- DIA TAK TANYA! : TINTA PENULIS -

9:21 AM

Salam buat yang masih sudi membaca karya saya kali ini. Hendaknya sokongan yang diberikan kepada saya akan berterusan walaupun jatuh bangun saya dalam dunia penulisan tidak mungkin dapat diramal kerana sangat misteri. Hanya yang pasti, selagi ada yang mahu membaca air tangan saya, selagi itulah saya akan cuba memberikan yang terbaik.

Novel “DIA TAK TANYA!” ini mungkin tidak serupa dengan novel-novel yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Tapi bagi saya, istilah tidak serupa itulah yang membuatkan saya mahu menggarap kisah hidup ini hingga ke penghujungnya. Tidak ada penulis yang mahu menulis tentang kisah yang sama berulang-ulang kali. Selagi bergelar penulis, selagi itu ruang dan peluang untuk memberikan kelainan sentiasa dicari, biarpun untuk menghasilkan sesebuah karya yang baik dan disukai ramai tidak semudah mana.

Dan ini kisah Najid dan Najihah, dua sahabat yang rapatnya bagai isi dengan kuku. Dibesarkan bersama-sama, buat jalan fikiran mereka sentiasa sama hingga bertindak ‘gila’ pun bersama-sama. Bagi mereka hidup ini mudah, semudah mereka membuat keputusan mahu mencuba menjadi pasangan suami isteri walaupun tidak bersandarkan rasa cinta. Ditentang dimarahi, mereka tetap bulat dengan keputusan yang dibuat.

Saya yakin, bukan hanya Najid dan Najihah saja yang gemar bertindak nekad, mereka yang di luar sana juga ada yang sanggup bertindak begitu semata-mata menurut kata hati dan jiwa muda. Kalau kesudahan perkahwinan Najid dan Najihah, dapat dilihat pada halaman terakhir kerana kesudahan itu ada di tangan saya sebagai penulis. Namun bagaimana dengan kesudahan perkahwinan yang sebenar-benar perkahwinan di luar sana? Mungkin ada yang benar-benar dapat menggapai kebahagiaan, tapi mungkin juga ada yang terpaksa mengheret rasa kesal gara-gara berkahwin tanpa perancangan yang rapi saat merasakan betapa sukarnya meneruskan hidup saat wujud ketidakserasian.

Untuk itu, berfikirlah semasak-masaknya sebelum membuat apa-apa keputusan kerana mungkin keputusan yang kita buat hari ini bakal menyebabkan kita terpaksa mengubah diri dan haluan sebanyak 360 darjah. Sekian.

Salam Sayang,
- Aleya Aneesa -
http://aleya-aneesa.blogspot.com

You Might Also Like

7 comments

  1. Dah baca!
    Sangat menarik!
    Sekejap ketawa..
    Adakalanya menangis dengan kehidupan najihah.. Weee.. air mata i keluar sebab baca novel u!
    Tapi, ending memang lovely! Ahaks.. boleh senyum balik..

    ReplyDelete
  2. awesome!!!..jiha yg calm & najid yg cool oh sgt awesome la!!!!! hati xtertahan di saat jiha ingin mengundurkan diri dari najid oh hati sgt sebak tanpa sedar air mata mengalir, betapa tenangnya jiha saat itu walau berat hatinya menidakkan rasa cinta pada najid.."...jiha ada anak najid"

    ReplyDelete
  3. baru membeli... belum sempat membaca lagi.

    ReplyDelete
  4. : cik sara - terima kasih sebab baca DTT sampai habis. harap terus membaca karya saya... ;-)

    ReplyDelete
  5. : nora - harap kita dapat pengajaran walaupun sedikit daripada novel DTT tu. terima kasih ya... ;-)

    ReplyDelete
  6. : brinz - terima kasih sebab beli. harap bila baca nanti tak akan rasa hampa, ;-)

    ReplyDelete
  7. novel ni mmng best sangat . dapat rasa feel dia . punya la best smpai dpat habiskan dlam masa sehari :)

    ReplyDelete