HIDUP INI SINGKAT, PILIHLAH UNTUK BERGEMBIRA & BERBAHAGIA. CARA KITA!

By | 8:11 AM 1 comment


Woha! Rindu tak? Ingat lagi tak pada seorang yang bernama ALEYA ANEESA? Alah… penulis cabuk tulah. Hehe! Kalau tak ingat, tak apa. Faham. Almaklumlah, saya ni sekejap tenggelam dan lepas berbulan-bulan timbul balik. Macam hari ni! Itu pun sebab alang-alang dah bukak PC dan buat kerja opis. Kalau tak, hem… lambat lagilah baru nak tulis N3 baru, agaknyalah.

Nak tahu tentang life saya sekarang? Tak nak? Tak apa, tapi nak cerita juga. Hoho. Hidup… hem, alhamdulillah masih berjalan dengan lancar. Masih bercinta dengan Encik Kesayangan Hamba dan in shaa Allah akan terus bercinta sampai syurga ALLAH jika diizinkan. Hokey… boleh ambil baldi dan sila muntah kalau dah terlalu meluat. Kihkihkih.

Hampir 1 tahun 4 bulan hidup dengan Encik, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami masih berusaha dan akan terus berusaha memaknakan ikatan yang kami genggam. Tak ada dugaan datang? Ya, itu sangat tipu kedengarannya. Sedangkan lidah sendiri pun kadang-kadang kita tergigit, apa lagi yang lain daripada itu. Biasalah, kalau ada naik tentu ada turun tapi itu bukan perkara besar. Sebab yang saya sedar, lepas dilanda ombak semuanya akan jadi sangat tenang. Macam lepas hujan, ada pelangi cantik kan? Kan? Kan? Dan secara tak langsung, akan buat rasa lebih dekat, lebih kenal, lebih sayang, lebih cinta. Kuikuikui. Orang lain pun sama kan? Apa? Tak? Kelentong lagilah tu!


Anak? Setakat ni, masih belum ada rezeki. Tak sedih? Gila kalau tak rasa apa-apa tapi itu bukan alasan untuk tak bergembira dan berbahagia. Hidup ni singkat, jadinya kami pilih untuk nikmati apa yang dah ada daripada apa yang masih belum pasti. Kami percaya, ALLAH memberi dan tak memberi itu tentu ada sebabnya. Selebihnya, dapat hidup berdua pun dah lebih daripada syukur. Ada kawan gelak kuat-kuat, ada kawan nangis laju-laju dan paling penting, ada KELUARGA sendiri. Yahoo! Eh… mesti ada yang kata dua orang aje KELUARGA kami? Tapi, ada haku kisah! Lantaklah deh! Lempang nak? Uwek!

Tapi jujurnya, kami masih meminta supaya dikurniakan sekurang-kurangnya seorang bidadari comel buat penyeri Rumah Pink kesayangan kami. Lebih daripada itu, yang akan menjadi anak soleh yang akan mengirimkan doa demi doa untuk kami bila yang tinggal hanya nama di dunia ini. Dan yang akan berkata dengan bangga, “Si polan dan si polan itu ayah dan ibu kesayangan saya”.  Sedih tak? Terharu tak? Sob. Sob. Sob.

Tapi andai ditakdirkan Marwati & Eskandar itu hidupnya hanya berdua sampai ke sudah, pun kami bersyukur. Kami redha dengan apa yang didatangkan pada kami kerana kami tahu kami milik ALLAH. Kerana kami milik DIA, siapa kami nak mempersoalkan apa yang telah pun diatur kemas untuk kami?

So, lepas baca N3 ni, siapa tanya pasal anak pada saya… saya lempang laju-laju hokey! Adoiyai… taklah sampai macam tu sekali. Saya bukan samseng kampung dusun. Gurau senda di bulan Ramadan namanya ni. Cuma, nak ingatkan kepada sesiapa saja yang dah pernah beranak dan ada anak, cubalah untuk tak bertanya tentang anak pada pasangan yang dah berkahwin tapi tak ada atau masih belum dikurniakan anak. Sama juga dengan orang yang masih belum bertemu jodoh. Sebabnya, soalan itu… zapppp menusuk terus sampai ke hati yang paling dalam. Lepas tu keluar darah merah yang tak mengalir dan silap-silap yang keluar cuma air mata. Tentu korang tak nak kalau orang yang korang tanya tu, diam-diam mendoakan supaya korang rasa apa yang orang tu rasa. Kalau tak pada korang, pada anak-anak dan cucu-cicit korang. Kan? Kan? Kan?


Hem… macam dah habis ceritalah pulak saya ni. Hokeylah, stop dululah ya. Untuk yang berpuasa, selamat menjalani ibadah puasa. Untuk yang tak puasa, sila jangan makan depan orang. Nanti korang kena bawak masuk van jenazah, saya tak nak tanggungjawab. Opsss… dan satu lagi, jangan lupa tonton drama adaptasi daripada novel saya yang berjudul SEMUSIM RINDU yang ditayangkan setiap hari ISNIN-JUMAAT pada pukul 6.00 PETANG di ASTRO PRIMA dan ASTRO MAYA HD dan slot TIARA. Sokong novel saya sikit ok walaupun novel saya tak sekebabom novel orang lain. Tq. So, adios!



Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. waaa..rasa mcm mimpi..aleya aneesa update entri..kite pulok, semakin hri semakin mls nk update..haha

    apa2 pun...semoga awk berdua terus bahagian hingga ke syurga amin...rahsia Allah tiada siapa yang tahu...sy doakan awk...dpt kembar..kihkhihk...insya-Allah....

    tahniah juga utk semusim rindu..huuhhu, kite tk sempat nk tgk...:-((

    ReplyDelete