- Novel Comel...-

March 31, 2010


Syukur, alhamdulillah... pertolongan daripada ALLAH memang tak berhenti dan pasti tak akan berhenti selagi manusia tahu bagaimana nak memanfaatkan & menghargai setiap pertolongan yang diberikan. Novel comel dengan judul “SUDI JADI CINTAKU” ini mungkin hanya sebuah kisah biasa, tentang sepasang anak ADAM, sama seperti kisah-kisah dalam novel yang lain. Tapi bagi aku yang menghasilkannya, aku tahu di dalam novel secomel ini ada kasih sayang, ada persahabatan, ada pengharapan, ada kekecewaan & ada rasa yang pelbagai.

Menghasilkan novel secomel ini, sebetulnya bukan kepakaran aku. Tangan mula menaip, tapi terasa ada kurang di sana sini, ada lompang di sana sini & yang paling ketara, tidak ada kepuasan seperti menghasilkan novel-novel sebelum ini. Tapi aku gagahkan juga, tetap juga mencabar kebolehan diri sendiri. Hasilnya, lahirlah novel comel yang hanya setebal 119 halaman ini.

Untuk mereka yang ada dan selalu ada di sisi, terima kasih sangat, untuk pembaca budiman, sokongan kalian sangat dihargai. Tegurlah dengan ikhlas & berhemah jika ada kurang di mana-mana supaya aku dapat memperbaiki kelemahan diri, tapi jangan dikeji sehingga semangat yang ada merundum jatuh. Memang bagi penulis, teguran itu asam garam sebuah kehidupan, tapi tidak mustahil juga teguran yang berbaur kejian itu hanya membunuh jiwa seorang penulis. Dan selebihnya, jika satu jari menuding ke arah orang, jari yang selebihnya menghala ke arah kita. Salam sayang buat semua, sekian...

7 comments:

  1. WC: Salam Kak Aleya.. Sye da bace buku "Sudi Jadi Cintaku" Best.. Semue novel kak aleya best..

    ReplyDelete
  2. wah... cepatnye. pape pun teme kaseh ye... akak hargai sangta & harap dpt sokongan terus...

    ReplyDelete
  3. Mar,
    Tahniah atas kelahiran novel baharu. Wah, pakai nama original ya. Tukar buku nak?

    ReplyDelete
  4. Salamz Aleya,
    Tahniah di atas kelahiran nvl comel ni. Semoga sambutannya comel2juga.. hik hik

    (Dari yg tak kurang juga comelnya.. kekeke )

    ReplyDelete
  5. ustaz - terima kasih, boleh... tapi novel sy x hebat mana. x pe ke? hehehe...

    mersik - terima kasih, terima kasih juga utk gambar yg x bersemangat 2, hahahaha...

    ReplyDelete
  6. salam, kak..sy mmg minat nvl2 akk...sy br je beli aku mahu kamu..tp lom smpt hbskn lg sbb bz..pe pun all d best ye

    ReplyDelete
  7. Tahniah Sdr Marwati atas kerajinan menulis. Saya suka melihat dan membaca.

    ReplyDelete