- HeM... rIndUnyA -

10:56 AM

"2 x ada keje lainlah 2."
"Tengok lampu 2... x taulah pukul berapa pulak nak tido 2 hari ni."
"Makan ajelah buku 2, mesti kenyang."

Hem... sayup2 dari dalam bilik aku selalu dengar mak dan abah bercakap tentang aku. Yang pastinya tentang aku yang siang beli berjenis2 novel dan malamnya mula membaca sampai x ingat dunia. Daripada siang, tukar malam dan kemudian siang balik. Macam dalam dunia ni dah tak ada benda yang menarik lagi dah yang boleh aku buat. Tapi itu dah lama dah, sejak keje kat KL ni aku dah tak dengar lagi dah dialog2 mcm 2 sebab mak ngn abah tertinggal kt Johor. Mungkin juga aku pun dah jarang2 buat keje mencabar mcm 2, sekarang ni minat mcm mana pun aku akan cuba hentikan bacaan aku dan sambung lagi esok atau bila2 ada masa lapang. Aku x nak tanggung risiko mengantuk kat opis nanti.

Tapi, malam tadi entah apa yang merasuk... mungkin rindu dengan bebelan mak ngn abah kot yang dah lama x dengar 2. Jadi, aku capai novel "Bunga2 Kemboja". Dah lama aku beli novel 2 tapi aku x baca sebab aku ngeri dengan tajuk dia. Ei... teruknya aku, sebut aje bunga kemboja aku terus terbayangkan kubur. Sebab 2 walaupun minat karya Aina Emir aku sanggup x baca. Takut sedih... hahahaha. Atau juga semalam 2 aku dah bosan tahap tertinggi. Aku mula baca novel 2 pukul 9.00 malam, ingatkan nak berhenti pukul 12.00 tapi mana tau hati aku nak terpaut dengan cerita 2. So aku baca dan terus baca. Pukul 6.00 pagi aku berjaya menghabiskan novel setebal 500 lebih m/s 2. Lepas 2 mandi dan siap2 pergi kerja. Seminit pun aku x sempat tidur. Kalaulah mak tau... huh, memang masak anak mak nih!

Dan, hari ni aku jadi manusia longlai, nak menaip n3 ni pun dah mcm x larat. Kata Diana, 2 namanya... x ada penyakit cari penyakit. Aku senyum ajelah. Tapi, mmg saja nak cari pasal agaknye ari ni, diaorg sibuk2 tanya ttg fail, aku x dengar. Jadi aku buat bodoh, dah lama baru perasan diaorg ckp pasal fail yg ada atas meja aku. Apalagi... diaorg mula mengutuk2 mcm biasa. Gara2 x tido mulalah aku nak cepat naik angin, selalu 2 xlah sensitif sangat. Lagipun dah memang aku tak dengar, nak buat macam mana kan? Nasib baik angin 2 cuma ada dalam hati aku aje. Kalau x mesti malu sendiri punya. Heh... padan muka aku!

Jadi... kepada kawan2, jgn cari penyakit macam aku. Kalau pun suka sangat baca novel, agak2lah ye. Ingat juga dengan keje2 kt opis. Bukan ape, bila badan dah letih, otak pun dah x berapa boleh nak berfungsi dengan baik. Er... cukup dululah, nak g buat air supaya dapat bertahan sampai petang. Sekian, wassalam...

You Might Also Like

5 comments

  1. hahaha...lawak jer la akak ni...bleh plak sampai mcmtu...dulu masa sekolah,if dah xtahan nak baca novel sy akan pastikan jam 3 dah tido la...pastu pergi gak sekolah dgn kepala yg pusing2...bila cikgu ngajar,masyaAllah...mengantuk xingat dunia but bila time xde cikgu rasa segar jer nak borak dgn kwn...magic btul la mata ni...

    p/s-novel tu endingnyer happy tak???(jwb jgn xjwb)=P

    ReplyDelete
  2. fad...
    dia ni memang terok kalau dh jmpa novel.. jangan sekali ikut pe'el dia ni. kalau nk ikut gak, ikut berkali-kali....

    ReplyDelete
  3. masalahnya fad... masa sekolah rendah akak dh mmg teruk sebab, bila mak tutup semua lampu... akak baca guna lilin. 2la pasal sekarang ni jd rabun ayam... dan novel 2 bagi akak best, best sangat n akak suka sentuhan aina emir... mcm selalu... hepi ending...

    ReplyDelete
  4. sis... alahai... tau x pe tp awk jgnla jd cm kte nih. kte pun dh jarang wat keje cm 2 tau.

    ReplyDelete
  5. Uishh.. dah tua2 nih tak elok wat berjaga cam tu selalu.

    Jaga kesihatan baik2 naa.. nanti, bukan jadi aleya aneesa tapi aleya "amnesia" plak , sbb asyik lupa2..kekek alahaii

    ReplyDelete