni agaknya tak bercakap bila tidur aje sebab bila sorang-sorang, kadang-kadangnya saya bercakap juga. Contohnya, nasi lemak yang saya beli dan letak dalam pinggan, entah macam mana terlanggar kerusi masa saya angkat. Akibatnya, separuh daripada nasi bertabur di lantai. Dengan muka sedih [nak sangat makan banyak], saya sapu nasi tu sambil mulut kata, “Kenapa jadi macam ni?” Hem... mujur juga air mata saya tak meleleh dan nasib baik masih ada lagi separuh nasi tu dan yang lebih penting lagi, ayam goreng tak melompat keluar daripada pinggan. Tapi... tak kenyanglah! Hahaha...
Okey, berbalik pada soal cakap banyak atau dalam bahasa tak bestnya, kepoh. Kejadian ni berlaku hari Ahad baru-baru ni. Balik daripada JB, berhenti di TBS, saya terus pergi ke kaunter untuk ambik kupon teksi yang berjumlah RM15 sebab saya malas nak naik LRT. Masuk aje teksi, hanya sunyi yang jadi kawan. Tapi beberapa minit kemudian, driver teksi yang saya kira mungkin dalam anggaran umur awal 40-an pun bertanya soalan standard, “Dari mana?”. Saya jawab ala kadar aje supaya tak dikata sombong. Tapi... kalaulah saya tahu jawapan itu akan mengundang soalan-soalan lain yang berakhir dengan saya menghempas pintu teksi, saya buat bahasa isyarat aje supaya dia tak tanya apa-apa lagi sebab konon-kononnya saya ni bisu.
Lepas tanya dari mana, dia tanya kenapa saya tak bawa anak-anak sekali. Hati saya dah rasa semacam masa tu, tak suka bila orang yang tak ada kaitan bertanya hal peribadi saya. Jadinya saya diam aje. Tapi dia ulang soalan yang sama dua kali sampai akhirnya saya jawab saya tak kahwin lagi sebab tu saya tak bawak anak-anak sekali. Dia tanya lagi, kenapa saya tak kahwin dan lebih menyakitkan hati bila dia kata, kita ni tak guna banyak duit kalau tak kahwin. Dalam hati saya kata, kurang ajar orang ni. Bila masa saya kata saya banyak duit? Dekat dahi tak ada tulis dan takkanlah sebab saya naik teksi balik rumah aje saya dah dianggap kaya? Kalau nak ikut penampilan, saya hanya pakai selipar dan t-shirt. Itu semua, lambang orang kaya ke?
Malas komen, saya diam aje. Lantaklah kalau orang tu nak cakap sampai mulut tertanggal dan jatuh kat hujung kaki dia sekalipun, bukan mulut saya pun. Tapi masalahnya, dia jenis tak akan berhenti bertanya sampai dapat jawapan. Jadinya, saya pun kata yang saya dah nak kahwin dengan harapan mulutnya akan terkunci. Eh... dia terus juga bercakap soal kahwin. Entahkan pendengaran dia kurang, entahkan dah lama tak korek telinga agaknya sampai jawapan saya tu dia tak dengar.
Lepas tu, lebih menyakitkan hati dia suruh saya ubah penampilan diri kalau nak kahwin. Hoi... apa hal ada orang macam ni dalam dunia ni ya? Orang lelaki pulak tu! Dia nak suruh saya berubah macam mana lagi? Lagipun, bukan ke sama ada saya nak kahwin atau tak, nak berpenampilan macam mana pun, itu urusan saya yang langsung tak ada kaitan dengan dia yang tak penting dalam hidup saya?
Masa dah masuk kawasan rumah saya, dia kata yang dekat kawasan tu banyak askar, kenapa tak tackle sorang. Ya ALLAH... kalau yang banyak mulut tu perempuan, nak juga saya tengking kuat-kuat sebab tak faham bahasa. Akhirnya saya kata yang saya dah bertunang dan berhenti bertanya soalan yang sama sebab saya muak nak dengar. Memang kurang ajarkan ayat saya? Tapi hati saya sakit sangat masa tu. Ikutkan hati dan kalau saya punya kaki besi atau batu, nak aje saya melompat keluar daripada teksi tu. Dan rupa-rupanya, tak habis kat situ, dia cakap pula macam ni, “Baguslah dah bertunang. Boleh makan nasi minyak!” Habis aje dia bercakap, saya terus turun teksi dengan menghempas pintu sekuat mungkin. Kalau selalu saya ucapkan terima kasih, masa tu langsung tak.
Dalam hati saya terdetik masa berjalan menuju ke rumah, “Ya ALLAH... janganlah benarkan aku naik teksi orang ni lagi”. Hendaknya dalam dunia ni, tak ada orang macam driver teksi tu. Takut ada pula yang mati kena bunuh sebab mulut tak reti nak jaga.

Hahahah.. cik kak! lenkali kalu klu jumpa org kepoh cengitu, tanya dia "Encik ni wartawan majalah atau wartawan surat khabar? Agak2nya kalu saya jawab soalan peribadi ni, boleh jadi kontraversi tak?"..kikiki
ReplyDeleteboleh angin kalau drvr teksi camtu...
ReplyDeletexsayang mulut tol pakcik tu..
ish2
Akak .sy tak pena jumpa pulak lelaki mcm tu .Nak nak driver teksi . sabaq kak ~
ReplyDeletehahahahahahaha...
ReplyDeletenape tak ketuk je pala dia biar pengsan jd x yah cakap2 lg...
jgn dilayan org mcm ni...
ReplyDeletelanatklah dia nak ckp apa...asalkan kita tahu siapa diri kita..
Jadilah penipu.. Hahaha. Kalau org teksi tanya, mana anak? Jawab, ada di rumah. Haha... Tak pun pura2 jawab telefon? Atau call aje orang lain. Atau ambil earphone n sumbat di telinga. Buat2 tak dengar.
ReplyDeleteKdg2 org ni memang x peka. Suka2 nak analisa hidup orang.
X yah layan... abaikan saja.
: kak hani - kang kalau dia suruh turun tiba-tiba, tak ke haru nak cari teksi lain, dahlah dah petang n bayar mahal pulak tu walaupun jarak dekat aje...
ReplyDelete: itu aku - ada juga rasa macam nak cili-cili aje, tapi tak bawak cili dan takut juga, hehehe...
: fnamaya - tulah yg akak x habis fikir, kepoh betul dia tu...
: kak azie - mmg ada rasa-rasa nk belasah aje, tp... rasa aje...
: hafiza suraya - sb tu dia tanya kali ketiga baru akak jawab sb dia jenis tak paham org x nak ckp ngn dia, hampeh...
: kak lynn - lain kali mmg kena jawab mcm tu, tp... nilah pertama kali jumpa dengan driver teksi macam tu...
mesti ada sebab dia tanya macam tu...=)
ReplyDeletekak noor - sangatlah tak best jumpa org lelaki mcm tu, sikit lg nk sakit jiwa rasanya... hahaha...
ReplyDeletedik, soalan dia mmg sebenarnya nak tanya awak dah kawin ke blum. lain kali kalau dapat soalan macam tu awak cakap je "anak-anak tak boleh ikut sebab ada aktiviti dekat sekolah". Bagi jawapan yg menunjukkan awak dah kawin. habis cerita. tak sakit hati.
ReplyDeleteakak ada gak beberapa kali naik teksi nak gi keje (masa kete rosak etc) org tanya biasa gi keje macam mana, akak jawap suami hantar. hari ni suami outstation. hahahahahahaaa..