- Raya & Kenangan -

October 7, 2008

Salam Aidilfitri kepada semua yang singgah di sini. Rasanya masih belum terlambat untuk ucapan itu walaupun terasa agak janggal juga sebab pada hari raya ke-7 ni barulah aku ucapkan kata-kata keramat tu. Macam dah terlambat pun ada juga, tapi aku nak ucapkan juga sebab raya cuma datang setahun sekali. Kalau bukan hari ni, bila lagi? Lagipun sekarang ni masih bulan Syawal, bererti ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri masih sah digunakan.

Raya... sambutan raya kali ni, bagi keluarga aku berjalan seperti biasa, seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami masih tetap mengamalkan rutin harian yang sama. Tak ada apa yang berubah dan aku harap tak akan ada apa yang berubah pada masa-masa akan datang walaupun kedengaran agak mustahil sebab setiap sesuatu di dunia ni akan berubah, diubah, terubah dan menerima perubahan seiring masa dan keadaan.

Cuma bagi aku pula, kedatangan Syawal memang aku tunggu-tunggu sebab hanya pada 1 Syawal aku berpeluang minta maaf pada mak dan abah dalam keadaan yang tenang dan tanpa rasa malu setelah mengumpul kesalahan selama setahun. Pada hari-hari biasa, walaupun dah melakukan kesalahan, biasanya aku akan buat-buat tak tahu dan tak bersalah walaupun aku tahu aku memang dah melakukan kesalahan. Malu, perasaan tu selalu ada bila bibir nak melafazkan kata maaf lepas buat kesalahan pada mak dan abah. Terukkan? Tapi jauh di sudut hati, aku sentiasa mohon maaf pada dua insan paling baik hati itu setiap kali rasa bersalah datang.

Dan, ya... semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Cumanya, di hujung-hujung cuti raya, aku nampaknya dah melakarkan satu sejarah hitam dalam diari raya tahun ni. Sampai ke saat jari ni mengetuk keyboard pun, dada rasa sakit, rasa kesal menjentik tangkai hati buat pertama kali dalam hidup. Aku tak sepatutnya bertindak melulu begitu, tapi bila perasaan mengatasi pemikiran, manusia sering hilang pertimbangan diri. Akibatnya, sampai ke hari ni rasa bersalah membungkal dalam diri. ‘Maafkan ami, ami dah buat salah lagi’. Pun kata-kata tu cuma terluah dalam hati. Tapi di sebalik apa yang berlaku, aku mula tahu satu perkara yang aku tak pernah perasan, aku rupa-rupanya dalam tak sedar dah jadi tak begitu keras kepala dan mudah mengalah walaupun baran masih menebal, langsung tak sama seperti dulu. Benarlah... pengalaman dan kenangan sering kali mematangkan manusia.

Hem... rasanya itulah sedikit cerita raya aku yang tak ada apa-apa keistimewaan bagi orang lain, tapi amat bermakna bagi aku dan keluarga. Kepada sesiapa yang mengenali atau tak mengenali aku dan tanpa sedar aku telah melakukan kesalahan dan kesilapan, hanya kata maaf yang dapat aku luahkan sebab aku sedar aku hanya manusia biasa yang kalau boleh mahu melakukan yang terbaik, memuaskan hati semua orang, tapi ada masa-masanya aku jadi lalai dan alpa. Apa yang kulakukan tak semestinya baik untuk semua orang. Untuk Kak Azie yang terlalu baik hati... maaf sis, hanya maaf...





4 comments:

  1. Amboi..seronoknye dia berhari raya di kg. Meriah dan ceria gitu. Dpt berjumpa keluarga tersayang dan sanak saudara. Kumpul ramai2. Makan pun sedap2 belaka. Lepas tu beraya ke sana kemari..

    Semoga Aidilfitrinya akan terus meriah ditahun2 akan datang. Yihaaa..

    p/s : Wah, besor betul bunga2 kat baju raya tu.. dari jauh dah nampak hik hik

    ReplyDelete
  2. lawa baju mak. cam sama baju kte..

    ReplyDelete
  3. mersik - raya mmglah seronok. tp x raya pun dpt gak jumpa ngn family. tp thn ni x beraya sangat, umah sebelah2 jer.

    insya-allah, akan terus meriah. pasal bunga tu, mmg nak kasi org nampak, manalah tau nanti sesat... senanglah nak cari...

    ReplyDelete