- TaG bUnGa -

June 20, 2007

Tag lagi... hehehe, ada2 ajelah Fad ni kan? Ingatkan dah tamat dah game macam ni, ada lagi rupanye ek? Cuma kali ni lain maca pulak jenis game ni. Apa pun aku cuba jugaklah utk tak menghampakan Fad.

Sebenarnya, aku x adalah gila sangat kat bunga. Tapi sebab kt rumah aku banyak pokok bunga kertas so aku rasa ini ajelah bunga yang paling hampir dengan hidup aku. Bagi aku, bunga kertas ni ada istimewanya wlu x de bau sebab x mudah mati, tak siram dalam tempoh yang lama pun tetap hidup subur. So memang sesuailah kalau aku tanam sebab aku rajin yang amat. Bunga ni juga selalu berbunga dan kalau berbunga pasti daun dia x banyak, x mcm bunga sakura ke kalau mcm ni keadaan dia? Huh... berangan mcm kat Jepunlah pulak. Tapi betul, bunga dia memang cantik. Dan lagi... kat batang pokok bunga kertas ni kalau tengok betul2 ada duri. 2 kira macam perlindungan kt pokok itu sendiri.

Apa pun jom kongsi ttg bunga kertas ni. Pokok Bunga Kertas berasal dari Amerika Latin dan ditemui oleh Antonie de Bougainveille pada tahun 1769-1776 di Brazil Selatan, mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. So, sebab 2 jadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular dan sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman mcm kat rumah aku. Semasa pokok bunga kertas berbunga, biasanya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Pokok ni dinamakan bunga kertas sebab bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas.

Pokok ini tergolong dalam family Nyctaginaceae yang mengandungi 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, Bougainvilla Glabra, Bougainvilla Spectabilis dan Bougainvilla Mrs. Butt. Sekarang ni dah banyak kacukan dah dibuat drpd 3 spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna, kelopak (selapis@banyak lapis). Dikacukkan supaya mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Biasanya jadi pilihan sebab bunga berwarna-warni yang cantik, tahan lama, mudah dijaga dan pokoknya tahan lama, boleh melebih 20 tahun jika dijaga dengan betul. Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek. Selain tu, bunga kertas ini agak aneh kerana jika ianya tumbuh di tempat yang kurang subur dan kering, pokok ini akan menghasilkan bunga yang lebat.

Percaya x... ada segolongan masyarakat yang anggap bunga kertas ini sebagai lambang kasih buat kekasih, ibu, anak dan semua insan di dunia. Tapi ada juga masyarakat yang anggap bunga kertas penting ditanam di depan rumah supaya pemilik rumah tidak mendapat musibah yang memalukan. Okeylah ni Fad kan? So... wassalam...

2 comments:

  1. saja jer kasi akak homework,bleh wat exercise jari...akak,thanx ya...xsangka akak ni "murid" yg sgt rajin...sy xtau pun fungsi bunga kertas...thanx...

    ReplyDelete
  2. akak mmg murid yg baik. tp... teme kasehlah kt ketua darjah kak azie yg selalu tanya2 pasal homework yg fad bg. akak pun klu fad x suh buat, x tau gak...

    ReplyDelete