- DIA TAK TANYA 2 -

3:20 PM

Salam buat yang masih sudi lagi berkunjung ke rumah tak bertiang saya ni. Kunjungan korang, saya dulukan dengan ucapkan terima kasih. Wah... gaya macam buat surat rasmi kan? Tapi bukan, ni cuma N3 biasa aje daripada seorang penulis biasa dengan idea yang juga biasa. Kiranya, pakej saya semuanya BIASA.

DIA TAK TANYA! 2? Apakah itu bermakna saya sedang mengusahakan sambungan untuk novel tu? Kalau tak, tak adalah angka 2 tu kan? Jawapan saya, TIDAK! Tak ada dalam fikiran saya sampai ke saat ni nak sambung kisah NAJID & NAJIHAH tu. Walaupun, ada agak ramai yang meminta saya sambung kisah ILHAM a.k.a ABANG yang gila-gila tapi sarat dengan perhatian dan kasih sayang. Bukannya tak berminat nak sambung, hanya... saya belum ada idea dan lebih daripada itu, saya bimbang tak mampu menggarap yang kedua itu dengan lebih baik. Takut kalau-kalau menghampakan. Biarlah dulu, biarkan keluarga mereka bahagia dan kita doakan biar mereka ada terus ada di tangan-tangan pencinta novel tanah air.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH yang memberikan rezeki kepada hamba-NYA yang menumpang di dunia yang penuh warna-warni ini. Hari ni saya mendapat khabar novel DIA TAK TANYA! [DTT] dah masuk cetakkan ke-2. Itulah yang saya maksudkan dengan angka 2 pada judul N3 kali ni. 2 yang merujuk kepada cetakan ke-2. Hendaknya, lepas ni akan ada cetakan ke-3, ke-4, ke-5 dan seterusnya.

Lagi nak tulis apa ya? Sungguh... saya tak ada idea! Jadinya, kita jumpa di N3 akan datang ya? Adios... ;-)

You Might Also Like

2 comments

  1. aleya aneesa,

    semua novel2 anda yg saya terima hari tu mmg terbaik!!!!..hingga termimpi2...teruskan menulis utk kami ok!

    ReplyDelete
  2. ok... saya tak akan berhenti menulis selagi adanya sokongan daripada pembaca macam nora... ;-)

    ReplyDelete